SUSANA beredar sebaik urusannya selesai.
Elman
melangkah keluar dari perut kereta sebaik melihat teksi yang dinaiki Susana
lenyap dari pandangan mata.
Elman
berdiri tegak di hadapan pintu pagar yang masih terbuka itu. Dia perlu mencari
jawapan bagi persoalan yang bermain di dalam mindanya. Elman terus mengaturkan
langkahnya.
Amy
menuju ke muka pintu sebaik loceng rumahnya itu kednegaran. Barangkali Susana
berpatah balik. Adalah tu barangnya yang tertinggal. Amy terus membuka pintu.
Muka Amy pucat lesu melihat lelaki yang berdiri di hadapannya itu.
“Elman…”
“Apa
khabar Amy…” Elman terus melangkah masuk.
“Er…
ba…baik.”
“Mana
budak tu?”
“Budak
mana?”
“You
jangan buat tak tahu. I nampak budak tu dengan you san Susana. I ekori Susana
hingga ke sini. I juga tahu Susana bawa budak tu ke klinik. Apa hubungan budak
tu dengan Susana?”
Amy
tersentak. Susana sudah tentu tidak tahu dirinya diekori oleh Elman. Mati dia.
Mati!
“Mana
budak tu?” Soal Elman kasar
“Elman…”
Elman
terus menggeledah rumah Amy. Amy tidak mampu untuk menegah. Tombol pintu bilik
yang terakhir dipulas. Budak lelaki yang sedang tidur pulas itu dirapati.
“Apa
hubungan budak ni dengan Susana?” Soalnya kasar.
Hampir
luruh jantung Amy ditengking sedemikian.
“A…
a… anak Susana.” Amy tidak mampu untuk menipu Elman.
“Anak
Susana!” Dikerling Amy tajam.
Amy
angguk.
“Anak
Susana dengan siapa? Cakap!”
Maaf,
Susana. Aku terpaksa buka rahsia ni.
“Cakap!”
Elman terus mendesak Amy.
“Bu…
bu… budak tu anak you.”
“Anak
I?”
Amy
mengangguk laju.
“You
tak tipu I?”
“I
tak tipu you, Elman. I berani bersumpah!”
Budak
kecil berusia lima tahun ini anak dia? Elman jadi musykil. Bila Susana
mengandung? Dia meraup mukanya berkali-kali. Elman perlukan penjelasan untuk
kemusykilan di dalam kepalanya. Dia pandang Amy dengan pandangan maha tajam.
Amy mesti tahu cerita di sebaliknya.
“Su…
Su… Susana kata you tak mahukan anak ni. Susana tak boleh gugurkan kandungan
masa tu kerana risiko yang melibatkan nyawa dia. Dia berikan I sejumlah wang
untuk menjaganya.” Suara Amy makin gugup.
“Ceritakan
pada I semuanya!”
Satu-persatu
Amy membuka cerita. Dari A hingga Z. Elman mengepal penumbuk. Bijak Susana
mengaburi matanya dengan tipu helah. Rekaan yang isterinya itu sakit kena
buatan orang itu adalah palsu semata-mata. Ibu mertuanya juga bersubahat dengan
Susana. Kenapa dia begitu bodoh mempercayai cerita rekaan Susana? Sayang dan
cintanya pada Susana tidak bertempat. Kerana sayang dan cinta itu juga yang
memakan dirinya sendiri. Benar kata orang cinta itu buta. Cinta yang membutakan
mata melihat kecantikkan Susana.
Elman
mengusap-usap wajah anaknya itu.
Damn it, Susana! Dia merahsiakan
kewujudan anaknya dari dia. Susana cukup licik menyembunyikan rahsia.
“I
akan ambil anak I.”
“Tapi
Elman…”
“I
boleh heret you ke tengah bersama Susana sekali tahu! Ingat, jangan you cuba
beritahu Susana yang I sudah tahu rahsia dia. I sendiri akan bersemuka dengan
dia!” Elman turut memberikan amaran kepada Amy.
