Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,900
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 40 B ; Pembongkaran pengkhianatan Hasdi

“Kali ini biar pula Pak Mat yang terangkan” Pak Mat bercerita tentang paksaan Hasdi untuk turut sama bersekongkol dengannya meminda invois dan baucer serta harga bekalan. Pak Mat berkata beliau terpaksa mengikutnya kerana Hasdi mempunyai kuasa dan juga mempunyai hubungan dengan gangster terkenal di Ipoh.

“Jadi Pak Mat sanggup berhenti dan menjadi kerani di syarikat keselamatan disebabkan hal ini?” tanya Dato Z kepada Pak Mat.

“Iya Dato.. saya sudah tidak sanggup lagi bersekongkol dengan Hasdi. Sampai bila saya hendak makan duit haram Dato.”

“Dan Dato… Pak Mat mendapat upah hampir 80 ribu ringgit kerana bersekongkol dengan Hasdi. Tetapi sebelum Pak Mat meletakkan jawatan.. dia memindahkan duit itu kepada saya. ini buktikan Dato” Hani memberikan salinan penyata bank kepada Dato.. Dato mengambil dan membacanya.

“Dan berapa pula Hasdi telah makan wang syarikat Hani?” tanya Dato kepada Hani.

“Mengikut perkiraan saya.. kira-kira 8 juta ringgit Dato.”

“Apa!!! 8 juta ringgit!!! Oh my god!!!” Dato Z terkejut. Dia menepuk meja agak kuat.. beberapa orang pengunjung Kafe memandang Dato.

“Iya Dato… itu yang saya dapat tahu… kalau sumber lain.. saya tidak tahu. Maklumlah. Hasdi memegang jabatan kewangan Dato. Dan saya rasa ramai lagi yang bersengkongkol dengannya Dato. ”

“Siapa lagi yang bersekongkol dengan Hasdi?”

“Saya telah mengupah Jidin untuk mengintip siapa yang bekerjasama dengan Hasdi Dato.. dan biarlah Jidin yang memberi keterangan” Dato memandang Jidin.

“Begini Dato” Jidin menerangkan hasil penyiasatannya…. Jurunilai projek, kerani bekalan dan beberapa orang lagi yang disyaki terlibat.. Jidin juga memberikan bukti bergambar.

“Aisy juga terlibat!!! Patulah dia mampu memakai kereta Vios dan membeli baju yang mahal.. rupanya duit hasil menipu. Ingatkan duit hasil berniaga… tidak disangka-sangka.. patutlah selama ini dia sahaja yang berjumpa saya untuk menandatangi dokumen.. rupanya dia telah memindanya.”

“Jadi apa tindakan Dato?” tanya Hani.

“Beri saya masa 2-3 hari untuk mengkaji dokumen ini. Bila ayah saya ada di pejabat.. saya akan memberitahunya mengenai pengkhianatan ini. Saya rasa… ayah juga mungkin tidak percaya apa yang awak semua dedahkan ini. Tapi bukti awak semua cukup dan saya yakin ayah saya akan percaya” kata Dato…

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Sepanjang memandu pulang ke Kuala Lumpur kepada keesokkan harinya…. Dato hanya mendiamkan diri semasa memandu. Hani mengagak mungkin Dato tidak percaya bahawa Hasdi sanggup menikamnya dari belakang…

“Dato? Kenapa senyap sahaja? Dato masih memikirkan tentang hal malam tadi?” tegur Hani.

“Ya Hani.. saya tidak percaya Hasdi sanggup menikam saya dari belakang. Sedangkan dahulu semasa beliau belajar di Amerika.. ayah sayalah yang menanggungnya. Ayahnya sakit… ayah saya juga yang beri duit untuk membuat pembedahan jantung. Malah ayah saya mengajak keluarga mengerjakan Haji lagi. begini balasan dia kepada keluarga kami” Dato mengeleng-gelengkan kepala.

“Dato.. kalau duit depan mata.. tak kiralah. Keluarga.. anak atau kawan sekalipun. Sanggup membelakangkan apa sahaja untuk mengaut keuntungan. Hatta tindakan tersebut membelakangkan agama.”

“Saya sudah semak separuh dokumen yang kamu sediakan… memang terdapat ketirisan. Kenapalah saya tidak periksa semua dokumen itu sebelum menandatanginya. Bodohnya saya.. kalau ayah saya tahu.. saya tidak membaca betul-betul. Habislah… kena marahlah saya.”

“Bukan salah Dato sepenuhnya… mungkin Hasdi itu sepupu Dato… Dato percaya kepada Hasdi seratus peratus. Maka Dato tandantangi sahaja apa-apa dokumen yang datangnya dari bahagian kewangan”

“Betul kata awak.. saya terlalu percayakan Hasdi. Maka dia mengambil kesempatan. Hani.. terima kasih kerana membongkar penyelewewangan Hasdi. Jika tiada kamu, entah sampai bila saya akan tahu tentang hal ini. Entah-entah bila syarikat saya sudah lingkup.. baru saya sedar pengkhianatannya” ada nada kesal.

“Takpelah Dato… Allah yang memberi ilham kepada saya untuk menyiasat. Lagipun ini tangungjawab saya Dato.”

“Hasdi.. Hasdi” Dato Z mengelengkan kepala.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.