BAB 19
Sesekali Zara mengerling ke arah jam tangannya. Hari ini
dia bekerja di TR Holdings dan bukannya di rumah majikannya. Menurut kata majikannya
dia dipinjamkan selama sehari saja untuk menggantikan tempat setiausaha anak
lelakinya yang sedang bercuti. Dan. seperti biasa Zara hanya menurut sahaja
arahan majikannya yang telah dianggap seperti orang tuanya sendiri.
Wajah lelaki di hadapannya yang sedang sibuk
menyelak-nyelak beberapa dokumen di dalam sebuah fail berwarna biru nila itu
diperhatikannya dengan perasaan yang geram. Sesekali Zara menjeling tajam pada
lelaki itu. Namun sedikit pun tidak memberi kesan kepada lelaki yang
menjengkelkannya itu! Hissh .... tak boleh jadi ni. Takkan nak duduk macam ni
jea sepanjang hari. Hampir dua jam dia disuruh duduk saja di hadapan lelaki ini tanpa sebarang tugasan. Zara
berdehem sedikit.
" Ehem ...," Zara berdehem perlahan sambil cuba
memaniskan wajahnya. Nampaknya dia berjaya menarik perhatian lelaki yang
bernama Tengku Razlan itu. Lelaki itu mengangkatkan wajahnya sedikit. Sebuah
senyuman terukir di bibirnya yang merah itu.
" Mmmm .... yes, dear?" tanya Tengku Razlan
dengan senyuman yang masih terukir di bibirnya.
" Apa 'dear-dear' ni? Saya tak sukalah. Nama saya
Zara ... so panggil saya Zara. Ni .... eerrghh... apa kerja saya kat sini?
Takkan kerja saya mengadap muka Tengku jea?" tanya Zara selamba.
" Hahaha ... perempuan kat luar sana tu menanti jea
aku panggil diorang 'dear'. Kau pula tak suka. Peliklah! Kau ni ' alien' ke
atau memang takde perasaan?"
" Well ... saya ni memang ' alien'. So ... memang
patutlah saya ni takde perasaan macam manusia. So ... sekarang ... apa kerja
saya kat sini ni? Takkan mengadap muka Tengku jea?" tanya Zara lagi sekali.
" Kalau aku kata kerja kau kat sini memang untuk mengadap muka aku jea .... kenapa? Tak boleh?
Atau muka aku ni tak cukup kacak ke
untuk kau hadap?"
Zara menggaru-garu pipinya yang tidak gatal itu
perlahan-lahan. Apa punya kerjalah tu, umpat Zara di dalam hatinya. Lamunannya
terganggu dengan bunyi deheman Tengku Razlan.
" Eeergghh ..... bukan. Bukan macam tu maksud saya.
Tapi, apa punya kerjalah macam tu? Lepas tu bila masa pulalah saya kata muka Tengku tak kacak? Kacak. Cuma takkanlah
kerja saya macam ni jea. Dari kerja
mengadap muka Tengku, baik saya balik vila orang tua Tengku. Ada juga
kerja untuk saya buat kat sana."
" Oh! Kiranya kau bosanlah asyik kena tengok muka
aku jea yea!"
" Hmm ....," jawab Zara malas sambil jari
telunjuk kanannya menggaru-garu dahinya yang tidak gatal.
" Hah! Apa kau kata?" bentak Tengku Razlan
dengan suaranya yang ditinggikan sedikit. Sengaja dia berbuat begitu. Seronok
pula rasanya dapat menyakat anak dara di hadapannya itu. Dan, seperti yang
telah diduganya, si gadis mencebikkan mulutnya sedikit. Hahaha ... bikin senyum
nakalnya semakin lebar.
" 'Mmm' saya tu maksudnya saya bosanlah sebab tak
buat apa-apa kerja. Bukannya sebab saya bosan tengok muka Tengku yang kacak
tu," balas Zara sambil menekankan sedikit nada suaranya pada perkataan
'kacak' untuk melepaskan rasa menyampah yang cuba ditahannya di dalam hati..
Tengku Razlan tersenyum lebar mendengarkan kata-kata
gadis itu. Pandangannya yang tadinya dihalakan
ke dokumen-dokumen yang terdapat di dalam fail biru nila itu kini beralih ke
arah wajah bengang gadis di hadapannya sebelum dia menyandarkan badannya ke
kerusinya.
" Kiranya selama ini kau pun anggap aku ni kacak
jugalah yea. Aku suka dengar kau cakap macam. I'll take it as a compliment.
Bukan senang nak dengar kau puji aku."
" Suka hati Tengkulah nak anggap kata-kata saya tu apa-apa
pun. Sekarang ni, bagilah sesuatu untuk saya buat. Kalau tak, saya nak balik,"
desak Zara .
Dia benar-benar bosan duduk diam saja tanpa melakukan
sebarang pekerjaan. Dia mula menyandarkan badannya rapat ke kerusi sedang
kepalanya dilentukkan ke tempat sandar sebelum meraup wajah bosannya dengan
kedua-dua telapak tangannya.
Tersenyum kecil Tengku Razlan melihatkan reaksi gadis
itu. Memang dia sengaja menyuruh gadis itu duduk di hadapannya sebaik gadis itu
melaporkan dirinya tadi. Sebenarnya dia telah meminta HR Department supaya
meletakkan seorang junior secretary untuk
menggantikan tempat PAnya yang bercuti.
Sengaja dia menggunakan alasan itu kepada mamanya kerana
itu sajalah caranya untuk membolehkan Zara dekat dengannya. Kalau tidak, jangan
haraplah mamanya hendak melepaskan PA kesayangannya itu untuk dipinjamkan
kepadanya. Wajah cemberut gadis itu dipandangnya lagi.
" Oh! Kau nak buat kerja yea! Mmm ... pergi buatkan
aku kopi yang kaw-kaw punya," kata Tengku Razlan.
" So ..... saya keluar dulu Tengku," Zara
meminta diri.
" Eh! ... Kau nak ke mana pulak tu?" tanya
Tengku Razlan mengerutkan dahinya.
" Lah! Saya nak keluarlah. Buat kopi. Tadi kata nak
minum kopi!" balas Zara bengang.
" Mmm ... Buat cepat sikit."
Sebaik Zara keluar dari
bilik pejabatnya, Tengku Razlan terus meneliti semula laporan kewangan yang terdapat di dalam fail
di hadapannya. Sesekali dia mengerling
ke arah luar bilik pejabatnya. Manalah perempuan ni? Buat air pun lambat!"
rungut Tengku Razlan di dalam hatinya.
Tengku Razlan bingkas bangun dari kerusinya yang empuk
itu dan terus menuju ke arah pantri. Namun langkahnya terhenti apabila
terdengar suara orang sedang berbual mesra.
Tengku Razlan memerhatikan saja gelagat Zara dengan
seorang staffnya yang bernama Hilal yang sedang berbual mesra itu. Hish! Bukan
main baik dan ramahlah pulak perempuan ni melayan si Hilal tu. Patutlah buat
kopi pun berjam-jam, komen Tengku Razlan di dalam hatinya.
Tengku Razlan
berdehem sedikit. Terus perbualan mesra Zara dan Hilal terhenti. Hilal segera
beredar dari situ manakala Zara pula terus
membawa mug yang berisi kopi panas itu
ke biliknya. Tengku Razlan hanya memerhatikan dengan ekor matanya saja sebelum
dia juga berjalan ke arah pejabatnya. Namun, dia sempat memberikan satu
pandangan tajam ke arah staffnya yang bernama Hilal itu sebaik melintasi meja
staffnya itu.
Sebaik saja Tengku Razlan duduk di kerusinya, dia segera
menghirup kopi yang dibuat Zara sebelum
sebuah jelingan tajam diberikan pada pembantu mamanya itu.
" Jeling-jeling saya tu kenapa? Ada apa-apa yang tak
kena ke dengan kopi saya tu?"
" Kopi kau sedap. Takde masalah. Tapi ... perangai
kau tu yang aku tak suka," balas Tengku Razlan sinis.
" Perangai apanya pula? Mana saya ada buat apa-apa
yang tak senonoh!" jawab Zara. Matanya memandang tepat ke anak mata anak
tunggal majikannya itu.
" Perangai kau yang senang sangat melayan orang
lelaki berborak. Lepas tu ... bukan main mesra lagi. Padahal baru jea kenal."
" Lah! Apa salahnya. Dah Encik Hilal tu tanya nama
saya ... so saya jawablah. Takkanlah itu pun salah," jawab Zara lagi.
" Aku tak suka kau berbual dengan lelaki-lelaki
ni."
" Lah! Suka hati sayalah nak berbual dengan siapa
pun!"
" Aku kata aku tak suka kau buat macam tu ... aku
tak sukalah. Takkan susah sangat nak dengar cakap aku. Atau ... kau ni memang
perempuan murahan. Suka sangat melayan lelaki sana dan sini!"
