Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
901,623
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 17 C ; sinopsis dan makan malam sekeluarga
Sinopsis
mengisahkan NorHani Edora atau Hani seorang wanita yang baru menamatkan pengajian di peringkat diploma pengurusan pejabat dari UITM. beliau seorang yang tegas, berpendirian teguh dan tidak segan menegur sesiapa sahaja tetapi agak gila-gila juga. mendapat panggilan temuduga dari syarikat milik Dato Zaffran atau lebih dikenali sebagai Dato Z. Dato Z mempunyai reputasi sebagai seorang yang agak nakal dan buaya darat di media. beliau seorang duda dan baru berusia 40 an dan sering digosipkan dengan artis baru wanita yang meningkat naik.
Semasa sesi temuduga beliau telah berseteru dengan calon temuduga yang cantik, bermekap tebal dan seksi iaitu Aisy. Malah Hani juga telah menimbulkan kekecohan semasa sesi temuduga apabila Dato Z mempertikaikan cara beliau berpakaian. Beliau rasa tidak mempunyai harapan lagi untuk dipanggil bekerja dengan Mega Group akibat perselisihan faham tersebut.
Tetapi seminggu kemudian beliau menerima surat tawaran bekerja dengan Mega Group sebagai pembantu peribadi DAto Z dengan gaji sebanyak 2 ribu ringgit. tapi malangnya semasa melapor diri, Aisy juga turut diterima bekerja disitu.. maka sejak hari pertama pelbagai konflik melanda mereka berdua. selain konflik diantara Hani dengan Dato Z.
Tapi secara tidak sengaja... satu invois yang dijumpai di dalam sebuah fail kewangan yang dijumpai oleh Hani telah merungkai satu konspirasi kewangan yang besar sedang berlaku di Mega Group... Hani menyiasat secara diam-diam untuk mengetahui siapakah dalang dan pihak yang terlibat. penyiasatan ini menyebabkan nyawanya di dalam bahaya......... nak tahu lebih lanjut kena baca ya....hehehehehehe... masih panas.. baru semalam saya siapkan jalan cerita dan plotnya... ilham dari FB rakan saya tq


Malam itu selepas Isyak, Hani sekeluarga ke medan makanan laut yang terkenal di Kelana Jaya… KJ seafood. Selain Hani yang turut serta ayah serta ibu dan juga adik bongsunya Ikhwan.. setelah memesan makanan ;

“Macamana kerja?” tanya ayah Hani.

“Ok ayah… semuanya ok.. berjalan lancar. Boss pun baik” jawab Hani.

“Ayah dengar boss kamu itu mata keranjang sedikit. Betul ke?”

“Di luar ayah… masa kerja tiada pula dia menggatal. Malah Dato sangat komited dengan pekerjaannya ayah.”

“Kamu berhati-hati sikit.. terutama apabila outstation dengannya. Mulut orang ni tak dapat ditutup Hani” ahay Hani menasihatinya.

“Kami pergi atas dasar kerja ayah. Tidak lebih dari itu.”

“Ayah tahu anak ayah… walaupun Kak Joyah mengata macam-macam tentang kau. Ayah sabar jelah dengan dia itu.”

“Kak Joyah mengata apa emak dengan orang flat? Apa benda dia cakap emak?” emak memandang ayah… ayah mengangguk ;

“Katanya kamu ada hubungan dengan Dato Zaffran” jawab emak Hani.

“Astaga… fitnah semua itu emak. Kenapalah dia mengata saya pula sejak akhir-akhir ini? Dah takde orang lain ker dia hendak jadikan bahan mengumpat” Hani kesal dengan sikap Kak Joyah.. mengata orang tak habis-habis.

“Ayah rasa sebab kamu sudah berjaya. Mungkin dia cemburu…” ayah memberikan pandangannya

“Dia kata orang… anak dia tu… mana ada berjaya. Itu yang dia jeles.. seorang penagih dadah.. seorang samseng.. mat rempit.. bohsia… hanya yang sulong sahaja boleh diharap.. itupun malas hendak duduk dengan emaknya.. jarang sekali balik sebab isterinya tidak suka mulut becok kak Joyah.. jeles lah tu tengok anak orang lain berjaya” kata Hani selamba… air minuman sampai… Hani meneguk airnya ;

“Kamu sudah ada pakwe ke Hani?” tanya ayah. Tersembur Hani menendar kata-kata ayahnya itu. Adiknya tersenyum sumbing ;

“Belum ayah,”

“Kakak ini ayah… ganas sangat. Manalah lelaki hendak dekat.,,,, baru hendak cakap hello. Dah kena sergah dengan akak” Hani menjengilkan matanya

“Hahahahahahahahaha…. Betul juga kata kamu itu Wan” ayah Hani menyokong kata-kata adiknya.

“Ayah… saya hendak bantu dahulu keluarga ini. Saya kesiankan ayah bawa teksi siang malam.. hendak bantu adik-adik yang masih belajar. Saya bercadang hendak beli rumah ayah.. sampai bila kita hendak duduk di flat ini. Naik tangga.. turun tangga” mereka terdiam mendengar kata-kata Hani. Makanan pun sampai…. Hari ini mereka makan ikan siakap 3 rasa… tomyam dan juga ikan bakar. Mereka sekeluarga makan didahului oleh doa yang dibaca oleh ayah Hani.. semasa makan ;

“Bila agaknya abang long hendak balik?” tanya emaknya.

“Emak… abang long tu janganlah haraplah kalau belum sampau cukup bulan hendak balik. Saya pun hairan dengan anak emak yang seorang itu. Kenapa kerja jauh-jauh.. sedangkan di lembah kelang ini.. berlambak kilang yang hendak pakai along” sampuk Hani.

“Mungkin dia hendak kebebasan kot” jawab ayah.

“Bebas? Entahlah.. saya malas hendak cerita pasal abang” jawab Hani.

“Kalau gitu.. mari kita cerita pasal Dato Z” Hani mencubit lengan adiknya….

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.