Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 28

BAB 28

Sebaik saja dia melangkah keluar dari restoran itu, terus saja air matanya terhambur keluar. Deras dan laju. Kenapa mesti dia yang dipersalahkan? Dia tak buat apa-apa pun. Dia ke situ sekadar untuk makan. Tidak pun berjanji dengan lelaki itu. Lisa sepatutnya sudah maklum akan sikap tunangnya yang kaki perempuan tu. Sepatutnya lelaki tak guna itu yang 'dikerjakan' Lisa. Bukannya dia. Lagipun, bukan dia yang tergedik-gedik pada lelaki tak guna itu pun ... tapi lelaki tak guna tu yang terkejar-kejarkan dia. Lelaki yang bernama Tengku Razlan itu memang pembawa malang untuk dirinya betullah. Tak guna punya lelaki!, kutuk Zara di dalam hatinya.

Ini semua tak adil. Setiap kali perkara seperti ini berlaku, pasti orang perempuan juga yang dituduh menggatal dengan kekasih oranglah, tunang oranglah ... bla .. bla..bla..., rungut Zara di dalam hati kecilnya sebelum bunyi hon kereta dan bunyi geseran tayar yang dibrek secara mengejut kuat kedengaran. Zara tersedar dari lamunannnya. Namun kakinya kaku seolah-olah tergam kuat di tengah-tengah jalan itu. Fikirannya kosong walaupun matanya dapat melihat pemandu kereta itu keluar dari kereta dan menjeritkan sesuatu kepadanya.

Dia hanya mampu tercegat berdiri kaku di tengah-tengah jalan. Zara melihat mulut pemandu itu bergerak-gerak namun dia tidak pasti butir kata lelaki itu. Tapi ... daripada reaksi pemandu kereta itu, Zara dapat mengagak yang pemandu itu sedang memarahinya.

Tiba-tiba dia terasa tangannya dipegang seseorang. Zara menarik nafasnya perlahan dan panjang. Matanya dipejamkan sesaat. Ada rasa lega di dalam hatinya. Dia terasa seolah-olah orang yang memegang tangannya itu sedang memberi semangat kepadanya. Zara menoleh ke arah orang yang memegang tangannya. Lidahnya kelu tak terkata.

" Zara ... Zara ... are you okay?" tanya Tengku Razlan sambil menggoyang-goyangkan bahu Zara. Zara menganggukkan kepalanya perlahan walau dia sendiri sebenarnya tak pasti sama ada dia okay atau tidak.

" Huh ... erghh ... okay. Saya okay. Terima kasih Tengku. Saya minta diri dulu," ucap Zara. Dia mahu beredar dengan segera dari situ. Takut pertengkaran di dalam restoran tadi akan berlanjutan ke tepi jalan pula kerana dia pasti sungguh yang Lisa masih berada di situ.

Tapi malang sekali kerana tangannya masih dipegang lelaki itu. Tak nampak pun macam lelaki itu hendak melepaskan tangan kanannya itu. Sebaliknya, semakin kuat pula lelaki itu memegang tangannya.

" Tengku ... my hand, please," kata Zara. Malangnya Tengku Razlan semakin mengguatkan pegangan tangannya lagi.

" Tengku, tolonglah. Saya tak nak dituduh yang bukan-bukan dengan Cik Lisa lagi. Saya pun ada harga diri. Tolonglah. Lepaskan tangan saya," sambung Zara lagi.

" Biar aku hantar kau balik. Dengan fikiran kau yang melayang entah ke mana tu, aku tak rasa kau boleh memandu. Please ... let me drive you home."

" Takpe Tengku. Saya dah okay. Saya boleh jea drive sendiri," balas Zara pula.

" Aku kata aku hantar kau balik. Final! Jangan nak degil pulak!"

" Saya tak nak. Tak faham ke? Dengar ni elok-elok ... saya tak nak tu maksudnya saya tak naklah. Takkan ayat semudah itu pun tak faham!" balas Zara.

