“EL tidak bersetuju?” Eleanor naik
berang.
Papa
mahunya ke sini untuk aturan perkahwinannya. Riak wajah Dato’ Ariffin berubah melihat
tingkah anak gadisnya itu.
“Duduk
dulu El.” Jemput Puan Marlia lembut.
“No, thanks.” Eleanor menyilangkan tangannya.
“El,
duduk dulu. Kita discuss.” Pujuk papanya.
“Perkahwinan
ini tidak akan terjadi. Muktamad!” Rengus Eleanor lalu mengorak langkah keluar
dari restoran tersebut.
“I’m sorry Mar.” Dato’ Ariffin bergegas
mengekori langkah anak gadisnya. Puan Marlia dan dua lagi tetamu itu tertegun
di tempat duduk masing-masing.
Eleanor
membuka pintu keretanya.
“El!”
Dato’ Ariffin melolos masuk ke dalam kereta anak gadisnya itu.
Eleanor
menghidupkan enjin keretanya. Eleanor mendengus kecil sambil memusingkan
stereng keretanya.
Eleanor
mengertap bibir geram. Perbualan telefon dengan Mukhriz anak lelaki Puan Marlia
itu cukup memanaskan hatinya.
“Helo,
Boleh I bercakap dengan Eleanor Dato’ Ariffin.”
“Ya,
I’m speaking here.”
“Nama
I mukhriz. I anak kepada Puan Marlia.”
“So, what? I kenal you ke?”
“Kita
saling tidak mengenali but papa you
dan mama I berkawan rapat.”
“Itu
bukan problem I.”
“Problemnya parentkita mahu satukan kita.”
“What?”
“You
tak tahu yang papa you ajak you bertemu dengan mama I atas sebab ini. Mereka
juga mahu I bertemu dengan you.”
Eleanor
menggigit jari. Patutlah papa beria-ia suruh dia mahu bertemu dengan Puan
Marlia. Ada muslihat disebaliknya.
“So, you agreed dengan aturan perkahwinan
ni?”
Lelaki
bernama Mukhriz itu ketawa.
“I
tidak akan berkahwin dengan perempuan yang langsung I tidak kenal. Lagi pun I
sudah ada girlfriend. Perkahwinan ni
pun sebab nak selamatkan bisnes papa you.”
“Apa
maksud you?”
“I
rasa better you tanya pada papa you.
I nak masuk tidur. Girlfriend I sedang
menunggu di bilik. Nite baby.”
Mukhriz membuat bunyi ciuman di talian.
Perasaan
marahnya meluap-luap. Papa membuat aturan tanpa memberitahu padanya dulu.
Kenapa mesti dia yang menjadi mangsa dalam masalah papa?
Dato’ Ariffin di
sebelah Eleanor berasa cemas melihat pemanduan anak gadisnya itu. Eleanor
memandu melebihi had laju.
“El, please…”
“El sudah katakan yang
El tidak bersetuju.” Gumam Eleanor agak kasar.
Zaman
moden ini pun masih main-main dipaksa untuk berkahwin. Dia tidak suka teman
hidupnya ditentukan oleh keluarga.
Dato’
Ariffin menghela nafas panjang. Hubungan antara dia dengan anak keduanya itu
sudah lama keruh. Eleanor anak yang kuat memberontak. Lebih suka mengikut
kepalanya sendiri.
“El,
jumpalah dulu anak auntie Marlia tu.”
“Papa,
El tidak akan bertemu dengan anak auntieMarlia.
El sudah berikan kata putus pada papa. El tak mahu berkahwin. I’m not ready yet.”
Dia
sudah letih bertengkar dengan papa. Papa masih juga mahu memaksa dia. Fikirnya
kepulangan semula dia ke Malaysia untuk menjernihkan semula hubungan dengan papa
tetapi dia silap. Dia tidak patut pulang. Kenapa papa tidak mahu memahami
perasaan dia? Dia tahu yang perkahwinan aturan papa itu ada tujuannya. Papa
ingin menyatukan perniagaan bersama Puan Marlia. Eleanor tidak akan bersetuju
dengan cara papanya.
