“NAZMI! Berapa kali I nak cakap kat you? I
tak nak naik motor dengan you!” Aku mengetap bibir menahan geram.
Dalam
masa yang sama juga, terpaksa menahan marah dan meninggi suara. Nanti tak pasal-pasal satu kampung dengar perang dingin
antara aku dan Nazmi.
“You
ni kan… Apa
masalahnya kalau tak nak naik motor dengan I? I ni kan boyfriend
you, bakal suami you! You kena dengar cakap I!” Nazmi mulai berang.
Aku
menyilangkan tangan sambil berdiri menghadapnya. Kalau dulu, memang aku kecut perut bila
Nazmi mula bersikap baran tetapi entah kenapa, sekarang ni aku mampu untuk
menentang anak matanya. Mungkin dah lali dengan kemarahannya yang datang
tiba-tiba tak tentu masa.
“You
tahu tak Nazmi, you tu lelaki. I ni perempuan. Kita bukannya muhrim dan tak
manis kalau orang
tengok I membonceng motorsikal you sedangkan I ni bukan isteri you lagi!” Aku
menekan suara, masih terkawal.
“Ah,
pedulikanlah cakap orang!
Manusia memang suka mengata!” Nazmi menghempas topi keledarnya ke tanah.
Bulat
mataku merenung perbuatannya. Cepat-cepat aku memandang sekeliling. Mujur tiada
orang yang nampak.
Tak boleh jadi ni. Aku harus cepat-cepat cari jalan penyelesaian sebelum
berlaku perkara yang tidak diingini.
“Macam
ni, hari ni you bawa kereta I. I nak biasakan diri tengok jalan di Kuala Lumpur. Hari tu
macam tak sempat sebab I teragak-agak lagi, boleh?”
Huh,
tak pasal-pasal aku kena melembutkan suara untuk memujuknya. Nazmi memandang ke
arah aku dengan tajam dan kemudiannya mengeluh.
“Okey,
bagi kunci kereta.”
Tanpa
banyak soal, aku memberikan kunci kepadanya. Lega! Walaupun di dalam hati ini,
dah jadi macam sarang tebuan. Tinggal nak keluar dan serang mangsa yang
terdekat.
Aku hanya diam membisu sehinggalah
kereta tersebut keluar dari kampung.
“You
marah?” Nazmi menyoal.
Berkerut
dahi aku dibuatnya. Ni siapa sebenarnya yang marah? Aku ke dia? Hish! Makin tak paham aku dibuatnya. Aku
beristighfar untuk kesekian kalinya sebelum menjawab.
“Taklah.
I tak marah. Buat apa I nak marah.”
“Sayang,
I tahu you marah. Maafkan I okey? I lupa you tak suka naik motor. Beruntung I
dapat orang
macam you. Mesti tak ada lelaki lain yang dapat naik motor dengan you, kan?” Nazmi berkata.
Ei,
geramnya aku.
Boleh pula dia buat tak tahu dengan pertengkaran tadi dan sekarang bagitahu aku
macam dia tak bersalah langsung? Kus semangat!
“Ada.”
“Hah?
Siapa?” Tengok tu! Suara tiba-tiba saja meninggi. Aku rasa Nazmi ni
kadang-kadang gila. Kejap okey, kejap tak.
“Abang I lah, siapa lagi!”
Aku mendengus
perlahan. Nak cuba
bawa bergurau tapi akhirnya aku sendiri yang sakit hati.
Nazmi
ketawa besar. “You ni nakal tau Hani.”
Aku
tak menjawab tetapi hanya membiarkan Nazmi bercakap seorang diri. Malas rasanya
nak layan dan yang lebih malas, aku semakin bosan bila bersama Nazmi.
“You
dengar tak?”
Aku
tersedar daripada lamunan. Eh, dah dekat dengan Simpang Tiga ke? Kata Nazmi,
tadi nak pergi KLCC. Macam mana pula dah sampai sini? “Dengar apa?”
“Eh
Hani, you ni pekak ke? I cakap berbakul-bakul, you buat tak tahu saja, kan?”
Pergh!
Pekak pula dah! Lelaki ni memang sengaja nak cari kemarahan aku ke? Aku
mengetap bibir menahan geram
yang semakin membara.
“Nazmi!
You tu buta ke hah? I tengah marah ni you boleh cakap dengan gembiranya? You
gila ke apa?”
“You
cakap I gila?” Nazmi menengking dan membuatkan jantung aku semakin berdebar
apabila dia mula memecut.
“Nazmi!
You nak mati ke apa? Bawalah perlahan sikit!”
Rasa
nak sepak saja mamat sebelah aku ni. Aku menelan air liur apabila dia membawa
dengan laju di jalan yang tidak berapa besar ni. Di kiri bahu jalan, penuh
kereta yang sedang parkir.
Aku tak mahu berfikir jauh buat
masa sekarang. Aku hanya beristighfar agar Nazmi tidak melakukan sesuatu yang
bodoh! Senja pula sedang merangkak. Apa-apa saja boleh jadi! Ya ALLAH,
selamatkanlah aku…
“Nazmi!”
Tiba-tiba
saja kereta membelok sedikit ke arah kiri lalu berhenti mengejut di bahu jalan
berhampiran deretan kedai buah di Greenwood.
Bunyi hon kereta dari arah belakang membuatkan aku tersentap.
“You
turun sekarang!”
“Hah?!”
Terkedu aku mendengar
arahan Nazmi.
Bangang
ke apa lelaki ni? Suruh aku turun daripada kereta sendiri? Ya ALLAH! Apa aku
nak buat sekarang? Aku memandang ke luar tingkap dan nampak
ada beberapa orang di gerai buah sedang memandang. Pastinya mereka
melihat kereta ini dipandu dengan bahaya sebentar tadi.
“I
cakap turun! I tak nak tengok muka you buat masa sekarang! I tak sangka you
boleh cakap I gila!” Nazmi menjerit.
Okey!
Okey! Aku turun sekarang! Dengan pantas, aku buka pintu kereta dan menghempas
pintu kereta. Biarlah orang
nak cakap apa pun!
Yang penting, aku nak lari dari
sini. Rasa marah dengan malu bercampur aduk. Ei, sampai hati Nazmi buat aku
macam ni!
-------------------------------------------------------------
“ABANG, abang
tolong ambil Hani di kedai 7-Eleven, Greenwood
sekarang, boleh?”
Aku
akhirnya menelefon abang Shazlan setelah memasuki kedai tersebut. Sebelum tiba
di situ, aku sempat menoleh ke belakang dan melihat kereta Swift aku sudah
tiada di tempatnya.
Rasa
mahu menangis saja apabila diperlakukan sebegitu. Aku sendiri tak pasti hala
tuju hubungan ini. Masa di Kuantan, Nazmi tidaklah seteruk ini tapi bila di Kuala Lumpur, lain pula
perangainya.
“Aik?
Macam mana Hani boleh sampai sana?”
Aku
mengeluh perlahan. “Panjang ceritanya. Tolonglah ambil Hani kat sini. Hani
seorang diri dan tolong jangan bagitahu Nazmi.”
“Kenapa
pula?”
“Abang! Jangan bagitahu,
tolonglah…”
“Ye
lah. Abang
datang sekarang. Hani duduk situ sampai abang datang.”
Aku
menarik nafas lega setelah mematikan talian. Sesekali aku memandang ke arah
luar kedai. Manalah tahu, jikalau Nazmi muncul tiba-tiba.
Hati
aku semakin panas dengan sikapnya. Dia lupa ke tu kereta aku? Persoalannya
sekarang, macam mana aku nak ambil balik kereta tu?
Sambil
menunggu abang Shazlan, aku membeli beberapa barang sebagai bekalan makanan di
rumah. Ye lah, tak kan nak mundar-mandir saja
di kedai ni tanpa membeli apa-apa kan?
Nanti sekuriti yang tengok CCTV rasa curiga
pula.
-------------------------------------------------------------
“HANI gaduh?” Soalan pertama yang diterjah
kepada aku setelah aku memasuki kereta Preve merah milik abang Shazlan.
Aku
terus diam. Rasa malas nak jawab. Mujurlah suasana dalam kereta ni sejuk dengan
penyembur udara aroma Lavendar yang menjadi kesukaan abang dan aku. Tenang
sikit hidup!
“Nazmi
tu dah tak betul ke abang? Dia asyik nak marah Hani saja.” Aku memulakan
bicara.
Abang Shazlan terus memandu keluar dari Greenwood dan pasti menuju ke rumahnya di
Taman Seri Gombak ataupun nak bawa aku makan sebelum menghantar aku pulang.
“Abang tengok dia biasa
saja. Hani kot yang selalu buat dia marah?”
Aku
menyilangkan tangan tanda protes. Kalau ikut hati, dengan abang Shazlan sekali
aku mengamuk. Tahulah Nazmi tu kawan dia, tak payahlah nak back up sangat.
“Dahlah
naik kereta mama! Lepas tu abang tahu tak, dia halau Hani keluar daripada
kereta?”
Abang Shazlan terdiam.
Dia hanya membisu selepas itu dan keretanya membelok ke arah Prima Sri Gombak.
Aku pula masih menunggu maklum balas abang tentang kawannya yang seorang itu.
“Hani,
tolong abang pergi beli aiskrim kat Iceroom. Mango
Pomelo satu dengan Blueberry satu.
Kawan-kawan rumah abang yang pesan. Nanti Hani
tambahlah apa yang Hani nak, ya?”
Aku
membulatkan mata. Aku tengah marah macam ni, dia boleh suruh aku pergi beli
aiskrim?! Dia nak tengok aiskrim tu cair terus ke bila aku pegang? Dengan rasa
bengang, aku menarik kasar wang yang dihulurkannya.
Sepanjang
di dalam kedai, aku menyumpah seranah berselang seli dengan istighfar. Apakah
lelaki semuanya sama? Semuanya ambil mudah dengan apa yang berlaku di
sekitarnya? Semuanya ego untuk mengakui kesalahan sendiri?
Setelah
aku mendapatkan pesanan aiskrim, aku terus berlalu pergi. Pekerja Bangladesh
yang memberikan senyuman kepada aku itu, tidak aku hiraukan. Maaf, kakak ini
tengah banyak angin!
Dengan
cepat, aku melangkah ke arah kereta Preve abang Shazlan yang menunggu di bahu jalan. Sambil
terus menahan rasa marah, aku masuk ke dalam kereta dan mendengus kasar.
“Nah!
Abang ni pun
sama saja macam dia! Semuanya ambil mudah! Hani tengah marah tapi takde siapa
pun nak ambil peduli!” Aku mengetap bibir menahan geram dan menunggu abang Shazlan membalas
kata-kata aku tetapi dia hanya diam.
Aku
segera berpaling ke arahnya dan menjerit, “abang!”
Oh!
Alamak! Eh?
Ya ALLAH! Aku salah naik kereta ke? Seraut wajah yang redup dan tenang sedang
memerhatikan aku. Lelaki yang siap bersongkok itu membuatkan aku terpana
seketika.
“Eh,
maaf, maaf. Saya ingat ni kereta abang saya. Minta maaf sangat.” Cepat-cepat
aku menundukkan sedikit kepala ke arahnya lalu membuka pintu dan memecut
keluar.
Bunyi
hon kereta menyebabkan aku menoleh dan hah! Itu dia rupanya abang aku yang
bertuah! Macam mana pula dia pergi parkir belakang kereta mamat yang sama ni?
Dari jauh aku lihat abang sudah tersenyum simpul.
“Salah
naik kereta nampak?”
"Diamlah!!!”