DATO’ Bakri angin satu badan. Dia tidak
dapat menerima surat perletakkan jawatan dari Eleanor. Dan dia tidak semudah
itu akan melepaskan Eleanor selagi gadis itu tidak menerima lamarannya. Apa
kurangnya dia? Dia masih hensem dan
dia punya segala-galanya. Dia boleh berikan apa yang Eleanor pinta. Rumah?
Kereta? Barang kemas? Intan dan berlian?
Dato’ Bakri merenyuk-renyuk surat perletakkan jawatan Eleanor itu.
Dato’
Bakri mengetuk-ngetuk jarinya di meja. Dia perlu fikirkan cara agar Eleanor
tidak behenti kerja. Gadis itu masih bercuti. Bagaimana caranya untuk dia
memiliki gadis itu? Dia tidak kisah sekalipun dengan cara tangkap basah asalkan
Eleanor menjadi isterinya. Siang malam dia angaukan gadis itu. Dia tidak peduli
dengan amarah kedua-dua isterinya itu. Dia berkemampuan untuk menambah kuota
yang masih kosong. Keperluan kedua-dua isterinya itu tidak pernah terabai.
Mereka nak bercuti di luar negara, dia bawa. Mereka nak duit, dia berikan.
Mereka nak kereta baru, dia belikan. Semua permintaan dia penuhi.
Eleanor
umpama mawar berduri yang hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh disentuh.
Tidak seperti teman sekerjanya Yuhana yang boleh diangkut ke sana sini. Dato’
Bakri tidak berminat dengan Yuhana. Gadis yang terlebih masnja itu seeprti
tiada nilaia bagi Dato’ Bakri. Dia tahu Yuhana mempunyai pasangan bersilih
ganti.
Beberapa
kali Dato’ Bakri cuba menghubungi telefon bimbit Eleanor. Gadis itu tidak
menjawab panggilannya. Dia juga mengupah orang memerhatikan gerak-geri gadis
itu. Malahan diugutnya Hairie bekas kekasih Eleanor agar tidak menganggu lagi.
Dia mempergunakan Yuhana untuk menggoda Hairie. Nyata taktiknya itu berkesan.
Yuhana bijak memainkan peranannya. Yuhana sentiasa cemburukan Eleanor.
Lelaki-lelaki yang mendampingi Eleanor akan digodanya. Jadi, Dato’ Bakri tidak
perlu bersusah-payah untuk mengusir pesaingnya.
“Dato’…”
Wajah Yuhana muncul di pintu bilik pejabatnya tanpa diundang. Tugas-tugas
Eleanor Yuhana yang mula mengabil alih tanpa dipinta.
“You
tak tahu untuk ketuk blik pejabat I dulu? Sini pejabat bukan di luar pejabat.
You kena hormat I sebagai boss you.”
“Sorry…”
“Satu
lagi, I tak suruh you buat kerja-kerja Eleanor.”
“I
cuma berlatih untuk menggantikan El. I yang layak gantikan tempat dia untuk
berada di sisi you.”
“Saiapa
cakap El akan behenti?”
“Dato’…
Tak payah Dato’ nak kejarkan El tu. Dia bukannya layan Dato’. Dia tu bukan
perempuan baik-baik.”
“So, you ni baiklah sangatlah.”
Yuhana
ketawa.
“Of courselah I baik. Kalau I jahat I tak
tolong Dato’.” Yuhana mencuit dagu Dato’ Bakri yang licin.
“I
tahu niat yang berada dalam hati you Yuhana. You tak perlulah oversangat. I tidak terlintas untuk
jadikan you wife I.”
“Pandai
Dato’ baca fikiran I. I ni tak kisah Dato’. Kalau bukan number three, I sanggup jadi number
four.”
Dato’
Bakri menelan air liur. Yuhana memang cukup berani. Dia tidak mahu kalah dengan
godaan Yuhana.
“I
tak berminat dengan you, Yuhana.” Dato’ Bakri berterus-terang. Dia tidak mahu
Yuhana seperti pungguk yang rindukan bulan.
“Huh,
jangan pandang I sebelah mata Dato’.” Yuhana melangkah keluar sebaik meletakkan
fail dokumen di atas meja Dato’ Bakri. Sempat dia mengenyitkan mata sebelum menutup
pintu bilik Dato’ Bakri.
Yuhana
duduk di tempat Eleanor. Tempat Eleanor itu seakan sudah menjadi hak miliknya.
Dia bebas membuka dokumen-doukem yang berada di situ. Malahan dia turut
menceroboh masuk ke komputer milik Eleanor. Bukan susah untuk mendapat passworddalam komputer tersebut.
Dia
iri hati dengan Eleanor. Eleanor lebih cantik darinya. Lebih seksi. Boyfriend handsome. Sayang, Hairie itu
mudah termakan dengan kata-kata. Cepat menaruh syak-wasangka. Puas dia
mempermainkan Hairie, dia tinggalkan saja lelaki itu. Kesian pada Hairie
merayu-rayu semula pada Eleanor. Yuhana cukup masak dengan sikap Eleanor.