Amy
sudah tidak mampu menyekat Elman.
“Maafkan
aku Susana. Kali ni pandai-pandailah kau menjawab dengan Elman nanti.” Bisik
hati kecil Amy.
“ABANG ada anak?” Eleanor seakan tidak
percaya berita yang disampaikan oleh Elman.
Elman
angguk lemah.
“Abang
yakin tu anak abang?”
“Abang
yakin.”
“Buat
test DNA dulu. El takut tu anak dia
dengan lelaki lain. Kita kena berhati-hati.” Eleanor tidak mahu Elman tertipu dengan permainan Susana.
“Abang
tak yakin tu anak orang lain. Susana mungkin perempuan yang bermain kayu tiga
di belakang abang tetapi dia bukan jenis yang tidur sekatil dengan lelaki.”
Kalau
sudah sampai ke tahap ini pun abangnya itu masih sayangkan Susana tak tahulah.
Hebat penangan cinta perempuan seorang itu.
“Okay.
Jika budak tu betul anak abang. Abang nak buat apa sekarang?”
“Abang
akan ambil anak abang. Hal Susana akan abang uruskan dengan dia sendiri. El tak
perlu masuk campur.”
“El
cuma harap abang buat keputusan yang terbaik untuk abang.” Eleanor
menepuk-nepuk bahu abangnya.
“Abang
tahu. Jangan beritahu perkara ini pada Weir.”
“El
takkan beritahu pada Weir.”
“El…
Elena sudah 3 hari tak balik rumah.”
Eleanor
sedikit tersentak.
“Dia
tak call atau mesej abang?”
Elman
menggeleng.
“Abang
tak cuba tanya Khir.”
“Khir
pun tak tahu. Seminggu-dua baliklah dia. Macam El tak kenal perangai dia.”
Ini
lagi seorang yang suka menimbulkan masalah. Busuk-busuk adik kandungnya juga.
Eleanor tetap sayangkan Elena Maria.
“Abang
kena tegas sikit dengan Elena. Sampai bila dia nak besar kepala macam tu.”
“El
pun sama desilnya.” Omel Elman.
“El
lain, tak sama dengan Elena.”
Eleanor
memeluk tubuh. Elman tersenyum.
“Macam
mana kehidupan El selepas bergelar seorang isteri.”
“Emmm…
biasa aja.” Eleanor menongkat dagu.
“Biasa
aja?”
“Okaylah.
Just El tak biasa duduk goyang kaki
di rumah. Adik ipar abang tu tak izinkan El bekerja.”
Cemberut
muka Eleanor. Bosan juga duduk di rumah. Ada juga dia terfikir untuk melakukan
kerja sampingan di dalam online.
Contohnya menjual tas tangan wanita.
“Baguslah.
Weir tu sudah lebih dari mampu untuk menanggung El. Untuk apa El bekerja lagi.”
“Erm…
EL tahu.”
“Tentang
syarikat EL tak perlu bimbang. Pandai-pandailah abang uruskan.” Elman tidak
mahu Eleanor bersusah hati lagi tentang dia dan syarikat. Weir sudah menunaikan
janjinya.
“Abang…
abang jangan benarkan Uncle Hisyam take over syarikat. Orang tua tu dari
dulu cari peluang nak kuasai syarikat tu.”
“Tak
mungkin akan berulang lagi El. Abang dah serik nak mempercayai orang seperti Uncle Hisyam.”
“Tapi
dia masuk semula dalam syarikat.” Eleanor merengus kecil.
“El…
Uncle Hisyam masih punya syer dalam
syarikat.”
“El
mahu bekerja semula sebab El mahu perhatikan tindak-tanduk dia. El tak mahu
pisang berbuah dua kali.”
“El
tak perlu risau. Abang tak biarkan Uncle
Hisyam sewenang-wenangnya duduk bebas dalam syarikat.”
“El
tak risaukan abang. El risaukan Elena.”
kedua-dua
beradik itu saling berpandangan.
