Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 21

BAB 21

Tengku Razlan memarkirkan keretanya di dalam garaj sebelum matanya tertangkap sesusuk tubuh di taman bunga mamanya. Lama dia memerhatikan gadis itu yang begitu asyik sekali termenung di taman yang terdapat di sebelah vila keluarganya.

Langkah kakinya dihayunkan ke arah bangku yang diduduki si gadis yang terletak di bawah sepohon kemboja merah jambu yang rendang. Kehadirannya langsung tidak disedari si gadis. Akhirnya dia berdehem sedikit untuk menyedarkan Zara akan kehadirannya di situ. Zara berpaling ke belakang sebelum melemparkan sebuah senyuman hampar padanya.

" Eh! Tengku .... ingatkan siapalah tadi? Terkejut saya," ujar Zara perlahan masih lagi tersenyum hambar.

Tengku Razlan membalas senyuman gadis itu. Hatinya terasa bergetar sedikit sebaik mendengar suara gadis itu. Ah! Dia perlu buang jauh-jauh perasaannya ini. Gadis di hadapannya ini bakal mendirikan masjid dengan orang yang dikasihi. Walaupun dia ingin sangat memilikki gadis ini, tapi buat apa jikalau hanya dia saja yang bertepuk tangan. Mungkin memang sudah tertulis dia tiada 'rezeki' dengan gadis ini.

" Akulah. Habis kau ingat siapa? Hantu? Siang-siang hari macam ni mana ada hantu. Atau kau teringatkan darling kau?" tanya Tengku Razlan mengusik sambil berdiri di hadapan gadis itu.

" Mana ada. Saya saja jea lepak kat sini sementara tunggu pukul lima. Kan sekejap lagi saya nak balik dah."

" Eh! Kau curi tulang yea?" tanya Tengku Razlan.

Zara itu tersenyum kecil memandang anak majikannya itu. Di sebalik sikap sengal lelaki itu, dia kagum sebenarnya dengan lelaki yang digelarnya 'boya copper' itu. Lelaki itu amat menyayangi dan mengambil-berat tentang orang tuanya terutama sekali mamanya.

" Oh ... Puan Sri ada kat dalam. Tengah berbual dengan papa Tengku. Takkan saya nak menyibuk kot! Buat kacau daun jealah," kata Zara tersenyum sedikit.

Tengku Razlan mendengar jawapan Zara sambil tersenyum kecil. Dia menarik nafasnya panjang dan dalam sebelum melangkah perlahan merapati Zara yang sedang duduk di bangku panjang berwarna putih itu. Dia sudah penat sebenarnya 'bergaduh' dengan PA mamanya ini. Lebih baik dia berbaik saja dengan gadis ini. Apatah lagi dengan tempoh kerja gadis itu yang tinggal beberapa minggu saja lagi.

" Boleh aku duduk lepak kat sini dengan kau sekejap?"

" Ini kan rumah Tengku. Duduklah," jawab gadis itu sambil tersenyum manis sambil mengengsotkan sedikit duduk punggungnya.

" Memang ini rumah aku. Tapi ... kau tu tunang orang. Aku tak naklah nanti tunang kau tu salah-faham, lepas tu bergaduh-bagai dengan kau. Kesian kat kau."

Walaupun luarannya nampak seperti dia biasa-biasa saja ketika menuturkan sebaris ayat gurauan itu, tapi di dalam hati hanya dia sahaja yang tahu betapa hatinya sukar menerima kenyataan gadis di hadapannya ini telah berpunya. Wajah Zara dikerlingnya sedikit.

" Tunang saya? Oh .... tunang saya ....mmm tunang saya yea ...mmm ... dia okay jea. Dia percayakan saya. He's very understanding and supportive," jawab Zara perlahan sambil ketawa kecil sambil menguak rambutnya ke belakang sedang matanya masih lagi melihat seekor rama-rama yang sedang terbang berhampiran pasu-pasu yang bertanam pokok bunga ros merah.

" Mmm ... untungnyalah badan yea. Dapat tunang yang 'sempurna'. So ... mana kau pergi Jumaat lepas tak datang kerja? "

" Kenapa tanya? Rindu takde kawan nak bergaduh ke?" Bibir Tengku Razlan terus mengukirkan senyuman tatkala mendengarkan usikan gadis di sebelahnya.

" Mana ada aku rindu kat kau. Takde masanya aku nak rindu kat tunang orang. Tapi ... tak salah kan kalau aku tanya ... sebab aku ni pun kiranya majikan kau juga. Betul tak?" soal Tengku Razlan.

" Ada urusan keluarga," ringkas saja jawapan gadis tu.

" Urusan apa?"

" Adalah. P & C. Faham? Sibuklah macam polis jea."

" Mmm ... tak nak bagi tahu ... takpelah," cebik Tengku Razlan.

Suasana sunyi seketika. Zara terus dengan aktivitinya tadi merenung rama-rama yang hinggap di sekuntum bunga ros merah sebelum telefon bimbitnya berbunyi. Dia segera menekan butang jawab di telefon bimbitnya sementara Tengku Razlan hanya memerhatikannya saja.

" Hello ... mmm ....," kata gadis itu lembut. Gadis itu menganggukkan sedikit kepalanya sambil tersenyum sedikit sebelum menjawab.

