AKU menghadap komputer riba yang
terbuka sejak tadi. Mama sudah memberikan kata dua. Dia mahu aku ikut ke
Singapura walaupun aku memberikan alasan aku sudah selesa tinggal di Malaysia.
Rayyan pula kata, dia
akan cuba membantu mana yang patut. Namun aku tahu, sejauh mana sangatlah
Rayyan boleh tolong aku dalam soal ini. Aku meraup wajah dan mengambil pengikat
rambut yang terdampar di tepi komputer.
Sambil mengikat rambut
yang sudah panjang hampir ke paras pinggang, aku membaca emel terbaru daripada
Helmi. Seperti biasa, aku pasti tersenyum melihat tulisannya. Sama seperti
Faiq, mereka berdua banyak menasihati aku.
Assalamua’laikum Ju,
Lambat betul kau reply emel aku kali
ni! Musykil siapa yang lebih busy. Aku ke kau? Apapun, terima kasihlah sebab
balas walaupun aku ingat kau dah lupa kat aku bila ada kawan baru kat sana.
Sobs!
Yeah, macam kau cakap… Eryna masih
berusaha tanya aku tentang kau. Entahlah, aku tak fahamlah dengan dia! Apa yang
dia nak daripada kau sebenarnya? Dia dah dapat Shahmi tu sudahlah, kan? Isy,
tak faham betul aku perempuan ni!
Mujurlah kat sana ada Faiq. Lega
sikit aku rasa bila kau dapat sahabat yang sudi dengar keluhan. Maklumlah, aku
ni jauh di mata walaupun dekat di hati kau, kan?! Hahaha~ Cuma, kau kawan aje
tau dengan Faiq! Jangan lebih-lebih. Nanti aku jealous. Bluwek!
Till then, jangan lupa makan dan
jaga diri baik-baik. Aku belum tahu bila nak ke KL. Jangan tunggu aku Ju. (sure
aku kena penampar kalau cakap macam ni depan-depan kau, kan? Haha) Ingatlah,
setiap perkara yang berlaku tu ada kebaikannya. Pandang dari sudut positif.
InsyaALLAH segalanya pasti akan berakhir dengan kebahagiaan. Kuatkan diri kau!
Aku, Helmi.
Terima
kasih Helmi. Aku tahu, kau memang selalu perasan aku suka kau tapi percayalah,
aku tak ada hati dengan kau! Aku masih mengukirkan senyuman tatkala membalas
emelnya.
Setelah
itu, aku kembali menutup suis komputer dan mencapai majalah Fashion Queen
keluaran terbaru di tepi katil. Sambil membaringkan diri, aku membelek majalah
tersebut dan teringat mesyuarat yang dijalankan petang tadi.
“MULAI bulan hadapan, kita akan
rombak konsep majalah Fashion Queen. Selepas ini kita bukan saja ada ruangan
fesyen, tapi kita akan mula mengetengahkan bakat-bakat jurufoto yang kita ada.
Mr George akan pilih seorang daripada jurufoto setiap bulan untuk diberikan assignment
dan akan diletakkan di ruangan tersebut. Temanya bebas tapi mestilah ada cerita
tentang kemasyarakatan,” ujar Mrs Jazzy dengan panjang lebar.
Wanita
bekerjaya yang sentiasa nampak anggun itu menyarungkan sut pakaian warna emas
putih yang pastinya direka sendiri. Secara peribadi, aku kagum dengan
personalitinya yang nampak elegan, tegas tetapi tidak pernah memijak
orang-orang bawahannya.
Dia
sentiasa boleh dibawa berbincang dan segala yang dilakukannya nampak seperti
magik. Semuanya menjadi dan tidak hairanlah, kejayaan Fashion Queen naik secara
mendadak.
“Zulaikha,
jumpa saya sekejap.” Mr George menggamit aku semasa kami semua mahu keluar dari
bilik mesyuarat.
“You
tooKhairul,” panggilnya.
Kami
berdua duduk di sebelah kanan Mr George. Lelaki yang berbangsa British dan
fasih berbahasa Melayu itu berdehem perlahan.
“Khairul,
I nak minta you tolong I untuk ruangan majalah Fashion Queen. Buatkan senarai
dan topik untuk setiap jurufoto kita pilih. Untuk permulaan, I nak Zulaikha
buat assignment ni.”
Aku
terkejut. Mr George percaya dengan kerja aku selama ini ke? Rasa macam tidak
percaya apabila diberikan kepercayaan untuk menjadi orang yang pertama dari
bahagian fotografi yang akan muncul di majalah.
“Terima
kasih Mr George. Cuma I nak tanya, maksud Mrs Jazzy pasal kemasyarakatan tadi
macam mana?” soal aku.
“Anything.
You boleh ambil gambar kehidupan masyarakat di Kuala Lumpur ni atau apa saja
yang menarik perhatian you untuk bercerita. You have to do an article also
Zulaikha. Tak perlu banyak seperti wartawan. Gambar-gambar akan menceritakan
perkara itu sendiri,” ujar Mr George sambil memusingkan pennya.
Aku
mengangguk perlahan. Khairul memandang ke arah aku dan menyoal, “any ideas?”
“I
ada terfikir… Contohnya kalau I ambil gambar di rumah anak-anak yatim ataupun
orang-orang tua dan letak dalam majalah tu, sekali dengan artikel untuk
membolehkan orang menderma, you rasa okey ke?” Aku menyoal Khairul.