Berdesing telinga Zara mendengarkan kata-kata Tengku
Razlan sebentar tadi. Zara mengetapkan bibirnya geram. Dan, tanpa dirancangnya
... tangan kanannya segera mencapai mug yang berisi air kopi yang terletak di
hadapannya dan terus Zara menyimbahnya ke dada lelaki yang sungguh
menjengkelkannya itu.
" You ... Tengku Razlan memang kurang ajar dan tak
tahu nak hormatkan perempuan. Saya nak balik. Good bye!" Terus Zara
mencapai begnya dan beredar dari situ.
Tengku Razlan yang terkejut dengan tindakan berani dan
drastik Zara termangu-mangu seketika sebelum dia dengan pantas keluar dari biliknya
dan mengejar Zara yang telah pun masuk
ke dalam lift. Matanya dapat melihat beberapa orang kakitangannya termasuk yang
bernama Hilal itu memandang ke arahnya.
Tapi ... dia tidak menghiraukan itu semua. Dengan pantas
Tengku Razlan menahan pintu lift dari tertutup. Dia segera masuk ke dalam lift
itu. Kini hanya dia dan Zara saja di dalam lift itu. Suasana di dalam lift itu senyap saja sehinggalah lift terbuka
apabila di ground floor. Tengku Razlan segera menghampiri Zara dan memegang
lengan gadis itu kejap.
" Lepaskan tangan saya Tengku! Karang saya jerit
kang," ugut Zara. Tengku Razlan hanya tersenyum saja sambil merapatkan
wajahnya ke telinga gadis itu.
" Sebelum kau sempat menjerit ... aku dah kiss kau
dulu. Dan, aku tak bergurau. Sekarang ni baik kau ikut jea aku. Lagipun, kau
dah buat salahkan!"
Zara meneguk air liurnya perlahan. Baik dia jangan
mencurah minyak dengan mencabar si buaya yang tengah berang ni! Haru jadinya
nanti! Langkah kakinya menurut saja setiap langkah yang diatur oleh Tengku
Razlan sehinggalah dia disuruh masuk ke dalam kereta lelaki itu. Zara
teragak-agak untuk menurut, tetapi pandangan tajam Tengku Razlan benar-benar
menakutkannya. Akhirnya, Zara menurut juga.
Suasana di dalam kereta itu sunyi senyap tanpa sebarang
bunyi. Keadaan itu berterusan sehinggalah mereka tiba di kawasan pakir kereta
yang terletak dibawah kondo lelaki itu. Zara memandang ke arah anak majikan.
Dia berdehem sedikit. Lelaki itu menoleh ke arahnya.
" Hah! Tunggu apa lagi. Keluarlah!" tengking
Tengku Razlan dengan wajah garangnya.
" Errgh ... tapi kenapa Tengku bawa saya ke sini?
Apa Tengku nak saya buat kat sini? Tengku jangan nak macam-macam yea. Saya ni
bukannya perempuan murahan tau. Saya ada maruah!"
" Eh! Sudah. Kau telan jea maruah kau tu. Ni ...
sekarang kau ikut aku."
" Tak naklah. Saya nak balik rumah saya!"
" Amboi! Kau dah kotorkan kemeja aku ni ...
senang-senang jea kau nak balik. Siapa nak cuci ni?" tanya Tengku Razlan
sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah kemejanya yang ada kesan air kopi
di bahagian dada. Nasib baiklah air kopi tadi tu sudah suam-suam kuku. Kalau
tidak, ada juga melepuh kulit dia!
" Tengku bagi jealah baju tu kat saya. Nanti saya
cuci kat rumah."
" Takkanlah aku nak tanggalkan baju aku ni kat dalam
kereta dan aku berlengggeng tak pakai baju pula naik lift tu hah! Nanti ada
pula orang kata aku sewel. Takkan itu pun kau tak boleh fikir kot! Susah juga
cakap dengan orang IQ rendah ni!."
Zara terdiam sejenak. Nampaknya lelaki sengal seMalaya ni
memang tengah naik hantu! Bahasa pun bukan main kasar lagi. Tapi ... ada betul
juga apa yang lelaki ni cakap. Takkanlah nak suruh lelaki tu tanggal baju kat
dalam kereta ni. Ada jugalah nanti orang fikir bukan-bukan. Dengan hati yang
berat akhirnya Zara menganggukkan kepalanya perlahan-lahan. Zara segera keluar
dari kereta itu sebaik dilihatnya lelaki itu berbuat demikian. Zara kemudiannya
mengekori lelaki itu ke dalam lift dan seterusnya ke kondo lelaki itu.
