BAB
26
Sebaik saja keretanya memasuki jalan kecil yang diberi
nama Jalan Teratai 3A itu, matanya sudah ternampak sebuah kereta mewah yang
diparkir betul-betul di hadapan pintu pagar rumah sahabatnya itu. Memang degil
betul si boya copper ni, kutuk Zara sendirian.
Matanya mengerling sedikit ke arah jam di dashboard
keretanya. Dia mengeluh sedikit. Nampaknya dia perlu pastikan lelaki itu
beredar dari situ sebelum waktu Subuh masuk. Sekejap lagi pasti ada orang yang
lalu di situ untuk berjemaah di surau sebab surau kawasan perumahan ini
terletak di hujung jalan ini saja. Takut nanti orang akan salah faham dan
bersangka buruk pada Ana pula.
Zara terus menghentikan keretanya di bahu jalan di
hadapan rumah Ana. Betul-betul setentang dengan kereta Tengku Razlan. Nasib
baik cuma gerimis saja. Ah! Tak payah pakai payunglah. Sekejap jea pun, putus
Zara lagi.
Dia segera melangkah laju ke arah kereta Tengku Razlan.
Baru dia hendak mengetuk cermin tingkap kereta yang bertintet gelap itu, cermin kereta itu telah diturunkan
terlebih dahulu. Lelaki itu memandang tepat ke wajahnya.
" Mmm .... sampai pun orang yang saya tunggu. Dari
mana? Baru balik bersukaria ke?
," sindir Tengku
Razlan sinis.
" Suka hati Tengkulah nak kata apa pun. Cuma ...
boleh tak Tengku beredar dari sini. Tengku ni menganggu dan memalukan kawan
saya tahu tak."
" Boleh. Aku boleh pergi dari sini. But ... with one
condition."
" Condition apa nya pula? Penat tau berurusan dengan
Tengku ni. Baiklah. Since Tengku ni banyak sangatlah songehnya, biar saya
telefon polis. Biar polis jea yang selesaikan. Senangkan!"
Tengku Razlan segera keluar dari dalam keretanya. Wajah
Zara direnungnya lama.
" Kenapa sampai nak call polis ni? Polis ada banyak
lagi kes yang lebih penting yang hendak diuruskan berbanding dengan hal kita
ni. Aku cuma nak jumpa kau dan nak ajak kau makan jea. Is that a crime, Cik
Zara?"
" No .. it's not. But ... still I have to refuse.
Saya tak boleh temankan Tengku makan ke .. minum ke atau apa-apa jealah. I was
not allowed to. I'm sorry. Faham!"
" Why not? Tunang kau kongkong kau yea? Kolotlah
tunang kau tu. Lelaki macam tu yang kau nak buat suami kau? Sanggup ke kau tu
hidup dikongkong sepanjang hayat kau? Lelaki yang suka mengongkong ni ...
selalunya kaki pukul tau!" kata Tengku
Razlan tergelak sinis.
Zara menarik nafasnya panjang-panjang. Bibirnya diketapkan
sedikit. Geram dan sakit hatinya mendengarkan lelaki di hadapannya ini mengutuk
tunangnya. Bakal suaminya! Memang dasar mulut banyak insuranlah si boya copper
ni! Tu yang tak takut tu. Namun Zara memujuk hati kecilnya supaya bersabar.
" Susah cakap dengan orang yang tak faham masalah
orang ni!"
" Sekarang kau kata aku ni tak faham masalah kau
pula. Then ... make me understand, Zara. Now ... please ... explain to me. Bagi
aku faham!"
" Baiklah. Listen carefully. Sebab pertama, Tengku
tu bakal suami orang. Satu Malaya ni tahu siapa bakal isteri Tengku. Kalaulah
orang nampak Tengku macam ni, bukan ke akan bertebaranlah salah faham dan
fitnah lagi macam hari tu!.
Sebab kedua ialah kerana saya telah berjanji dengan Puan
Sri. Saya tak nak Puan Sri salah faham tentang saya lagi. Saya cuma nak
hubungan baik saya dengan Puan Sri berterusan.
Tengku ... mummy
saya dah lama meninggal ... sejak saya kecil lagi. Saya tak pernah merasa
kasih-sayang seorang emak. Tapi ... bila saya bekerja dengan mama Tengku, sifat
mama Tengku yang sangat penyayang tu telah menyebabkan saya dapat merasakan sedikit
kasih sayang seorang ibu. Lantaran itu saya amat sayangkan Puan Sri. Senang
kata ... rasa hormat dan sayang saya pada Puan Sri yang telah saya anggap macam
emak saya sendiri tu yang membuatkan saya tak nak mungkir janji saya pada Puan
Sri. Saya akan merasa bersalah sangat kalau tengok dia bersedih kerana
perbuatan saya.
Tengku mungkin
takkan faham ... sebab Tengku beruntung masih mempunyai seorang emak. Tengku
masih ada ayah. Tengku tak pernah rasa kehilangan! Saya harap sekarang ni ...
Tengku dah faham," jelas Zara dengan panjang-lebar. Nada suaranya berubah
sebak.
Dan, dengan tidak semena-mena air matanya yang sedari
tadi cuba ditahannya, gugur juga akhirnya. Mengalir perlahan di kedua-dua pipinya.
Tengku Razlan terdiam tak terkata. Namun, pada masa yang sama secara spontan
tangannya menyeluk poket seluarnya. Sapu tangan birunya dikeluarkan. Perlahan
dia menyapu air mata yang berlinang di pipi Zara.