“Abang
tak rasa Elena sebodoh itu El. Masakan dia mahu lihat syarikat jatuh semula.”
“El
tak mengatakan Elena tu bodoh. Dia bijak tetapi ada masanya dia tidak
menggunakan kebijaksanaan itu kerana dia selalu bermain dengan emosi.” Komen
Eleanor.
“Abang
takkan biarkan Elena dipergunakan oleh Uncle
Hisyam.”
“Susah
sangat abang suruh saja Khir dan Elena kahwin cepat-cepat. Biar Elena jadi
macam El, housewife sepenuh masa.”
“Masalahnya
sekarang, Elena mahu putuskan pertunangannya dengan Khir.”
“Hah!”
Bola mata Eleanor membulat besar.
“Kenapa
nak putus? Khir tu dah cukup baik. Elena memang tak tahu nak menghargai!” Desis
Eleanor.
Masakan
Elena juga mahu jadi seperti Susana? Ingin merampas Weir dari dia.
ELMAN senang hati melihat anaknya tidur
lena di atas katil. Panas badan anaknya juga mulai kebah.
Mak
Tun muncul di muka pintu membawa semangkuk air dan sehehelai tuala kecil. Tidak
diduga sama sekali yang Elman mempunyai seornag anak. Lihat pada wajah si kecil
itu sahaja sudah ada irasnya dengan Elman.
“Mak
Tun sudah telefon doktor?”
“Sudah.”
“Mak
Tun tolong tengok-tengok Ezril. Saya nak ke bawah sekejap.”
“Baik
Elman.”
“Emmm…
Susana dah balik Mak Tun?”
Mak
Tun menggeleng. Mungkin Susana berada di rumah mamanya. Susana memang sering
melekat di sana. Bila Susana pulang nanti, dia akan membuat perhitungan dengan
isterinya itu. Mencintai wanita tu hanya satu perkara yang sia-sia. Susana
tidak akan membalas perasaannya itu.
Elman
masuk ke dapur. Dia membuka pintu peti ais dan mencapai botol air mineral di
dalamnya.
Sebuah
kereta behenti di hadapan pintu pagar banglo dua tingkat itu. Susana melangkah
keluar dengan senyuman.
“Thanks sebab tumpangkan I.”
Pintu
kereta ditutup semula. Kereta tersebut terus bergerak.
“Mak
Tun, ambilkan I air!”
“Mak
Tun sibuk. You boleh ambil air you sendiri. You ada kaki dan tangan.” Elman
muncul di depan mata Susana.
“Ouch,
you ada di rumah.” Lagak Susana menjengkelkan.
Susana
bingkas bangun menarik tas tangannya.
“I
nak naik atas berehat.”
Elman
mengekori langkah Susana. Sebaik berada di dalam bilik, pintu bilik itu
dikunci. Dia mahukan perbualan privasi bersama isterinya itu.
“You
nampak begitu relaks.”
“Elman…
I tiada mood nak bertengkar dengan
you. I penat.”
“Penat
layan jantan lain di belakang I.” Elman menyindir pedas.
“Jaga
sikit mulut you, Elman” Susana melenting.
“Itu
kenyataannya bukan?”
Mata
tajam Elman mencerlung raut wajah Susana.
“So, you tak perlu jadi lelaki dayus
lagi. Lepaskan saja I.”
Susana
bertentangan mata dengan Elman.
“You
memang cukup berani bermain api di belakang I. Dan you cukup bijak menyimpan
rahsia dari I. I cintakan you sepenuh hati I tapi you hanya cintakan wang
ringgit.”
“I
tak biasa hidup susah. I pernah sayang you tapi itulah you tak pandai ambil hati
I. Syarikat family you pula jatuh bankrup.”
Elman senyum sinis. Dia sudah lihat wajah
sebenar Susana di sebalik topeng.
“Mana
tidak tumpahnya kuah jika bukan pada nasi. You dengan mummy sama saja. Perempuan materealisktik.”
“Katalah
apa you nak kata Elman.”