Nada suaranya pun telah naik seoktaf. Bukannya dia tidak menghargai pertolongan lelaki itu, tetapi dia benar-benar tak nak Lisa semakin salah faham dengannya. Cukup cukuplah apa yang berlaku tadi.

Tengku Razlan memandang tajam ke wajah gadis di hadapannya ini. Dasar keras kepala. Dia mengeratkan lagi pegangan tangan Zara. Bibir merahnya tersenyum nipis tatkala dilihat wajah gadis itu yang semakin garang dan kelat. Lagi kau garang, lagi aku suka, bisik hati Tengku Razlan.

Tangan Zara terus diheret ke kereta yang terletak tidak jauh dari situ. Pintu sebelah penumpang dibukanya luas sebelum memaksa Zara masuk ke dalam keretanya.

" Kau jangan cuba-cuba nak keluar. Duduk diam-diam kat kerusi tu," arah Tengku Razlan tegas. Sebuah jelingan tajam dihadiahkan pada lelaki itu.

Sebaik memasuki keretanya, Tengku Razlan segera memandu keluar keretanya dari situ. Laju kereta itu dipandu ke arah NKVE sebelum memasuki Lebuhraya Utara Selatan. Air muka Zara terus berubah tiga ratus enam puluh darjah melihatkan arah kereta itu dipandu.

" Tengku kata nak hantar saya balik. Tapi ni macam nak ke utara jea. Tengku jangan macam-macam yea. Ni Tengku nak bawa saya ke mana pula? Rumah saya kat KLlah!" tegas Zara. Wajah Tengku Razlan dipandangnya macam nak telan. Sebenarnya jikalau boleh memang pun dia nak telan jea mamat sengal sebelah dia ni!

" Amboi! Kasarnya bahasa. Macam ni ke cara kau ucap terima kasih pada aku? Kau pernah tak dengar pepatah 'orang berbudi, kita berbahasa'? Jadi sekarang ni aku tak kira. Kau kena balas budi aku tadi. Bukan apa pun. Temankan aku jalan-jalan dan makan jea. Kau pun mesti laparkan sebab tadi ni kau tak sempat makan, betul tak? And ... as I said before ... I don't take 'no' as an answer! " kata Tengku Razlan selamba.

Malas hendak bertekak lagi, Zara hanya menurut saja. Buat penat jea bercakap dengan lelaki yang tak faham bahasa ni. Matanya ditutup rapat berpura-pura tidur sebab malas hendak melihat muka Tengku Razlan yang sekejap-sekejap tersenyum-senyum sumbing memandang ke arahnya. Menyampah! Ikutkan hatinya yang geram itu hendak saja dia sumpah lelaki ini menjadi kambing Boer! Kan bagus kalau dia ada tongkat sakti macam Harry Potter.

Pada masa yang sama tanpa mereka berdua sedari, ada yang mengekori mereka sedari tadi dengan rasa marah yang membara. Apabila rasa marah mulai subur di hati manusia, syaitan pun mulalah memainkan peranan dengan mengapi-apikan lagi rasa marah itu sehingga akhirnya berubah menjadi dendam!

Imam al Ghazali pernah berkata, " Ketahuilah kemarahan itu apabila tetap meluap-luap kerana memang tidak dapat melenyapkannya seketika, maka ia akan masuk ke dalam hati dan terus bergejolak di dalam hati sehingga akhirnya menjadi dendam."

Suasana di dalam Audi TT itu sunyi sepi. Sesekali Tengku Razlan mengerling ke arah Zara yang seolah-olah tidur. Alahai! My Zara. Macamlah aku tak tahu yang kau tu berpura-pura jea tidur. Tengku Razlan berdehem sedikit.

" Aku tahu kau pura-pura jea tidur tu. Bukalah mata kau tu. Aku nak cakap sesuatu ni."

