ALHAMDULILLAH! Syukur di atas nikmat
pemberian makanan yang KAU berikan ini YA ALLAH! Aku menyuap nasi yang berbaki.
Sungguh lazat tidak terperi masakan berlaukkan ayam masak merah buatan angah.
Syukurlah
aku mempunyai seorang abang yang tahu serba serbi tentang dunia masakan. Kalau
tidak, dah tentu kami kebulur di rumah ini.
“Kenapa
angah masak sedap sangat ni? Jadi chef ajelah!” Aku mengomel sambil menjilat
jari yang berbaki sambal.
“Suruh
ja angah dengan along buka restoran!” Alang pula menyampuk. Tangannya sudah
sibuk menggapai senduk nasi. Itu adalah satu tanda untuk menyihatkan lagi badan
yang sudah tersedia sihat.
Angah
hanya tersengih. Barangkali cair sudah telinganya mendengar pujian
melambung-lambung daripada kami adik beradik. Along tiada di rumah malam ini,
khabarnya mahu makan bersama-sama kawan. Awek kot?
“Kerja
kau okey ke dik hari ni? Ada sesiapa kat office
tu buli?” Angah menyoal. Dia sudah mula menuangkan air jus oren Sunkist ke
dalam gelas tinggi. Memang Angah sangat-sangat menjaga pemakanannya, lain pula
dengan kami yang memang dua puluh empat jam ada perasaan mahu mengunyah.
Aku
memandang jus oren dalam gelas kaca itu teroleng-oleng setelah disedut perlahan
oleh Angah. Timbul perasaan mengada-ngada untuk diet. Tak guna menyesal bila
dah habis bantai nasi sampai sepinggan penuh! Aduh!
“Em…
Okay je. Pejabat tu macam 1 Malaysia tau Angah. Semua bangsa ada. Yang paling best, rupanya bos Yana tu orang Korea.”
“Ada
yang handsome?” Alang mencelah.
“Banyak!
Macam pejabat model je rasa. Yang handsome
dan cantik je boleh masuk situ.” Aku menambah cerita. Alang mula mencebik. Eleh,
mesti jealous kat aku kan?
“Ha,
apa lagi! Carilah seorang cepat! Jangan tengok je! Tackle!” Angah bercekak pinggang. Selepas itu dia sempat mencapai
sepotong betik ranum yang telah dihiris.
“Susahlah
Angah.”
“Apa
yang susah?”
“Yelah,
Yana bukannya reti nak jadi jelitawan. Setakat make up express 5 minit bolehlah!” Memang betul pun apa yang aku
cakap. Daripada dulu lagi aku jarang pentingkan kecantikan luaran. Yang penting, kecantikan
dalaman. Wah! Terbangga diri sekejap.
“Bukannya
orang tengok luaran dik. Nak cari isteri, kena tengok dalaman.” ujar Angah.
“Yana
tahulah lelaki macam mana. First
impressionmesti tengok luaran dulu. Kalau kurus ramping bergaya, cantik paras
rupa, lentok sini sana sikit terus jatuh cinta!”
“Bukan
semua lelaki macam tu dik.” Alang menegur. Terasa kot? Tapi memang betul apa.
Selalunya lelaki akan pandang wanita yang mempunyai kecantikan dalaman ni hanya
selepas beberapa tempoh mengenalinya.
Sebelum
itu? Mesti mata terarah ke arah paras rupa yang cantik dulu kan? Kalau tidak,
tiadalah bunyi phewit sana phewit sini. Aku mendengus perlahan.
Sudah terlalu ramai lelaki yang aku kenal di sekeliling berkata begitu.
“Alang
kawan dengan semua orang. Manusia tu ciptaan ALLAH, semua orang cantik dengan
cara mereka sendiri.” Alang berbicara perlahan.
Eh
la, kenapa alang bersentimental pula ni? Ada aku cakap pasal dia ke?
Entah-entah dia sebenarnya yang terasa? Aku mengerutkan dahi sambil
mengjungkitkan kening ke arah angah.
“Yelah.
Yana tahu alang bukan macam tu. Tak semua lelaki macam tu.” Bahu alang aku
tepuk perlahan. Pelik bin ajaib ni! Monyok je rupa. Dah bagi senyuman paling
manis pun buat tak tahu. Menyampah!
“Kau
suka lelaki macam mana dik?” Angah mencelah setelah kami terdiam buat beberapa
detik.
“Eh?
Err…” Alamak! Apa aku nak jawab ni? Serta merta bayangan aku terus bertukar ke
peristiwa yang berlaku lapan jam lalu.
----------------------------------------------------------------
PANDANGANNYA yang redup itu menikam terus ke
kalbu! Oh my God! Siapa dia ni? Dari planet manakah dia datang? Sekali lagi, handsome!
Tapi… Rupa nampak macam kerek ja?
Sepi
di antara kami berlabuh di saat pintu lif tertutup. Senyap. Degup jantung aku
semakin laju. Aku menjeling seketika ke arah lelaki itu. Namun, dia hanya buat
tidak tahu.
Tiba-tiba
mata kami bertentang. Oh no! Kan dah
malu Aryana? Aku berdehem perlahan supaya hilang rasa kaku yang datang. Jampi
serapah apa yang dia pakai sampai aku rasa macam tak boleh bernafas ni? Ish,
lambat pula lif ni.
Pang!!
Serentak dengan itu lif bergegar kuat dan tersekat! Aku? Tergelincir dek kerana
gegaran dan terus terduduk kesakitan di penjuru lif!