“Oh,
I lupa nak maklumkan yang I sudah ambil Ezril dari Amy.”
Ezril
ada di banglo ini? Elman sudah tahu pasal Ezril. Amy… kenapa Amy tidak
memberitahu dia tentang perkara ini?
WAJAH Susana pucat lesi apabila Elman
menyebut nama Ezril. Dia menelan air liur berkali-kali. Elman terus merapati
Susana. Susana tidak dapat untuk berundur lagi apabila kakinya tersentuh pada
kaki katil.
“You
sorokkan Ezril dari I? kenapa?” Elman terus-terusan menyoal Susana.
Elman
memaut kedua-dua belah bahu Susana.
“I
tanya kenapa?”
Hilang
kesabaran Elman terhadap Susana.
“Sebab
I tak sukakan budak tu. Kalau bukan kerana melibatkan nyawa I, I takkan
melahirkan dia. I memang sengaja menyorokkan dia dari you. Ikutkan hati I ni, I
gugurkan kandungan I masa tu.”
“Selama
ni you tipu I. You tipu I hidup-hidup. You cakap you tak nak anak. Tapi you
sorokkan kandungan you untuk kepentingan you. You ni… you ni memang…” Elman
melurut rambutnya ke belakang.
“You
nak kata I perempuan keji. Perempuan jahat?” Susana merapatkan wajahnya pada
Elman.
“Cakap sajalah Elman.
Kalau you nak budak tu, I akan berikan dia pada you. Budak tu pun menyusahkan
hidup I. Habiskan duit I. Tapi you perlu bayar harganya pada I.”
“I
akan berikan apa yang you inginkan. I akan ceraikan you!”
Susana
senyum puas hati. Akhirnya Elman mahu juga melepaskan dia.
“I
nak duit dan juga rumah ni. I nak rumah ni ditukarkan atas nama I.”
“You
jangan melampau Susana.”
“Kalau
you tak penuhi permintaan I, I tidak akan berikan Ezril pada you.”
“You
nak peras ugut I?”
Elman
tidak akan tunduk pada permintaan Susana yang satu itu.
“You
patut bersyukur sebab I akan berikan you duit. Ikutkan hati I yang sedang panas ni, satu sen pun I
tak berikan pada you. You tu perempuan curang. Main jantan lain di belakang I.
I boleh tunjukkan gambar-gambar you sebagai bukti di makhamah nanti. Biar semua
orang buka mata dengan perangai sebenar you.”
Susana
senyum sinis.
“You
sudah ada duit sekarang. Kenapa you nak simpan banglo tua ni lagi. You boleh
beli yang baru.”
“Banglo
ni peninggalan arwah orang tua I. Mati pun I takkan berikan pada you!”
“So, you tak boleh ambil Ezril. I yang
jaga Ezril bukan you. Hak penjagaan Ezril lebih pada I. I boleh cakap yang you
tak nak Ezril sejak dalam kandungan I lagi.”
Susana
cuba bermain tarik tali dengannya.
“Kalau
you nak bawa perkara ini ke court I
tak kisah. I akan fight habis-habisan
dan kita tengok siapa yang akan menang.” Sinis bicara Elman.
Susana
terdiam.
“I
boleh dakwa you dengan tuduhan berat Susana. You jangan fikir you saja yang
licik.” Elman mencengkam muka Susana.
Susana
menepis.
“Baik.
You boleh ambil budak tu. You bagi I duit dan ceraikan I. I akan lenyap dari
hidup you terus.”
“I
akan bagi you duit dan I akan berikan kebebasan pada you. You tunggu apa lagi?
Berhambus dari rumah I ini.” Sikap lemah-lembut Elman sebelum ini sudah berubah seratus-peratus.
“Hm!”
Susana
merengus.
“You
tak perlu risau, barang-barang you akan I ‘export’
ke rumah mummy you.”
“Damn you, Elman!”
Susana
melangkah keluar. Tidak lagi menoleh ke belakang
Elman menarik nafas panjang. Mungkin ini keputusan yang terbaik baginya.
Last entry