Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
902,792
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 16 B ; sinopsis dan sekumpulan dengan Hasdi

mengisahkan NorHani Edora atau Hani seorang wanita yang baru menamatkan pengajian di peringkat diploma pengurusan pejabat dari UITM. beliau seorang yang tegas, berpendirian teguh dan tidak segan menegur sesiapa sahaja tetapi agak gila-gila juga. mendapat panggilan temuduga dari syarikat milik Dato Zaffran atau lebih dikenali sebagai Dato Z. Dato Z mempunyai reputasi sebagai seorang yang agak nakal dan buaya darat di media. beliau seorang duda dan baru berusia 40 an dan sering digosipkan dengan artis baru wanita yang meningkat naik.

Semasa sesi temuduga beliau telah berseteru dengan calon temuduga yang cantik, bermekap tebal dan seksi iaitu Aisy. Malah Hani juga telah menimbulkan kekecohan semasa sesi temuduga apabila Dato Z mempertikaikan cara beliau berpakaian. Beliau rasa tidak mempunyai harapan lagi untuk dipanggil bekerja dengan Mega Group akibat perselisihan faham tersebut.

Tetapi seminggu kemudian beliau menerima surat tawaran bekerja dengan Mega Group sebagai pembantu peribadi DAto Z dengan gaji sebanyak 2 ribu ringgit. tapi malangnya semasa melapor diri, Aisy juga turut diterima bekerja disitu.. maka sejak hari pertama pelbagai konflik melanda mereka berdua. selain konflik diantara Hani dengan Dato Z.

Tapi secara tidak sengaja... satu invois yang dijumpai di dalam sebuah fail kewangan yang dijumpai oleh Hani telah merungkai satu konspirasi kewangan yang besar sedang berlaku di Mega Group... Hani menyiasat secara diam-diam untuk mengetahui siapakah dalang dan pihak yang terlibat. penyiasatan ini menyebabkan nyawanya di dalam bahaya......... nak tahu lebih lanjut kena baca ya....hehehehehehe...

Besoknya pagi-pagi lagi Hani sudah menghadap dengan Dato Z.. selepas sesi taklimat aktiviti Datp pada hari tersebut ;

“Dato… saya ada beberapa tender yang berpotensi untuk syarikat kita bida” Hani menyerahkan 5 helai dokumen tender kepada Dato.. beliau mengambil dan membacanya sejenak.

“Wah! Kamu begitu bersemangat yer. Bagus-bagus… tak sia-sia saya ambil kamu bekerja. Kamu membuat kerja di luar ruang lingkup kerja kamu. Syabas Hani” kembang juga Hani dipuji sebegitu.

“Itulah saya ingat hendak belajar menender Dato. Itupun kalau Dato bersetuju” Hani menyatakan hasratnya.

“Boleh-boleh… siapa yang hendak saya suruh ketuai projek ini.. nampaknya projek ini beratus juta kosnya” mintak mintak Hasdi.. tolong tuhan Hasdi.

“Ok… saya akan suruh Hasdi ketuai projek ini.. dan awak sebagai pembantunya. Dia berpengalaman dalam menender projek-projek besar” Yes! Itu yang aku hendak..

“Tapi saya ada dua permintaan Dato” Dato Z memandang Hani ;

“Apa dia?” tanyanya kehairanan.

“Pertama… Dato kata Dato yang cari 5 tender yang diberikan itu. Kalau dia tahu saya yang cari.. mesti dia rasa pelik. Boleh?” Dato terdiam.

“Ok” Dato Z bersetuju.

“Janji?”

“Ya.. saya janji” ulang Dato Z.

“Yang kedua… tolong jangan libatkan Aisy dalam kumpulan ini. Saya mahu belajar dan buat kerja dalam keadaan tenang” Dato Z tersenyum.

“No problem” kemudian Dato Z mengangkat gagang telefon… dia menyuruh Hasdi masuk kedalam biliknya. Seketika kemudian pintu diketuk… Hasdi memunculkan dirinya ;

“Duduk Hasdi” pelawa Dato Z.

“Ada apa Along?” ceh! Lembut sahaja Hasdi berkata-kata.tapi di luar…..

“Begini…. Aku ada cari beberapa tender yang berpotensi untuk ita bida. Jadi, aku mahu kau cuba masuk 2-3 tender yang kau rasa kita boleh menang. Ini dia iklan tender tu” Dato Z menghulurkan iklan tender kepada Hasdi. Hasdi mengambilnya dan membacanya seketika.

“Ok… tiada masalah… nampaknya semuanya menarik. Tapi nilainya lebih 100 juta.. banyak kerja hendak buat Along.”

“Aku tahu kau boleh buat Hasdi…. Kau tubuhkan pasukan tender macam biasa. Satu lagi Hasdi… boleh ke tidak kau masukkan Hani di dalam pasukan kau itu nanti. Aku hendak dia dapat pengalaman dalam kerja menender. Maklumlah.. dia masih baru lagi… sekurang-kurangnya jika pasukan aku menender di masa hadapan… dia sudah ada pengalaman dan tahu bagaimana hendak menyediakan dokumen tender” Hasdi memandang Hani…

“Ok.. tiada masalah. Bagus juga… takkan hendak harapkan akak Qaimah buat dokumen tender”Yes!!! Hasdi bersetuju… Hani tersenyum.

“Satu lagi… kalau boleh kau jangan libatkan Aisy dalam kumpulan ini. Engkau tahukan hubungan Aisy dengan Hani bagaimanakan? Aku hendak kumpulan tender engkau dalam keadaan harmoni dan boleh bekerja dalam satu kumpulan dengan aman. Boleh ?”

“Tiada masalah long… saya tahu. Baiklah, along beri saya masa dalam 2 hari untuk saya pilih tender yang terbaik, yang mampu beri kita keuntungan yang banyak” ampu Hasdi…. Hendak muntah Hani mendengarnya.

“Ok.. kalau tiada apa-apa lagi. itu sahaja.. terimakasih” Hani dan Hasdi bangun serentak… kami keluar dari bilik ;

“A Hani… sekarang ini you tak payah buat apa-apa dahulu.. selepas dua hari saya sudah memilih 2 tender yang berpotensi… saya set up meeting dengan Dato untuk kelulusan. Masa itu baru awak tolong saya ok” jelas Hasdi.. cari tender berpotensi ker? Cari projek kayakan diri?

“Ok… terima kasih kerana beri peluang saya menimba pengalam menender projek” Hani mengampu.

“Ah… takde apa. Lagipun awak PA Dato… jadi awak memang kena tahu bagaimana proses tender. Kadang-kadang Dato juga turut menender projek” Hani mengangguk.. kemudian Encik Hasdi meminta diri untuk menelaah dokumen tender. Hilang sahaja kelibat Hasdi.. Hani tersenyum… rancangannya berjaya…..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.