" Oh! Mmm .. okay," kata gadis itu dan terus bangun dari tempat duduknya. Telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam beg sandangnya yang berwarna merah itu.

" Eh! Kau nak ke manalah pulak ni? Kawan kau kan belum sampai lagi," kata Tengku Razlan sambil matanya meleret ke arah jam tangannya. Dia masih belum puas berbual dengan gadis itu. Zara itu hanya tersenyum saja.

" Saya nak baliklah Tengku. Takkan nak berkampung kat sini kot!"

" Kawan kau tak dapat datang ke?"

" Haah. Kawan saya tu tak dapat datang. Kerja dia tak siap lagi," balas Zara.

" Takpelah. Aku hantar kau balik yea?"

" Tak pelah Tengku. Saya boleh balik sendiri. Bas pun ada lalu kat jalan depan tu. Teksi pun ada juga."

" Sudah. Jangan nak ngada-ngada. Aku hantar kau balik. Aku pun tengah free ni. Bagi aku tiga puluh minit. Aku nak mandi sekejap."

" Tak pelah Tengku. Terima kasih jealah. saya boleh balik sendiri," pantas Zara menjawab menolak tawaran Tengku Razlan.

" Eh! Takpelah. Aku hantar. Lagipun, bolehlah teman aku makan malam sekali."

" Tapi ..."

" Tapi apa?"

" Hissh ... tak naklah saya. Nanti karang tak pasal-pasal terserempak dengan girlfriends Tengku ... dah salah faham. Nyaya saya. Ada saya kena ganyang kat situ juga. Mahu juga lebam biji mata saya macam mata beruang panda nanti," bersungguh-sungguh Zara berkata sementara sepasang mata bundar miliknya dibulat-bulatkan. Tengku Razlan tergelak kecil melihat reaksi Zara.

" Hahaha ... kelakarlah kau ni. Tapi ... comel apa kalau mata kau lebam macam panda bear. Inilah akibatnya kalau banyak sangat tengok tv. Kau ni banyak sangatlah tengok sinetron aku rasa. Aku mana ada special girlfriend. Diorang tu semua kawan jealah. Lagipun, apa yang aku boleh buat ... dah kalau diorang yang nak kejar aku."

" Itulah masalahnya. Tengku kan ' manis ' .... itu yang ramai sangat nak kejar tu."

" Alasan!" balas Tengku Razlan.

" Lah ... betul apa. Tak manis kalau saya keluar jalan-jalan dengan anak majikan saya. Nanti orang salah faham dan fikir saya cuba mengambil kesempatan pulak. Mmmm ... saya jalan dululah. Hari pun dah petang sangat ni," balas Zara sambil mengangkat keningnya sedikit sebelum melangkah pergi dari situ. Dia betul-betul takde mood nak bertegang urat dengan anak majikannya itu.

" Wait a second Zara! Aku tak faham. Kenapa kita mesti peduli dengan apa orang nak cakap. Lagipun ... kalau kau nak ambil kesempatan ke atas aku ... aku rela jea. My body ... my money ... it's all yours," usik Tengku Razlan tersenyum manis dan mengenyitkan mata kananya sedikit. Senyuman manis terukir di bibir mungil Zara melihatkan tingkah nakal lelaki di hadapannya.

" Hahaha ... what everlah Tengku. Tapikan ... tak elok Tengku bergurau macam tu dengan saya. Ingat! Saya ni tunang orang. Tengku kena hormatkan saya. Sekali pun Tengku hanya bergurau, gurauan Tengku sepatutnya ada batasnya." Zara mengingatkan lelaki kacak di hadapannya itu sambil tersenyum sebelum melangkah dari situ tanpa sempat Tengku Razlan membalas kata-katanya.

Namun baru selangkah kakinya melangkah, tangannya ditarik kuat Tengku Razlan sehingga dia terdorong ke belakang.

Bau minyak wangi Giorgio Armani yang dikenakan lelaki itu menusuk hidungnya lantaran kedudukan wajahnya yang begitu hampir dengan lelaki itu. Nyaris mukanya tak tersembam ke dada bidang itu. Lelaki itu semakin kejap memegang lengannya.

" Apa ni Tengku!," naik seoktaf nada Zara memarahi lelaki di hadapannya itu.

" Errgghh .... maafkan aku. Entahlah ... aku tak sengaja. Aku cuma ... aku cuma ...," Tengku Razlan teragak-agak sambil melepaskan lengan Zara. Zara berdehem perlahan. Wajah anak tunggal majikannya itu dipandangnya seketika sebelum dia membuang pandang ke arah lain.

" Cuma apa?" soal Zara lagi. Tengku Razlan melepaskan satu keluhan panjang.

" Entahlah. aku pun tak tahu kenapa aku buat macam itu. Maafkan aku kalau usikan aku tadi tu buat kau tak selesa. Maafkan aku atas semuanya."

" Dahlah. Saya maafkan. Lupakan jealah. Okaylah. Saya balik dulu. Assalamualaikum Tengku."

Kelu lidah Tengku Razlan untuk membalas kata-kata yang keluar dari bibir comel itu. Salam Zara hanya mampu dijawabnya di dalam hati saja. Mata redupnya hanya memerhatikan saja sehingga gadis itu masuk ke dalam sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.


Previous: BAB 20
Next: BAB 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma