BAB 1
Jam tangannya baru saja menunjukkan
pukul tujuh setengah pagi. Namun keadaan di jalan raya itu mulai sibuk. Keadaan
jalan raya yang mulai sesak itu mulai
merimaskan hatinya. Apatah lagi dengan keadaan dirinya yang perlu berdiri kerana semua
tempat duduk di dalam bas ini telah diduduki orang.
Sebenarnya, dia tak kisah pun kena
berdiri. Cuma ... bukanlah di dalam
keadaan yang bersesak-sesak macam ni. Keadaan bas yang bersesak-sesak macam tin
sardin ni memanglah sangat-sangat dia tak selesa langsung. Lagi-lagilah bila
dia diapit oleh dua orang lelaki yang lebih tinggi dan berbadan besar daripadanya.
Rimas sungguh. Nak bernafas pun susah. Macam-macam bau ada. Eeeiyo .....! Diorang
ni tak mandi pagi ke? Atau, diorang ni basuh baju tak guna sabun. Aduhai!,
rungut hati kecilnya. Hidungnya
dikembang - kempiskan sedikit.
Tapi, salah dia juga. Siapa suruh
dia sendiri yang cari susah. Memang sengaja jea cari bala. Peluang bercuti
panjang yang datang sekali-sekala ini
sepatutnya dia manfaatkan untuk berehat dan bersantai sambil memikirkan masalahnya. Ini tidak.
Sebaliknya, cutinya itu digunakan untuk bekerja di tempat lain pula. Itulah
.... macam orang-orang tua kata, takde masalah saja jea cari masalah, bebel
hati kecilnya lagi.
Zara tersedar dari lamunannya
apabila bas yang dinaikinya itu tiba-tiba saja berhenti secara mengejut di
sebuah perhentian bas. Badannya bergoyang-goyang agak kuat. Nasib baik tangan
kanannya memegang erat besi penyandar tempat duduk ni. Kalau tak, ada juga dia terjatuh
kat atas ribaan apek tua yang tengah duduk ni. Eeeiii ... memang pemandu bas ni
nak kena cekik dengan aku ni. Kan dah penuh ni. Mana lagi dia nak sumbat ni?
amuk Zara di dalam hati lagi.
Zara menganjakkan sedikit dirinya ke
belakang bas lagi bila penumpang lain mulai mengasaknya ke belakang. Sabar ...
sabar. Sabarlah wahai hati. Sekejap lagi dah nak sampai pun, Zara memujuk diri
sendiri. Zara menghela nafasnya perlahan sambil mata bundarnya terus memandang
ke arah luar tingkap bas.
Dari jauh dia sudah dapat melihat
bangunan bakal tempat kerjanya. Bibirnya yang dioles nipis dengan gincu
berwarna merah itu tersenyum nipis. Akhirnya, sampai juga aku ke destinasi yang
dituju, bisik hati kecilnya.
Sebenarnya hari ini merupakan hari
pertama Zara akan mula bekerja di situ. Bukan
kerja besar pun. Kerja kecil jea. Tapi ... tak kisahlah. Bukannya nak dibuat
kerjaya tetap pun. Dia memohon kerja ini sebenarnya pun sekadar untuk mengisi masa cutinya. Selain
itu, dapatlah juga dia pengalaman baru.
Hmmm ... rupa-rupanya, jenuh juga
hendak menghabiskan masa cuti enam
bulannya. Menyesal pula dia bercuti panjang sangat. Iyalah. Bukannya apa.
Ingatkan dia akan merasa seronok bila dapat bercuti panjang. Tak sangka pulalah
yang rupa-rupanya hidup ini akan terasa sungguh-sungguh membosankan bila tak
buat kerja langsung.
Lagi-lagilah untuk orang-orang seperti dia. Bukannya
apa. Dia sebenarnya sudah biasa sibuk. Sibuk dengan macam-macam perkara di
dalam hidupnya. Dengan kata lain, selama ini dia terlalu sibuk seperti robot.
Takde istilah duduk melepak dalam hidupnya.
Zara tiba-tiba terus teringatkan kehidupannya
yang terlalu sibuk selama ini. Tapi apa
nak buat. Memang itu tanggungjawab dan cara hidupnya. Selang beberapa minit,
wajah kelat itu akhirnya berubah ceria. Bibirnya yang kecil itu mengukirkan
senyuman sedikit. Terus tangannya menekan loceng bas tersebut. Ting!
Perlahan-lahan pemandu bas menghentikan bas yang dipandunya di perhentian bas
yang berdekatan.
Ahhh! Leganya dapat turun dari 'tin
sardin' tu dan menghirup udara pagi yang segar. Selamat tinggal bas sardin.
Hahaha ... , gelak Zara di dalam hatinya sambil matanya terus memerhatikan tin
yang sarat dan padat seperti tin sardin itu beredar dari situ.
Hujan pun ' pandai '. Sedang cantik
jea Zara hendak sampai ke tempat kerjanya, hujan pun telah berhenti. Alhamdullillah.
Lebar senyuman yang terukir di bibir Zara. Iyalah. Nasib baik hujan dah
berhenti. Kalau tidak susahlah dia sebab dia tertinggal payungnya di rumah.