“Astaghfirullahal’azim…”
Suara lelaki tersebut kedengaran perlahan. Dia sempat memandang aku yang sudah
mengerang perlahan disebabkan aku terjatuh mengenai punggung dahulu.
Ah!
Malu gila okey! Baru nak control cun,
lif pula buat hal! Lelaki itu sempat memegang pemegang yang ada di sekeliling
lif. Kalau dia jatuh tadi? Adalah peluang besar nak terpeluk jawabnya!
“Awak
okey?”
“Saya…”
Lampu
lif terpadam!
“Tolong!!!”
Secara automatik, aku terus menjerit hiba! Sememangnya aku amat penakut dengan
kegelapan yang menyelubungi persekitaran.
Aku
terasa ada pegangan yang kejap di pergelangan tangan. Perlahan aku cuba
membangunkan diri. Tubir mataku mula hendak digenangi air kerana terkejut
dengan peristiwa tersebut dan juga kesakitan di punggung yang aku tanggung.
“Jangan
takut.” Dia menarik aku semakin dekat. Dalam keadaan gelap, macam-macam boleh
berlaku! Serta merta jantungku bergetar hebat. Apa aku nak buat kalau…? Ya
ALLAH!
Ada
sorotan cahaya menyinari di suatu sudut. Oh! Telefon! Tangan kanannya masih
memegang kejap pergelangan tangan kiri aku. Walaupun gelap, aku sedar kami
sedang berdiri menghadap satu sama lain.
Tatkala
cahaya telefon menghampiri wajahnya, kami bertentang mata! Dup Dap Dup Dap! Aku
memandang wajahnya yang nampak samar-samar.
“Hello,
Zaf!” Lelaki yang tidak aku ketahui namanya itu sedang menelefon seseorang.
Mujur juga dapat coverage di sini.
Nak mengharapkan butang lif itu berfungsi, mahu sampai esok kami terperangkap.
Aku
terus memandang wajahnya tanpa jemu. Gilakan? Orang lain mesti tengah suspen
dan berdebar kalau terjadi peristiwa sebegini tetapi aku pula boleh berdebar
dek panahan anak matanya yang berwarna cokelat, sedikit terang daripada biasa.
“Kau
boleh tolong aku tak? Aku terperangkap dalam lif dengan seorang lagi budak
perempuan yang tengah menjerit-jerit ketakutan ni.” Cis! Sekali saja aku
menjerit okey! Aku menyisir perlahan rambut ikal lepas bahu yang terasa semakin
hangat.
“Okay,
thanks! Cepat sikit ya. Tak
pasal-pasal nanti aku kena tangkap basah dengan minah ini kalau kau lambat report!” What??? Aku menjengil mata ke arahnya walaupun aku tahu dia tidak
akan nampak.
Aku
cuba merentap tangan aku daripada terus dipegang. Namun, aku perasan
pegangannya menjadi lebih kuat. Eh, mamat ni kenapa?
“Excuse me, boleh awak lepaskan tangan
saya?” Suara aku menjadi lebih datar, tanda bunga-bunga protes.
“Tak
mahu!”
“Eh?”
“Nanti
awak lari, susah saya nak cari dalam gelap!”
Serentak
dengan itu, aku ketawa seperti orang gila. Aku? Nak lari? Dalam lif sebesar lima
kaki kali enam kaki ini? Sah! Aku telah bertemu dengan orang yang baru keluar
daripada wad jiwa kacau!
“Brother, tahu tak lelaki bersentuhan
dengan wanita bukan muhrim adalah haram.” Aku mengeluarkan syarahan umum.
Sementara itu aku masih cuba merungkaikan pegangan, tetapi tidak berjaya.
“Nama
saya Arel, bukan brother.” Tergamam
aku mendengarnya. Aku berdehem perlahan sebelum kembali bersuara.
“Encik
Arel yang dikasihi, saya ingin meminta bantuan encik untuk melepaskan pegangan
tangan saya yang terasa semakin sakit ini.
“Pegangan
tangan?”
“Iya!”
“Mana
ada saya pegang tangan awak?”
“Huh?”
Habis, siapa yang pegang? Ummmmiiiiii!!!!!
Lelaki
yang bernama Arel itu tiba-tiba sahaja ketawa besar, membuatkan bulu romaku
serta merta berdiri tegak! Sengalnya!!
“Awak
ni… Takut betul ya?”
“Gila
ke? Mestilah!” Aku menarik muka masam sambil terus menyilangkan tangan setelah
Arel melepaskan pegangan. Sambil itu, aku terus menyumpah seranah pegawai
sekuriti yang sangat lambat membetulkan lif. Eih geramnya!
Sisa
tawa Arel masih kedengaran semasa lampu lif terpasang. Serentak itu, lif terus
berfungsi seperti biasa. Aku membetulkan baju blaus kelabu beropol di dada dan
skirt paras bawah lutut berwarna hitam.
Nak
saja aku menyumpah telefon bimbit yang aku lupa itu! Semua pasal kau, tak
pasal-pasal aku jumpa mamat yang menjengkelkan ni. Harapkan muka saja handsome tapi suka membuli!
Lif
terbuka beberapa saat kemudian, ada beberapa orang sedang menunggu di hadapan
pintu. Aku nampak teman-temanku sedang menunggu di suatu sudut. Tanpa mempedulikan
Arel, aku terus beredar dan berdoa semoga tidak berjumpa dengan lelaki itu
lagi!