Dato’
Arifin membisu. Tidak tahu apa lagi cara untuk memujuk anak gadisnya itu. Sikap degil dan keras kepala Eleanor sukar
untuk ditangani. Perasaan malu menghimpit Dato’ Ariffin. Dia seperti tidak
pandai mengajar anak.
“El…”
“Mukhriz
ada call El. Dia sudah ada girlfriend dan dia juga tidak bersetuju
dengan usulan perkahwinan aturan keluarga ni. Alasan nak eratkan perhubungan
dua keluarga tetapi sebenarnya El dijadikan alat untuk papa menyatukan
perniagaan papa dengan auntie
Marlia.” Eleanor terus memotong kata-kata papanya.
“Papa
akui tetapi itu hanya salah satu syaratnya untuk Marlia membantu papa. Jika
kamu tidak bersetuju papa tidak boleh berbuat apa-apa.”
“Papa…
El minta maaf sebab terpaksa kecewakan papa.”
“El,
lori!” Dato’ Ariffin memekik cemas.
Eleanor
memusing stereng keretanya mengelakkan keretanya dari berlanggar dengan lori
terbabit tetapi dia hilang kawalan apabila brek keretanya tidak makan.
Keretanya melanggar tiang elektrik. Kepalanya sakit, pandangan matanya semakin menjadi
gelap.
“Papa…”
SEDAR-sedar dia sudah terbaring di katil
hospital. Eleanor bangun dan memengang kepalanya yang sudah berbalut. Dia
pandang kiri dan kanan. Wajah Abang dan kakak iparnya semakin jelas di depan
mata. Begitu juga dengan wajah Puan Marlia. Otaknya berputar ligat mengingati
apa yang berlaku. Papa!
“Papa…
macam mana dengan papa?” Dia terus memaut lengan abangnya.
“Bertenang
dulu El.”
“El
nak tengok papa.” Eleanor bingkas bangun dari katilnya tetapi ditahan oleh
Elman, abang sulungnya itu.
“Papa
dah tiada Kak El!” Suara Elena Maria adik bongsunya.
Eleanor
tertunduk semula di katil.
“Papa…”
Air mata laju menuruni pipi Eleanor.
Elman
memeluk bahu adiknya itu.
“Kak
El yang bunuh papa!” Elena Maria memandangnya dengan renungan amarah. Dia memang
tidak suka dengan sikap kakaknya yang suka melawan kata itu. Lebih kakaknya itu
tidak pulang semula. Papa tidak akan mati.
“Elena…”
Elman tidak suka dengan kata-kata dari mulut Elena Maria itu. Apa yang terjadi
sudah suratan takdir. Tidak perlu menyalahkan sesiapa dalam soal ini.
“Betul
apa yang adik cakap. Kalau bukan sebab Kak El, papa tidak akan mati. Kak El
bunuh papa!” Elena Maria meninggikan nada suaranya. Seratus-peratus menyalahkan
kakaknya. “Kenapa bukan Kak El yang mati!”
Eleanor
tidak menangkis kata-kata Elena Maria itu. Betul kata adiknya itu, dia punca
kematian papa. Menyesal sudah tiada gunanya lagi. Papa pergi tidak akan
kembali. Puan Marlia merapati. Dia tidak senang melihat pertelingkahan yang
tercetus di depan matanya itu. Mulut Elena Maria memang tidak berlapik. Tambahan
pula gadis itu memang cepat panas baran.
“Kak
El menangis air mata darah sekalipun, papa tidak akan hidup balik!” Elena Maria
terus-terusan menekan perasaan Eleanor. Dia tidak kisah jika kakaknya itu
dihimpit perasaan bersalah seumur hidup.
“Elena…”
“Auntie tak perlu sebelahkan Kak El.
Selama ini pun Kak El memang suka bertelagah dengan papa. Sakitkan hati papa.
Kak El hanya pentingkan diri sendiri. Kak El tidak pernah fikirkan perasaan
papa langsung!”
