Zara segera mengemas
meja makan di ruang tamu itu setelah semua orang selesai makan. Selesai
mengelap meja, dia terus ke dapur membasuh pinggan. Majikannya suami isteri dan
anak teruna mereka yang banyak songeh itu rasanya telah beredar ke atas. Sambil
tangannya sibuk membasuh pinggan mangkuk itu, dia bernyanyi kecil. Tak tahulah
entah lagu apa yang dinyanyikan olehnya. Yang pasti, kepalanya digerak-gerakkan
seiring dengan tempo lagu yang sedang dinyanyikan olehnya.
" Ehem!"
Tangan yang tadinya sibuk terus terhenti bekerja. Spontan
Zara memalingkan kepalanya ke belakang bila mendengar bunyi seseorang berdehem.
Dahinya berkerut sedikit. Eh! Ada lagi mamat ni kat bawah ni. Apalah mamat ni
hendak agaknya, dengus Zara di dalam hatinya.
Tengku Razlan melangkah menghampiri gadis itu sambil
tersenyum kecil.
" Tengku ke dapur ni kenapa? Nak apa-apa ke? Nak jus
oren lagi ke ... atau nak saya buatkan minuman panas?" tanya Zara ringkas
sebelum tangannya kembali ligat membilas pinggan dan gelas yang telah dibasuhnya.
Malas betul hendak melihat wajah anak majikannya itu.
Macam manalah malam ni bolehlah pula anak majikannya ini balik ke sini. Kalau
dia tau tadi, takdelah dia hendak menawarkan dirinya membantu bibik dan
bermalam di sini.
" Tak ... aku tak nak apa-apa. Cuma aku nak cakap
sikit. Sedap kau masak tadi. Tak sangka kau pandai masak," puji Tengku
Razlan ikhlas.
Zara masih terus membelakangkan Tengku Razlan kerana dia masih
belum selesai membilas pinggan dan gelas yang dibasuhnya. Dia hanya mencebikkan
bibirnya sebelum menjawab pertanyaan lelaki tersebut.
" Terima kasihlah kalau pujian tu ikhlas. Kalau
Tengku nak ... saya boleh jea ajarkan Cik Lisa."
" Amboi! Baiknya kau. Aku belum cakap apa-apa ...
kau dah tawarkan diri nak mengajar yea "
" Lah! Macam tu pun baik ke? Itu perkara biasa
jealah. Buat apa nak kedekut-kedekut ilmu. Ilmu ni kena berkongsi sebab itu
disarankan oleh Islam. Lagipun, lagi banyak ilmu kita kongsi dengan orang, lagi
banyaklah juga ilmu yang bakal diperolehi oleh kita nanti. Lepas tu, pahala pun
dapat.
Lagipun, nanti
bila Cik Lisa dan Tengku dah kahwin ... dan Cik Lisa masakkan masakan yang saya
ajar tu dan Tengku pun suka sebab dapat makan sedap ... lepas tu Tengku tambah sayang kat dia, mmm ...
saya pun akan dapat pahala juga! Kiranya macam kita buat satu kerja tapi dapat
keuntungan berganda. Senangkan nak dapat pahala untuk bekal akhirat. Rugilah
kalau saya tak buat," selamba Zara bercakap. Begitu bersahaja sehingga tergelak
Tengku Razlan mendengarkan kata-kata gadis itu.
" Wow! Hari ni ... cara kau cakap macam cara orang
bisness cakaplah ... buat satu kerja tapi dapat banyak untung. Kau ni memang
pandaikan part-part bercakap ni. Jadi ustazah .. kau boleh. Jadi doktor pun kau
boleh. Agak-agaknyalah kan ... kalau kau ni aku letak kat marketing
department selepas kau habis kontrak dengan
mama aku ... kau nak tak? Mesti kau dapat yakinkan ramai potential clients aku dengan
hujah-hujah bernas engkau tu dan syarikat aku pun bolehlah dapat lagi banyak
tender atau projek."
" Terima kasih Tengku atas tawaran Tengku tu. Saya
bukannya menolak rezeki, tetapi ... maaflah Tengku. Selepas habis kontrak dengan
mama Tengku ni ... saya kena balik kampung. Saya nak berbakti dengan orang tua
saya pula. Mandatori kata ayah saya. Takde alasan."
Tercetus tawa kecil dari bibir merah lelaki itu. Wajah
pembantu peribadi mamanya itu dipandang lama sebelum dia kembali bersuara.
" Kiranya ... kau ni anak mithali jugalah yea!
Tapikan ... aku tak percayalah cakap kau. Entah-entah kau balik kampung sebab dah ada orang nak
datang pinang kau tak?" sakat Tengku Razlan sambil melihat gadis itu
membilas gelas yang terakhir di dalam sinki.
" Kalau pun iya ... jadi apa masalahnya. Banyak
sangat soalanlah. Saya rasakan ... Tengku ni sepatutnya jadi polis atau
mata-mata gelap tau. Ataupun lawyer. Bukannya ahli perniagaan," balas Zara
sambil membulat-bulatkan matanya sebab geram sangat dengan anak tunggal
majikannya itu. Kain lap tangan yang kering dicapainya dan dia segera menggelap kering tangannya yang
basah. Kemudian dia memandang tepat ke mata lelaki yang banyak soalan ni!
" Kalau aku polis ... dah lama aku tangkap dan dakwa
kau. Kalau aku lawyer, dah lama aku saman kau ...," balas lelaki itu
dengan senyum yang semakin melebar di bibirnya yang merah itu.