Pagi yang terasa indah dan menceriakan hatinya
itu, malangnya tidak bertahan lama kerana
sebaik sahaja bas yang dinaikinya tadi berlalu pergi, sebuah kereta mewah
berwarna merah telah melanggar lopak air yang terdapat di hadapan hentian bas
itu. Habis air yang berwarna seperti teh susu di lopak air itu menyimbah pakaiannya. Aaarghh ....!, jeritnya di dalam hati.
Pantas dia menjeling ke arah kereta
mewah yang berwarna merah itu sambil tangannya mengeluarkan tisu dan mengelap-ngelap
pakaiannya yang berwarna kuning air itu. Kurang asam punya pemandu kereta.
Tahulah kau ada kereta, kutuknya di dalam hati. Aduhai! Apalah malangnya nasib
dia hari ini. Sudahlah ini hari pertama dia masuk kerja. Comot pulak tu.
Adusss! Mesti kenalah ni karang, rungutnya di dalam hati.
Setiba di lobi TR Holding, Zara
terus menuju ke arah kaunter penyambut tetamu. Dia sedar ramai yang
memerhatikannya. Memang dia dah jangkakan pun tadi. Mesti kehadirannya di situ
akan menarik perhatian ramai. Macam mana tak menjadi perhatian ramai kalau bahagian
kain baju kurungnya yang berwarna kuning air itu telah berpeta-peta sedikit
dengan kesan air lopak tadi yang berwarna teh susu. Hmm ... buat muka
badak jealah, dia berkata di dalam hatinya.
" Assalammualaikum. Erghh ...
nama saya Zara. Saya datang ni sebab
saya ditawarkan untuk bekerja di sini," jelas Zara teragak-agak sambil
tersenyum. Surat tawaran kerjanya diberikan kepada perempuan yang bercermin mata itu.
" Waalaikum salam. Saya
Rina," katanya ringkas sambil membaca surat tawaran kerja yang dihulur
Zara. Tak lama selepas itu dia mengukirkan senyumannya. Surat tawaran kerja
yang diberikan tadi padanya diserahkan semula kepada Zara.
" So you ni bakal pekerja baru
kat sinilah yea?" Zara hanya mengiyakan sambil tersenyum manis. Perempuan
yang bercermin mata tadi juga turut tersenyum manis.
" Okay. You naik tingkat tiga,
jumpa dengan Encik Zainal kat Jabatan Sumber Manusia. Cma baj you tu kenapa?"
" Errgh ... ni tadi ada kereta
tu terlanggar air yang bertakung kat lopak-lopak kat tepi jalan tu ... itu yang
terkena baju saya ni. saya tahu baju saya ni nampak comot sangat ... tapi rumah
saya jauh. Kalau saya balik rumah mesti saya sampai lambat pula. Macam mana yea
Cik?"
" Mmm ... takpelah. Kita
sama-sama doa yea supaya diorang kat atas tu moodnya okay. Insyaallah diorang
faham," balas gadis itu menyedapkan hati Zara. Zara tersenyum lega
sedikit.
" Terima kasih ... saya pergi
dulu yea," katanya ringkas kepada
si enyambut tetamu yang mesra itu dan terus menuju ke arah lift yang
terletak di sebelah kanan. Nasib baik tiada orang lain yang hendak
menaiki lift pada masa itu. Cepat-cepat pintu lift tersebut ditutup Zara. Dia
terus menekan butang nombor tiga.
Pintu lift tersebut terus terbuka sebaik
sampai ke tingkat tiga. Terus dia melangkah keluar dari lift tersebut dan
menuju ke arah seorang lelaki muda yang kebetulan sedang berdiri berhampiran
sebuah meja. Serius sungguh wajah lelaki itu sambil membelek-belek sebuah fail
berwarna hijau muda. Dengan langkah yang berhati-hati, Zara mendekati lelaki
itu dan berdehem perlahan sebelum memberi salam.
" Assalamualaikum encik. Saya
nak jumpa dengan Encik Zainal. Boleh tolong tunjukkan saya tak yang mana satu
bilik Encik Zainal?" katanya sambil tersenyum sedang matanya pula
memandang tepat ke wajah lelaki yang kacak bergaya di hadapannya. Lelaki itu
memandang ke arahnya dengan wajah sedikit berkerut. Kemudian lelaki itu
memandangnya dari atas dan ke bawah sebelum menggeleng-gelengkan kepalanya.
" Waalaikumsalam. Bilik Encik
Zainal kat hujung tu. Rasanya dia dah ada di dalam biliknya. Awak ni pekerja
baru ke?" tanya lelaki itu. Mata lelaki itu memandang Zara dari hujung rambut hingga ke
hujung kaki. Dari cara lelaki muda itu menilik-nilik dirinya, Zara dapat
merasakan lelaki itu pasti pelik melihatkan keadaan dirinya yang comot itu.
" Hah! Eerggh ...
ya ... ya ... saya pekerja baru. Hari ni hari pertama saya kat sini. Eerggh ...
saya tahu kenapa encik tengok saya macam tu. Ni
mesti pasal baju saya yang comot ni kan? Baju saya ni nampak macam comot
sebab terkena simbahan air lopak kat
jalan tadi. Agaknya pemandu kereta tu tertinggal cermin matanya kat rumah. Itu
yang lopak air pun tak nampak.. Habis terkena baju saya. Itu yang saya nampak
semacam jea ni. Saya rasa silap-silap haribulan, Encik Zainal pun tak jadi nak
ambil saya bekerja kat sini sebab saya nampak comot sangat." Panjang-jela
Zara menjelaskan peristiwa malang yang menimpanya di jalanan tadi.
Kening lelaki itu terangkat sedikit
sebaik mendengar penjelasan Zara. Lagaknya macam orang yang cuba menyembunyikan
kesalahan saja.
" Oh ... macam tu. Alah ... biasalah.
Tambah-tambah hari hujan macam ni. Saya rasa Encik Zainal pasti akan faham
nanti lepas dengar penerangan cik nanti."
" Itulah. Saya pun harap dia
faham masalah saya. Bukan senang saya nak dapat kerja ni. Hmm ... okaylah. Saya
minta diri dululah yea. Terima kasih."
" Wait! Takkan
pergi macam tu jea kot? Terima kasih jea tak cukup. Ini pejabat. Bukannya pasar
malam. Orang dah berbudi tu ... awak kenalah berbahasa. Siapa nama awak?"
tanya lelaki itu tiba-tiba dengan nada semacam jea bunyinya. Garangnya mamat
ni, kutuk Zara di dalam hati.
Zara menghentikan langkahnya. Dia mengetap
bibirnya perlahan. sementara keningnya dijongketkan sedikit sebelum dia memusingkan badannya dan memandang ke arah
lelaki itu semula. Sebuah senyuman
dihadiahkan untuk lelaki itu. Iyalah. Ini hari pertama dia bekerja. Takkan nak
cari pasal dengan orang kot . Lagipun, orang tua-tua dah pesan. Musuh jangan
dicari. Hehehe ... Zara berdehem sedikit.
" Eerghh .. oh! Nama
saya yea! Kenapa sibuk-sibuk nak tahu? Maaf yea encik. Saya betul-betul kena
pergi sekarang. Saya minta diri dulu yea. Nanti terlambat pula jumpa Encik
Zainal. Tak pasal-pasal pula nanti dia fikir saya tak serius pula dengan
tawaran kerja ni," tutur Zara tergesa-gesa ingin segera beredar dari situ.
Lelaki di hadapannya memandangnya
seketika sebelum tiba-tiba saja bibir merah lelaki itu tersenyum sedikit. Eh!
Pandai pun senyum rupa-rupanya mamat ni.
Ingatkan tak tahu nak senyum. Hilang terus rasa bengangnya sebentar tadi. Tapi
... masalahnya sekarang ni dirinya sendiri pula yang terasa semacam.
Alamak! Apa ni? Ini yang malas ni.
Kau kacak, aku tak hairan. Tapi, senyum kau yang menawan tu, hisshh .... berhentilah
tersenyum tu cik abang wei. Senyum sikit jea sudahlah. Awak tak tahu ke yang
awak nampak kacak sangat bila tersenyum macam tu! Boleh buat anak dara orang tergoda tahu tak? Hai! Anak teruna siapalah ni
agaknya? Buat tambah dosa kering aku jea, Zara berkata-kata sambil tergelak-gelak
di dalam hatinya. Notti girl ... notti girl, dia mengutuk dirinya sendiri.
" Sombong juga ek awak ni.
Tanya nama pun nak marah. Untuk pengetahuan awak, kami di sini bekerja macam
sebuah keluarga ... saling mengenali dan mesra di antara satu dengan lain.
Dengan sikap awak ni... boleh ke awak
bekerja kat sini? Atau agaknya awak
fikir saya ni sedang cuba mengurat awak? Macam tu ke?" tanya lelaki itu
sambil mengangkatkan keningnya tinggi sedikit. Bibirnya masih lagi menguntumkan
senyuman sinis.
Zara segera mengalihkan pandangannya
ke arah lain. Tersentap sedikit dengan kata-kata lembut tetapi bisa semacam
lelaki itu. Sabar ... sabar Zara. Jangan melenting. Haru nanti.
"Hah! Ohh ... eerghh
... saya bukannya sombong. Dan ... saya tak fikir pun encik ni tengah mengurat
saya ... cumanya saya ni baru nak mula
kerja kat sini. Kerja belum mula, tapi dah sibuk-sibuk bagitau nama kat entah
siapa-siapa. Karang tak pasal-pasal nanti encik cop saya ' si gedik ' pula.
Hissh ... tak naklah saya jadi macam tu pula sebab saya ni memang datang nak
bekerja bukannya menggedik. Tapi ... kalau memang suasana kerja kat sini macam
keluarga .. iyalah macam encik kata tadi saling kenal-mengenali ... well ...
encik boleh panggil jea saya Zara." jawab Zara tersenyum manis ala-ala
terpaksa sambil berbahasa-basi.