Sekali terluka mana mungkin dia akan menerima semula lelaki yang mengkhianati
cintanya. Sekarang giliran Dato’ Bakri. Orang tua miang ini agak liat sedikit.
“Ehemm…”
Yuhana
mengangkat wajahnya.
“Assalamualaikum…
Dato Bakri ada? saya ada appointment
dengan dia.” Lelaki yang di depan matanya cukup serius memandangnya.
Yuhana
terpana seketika. Wow, handsome dan gorgeous!
“Cik…”
Lelaki
itu memetik jarinya pada wajah Yuhana. Perempuan ini, boleh pula dia berangan.
“Encik
ni?”
“Saya
Weir Zafril dari Pacific Holdings.”
Yuhana
menyemak temujanji Dato’ Bakri dalam buku notanya. Bibirnya mengulum senyuman.
“Ya,
you ada temujanji dengan Dato’. Dato’ sedang menunggu you.”
“Thanks.”
“Err…
Encik Weir.” Laju Yuhana mencatitkan nombor telefon pada kertas buku notanya. Dia
koyakkan helaian kertas itu dan dihulurkan kepada Weir.
“Number phone you.”
“Jangans
segan-segan untuk contact I.”
Baharu
bertemu sudah berani memberikan nombor. Perempuan zaman sekarang.
“Sorry, I tak layan perempuan yang
berikan number phone pada I.” Bisiknya
perlahan. Riak wajah Yuhana terus berubah.
Kertas
tersebut direnyukkan lalu dilontar ke dalam tong sampah. Yuhana menggigit
bibir. Ada juga lelaki species yang
jual mahal. Tapi rugilah kalau dia tidak memikat lelaki hot tadi. Zaman moden ni orang tak kisah perigi mencari timba.
ELEANOR memadam mesej-mesej dalam
telefon bimbitnya. Bosan dia dengan gangguan pangilan telefon dari orang tua
miang itu. Dia akan masuk semula ke pejabat esok. Jika ikutkan hati dia akan
memberikan notis 24 jam kepada Dato’ Baktri tetapi dia masih bermurah hati
memberikan masa kepada Dato’ Bakri mencari pengganti. Kalau dia tahu Dato’
Bakri miang keladi sampai tahap tak sedar diri begitu, dia tidak bekerja di
syarikat berkenaan.
Tak
aman hidupnya selagi tidak bebas dari gangguan Dato’ Bakri dan Hairie. Eleanor
bersiap ala kadar untuk keluar. Dia sekadar mengenakan kemeja dan jeans skirt. Ringkas dan santai. Rambut ikalnya
diikat tocang satu. Eleanor membuat temujanji bersama Aleeza di Tropicana Café.
Tropicana Café milik salah seorang rakannya sewaktu belajar di UK dulu. Kafe
tersebut sentiasa diceriakan dengan jemputan-jemputan bandyang ingin menunjukkan bakat di situ. Biasanya waktu malam.
“Mak
Tun…”
“Nak
ke mana ni”
“El
nak keluar lepak-lepak dengan kawan di kafe.”
“Jangan
balik lewat malam.”
“Baik
Madam!”
Mak
Tun menarik kedua-dua belah pipi Eleanor. Eleanor bukan jenis gadis clubbingyang melepak di pub atau disko.
Eleanor tidak suka menjejakkan kaki ke tempat sebegitu.
Teksi
yang dipanggil juga sudah menantinya di luar pagar.
ALEEZA melambaikan tangan ke arah
Eleanor sebaik melihat kelibat sahabatnya itu.
Eleanor turut membalas lambaian Aleeza dengan senyuman di bibir. Laluannya
dihalang saat dia mahu menghampiri meja Aleeza berada.
Senyuman
Eleanor terus mati. Apa yang lelaki ini buat di sini? Dia kerling Aleeza.
Aleeza menggeleng kepala isyarat tidak tahu.
“Eleanor Dato’
Ariffin.” Weir menghulurkan sekuntum mawar merah kepada Eleanor. Senyuman Weir
itu mungkin menawan pada perempuan lain yang melihatnya tetapi tidak pada
Eleanor. Senyuman itu buat hatinya makin meluat dengan Weir.
“Sorry, saya tidak minat dengan bunga.”
Eelanor menolak dan berlalu.
Jual mahal.
“I like it.” Weir senyum lebar. Dia tahu
Eleanor berada di sini atas maklumat dari Fifi. Fifi menolak ajakan Aleeza
untuk keluar bersama. Jika ada Aleeza sudah pastinya Eleanor akan ada bersama. Dia
juga sudah biasa ke sini bila ada waktu lapang. Kafe ini bukan sahaja unik
dengan tema alam sekitarnya tetapi juga menyediakan hiburan ringan untuk
pengunjung pada waktu malam. Bukan muzik yang terkial sana, terkial sini. Muzik
yang dimainkan ada peraturannya. Muzik bersih.