Elman
tidak mahu bercakap banyak. Dia menarik lengan Elena Maria dan mengheret
adiknya keluar dari wad tersebut.
“El…
sabarlah.” Puan Marlia bersimpati. Dia menyentuh lembut bahu Eleanor.
Eleanor
memeluk tubuh sambil menangis semahu-mahunya. Terhingut-hingut bahunya menahan
esakan.
ELEANOR memandang titisan-titisan air
hujan di jendela. Dia lebih suka berkurung di dalam biliknya. Makan minumnya
yang tidak menentu itu meresahkan hati Elman. Elman tidak menyalahkan adiknya
itu atas apa yang berlaku. Pihak polis mengatakan ada orang yang me-
motong brek kereta Eleanor.
Eleanor
membuka mesej-mesej di dalam telefon bimbitnya. Satu-persatu mesej itu dibaca.
Mesej-mesej dari papanya itu membuatkan hatinya terasa pilu dan sendu. Tanpa
sedar air mata Eleanor mengalir perlahan menuruni pipi.
Kata-kata
papa pada malam di bilik tidurnya itu masih tersimpan di kotak
ingatana. Mungkin papa fikir dia sedang tidur ketika itu. Dia hanya
berpura-pura melelapkan matanya. Dia seakan masih terasa papa mencium dahinya
dan mengusap-usap rambutnya.
“Papa
ingin memperbaiki semula perhubungan papa dengan El tetapi papa tidak tahu
bagaimana untuk memulakannya. Papa tidak pernah membenci El.”
“Papa
sayangkan anak-anak papa. Ada masanya papa terlalu ego dan tidak mahu memahami
perasaan anak-anak papa terutamanya El. Papa tahu papa berkeras pada El. El… papa
minta maaf.”
Eleanor
menyapu air mata yang mengalir.
“El
minta maaf papa.”
Eleanor
menekan nombor di telefon bimbitnya. Dia menghubungi seseorang. Kemudian dia mengemaskan
pakaiannya masuk ke dalam beg. Dia tidak betah untuk tinggal di sini lagi. Dia
tidak mungkin akan menerima syarat yang ditetapkan oleh Puan Marlia itu.
Bingkai gambar sekeluarga itu turut di masukkan ke dalam beg pakaiannya. Eleanor
mengangkat beg pakaiannya keluar dari bilik tidurnya. Laju kakinya memijak anak
tangga.
“El,
nak ke mana ni?” Soal Elman.
“El
nak keluar dari rumah ini.” Eleanor membalas lembut.
“Why?”
“Walau
pun papa sudah tiada, El tetap tidak berganjak dengan keputusan El. El tak
boleh terima aturan perkahwinan tu.”
“See? Kak El memang pentingkan diri
sendiri.” Elena Maria menyampuk. “Biarkan saja Kak El berhambus dari rumah ni!”
“Shut up Elena!”
Eleanor
tidak mengerti mengapa Elena Maria tidak menyenangi dia dari dulu. Dia tidak
pernah memusuhi adiknya itu. Jauh sekali membenci.
Elena
Maria merengus kecil. Elman masih mahu berpihak di sebelah Eleanor.
“El,
abang tak mahu lihat kita adik-beradik ni berpecah belah. Abang tak halang
keputusan El. Jika itu yang terbaik untuk El. Pintu rumah ini sentiasa terbuka
untuk El kembali.” Dia akan cuba memikirkan cara lain menyelamatkan syarikat
peninggalan arwah papa. Dia juga kurang bersetuju dengan syarat yang ditetapkan
oleh Puan Marlia. Bukan dia tidak kenal dengan sikap ‘playboy’ anak bongsu Puan Marlia itu. Dia tidak mahu memperjudikan
masa depan Eleanor.
“Thanksabang.”
“Jika
ada apa-apa masalah callabang.”
Pesan Elman.
Eleanor
memeluk Elman. Eleanor melangkah keluar dari banglo mewah itu dalam hujan yang
masih renyai-renyai. Sebuah teksi sudah sedia menunggu di luar pagar.