Hissh ... mamat ni. Banyaklah pula
songehnya. Tapi takpe. Layan jealah. Bukannya luak pun, getus hati kecil Zara
sambil memandang tepat ke arah lelaki di hadapannya dengan wajah yang manis.
Macam adik-beradik spesis buaya jadian pun ada jugak mamat ni, komen Zara di
dalam hati lagi.
"
Don't worry. I'm not that type of person. Saya ni bukannya jenis orang yang
suka melabelkan orang. Dan ... saya juga bukannya spesis adik-beradik buaya
jadian. Mmm ... well ... I'm Razlan.
Nice meeting you and welcome to TR Holdings."
Berubah air muka Zara mendengarkan
butir kata yang keluar dari mulut lelaki di hadapannya itu. Hisss ... dia ni
ada kuasa telepati ke? Dia tahu ke aku kata dia ni macam spesis buaya jadian
tadi ni? Hissh ... tak boleh jadi ni. Baik aku cepat-cepat blah dari sini.
Karang entah apa-apa lagi entah yang ada kat dalam fikiran aku ni yang dia
boleh baca.
" Oh! Eerggh ...
okaylah. So, saya pun dah tahu nama encik. Kita sembang lain kali yea. Saya
benar-benar dah terlewat ni," balas Zara cepat-cepat sedang matanya
diarahkan ke arah jam tangannya. Lelaki yang bernama Razlan itu menganggukkan
kepalanya sedikit tanda faham dengan senyuman yang masih lagi terukir di bibir.
" Okay," kata lelaki itu.
Zara tidak menjawab. Hanya tersenyum saja dan dengan segera dia bergerak ke
arah di mana bilik Encik Zainal terletak.
Hampir sejam juga Pengurus Sumber
Manusia yang bernama Encik Zainal itu menerangkan ruang-lingkup kerjanya.
Tugasnya bukanlah di syarikat ini rupa-rupanya. Tetapi, di rumah tuan punya
syarikat ini iaitu sebagai Pembantu Peribadi Puan Sri Salma. Menurut kata Encik
Zainal, Puan Sri Salma terjatuh di dalam bilik air akibat serangan strok
sebulan lepas. Akibatnya, pergerakannya kini agak terbatas kerana terpaksa
menggunakan kerusi roda.
Dengan kata lain, kerja utamanya di rumah majikannya itu kelak ialah menguruskan, membantu dan menemankan Puan Sri
Salmah terutamanya ke sesi fisioterapi di hospital kerana suami dan anak
tunggalnya terlalu sibuk. Memang ada bibik di situ, tetapi bibik sibuk dengan
urusan membersihkan rumah, memasak dan sebagainya. Ah! Tak kisahlah kerja kat
mana pun. Lagipun kerja tu sesuai sangatlah dengan dirinya sebab kontrak
kerjanya pun selama enam bulan sahaja!, putus Zara di dalam hatinya.
Encik Zainal kemudiannya membawanya ke sebuah
bilik lain dan berjumpa dengan seorang kakitangan di situ yang bernama Hani.
Zara kemudiannya ditinggalkan di situ. Pekerja yang bernama Hani itu
memperkenalkan dirinya.
" Hai! Nama akak Hani. Panggil
Kak Hani jea. Jangan nak panggil akak ni Puan Hani pulak ek! Tak mesra rakyatlah
bunyinya. Lagipun, nanti buat akak terasa macam dah tualah sangat pulak. Tak
sesuai ... tak sesuai. Akak tak suka. Fahamkan," jelas wanita dengan
senyuman mesra terukir dibibirnya sambil keningnya yang terukir halus itu
dijongket-jongketkan.
"
Hahaha .... Saya faham. Saya Zara. Akak
boleh bagi saya adik ," kata Zara tergelak kecil.
Kak Hani pun tergelak sama."
Amboi! Pandai juga Zara ni melawak yea." Zara hanya tersenyum lebar.
Tanpa berlengah Kak Hani kemudiannya
menerangkan kepada Zara beberapa kerja yang perlu Zara lakukan sepanjang menguruskan Puan Sri Salmah. Zara
pun mendengar dengan tekun. Sambil-sambil menerangkan kerja yang akan dibuat
oleh Zara, ada juga dia bercerita serba-sedikit tentang dirinya. Seronok juga
berbual dengan Kak Hani ni. Dari ceritanya, barulah Zara tahu yang rupa-rupanya
ini kandungannya yang pertama.
" Mesti anak akak ni
perempuankan?," duga Zara. Tersenyum Kak Hani mendengarkan tekaannya.
" Macam mana Zara tahu?,"
tanya Kak Hani.
" Sebab Kak Hani ni suka melawa
jea. Dari tadi Zara tengok Kak Hani tak habis - habis tengok cermin kecil tu. Lepas tu asyik-asyik oles
lipstick jea kat bibir tu. Muka pun nampak berseri-seri jea," balas Zara
sambil tergelak kecil.
" Pandai jealah Zara ni. Tapi,
betullah tu. Ikut kata doktor macam itulah juga. Insyaallah ...
perempuan," balas Kak Hani sambil tangannya rancak menaip sesuatu di
komputernya sementara Zara pula sedang menyusun beberapa fail ke kabinetnya
semula.
" Eh! Zara. Sorry yea. Leka
kita ni buat kerja sampai tak sedar dah waktu makanlah. Jom , ikut akak pergi
ke kafetaria. Makan. Akak belanja. Lagipun, pukul dua nanti akak kena hantar
Zara ke rumah Tan Sri," pelawa Kak Hani. Matanya dilirikkan ke arah jam
tangannya.
"Eergghh ... seganlah. Takpelah,"
balas Zara perlahan sambil tersenyum nipis.
" Alahai! ... apa yang
segannya. Jomlah. Selepas makan nanti, kita akan ke rumah Puan Sri Salmah pula."
Sebaik habis berkata-kata, terus Kak
Hani menarik tangan Zara yang masih lagi keberatan hendak mengikut.
" Lama dah akak kerja kat
sini?" tanya Zara sambil menyudukan nasi ke dalam mulutnya.
" Lamalah juga. Dari sebelum
kahwin. Adalah lapan tahun. Sebelum ini, boss akak Tan Sri Azmi. Baru tiga
tahun ni jea akak kerja dengan anaknya. Tan Sri Tengku Azmi sekarang lebih banyak
menghabiskan masanya di ibu pejabat saja. Cuma sekali-sekala sahaja jea Tan Sri
akan datang melihat-lihat keadaan di sini. Akak ingat .. lepas bersalini ni ...
akak nak berhenti kerja. Duduk rumah jea. Jaga anak. " Zara hanya
mendengar sambil menganggukkan kepalanya tanda faham.
" Mmm ... akak tak rasa Zara ada rezeki nak jumpa dengan anak Tengku Azmi tu
hari ini sebab jadual kerja dia penuh hari ni. Meeting and meeting and another
meeting," sambung Kak Hani sambil menyisip air sirap bandungnya.
Zara pula hanya menganggukkan
kepalanya tanda faham sambil terus mengunyah perlahan-lahan makanan yang masih berada di dalam mulutnya.
Zara kalau makan memang lambat. Bukannya apa ... cuma sedari kecil orang tuanya
sering mengingatkan dia supaya makan dengan perlahan dan kunyah makanan betul-betul
sebelum menelannya supaya ianya mudah dihadam dan tidak tercekik. Lagipun, kita memang sepatutnya makan ikut cara Nabi s.a.w makan. Kunyah
makanan perlahan-lahan sehingga lumat sebelum menelan makanan tersebut .... ikut
sunnah.
Tambahan pula, memang telah terbukti
dari segi saintifiknya, mengunyah makanan sehingga lumat sebelum menelannya
baik untuk kesihatan dan cara paling mudah untuk berdiet sebab bila makan
dengan perlahan kita akan merasa cepat kenyang. Jadi, kita pasti tak akan
menambah makanan lagi. Jadi, takdelah nanti kita terlebih makan sampai
terobesiti pula!
" Tapi takpe. Nanti bila dah
mula kerja kat sana nanti bolehlah Zara jumpa dia. Cuma ... Zara kena tahu tau sesuatu. Anak Tan Sri
tu sangat serius dan cerewet orangnya. Dia sayang sangat kat orang tuanya
terutamanya mamanya. So, Zara nanti buat kerja kat sana elok-elok tau. Dah
berapa orang dah berhenti tak sampai
seminggu kerja kat sana. Semuanya sebab tak tahan dengan karenah anak Puan Sri yang cerewet tu.
Itu belum campur dengan erangai Puan Sri sendiri yang tak menentu tu."
" Hissh! Dengar macam cerewet
betul jea boss akak dan mama dia tu ! Agaknya macam manalah muka dia kan?"
" Alah ... senang jea nak kenal
dia tu. Dia selalu drive Audi merah. So, kalau Zara terserempak dengan lelaki yang
keluar dari Audi merah kat rumah Tan Sri tu nanti, hah ... itu dialah. Waktu tu
nanti bolehlah tengok nanti muka dia tu puas-puas." Nak tergelak pun ada
mendengarkan ayat terakhir Kak Hani. Adoi ... kalau anak majikannya itu hensem,
bestlah juga nak tengok lama-lama. Cara semulajadi untuk cuci mata. Tak payah
guna Eye-Mo. Hehehe ... suara hatinya yang nakal mula mengekek-ngekek ketawa di
dalam hati.
Namun pun begitu, pada masa yang sama
fikirannya teringatkan semula pada nama kereta yang disebut oleh Kak Hani tadi.
Audi merah... mmmm, tiba-tiba dia terus teringatkan kereta mewah berwarna merah
yang melanggar lopak air berdekatan pondok bas tadi sehingga menyebabkan pakaiannya
terkena percikan lumpur. Agak-agaknya tuan punya kereta tu orang yang sama ke? Zara tertanya-tanya di dalam
hatinya.
" Tapi akak nak bagi amaran kat
Zara siang-siang ni," sambung Kak Hani lagi sambil mengangkatkan keningnya
sedikit.Wajah Zara dipandangnya sekilas sambil menyedut minumannya. Zara pula
mengerutkan dahinya sedikit tanda kurang faham. Dia menelan perlahan
makanannya. Aikk ... ada amaran lagi, kata hati kecil Zara.
" Amaran? Amaran tentang apanya?"
tanya Zara sambil mengerutkan dahinya sedkit.
" Mmmm ... ini bukan mengumpat
tau! Akak cuma tak nak Zara terkejut pula nanti. Paling akak takut kalau Zara
jadi mangsanya."
" Hah! Saya jadi mangsanya. Kenapa
pula? Saya tak fahamlah. Cuba akak cerita betul-betul. Janganlah buat saya suspen pula. Takkanlah dia
tu pontianak jadian pulak kot ? Akak ni memang saja jea suka takut-takutkan orang yea"
" Hahaha ... apa pulak saja
takut-takutkan kau. Hehehe ... ke kau ni memang penakut! Zaman moden-moden ni
mana ada pontianak.Takdelah. Janganlah takut. Boss akak tu manusia macam kita
ni jea. Cuma perangai dia tu ... tak macam kita orang Melayu ni. Senang cerita,
dia tu kebaratan orangnya. Al- maklumlah ... anak majikan kita tu memang
membesar kat Sydney. Dia dah serasi dengan budaya orang sana. So, nanti Zara
jangan terkejut pula kalau terserempak dengan dia waktu dia tengah ting-tong ke
atau tengah bermesra tahap tak ingat dunia dengan buah hati-buah hati dia tau.
Akak beritahu ni sebab Zara akan bekerja di kediaman Tan Sri. Sekali-sekala
anak tunggal Tan Sri akan bermalam di rumah orang tuanya. Jadi, potensi untuk
bertembung semasa dia tengah ting-tong tu memanglah besar.
Sebabnya sekali-sekala mungkin Zara mungkin
akan perlu bermalam di situ. Contohnya, kalau Tan Sri atau anak bujang dia tu
ada buat majlis kesyukuran ke atau kenduri ke atau jamuan ke..." terang
Kak Hani dengan panjang lebar.
" Kejap ... kejap ... mmm ... ting-
tong tu apa?" Berkerut kening Zara sambil memandang ke arah Kak Hani. Dia
benar-benar tak faham. Takkanlah boss syarikat yang gah ini suka main ketuk tin
dan tong pulak! Hisss ... kalau main ketuk drum tu adalah gunannya.Sedaplah
juga telinga dia mendengar kelak.
" Hissh ... kamu ni.Tengah
mabuklah." Perlahan Kak Hani berbisik di telinga Zara. Zara membundarkan
bibir mungilnya seraya menganggukkan kepalanya tanda faham.
" Oooo .... mabuk. Cakaplah
awal-awal. Barulah saya faham. Emm .... saya ni tak kisah siapa pun boss saya. Yang penting
hujung bulan, gaji masuk. Lagipun, saya bukannya akan bekerja dengan boss akak tu. Saya bekerja dengan orang tuanya
yang bernama Puan Sri Salma. Kontrak kerja pun untuk enam bulan saja.
Insyaallah ... semuanya akan okay. Saya ni tough orangnya tau. Bukan senang
orang nak buli saya," selamba saja Zara menjawab sambil mengesat mulutnya
dengan tisu. Kak Hani hanya tersenyum saja mendengarkan kata-kata Zara.
" Haah betul juga. Kalau macam
tu baguslah. Tapi Zara ... you belum terserempak dengan dia tu lagi. Bolehlah
you cakapa macam tu. Jangan bila dah terjumpa nanti , Zara terjatuh hati terguling-guling
...mmm... sudahlah. Akak cuma ingatkan saja."
" Amboi ... hensem sangat ke
anak majikan saya ni sampai saya boleh terguling-guling jatuh hati kat dia?
Maacam cerita hindustanlah pulak." Jawab Zara tergelak-gelak kecil sambil
membayangkan dirinya terguling-guling dari atas bukit hingga ke kaki bukit.
"
Mmm ... gelak-gelaklah Zara. You have not meet him yet. Anak Puan Sri Salma
a.k.a boss akak tu memanglah super kacak. Lagi-lagi kalau dia bermurah hati hendak
menyedekahkan senyumannya yang mahal tu. Memang super duper handsome tau. Kiranya
dia datang dengan pakej 3K, iaitu kaya, kacak dan kelas. Tapi ... ingat ni. Dia
tu tak berbaloi langsung nak dibuat suami sebab dia tu seekor buaya yang
sentiasa kelaparan. So, lupakan jea," bisik Kak Hani lagi sambil tergelak
kecil.
" Hah! Seekor buaya yang
sentiasa lapar? Hahaha ... buaya laparlah pulak! Lapar apalah pula ni kak?
Makin tak fahamlah. Ini dah macam keluarga Cullen dalam cerita pontianak
jadi-jadian tu pulak kan! Kalau keluarga Cullen tu saya fahamlah. Diorang tu
lapar darah sebab dioarng tu keluarga pontianak. So ... kalau ikut logik akal
dalam kes anak bos saya a.k.a buaya kelaparan
tu pula ... mmm ... kalau dia
lapar, kita campakkan jealah peha ayam
KFC kat mulut dia ... hahaha .. selesai masalahkan," gelak Zara perlahan menahan rasa geli hatinya.