Eleanor
menghenyakkan punggung pada kerusi dengan wajah masam. Aleeza tidak tahu menahu
tentang kehadiran Weir di Tropicana Café. Dia lihat Weir berbisik dengan
pemilik kafe tersebut. Weir seakan mengenali Maarof, pemilik Tropicana Café ini.
Weir sudah berdiri di atas pentas sambil duduk
memengang gitar. Eleanor dan Aleeza tersentak. Masakan lelaki itu yang akan performe pada malam ini. Kelakar!
"Cik Eleanor Dato' Ariffin, lagu ini adalah
khas untuk awak." Weir menghalakan jari telunjuk ke arah Eleanor yang
duduk di meja berada hampir dengan pentas tersebut. Eleanor langsung tidak
memandang ke arahnya. Weir sengaja mahu memalukan dia. Wajah Eleanor sudah
merah padam menahan malu.
"Open
Your Heart!"
Penonton di kafe itu mula bertepuk tangan dan
bersorak. Malah ada bersiul-siul mendengar suara Weir mendendangkan lagu Open Your Heart dari kumpulan rock
antarabangsa Europe.
Open your heart and tell me
what's wrong
Why can't you talk like you
used to do before
I don't know if I'm weak, I
don't know if I'm strong
Hey girl, I can't cope anymore
I've been waiting...
Eleanor
dan Aleeza terkesima. Suara Weir cukup membuatkan mereka terpaku di tempat
duduk masing-masing.
“Serius,
aku tak tahu Uncle Weir pandai
menyanyi.”
“Aku
tak kisah jika pandai menyanyi pun.”
“Tapi
kau juga terpukau mendengar suara dia, bukan?”
“Mana…
mana ada.” Eleanor agak tergagp-gagap.
“Kau
sudah mula feeling-feeling dengan uncleaku, ya?”
“What? No way! Bukan taste akulah.”
“Uncle aku tu lebih baik dari orang tua
miang tu. Dia masih bujang.”
“Hey,
kau sudah lupa dia ada affair dengan
banyak perempuan termasuk my sister in
law.”
“Tak
sahih lagi.”
“Aku
akan siasat sampai ke akar umbi.”
Tepukan
gemuruh diberikan kepada Weir sebaik persembahannya tamat. Seorang gadis
pelayan di kafe itu menghampiri meja Eleanor dengan sejambak bunga.
“Untuk
apa ni?” Soal Aleeza.
“Cenderahati untuk
special performer malam ini. Encik Maarof minta cik ini yang berikan.”
Gadis pelayan itu menyerahkan jambangan bunga tersebut kepada Eelanor.
“Why me?”
“I don’t know.”
Weir
Zafril. Ini mesti kerja dia! Eleanor naik ke pentas dengan muka terpaksa. Tiada
segaris senyuman terpalit pada bibirnya. Renungan yang maha tajam dihadiahkan
buat Weir sebaik jambangan tersebut diserahkan kepada Weir.
“Thanks my dear.”
Selamba
Eleanor menyepak kaki Weir. Sakitnya bukan kepalang. Hampir saja Weir mengerang
kesakitan di atas pentas itu.
Padan
muka kau! Eleanor senyum puas hati.
“TAK baik you sepak kaki dia, El.”
Maarof menegur tindakan berani Eleanor itu.
“Apa
I peduli. Dia cari pasal dengan I dulu.”
“Dia
customer tetap I. Dia juga salah
seorang performer di kafe ni.”
“You
tak bankrup kalau dia tak datang kafe you ni.”
“You
ni dari dulu asyik nak menang saja. Jangan nanti dia jadi husband you baharu
you tahu.”
“Pleaselah…”
“I
harap mulut you masin, Maarof.”
“Aleeza!”
Maarof
memberikan isyarat mata pada Aleeza sebaik melihat Weir menghampiri mereka.
Maarof beredar bersama Aleeza.
“Nak
ke mana tu?”
“Maarof
ajak aku tengok ruang dapur kafe dia.”
Berkerut-kerut
dahi Eleanor. Dapur kafe? Kelakar bunyinya.
“Cik
Eleanor Dato’ Ariffin.”
Pantas
Eleanor berpaling. “Just call me, El.”
“Ouch,
El. Cik El… saya nak tuntut ganti rugi.” Weir menunjukkan kaki kanannya yang
disepak oleh Eleanor tadi.
“Ganti
rugi. For what?”
“Lebam
di kaki saya.”
“Pergi
sajalah klinik.”
“Awak
kena temankan saya.”
“Temankan
awak? No-no…” Eleanor menggeleng
laju.
“Awak
yang bertanggungjawab. Kaki saya sakit betul ni. Kasut apa yang awak pakai.
Kasut besi, ya?”
“Erk…”
Tengok
wajah Weir tidak nampak seperti main-main. Mungkin kakinya betul-betul sakit.
“Yes or no?”
“Okaylah.
Tapi saya tiada kereta. My carmasuk workshop.”
“Awak
pandu kereta saya.”
Weir
menghulurkan kunci keretanya kepada Eleanor.