Zara masih seperti tadi. Buat-buat seolah-olah dia sedang lena tidur dan tidak mendengar langsung apa yang diperkatakan Tengku Razlan. Tengku Razlan menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Inilah perempuan paling degil pernah dia jumpa. Kalau orang lain, mahu saja dia tengkingkan jea. Tapi, dengan Zara dia masih mampu bersabar. Tak tahulah dari mana rasa sabarnya itu datang.

" Suka hati kaulah. Ni ... aku nak tanya. Kau ni takde perasaan ke waktu Lisa maki-maki kau tadi? Kenapa kau tak balas balik perbuatan dia tu? Lembiklah kau ni. Pertahankan diri sendiri pun tak tahu," sengaja Tengku Razlan berkata dalam nada mengutuk kerana dia tahu itu saja caranya hendak membuat Zara membalas kata-katanya. Dia sudah masak sangat dengan sikap Zara yang tidak suka diperlekehkan olehnya. Satu-satunya gadis yang dia kenal kat Malaya ni yang anti dirinya!

Seperti yang telah diduga oleh Tengku Razlan tadi terus saja gadis di sebelahnya itu membuka matanya besar sambil menegakkan duduknya. Dari hujung matanya, Tengku Razlan dapat melihat sekilas muka Zara yang bengkeng semacam. Hahaha ... ini barulah my Zara, gelak Tengku Razlan di dalam hatinya.

" Saya bukan lembiklah. Saya cuma tak nak memanjangkan dan memanaskan lagi keadaan. Sebab itulah saya diam dan segera beredar dari situ," balas Zara. Wajah lelaki di sebelahnya dipandang geram.

" Betullah apa kau cakap tu. Tapi ... sekurang-kurangnya nafikanlah semua tuduhan Lisa tu. Atau ... memang betul tuduhan Lisa tu?"

" Apa yang betulnya?" balas Zara semula.

" Tuduhan Lisa yang kata kau ni memang nak rampas aku dari pada dia?" tanya Tengku Razlan dalam nada mengusik sambil tertawa kecil.

" Eeii ... hello. Perasan tau tak Tengku ni. Tuduhan Cik Lisa tu semuanya tak betullah. Tengku tahu tak dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda " Sebaik-baik anak Adam ialah orang yang lambat marahnya dan segera pula reda bila sudah marah dan sejahat-jahat anak Adam yang lekas marahnya dan lambat pula reda marahnya."

" Jadi?"

" Jadinya ... mmm ... saya tahulah saya ni pun tak baik mana. Cuma saya sedang berusaha hendak menjadi umat Islam yang baik dengan mengikut akhlak-akhlak baik dan terpuji yang disaran di dalam Islam. Itulah sebabnya saya diam saja tadi.

Sebenarnya di dalam hati saya ni macam nak balas balik jea apa yang Cik Lisa cakap tadi. Tapi ... bercakap dengan orang yang tengah marah ni tak berbaloi sebab hatinya tengah penuh dengan rasa benci dan marah pada saya. Kalau saya lawan juga semakin panjanglah ceritanya nanti. Jadi, saya diam dan maafkan jealah dia sebab saya tak naklah perasaan marah saya terus berakar umbi di dalam hati saya ni. Takut nanti saya jadi pendendam."

Lagipun, rasa marah ni kunci kepada tekanan. Dan, tekanan atau stress ni pula kunci kepada segala penyakit. Hissh ... saya tak naklah dapat sakit gara-gara hal-hal remeh macam ni. Sekarang Tengku dah faham? "

Tengku Razlan tidak terus menjawab. Sebaliknya, segaris senyuman nipis kelihatan di bibir merahnya.

" Faham tak?" tanya Zara lagi.

" Faham honey," jawab Tengku Razlan selamba.

" Apa?" tanya Zara semula.

" Takde apa-apalah ustazah Zara. Cuma kau buat aku makin jatuh ...," kata-kata Tengku terhenti di situ tiba-tiba.

" Jatuh apanya?" tanya Zara ingin tahu.

" Takde apa-apalah. Aku pun dah terlupa apa aku cakap tadi," dalih Tengku Razlan.
Previous: BAB 27
Next: BAB 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma