Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,898
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 37 ; Dato beri saguhati

Bab 37

Dato memberi wang saguhati

Seminggu sebelum Raya.. Dato mengumumkan bonus setengah bulan gaji kepada semua pekerja syarikat dan akan masuk ke dalam akaun masing-masing esok( Dato sangat gembira pada hari pengumuman tersebut.. satu… writ saman telah dikeluarkan terhadap Nat Ahmed dan juga pihak defenden yang lain… Dato Zaman berkata peluang hendak menang 90%... bukti yang ada lebih daripada cukup kerana tidak ada Peguam didunia ini mampu mempertikaikan rakaman CCTV. Kedua….. namanya kini sudah bersih dari dakwaan meniduri Wiwi… sebaliknya Wiwi dan pakwenya yang malu sendiri kerana dalam video penuh tersebut secara terang tanpa bersuluh Wiwilah yang cuba menggoda Dato…. Malam selepas sidang media… semua blogger dan stesen TV mengeluarkan video penuh perbualan Dato dengan Wiwi.. Hani pula membantu memasukkan video ke dalam You tube… banyak komen-komen yang menyokong Dato dan mengutuk Nat Ahmed sebagai penyebar fitnah terbesar negara. Ketiga… Dato tidak perlu menggunakan khidmat pengawal peribadi kerana Roslan tidak akan menyerangnya lagi. Keempat.. Nat Ahmed cuba untuk berjumpa dengan Dato bagi memohon maaf. Tetapi pengawal menghalaunya keluar… kata Dato “ See you in court!!!” jerot Dato. Dan kelima… yang terakhir yang mungkin paling mengembirakan Dato… beliau sudah boleh berjumpa dengan anak-anaknya setiap minggu. Selepas pengumuman itu Dato meminta Hani masuk ke dalam biliknya.

“Ya Dato? Ada apa yang boleh saya bantu” tanya Hani sebaik sahaja dia duduk berhadapan dengan Dato.

“Ini… wang saguhati dari saya?” Dato menghulurkan satu sampul yang agak gemuk… kelihatan seperti banyak isinya.

“Wang saguhati apa ini Dato?” tanya Hani kehairanan.

“Sebab membantu saya tentang kes Nat Ahmed.. idea awak sangat bijak. Juga membantu saya berjumpa dengan anak-anak saya. Awak patut dihargai.”

“Saya cuma menolong Dato… saya ikhlas dan tidak mengharapkan balasan kewangan daripada Dato.”

“Ambillah.. saya ikhlas.. ada 5 ribu kesemuanya” what! Banyaknya….

“Tapi” Hani serba salah.

“Jangan tapi-tapi lagi Hani. Wang yang saya beri ini tidak ternilai dengan maruah dan harga diri saya yang akan jatuh jika bukan kerana idea awak ambil video menggunakan khidmat Jidin. Juga membantu saya rapat dengan anak-anak saya. Ambillah” Dato memujuk Hani.. akhirnya Hani akur.

“Tapi kenapa tunai? Kenapa tidak secara cek” tanya Hani kehairanan… takut pula hendak membawa tunai sebanyak ini di dalam beg tangannya.

“Bahaya… ada dokumen… awak jangan risau.. ayah saya tahu tentang perkara ini. Saya tidak guna wang syarikat. Duit saya sendiri.”

“Terimakasih Dato.”

“Sama-sama.”