Terusik hati lelakinya yang keras dan degil itu. Terusik
dengan luahan hati gadis itu. Terusik mendengarkan luahan rasa kasih gadis itu
pada mamanya. Terusik dengan linangan air mata yang mengalir di pipi mulus
gadis itu. Dan, bahagian air mata itulah yang paling menyesakkan hatinya yang selama
ini kebal dengan air mata mana-mana perempuan kecuali mama kesayangannya.
Ah! Apa semua ini.
Ini bukannya kali pertama dia melihat perempuan menangis di hadapannya. Tapi
... dia okay jea selama ini. Malah dia tak kisah pun. Tapi ... kenapa dengan
engkau ... aku terasa lemah dan bersalah
pula Zara. Kalau tidak kerana mereka berdua kini berada di tempat yang begitu
terbuka, mahu saja dia menarik gadis itu ke dalam pelukannya untuk
mententeramkan gadis itu. Ahhh!!! jerit Tengku Razlan di dalam hatinya.
" Mmm ... aku minta maaf Zara. Sudahlah. Janganlah
menangis lagi. Aku tak sukalah tengok kau macam ni. aku faham dah. Mmm ... aku
minta diri dululah. Assalamualaikum."
Baru Tengku Razlan hendak memasukki keretanya, dia
terdengar namanya dipanggil Zara. Dia segera berpaling ke belakang. Badannya
disandarkan ke keretanya walaupun mengetahui
yang keretanya basah dek air hujan yang turun sepanjang malam tadi. Sebenarnya
dia terpaksa. Belakang badannya benar-benar terasa sengal dan lenguh yang amat
sangat. Sakit dan tak selesa langsung. Tapi ... demi gadis di depannya ini dia
akan bertahan selama mungkin.
" Tengku ...," panggil Zara perlahan.
" Ya ... sayang ... errghh ... Zara,"
cepat-cepat Tengku Razlan membetulkan katanya berharap di dalam hati agar gadis
itu tidak terdengar kesasulannya tadi.
" Saya pun nak minta maaf kat Tengku kalau selama
saya bekerja dengan mama Tengku ... ada perbuatan atau kata-kata saya yang
menyakitkan hati Tengku. Saya rasa saya dah banyak buat Tengku sakit hati. Lagi
satu, selepas hari ini saya takde dah kat KL ni. So, janganlah cari saya kat
sini. Janganlah ganggu kawan saya ni. Mmm ... itu jealah," kata Zara
terang dan jelas.
Tersenyum Tengku Razlan mendengarkan kata-kata Zara.
" Mmm ... iyalah. Aku pun sama yea," ujar
Tengku Razlan.
" Eh! Ada lagi satu Tengku," kata Zara
cepat-cepat.
Tengku Razlan mengerutkan
dahinya sedikit. Tapi ... pada masa yang sama sejuk hatinya melihatkan gadis
itu tersenyum sedikit padanya. Senyum yang dinantikan sedari semalam
sebenarnya.
" Apa dia?"
" Tak mungkinlah saya dapat kad undangan kan! So,
saya nak ucapkan 'Selamat Pengantin Baru' in advance dan semoga Tengku suami
isteri berbahagia sehingga ke akhir hayat," kata Zara ikhlas.
" Terima kasih Zara. Tapi ... kalau kau bagi alamat
kau kat kampung, aku boleh jea suruh PA aku pos kad undangan untuk kau. Aku dah
check dah fail peribadi kau. Kau cuma tulis alamat rumah kawan kau ni jea.
Takde alamat kampung pun."
" Mmm ... terima kasih jealah Tengku. Takpe. Bukan
tak sudi ... but I maybe busy after this. Busy giler," jawab Zara penuh
makna.
" Aku faham. Mesti kau sibuk nak buat persiapan
kahwin kau kan! Kalau macam tu ... oklah. Assalammualaikum Zara ... goodbye my Zara ... my dear," kata
Tengku Razlan antara dengar tak dengar.
" Waalaikumsalam. Bye Tengku," balas Zara tersenyum
manis sebelum membelakangkan Tengku Razlan dan berjalan menuju ke arah
keretanya.
Tengku Razlan masih lagi berdiri di tepi keretanya. Dia
hendak melihat gadis itu puas-puas supaya tiada lagi rindu bertandang di dalam
hatinya kelak. Entah berjumpa lagi atau tidak dia dengan cinta diamnya itu ...
hanya Tuhan saja yang tahu. Kalau berjumpa lagi pun, pasti gadis itu sudah
berpunya.
Matanya masih setia mengekori setiap gerak Zara
sehinggalah X6 itu hilang daripada pandangan matanya. Sayup-sayup, kedengaran
azan berkumandang menandakan waktu Subuh telah masuk. Tengku Razlan segera
masuk ke dalam keretanya dan memandunya keluar dari kawasan itu.
Dan, tanpa dirancangnya ... air matanya pula yang mengalir
laju. Hatinya terasa sayu, pedih, ngilu dan bermacam-macam rasa lagi. Ya Allah
... kenapa hati ini terasa sakit sangat, adu Tengku Razlan kepada PenciptaNya.
Keretanya diperlahankan sebaik dia ternampak sebuah masjid di tepi jalan
raya itu. Dia segera memandu keretanya memasuki kawasan parkir masjid tersebut.
Ampuni aku Ya Allah ... kerana lalai selama ini. Bantulah aku agar aku boleh menjadi hamba Mu yang baik. Aku benar-benar
ingin kembali padaMu. Ya Rabb ... aku juga memohon agar KAU bantulah aku untuk mengatasi rasa kecewa di dalam hati ku ini juga Ya Rabb. Sakit sungguh rasanya, bisik hati kecilnya.
Tengku Razlan terus keluar dari keretanya dan menuju ke
tempat mengambil wuduk. Inilah kali pertama di solat semula setelah alpa selama
bertahun-tahun lamanya.