" Eh! Tak sangka pandai juga
kau ni pandai melawak yea Zara. Taklah. Bukan macam tu. Maksudnya ... playboy
giler. Kaki perempuan. Tukar girlfriend macam tukar baju. Takkan tak pernah dengar
istilah tu kot? Kau baru balik dari planet mana ni Zara," balas Kak Hani
tergelak-gelak kecil sambil kepalanya digeleng-gelengkan sedikit tanda tak
percaya. Air sirap limau di hadapannya dihirup sedikit.
" Oh! Cakap jealah dia tu Playboya
Copper ke. Barulah senang saya faham," balas Zara sambil mengangguk faham
sementara Hani pula ketawa kecil mendengarkan kata-kata Zara.
" Wait a second. Playboya
Copper tu apa pulak maknanya?" tanya Kak Hani memandang tepat ke wajah
Zara yang duduk disebelahnya.
" Playboya Copper tu samalah
maknanya dengan buaya tembaga, iaitu spesis buaya yang paling besar, paling
ganas dan paling kuat makan sekali dalam kumpulan buaya kat Malaya ni. Jadi ...
sesuailah dengan boss akak yang akak gelar buaya yang lapar memanjang tu! Kan
akak cakap tadi yang bos akak asal
nampak perempuan cantik jea, dia mesti nak 'ngap'. Hahaha .... samalah macam buaya. Kalau kita
pergi zoo, cuba akak tengok. Asal campak ayam jea, dia 'ngap'. Kalau spesis
buaya tembaga tu mana cukup seekor ayam. Dia kalau sekali ngap mesti nak dua
ekor ayam punya. Hahaha ... kan sama jea
dengan perangai boss akak. Hahaha ...," jelas Zara sambil tergelak kecil.
Kak Hani yang tadinya terkebil-kebil juga turut ketawa.
" Ah! Loyar buruk jugak kau ni
yea. Tak sangka yea. Pandai betul kamu mengelarkan si playboy tu yea.
Macam-macam pangkat Zara bagi kat dia.Itu belum jumpa lagi. Kalau dah jumpa
agaknya, entah apalah pangkat yang kau bagi kat dia lagi ek Zara. Tapi Zara ...
kita ni bergurau, bergurau juga. Tapi, Zara ingat tau pesanan akak tadi tu
tau."
Zara hanya tersenyum kecil
mendengarkan kata-kata Kak Hani tadi.
" Jangan risau kak. Insyaallah
saya ingat.Tak mungkin saya jatuh hati dengan ' Encik Ngap ' akak tu. Apa kelas
' Si Encik Ngap '. Citarasa saya tinggi tau!" gurau Zara sambil tergelak
kecil. Kak Hani pun tergelak sama.
Macam-macam. Ah! Misinya bukannya
hendak mencari jodoh. Dia memohon pekerjaan ini pun sekadar untuk mengisi masa
cutinya. Lagipun, manalah sesuai jodohnya dicari di sini. Buat buang masa dia
saja. Kepalanya yang kecil ni dah sarat dengan bermacam-macam masalah, bisik Zara
di dalam hatinya.
" Ehem ... ehem."
Tiba-tiba mereka berdua dikejutkan dengan
bunyi orang berdehem di belakang mereka. Segera mereka berdua berpaling ke
belakang. Wajah Hani berubah pucat. Hanya Zara saja yang masih tersenyum manis
memandang wajah jejaka yang berdehem tadi. Dan, dia langsung tidak menyedari
perubahan wajah Kak Hani yang pucat semacam!
" Hai! ... Cik Zara. Ingat saya?" tanya lelaki yang
berdiri di belakang mereka.
Wah! Cantiknyalah senyuman mamat ni. Sudahlah
tu. Berhentilah senyum. Hati aku dah cair meleleh ni! Alihkan pandanganmu
cepat-cepat Zara. Haram ... haram tau, bisik hati kecil Zara mengusik.
Pandangannya segera dilarikan seketika ke arah lain sebelum memandang semula ke
arah lelaki muda di hadapannya.
" Eh! Encik Razlan. Mestilah
saya ingat. Takkanlah baru jumpa tadi saya dah lupa.Saya bukannya tua lagi. Jemput makan Encik Razlan? Eh! Lupa pula.
Encik Razlan ... meh saya kenalkankan. Ini Kak Hani. PA boss TR Holdings,"
kata Zara sedikit teruja. Ah! Siapa tak teruja. Baru masuk kerja dah ada kawan.
Seorang P.A boss dan seorang lagi ni ... mmm ... super duper kacak pula tu bila tersenyum.
" Tak pe.Terima kasih Zara.
Saya dah makan. Maybe next time. So, Zara ... Kak Hani... enjoy your lunch. Jangan
asyik nak bergossip jea. Sekejap lagi masa lunch pun dah nak habis. Okaylah.