“That’s
good! I think you can select that one!” celah Mr George sambil menepuk
kedua belah tangannya.
Khairul
tersenyum lalu mengangguk. “Ya, dengan cara itu kita boleh menarik perhatian
orang di luar sana. You ambil gambar yang penuh dengan emosi, Zulaikha.”
“Benar
kata Khairul. You boleh capture wajah anak-anak tu punya expression.
Make it looks meaningful. Kita diberikan 6 helai halaman. Jadi, you
boleh fikirkan apa yang you nak letak. Mungkin sedikit interbiu dengan mereka
ke?”
“Aik,
tadi kata tak mahu kita jadi macam wartawan?” usik Khairul kepada Mr George.
Lelaki
yang hampir separuh abad itu ketawa. “Bukanlah banyak. Sikit aje. Cukup untuk
membuatkan orang lain dapat informasi dan faham bila baca.”
“Kalau
macam tu, bila dateline?” Aku menyoal.
“Kalau
dalam masa seminggu ni macam mana? Sempat tak? Ambil gambar aje, kan?”
Aku
menjeling tajam ke arah Khairul. “Orang nak ambil gambar pun kena ada feeling,
baru jadi cantik.”
Kedua-dua
lelaki itu ketawa. “Satu atau dua minggu cukup. Sebab nanti bahagian grafik
kejar kita.”
Aku
tersenyum. Selesai masalah mereka tetapi bermulanya masalah untuk aku. Di mana
pula aku nak cari rumah anak-anak yatim atau yang seangkatan dengannya?
**************************************************
“AIK? Awalnya bangun?” Mama menyoal
semasa dia menuruni tangga rumah.
“Nak
buat research sikit di pejabat,” ujar aku sambil menyuap roti bakar yang
dilapisi mentega kacang dan cokelat.
Mama
meletakkan beg tangan dan fail serta majalah Wanita yang selalu dibacanya itu di
atas meja. Kemudian dia berlalu ke dapur.
Aku
pula secara spontan menatap majalah Wanita yang diletakkan oleh mama sebentar
tadi. Keluaran terbaru agaknya sebab tak pernah nampak sebelum ni.
Lantas,
aku mencapainya. Mesti nanti mama kata aku buat tabiat, tak pernah nak baca
majalah tapi tiba-tiba aje sibuk nak membelek.
“Ada
artikel Datin Rosie yang kawan mama dalam tu,” ujar mama semasa dia muncul dan
menatang mug berisi oat cokelat segera yang memang selalu dibancuhnya.
“Oh,
iya ke? Pasal apa?” Aku menyoal seraya membelek halaman demi halaman.
Kebanyakannya
menceritakan hal rumahtangga yang pada aku sangat berguna untuk kaum wanita.
Selain itu ada juga informasi tentang dunia kerjaya dan masakan.
“Pasal
rumah kebajikan yang ditubuhkannya.”
Serentak
dengan itu, mata aku tertancap ke arah ruangan yang mempamerkan cerita tentang
rumah anak-anak yatim piatu di Sungai Buloh.
“Ini
ke?” soal aku.
Mama
yang duduk di hadapan aku menjeling sedikit ke arah majalah sebelum mengangguk.
Mata aku terus bercahaya. Yeah! Satu lagi masalah akan diselesaikan!
“Mama!
Boleh tak kalau mama bawa Ju pergi jumpa Datin Rosie? Sebenarnya Ju ada assignment
untuk majalah syarikat. Nak cari rumah kebajikan untuk ambil gambar dan buat
artikel.”
“Lah,
ye ke? InsyaALLAH nanti mama bagitahu dia. Kebetulan pula,” ujar mama.
“Itulah.
Alhamdulillah. ALLAH permudahkan jalan. Tak tidur Ju malam tadi fikir macam
mana nak buat dalam masa yang singkat ni…”
Aku
tersenyum panjang sambil membaca artikel tersebut dan melihat gambar-gambar
yang diambil oleh wartawan mereka. Senyuman aku mati ketika melihat seraut
wajah yang amat aku kenali di situ!
“Mama,
ni siapa?” Aku menunjukkan wajah lelaki itu kepadanya.
“Oh,
ini Razif. Anaknya yang tolong dia jaga rumah tu.”
Aku
melopong. Razif kawan Faiq tu, anak Datin Rosie? Kenapalah dunia ni sempit
sangat. Balik-balik, dia juga yang aku jumpa!
“Kenapa
Ju? Ju kenal ke?”
Tanpa
sedar, aku mengangguk. “Dialah Mr Chipsmore yang Ju cerita pada mama selama
ni!”
“Dia?
Razif?” Mama menyoal dengan rasa tidak percaya.
Aku
mengangguk pantas. “Ya ALLAH, kau lagi…”
Aku
menenyeh wajahnya di situ. Rasa nak ketawa pun ada bila memikirkan takdir kami.
Kali ni aku akan tanya kau, siapa kau sebenarnya! Kenapa kita selalu sangat
bertemu walaupun untuk seketika dan paling penting, kenapa kau selalu senyum
kat aku macam kita dah kenal lama!
“Mama
rasakan…”
“Apa
dia mama?” Aku menutup majalah lalu diletakkan di tepi piring yang sudah
kosong.
Mama
tersenyum penuh makna. “Entah-entah Razif tu jodoh Ju?”
“Hisy!
Tak adalah!” Aku mendengus kuat sebelum diikuti dengan tawa mama. Ada-ada aje
mama ni tau!