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Waktu rehat Hani memasukkan wangnya ke dalam akaun ASB.. beliau tersenyum melihat baki yang tertera di buku akaunnya. RM 11,000 tunai yang disimpan hasil pemberian Jidin dan juga Dato Z. Lagi 2 ribu adalah hasil dari titik peluhnya sendiri… Hani tidak menggunakan wangnya sewenang-wenangnya.. beliau berazam ingin membeli rumah teres untuk keluarganya. Cukuplah 20 tahun tinggal di flat milik bandaraya dan berhadapan dengan Kak Joyah yang mulut becok itu. Hujung minggu tersebut beliau bercadang untuk membawa ayah, emak dan adik-adiknya membeli sepasang baju Raya.. bonus sebulan gaji beliau rasakan lebih dari cukup untuk membeli Baju untuk mereka. Biarlah kali ini beliau pula membantu keluarga setelah ayahnya selama 25 tahun membanting tulang membawa teksi hingga ke jauh malam semata-mata ingin melihat anak-anaknya beraya.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Malam itu semasa berbuka…

“Emak dan ayah… hujung minggu ini kita sekeluarga ke jalan TAR. Hani belanja beli baju raya adik-adik sepasang seorang.”

“Betul ke kak?” kata adiknya Ikhwan… kedua-dua adik lelakinya ada yang tinggal di Universiti dan asrama sudah balik ke rumah. Mereka turut bersama makan…

“Betul.. akak dapat bonus setengah bulan gaji.”

“Bolehlah beri saya angpau” kata Ikhwan selamba.

“Insya Allah… siapa yang degil.. suka melawan akak.. akak bagi seringgit jer” gurau Hani.

“Kedekut” adik-adikku yang lain ketawa.

“Kamu banyak tolong keluarga ini Hani sejak kamu kerja.. ada-ada sahaja… beli barang dapur.. beli bajulah.. ini hendak beli baju Raya pula” kata ayahnya pula.

“Takpelah ayah… itu tanggungjawab saya. hendak harapkan abang.. yang ado.”

“Sebut pasal along… kenapa dia tidak balik-balik sejak hari pertama berpuasa.. selalunya bila bulan puasa… setiap minggu balik. Ini… sudah lagi 6 hari hendak Raya… selalu sudah bagi duit hendak belanja Raya. Kenapa emaknya?”

“Entahlah abang… saya pun tidak tahu” jawab emak Hani.

“Abang itu merajuk kot” sampuk Hani.

“Merajuk? Merajuk pasal apa?” tanya ayah Hani kepadanya.

“Dia hendak pinjam duit saya 2 ribu ringgit.. saya mana hendak beri. Dia kata hendak upgradekan keretanya.. hendak makeup kereta untuk Raya. Saya sendiripun tak makeupkan kereta saya. ini dia pula melebih.”

“Anak awak yang seorang ini memang melampaulah. Gaji tinggi macam-macam pula dibuatnya. Bikin keretalah, beli henset, beli entah apa-apa. Dengar cerita sudah ada makwe…. Kenalah kumpul duit dari sekarang. Takkan besok hendak kahwin hendak harapkan duit saya” ayah Hani mengelengkan kepala;

“Along… along.”

“Tahun ini balik ke kampung mana ayah? Kedah atau Negeri?” tanya Hani..

“Negeri.. kampung emak kau.. kat Kedah apa yang ada… rumah dan tanah semua dibolot oleh adik beradik ayah yang lain” Hani mengerti…. Apabila Datuk Hani meninggal tahun lepas.. habis semua tanah, duit simpanan dan rumah datuk diambil dan dijual oleh adik-beradik ayah ( diketuai oleh Pak Long ). Apabila ayah menuntut haknya, Pak Long berkata sepanjang hidup ayah tidak pernah membantu samada dia sedang sakit, membeli lampin pakai buang atau membiayai kos pembedahan. Habis itu.. duit sara diri yang diberikan kepada ayah sebanyak RM 100 ringgit sebulan bukan wang namanya? Ayah merajuk dan meminggirkan diri… dahulu Hani ada juga menyuruh ayahnya melawan tapi kata ayah….

“Biarlah mereka makan duit tersebut… Insya Allah duit termasuk tanah kalau bukan hak mereka… Allah tidak halalkan. Sekejap sahaja mereka akan kaya… selepas itu kita tengoklah” sejak dari itu ayah tidak balik langsung ke kampung di Kedah. Mungkin hatinya sakit melihat perangai adik beradiknya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.