Zara hanya menunggu di ruang tamu sementara anak
majikannya itu masuk ke dalam bilik tidurnya. Tidak lama selepas itu dengan
hanya menggenakan seluar pendek dan tidak berbaju, Tengku Razlan berjalan
keluar dari bilik tidurnya sambil sebelah tangannya memegang kemejanya yang kotor
terkena kopi yang disimbah Zara tadi.
Zara yang ternampak kelibat anak majikannya yang menyeksa
matanya itu segera mengalihkan pandangannya ke arah lain. Sebaik kemeja kotor
itu berubah tangan, Zara segera berkata.
" Mmm ... saya minta diri dululah. Baju Tengku ni
saya bawa balik rumah sayalah. Nanti lusa saya pulangkan."
" Siapa kata kau boleh balik. Tak boleh lagi. Kerja
kau belum siap lagi," jawab Tengku Razlan tanpa memandang ke arah wajah
Zara yang jelas terkejut dan bengang dengan jawapan Tengku Razlan tadi. Kalau
diikutkan hatinya, mahu saja dia menghempukkan kepala lelaki poyo itu dengan kusyen
kecil yang terletak cantik di atas sofa kuning air ini. Ini tak boleh jadi ni,
marahnya lagi di dalam hati.
" Hah! Apa? Saya
nak buat apa kat rumah Tengku ni? Lagipun tak manislah. Cuma kita berdua
jea kat dalam rumah ni. Boleh mengundang fitnahlah Tengku!" bantah Zara.
Bibir bawahnya diketap geram. Wajah lelaki kacak di hadapannya itu dijelingnya
tajam. Tak puas hati!
" Habis ... tadi yang kau borak-borak mesra semacam
dengan Hilal kat pejabat aku tu elok sangatlah!"
" Apa yang Tengku merepek ni! Itu kat pejabat. Ada
ramai orang!"
" Ah! Kau jangan banyak cakaplah. Ni ... sekarang ni
kau ambil krim ni dan tolong sapu kat dada aku ni. Sakit tau!" arah Tengku
Razlan sambil menyandarkan badannya ke sofa berwarna kuning air itu.
" Hah! Tengku sapulah sendiri." Zara membantah.
" Baik kau jangan banyak cakaplah. Dada aku sakit
ni. Mood aku pun tak baik ni! Kalau kau
nak cepat balik rumah kau, baik kau cepat sapukan krim ni kat dada aku
yang ala-ala nak melecur dah ni. Lagi cepat kau buat, lagi cepatlah kau boleh
blah dari rumah aku ni!"
Perlahan-lahan Zara menghampiri Tengku Razlan dan mencapai
bekas ubat yang dihulur Tengku Razlan. Matanya segera memandang ke arah dada
anak majikannya . Memang nampak kemerahan sungguh. Hish ... kenapalah aku ikut
perasaan sangat tadi, Zara memarahi dirinya sendiri.
Tiba-tiba saja Zara merasa bersalah yang amat sangat.
Dengan berhati-hati jari-jemarinya menyapu krim berwarna putih itu ke dada
lelaki itu perlahan-lahan sementara anak majikannya itu menutup mata sambil
sesekali mukanya kelihatan berkeriut menahan pedih kot!.
" Tengku .... dah siap dah. Saya balik yea!"
" Tak boleh. Kau kena masakkan aku dulu. Kau tak
nampak ke keadaan aku ni! Mana aku larat nak keluar dah. Ke ... kau memang nak
buat aku mati kebuluran?"
" Tapi ... Tengku. Saya rasa tak sedap hatilah
Tengku lama-lama kat sini. Saya takut kalau-kalau ..." belum sempat Zara
menyudahkan kata-katanya lelaki itu telah memotong kata-katanya.
" Alah ... kau jangan takutlah. Kawasan ni diorang
tu tak masuklah. Masakkan aku maggi jea. Lima minit dah siapkan. Apa jea yang
boleh berlaku dalam masa lima minit tu. Lagipun ... kalaulah kita kena tangkap
... kau jangan risaulah. Aku akan bertanggungjawab. Aku sudi jea kahwin dengan
kau Zara," kata Tengku Razlan sambil mengenyitkan matanya sedikit.
Zara mengetap bibirnya sedikit. Eeeii ... dah sakit-sakit
macam tu pun masih gatal lagi! Ni kang ada juga yang kena simbah dengan Maggi
panas ni kang! Tapi ... sebab rasa bersalah dan malas hendak berlawan cakap
lagi, Zara segera ke dapur. Lagi cepat dia siapkan kerja dia, lagi cepatlah dia
boleh beredar dari sini! Ya Tuhan kau lindungilah aku ... amin, doa Zara di
dalam hati kecilnya.