" Atas kesalahan apa Tengku nak tangkap atau saman saya
ni? Sebab saya selalu melawan cakap Tengku ke? Hello ... ni negara demokrasi
yea. Semua orang boleh bersuara," jawab Zara sambil menjeling tajam lelaki
di hadapannya.
" Atas kesalahan yang orang perempuan macam kau
selalu buatlah."
" Dan ... apakah benda tu? Cuba bagi tahu saya
sikit!"
" Adalah! Mana boleh bagitahu kau. Kau tu masih di bawah
pemerhatian aku. Kalau aku bagitahu kau nanti, 'penyiasatan' yang sedang
berjalan akan terganggu," jawab Tengku Razlan sambil tersenyum penuh
makna. Semakin tajam jelingan gadis itu mendengarkan jawapannya.
" Ni ... kenapa
senyum-senyum pulak ni?" tanya Zara lagi. Geram pulalah dia tengok muka
lelaki ni yang masih tersenyum-senyum memandang ke arahnya.
" Hai! Senyum pun salah. Kau tahu tak yang kau tu
beruntung sebab aku suka senyum kat kau. Ramai perempuan kat luar sana tu akan
buat apa saja untuk tengok aku senyum kat diorang tau!"
" Eeeii ... sengal betullah Tengku ni! Itu dioranglah.
Bukannya saya. Saya lain!"
" Okay ... okay. Aku usik jea. Janganlah marah. Kau
ni garang betullah dengan aku. Ni ... apa kata nanti bila kau nak balik kampung
kau, aku ikut kau balik kampung kau ... boleh tak? Bukannya apa. Aku cuma nak
menyenangkan kerja kau jea. So, nanti tak payahlah kau susah-susah angkut
beg-beg baju kau naik turun bas," kata Tengku Razlan sambil mengenyitkan
matanya sedikit. Dia dapat melihat air muka gadis di depannya itu berubah
sedikit mendengarkan cadangannya.
" Siapa kata saya naik bas," balas Zara pula
sambil tersenyum sinis.
" Hah! Aku tahu. Ni mesti kau cadang nak naik
teksikan? Mahal tau tambang teksi. Baik aku jea yang hantar kau balik kampung. Dapatlah
kau jimatkan duit kau tu. gaji kau pun bukannya banyak sangat kan!"
" Eeiii ... tak payahlah Tengku nak menyusahkan diri
Tengku tu. Sebenarnya kampung saya tu jauh sangat. Patah pinggang Tengku tu
nanti. Lagipun, harga minyak kan dah naik. Kesian Tengku nanti."
" Takkanlah jauh sangat kampung kau tu. Aku biasalah
jalan jauh-jauh ni. Ke London ... ke Morroco ... lepas tu drive dari Toronto ke
New York ... takde pun pinggang aku ni patah. Kalau setakat kampung kau yang
sekadar kat dalam Malaysia ni, pinggang aku ni kuat lagi tau! Pasal duit minyak
kau janganlah susah hati. Aku ada duitlah."
" Susahlah nak cakap dengan orang macam Tengku ni. Saya
... saya ni ... saya ni sebenarnya tak sukalah nanti girlfriends Tengku yang berkoyan-koyan
tu datang berduyun-duyun ke kampung saya dan lepas tu buat huru-hara kat
kampung saya yang aman damai tu." Zara menjawab lagi sambil mengaru-garu
dahinya sedikit.
" Banyak alasan kau kan.Kau ni memang tak pernah nak
baik sangka kat aku. Cara kau cakap ni macamlah aku ni si pembawa malang pula."
" Tak ... tak ... bukan macam tu maksud saya. Tapi
... betulkan! Kat mana ada Tengku, kat situ mesti ada girlfriends Tengku atau
sekurang-kurangnya Cik Lisa. Susah tau! Malaslah nak cakap dah. Ni ... balik
pada perkara asal ... Tengku ke dapur ni kenapa? Nak air atau nak minta saya
ajar Cik Lisa masak lauk yang saya masak tadi? Saya ok jea .. Tengku set
timenya?
" Aku ni manalah ada apa-apa dengan Lisa. Ni ...mmm
... aku sebenarnya nak minta kau tolong
masakkan nasi lemak sambal udang untuk sarapan esok."
" In sha allah Tengku. Ada apa-apa perintah lagi ke
Tengku? Akan patik junjung di bahu jemala patik ini Tengku" tanya Zara
sinis bila dilihatnya lelaki itu masih lagi tidak beredar dari situ
" Mmm ... terima kasih sebab tadi buatkan aku
segelas besar jus oren yang sangat sedap."
" Oh! Sama-sama. Tak payah puji-puji saya. Memang
kerja saya pun. Ni ... yang Tengku masih tercegat lagi kat sini kenapa? Ada
apa-apa lagi ke? Saya dah penat ni. Mengantuk pun ada. Saya nak rehat pula,"
Zara memberi alasan.
Dia rimas sebenarnya dengan pertanyaan demi pertanyaan
yang dilemparkan oleh lelaki ini. Selain itu, dia juga merasa kurang senang
dengan cara lelaki itu bercakap dengannya pada malam ini. Nada bahasanya lebih
mesra dari biasa. Baik semacam jea. Eeeiii ... ngeri pula gegendang telinganya
mendengar. Entah-entah ada muslihat.
" Mmmm ... takde apa-apalah. Okaylah. Selamat malam."
Terus Tengku
Razlan beredar dari situ. Zara menarik nafasnya panjang. Namun matanya masih
memerhatikan lelaki sehingga kelibat lelaki itu hilang dari pandangannya.