Saya jalan dulu. Kak Hani ... see you later," kata lelaki itu sedikit sinis sambil melirikkan matannya sedikit ke arah
Kak Hani yang nampak serba tak kena. Macam orang dah buat salah saja. Zara yang
tidak menyedari keadaan Kak Hani hanya tersenyum manis ke arah lelaki yang
bernama Razlan itu tadi.
Zara terus memerhatikan saja lelaki itu
melangkah pergi sehingga kelibatnya hilang dari pandangan matannya. Tiba-tiba
dia terasa lengannya disengol Kak Hani. Dia segera menoleh ke arah Kak Hani.
" Bila masa Zara kenal dia
tu?"
" Oh! Siapa? Encik Razlan tu
ke? Kalau Encik Razlan tu, saya kenal dia tu pagi tadi. Masa tu saya tersesat
cari bilik Encik Zainal. Lepas tu terserempak dengan dia. Saya tanyalah mana
arah bilik Encik Zainal kat dia. Itu yang kenal tu. Kak Hani memang tak pernah
terserempak dengan dia ke sebelum ni? Iyalah ... staff TR Holdingkan ramai. Dia
tu nampak macam baik jea orangnya. Tak sombong. Budiman orangnya," puji
Zara lurus. Minuman di hadapannya disedut perlahan.
" Mmm .... macam tu yea! Well
.... bukannya kami tak pernah terserempak. Selalu sangat TERserempak,"
balas Kak Hani sambil menekankan suaranya pada imbuhan 'ter'. Zara
mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan sambil memegang gelas berisi minuman di
hadapannya.
" Oh! Akak selalulah
terserempak dengan dia yea. Kiranya kenal mukalah . Cuma tak pernah tegur jealah
yea? Macam tu ke maksud akak?" tanya Zara lurus lagi sambil terus
menyedut minumannya perlahan-lahan.
"Eh! Apa pulah tak pernah
tegur. Selalu tegur. Selalu sangat-sangat saling tegur- menegur, sapa-menyapa ni," balas
Kak Hani dengan maksud yang dalam.
" Lah! Kiranya akak dah
kenallah dengan Encik Razlan tu yea? Ingatkan tak kenal lagi. Mmm ... Encik Razlan tu baikkan orangnya. Dahlah segak
dan kacak lagi-lagi bila tersenyum. Selalunya lelaki kacak ni penyombong ...
berlagak," puji Zara sekali lagi.
" Haah ... Encik Razlan tu
memang baik orangnya. Tapi ... Zara kena ingat. Air yang tenang jangan disangka
tiada buaya terutamanya buaya tembaga. Apa tadi kau kata ... Boya Copper!"
" Hah? Saya tak faham. Apa
kaitannya playboya Copper dengan Encik Razlan tu?"
" Well ... for your info my
dear Zara, itulah anak Puan Sri Salmah a.k.a boss akak yang akak cakap tadi tu.
Itulah lelaki yang kau siap bagi macam-macam pangkat tadi ni. Apa tu kau kata
tadi ni ... mmm .... Encik Ngap...
Playboya Copper dan apa lagi satu pangkat yang kau bagi kat dia tu. Hah! Buaya
jadian," kata Kak Hani dengan nada yang sinis. Hampir tersedak Zara sebaik
mendengarkan kata-kata Kak Hani.
Perlahan-lahan dia mengurut-ngurut dadanya.
" Hah! Encik Razlan tu boss
akak? Akak mesti berguraukan? Biar betul kak!"
" Iya. Betul. Dialah anak Puan
Sri Salmah a.k.a boss akak sekarang ni! Nama penuh dia Tengku Razlan bin Tan
Sri Tengku Azmi. Ahli perniagaan a.k.a jutawan muda yang sangat berjaya dan
player terunggul seMalaya. Setiap hari ... ada jea cerita panas tentang dia kat
dalam suratkhabar atau majalah atau kat TV kadang-kadang. Takkanlah Zara tak
pernah ternampak gambar dia atau terbaca cerita tentang dia kat majalah atau
surat khabar? Peliklah kau ni!. Kau baru balik dari planet Pluto ke?,"
bisik Kak Hani perlahan takut didengari pekerja lain.
Berkerut sedikit dahi Zara mendengarkan ayat
terakhir wanita itu. Aduhai! Macam mana nak jawab ni? Tapi nak buat macam mana.
Memanglah dia tak pernah terbaca cerita tentang anak Tan Sri Tengku Azmi tu
sebab dia bukannya ada kat bumi Malaya ni selama ni. Tapi ... itu ke player
terunggul tu? Cis! Berkecai terus impian aku, Zara menggelakkan dirinya di
dalam hati.
" Zara rasalahkan ... agak-agak
dia tahu ke kita tengah mengata dia tadi?," tanya Kak Hani sambil
menunjukkan wajah risaunya. Habislah dia. Tak merasa bonuslah gamaknya hujung
tahun ni.
Zara mengusap dahinya
perlahan-lahan. Bahunya diangkat sedikit tanda tak tahu sementara Kak Hani pula mengesat peluh-peluh
renek yang mulai keluar di wajahnya. Itulah. Orang tua dah pesan. Kalau nak
bercakap tu, pandang-pandanglah kiri-kanan, depan-belakang. Bukannya main sedap
mulut jea.