ELEANOR sudah bertunang dan bakal
menikah dalam masa tiga minggu ini? Dato’ Bakri tidak senang hati. Tidak senang
duduk dibuatnya. Dia mula keresahan. Jika Eleanor dan lelaki berkahwin, maka
dia terlepas peluang.
“Sudahlah.
Tak perlu you bermimpi di siang hari lagi.” Senang hati Datin Ruhaya kerana suaminya
itu bakal terlepas peluang. Tak cukup dua nak tambah yang ketiga. Yang dua ni
pun sudah tidak berlaku adil.
“You
tak perlu menyibuk.”
Datin
Ruhaya tertawa halus.
“Pertama
kali I tengok muka you frust, Bakri.”
“I
nak balik rumah Sally.”
Dato’
Bakri mencapai kunci keretanya. Dia melangkah keluar melolos masuk ke dalam
keretanya.
“Kenapa
dengan daddytu, mummy?” Soal Rafael. Moody
semacam dilihatnya.
“Biasalah
Raf. Bakal mummy tiri yang ketiga Raf kahwin lain.”
“Hah,
mummy ni biar betul.” Tidak berkerdip
mata Rafael.
“Seriously. Daddy Raf tu bertepuk sebelah tangan.”
“Kesian
daddy. Perempuan tu kerja dengan daddy ke?”
“Dulu
tapi dah resign sebab tak tahan
dengan kegatalan daddy kamu tu.”
Rafael
menarik kerusi di meja makan. Dia mencapai kuih lapis yang dibuat oleh ibunya
itu.
“Raf
ingatkan Yuhana tu. Yuhana tu pun cun-melecun mummy. Tangok rapat semacam dengan daddy.”
“Bukan
Raf tak kenal dengan daddy Raf tu. Girlfriends keliling pinggang. Mummydah puas menasihati.”
“Aunty Sallytak bising ke mummy?”
“Raf
pun tahu Aunty Sally Raf macam mana? Lagilah
kecoh. Tapi, siapa yang dapat halang daddy
tu.”
“Mummy sayangkan daddy?”
“Sebab
sayang mummy masih dapat bertahan
sehingga sekarang.”
Pada
Rafael ibunya memang sayangkan ayahnya dalam dan pada yang sama ada rasa kecewa
di hati ibunya itu.
“Raf
kena carikan menantu buat mummy agar mummytak sunyi nanti.” Rafael tidak
mahu jadi seperti ayahnya. Bermata keranjang. Pantang nampak perempuan cantik
sikit.
“Cari
perempuan yang baik-baik. Dapat yang baik terus ajak kahwin. Tak perlu
bercinta-cinta.”
Datin
Ruhaya menepuk-nepuk bahu anak lelakinya itu.
“Insya-Allah
mummy. Doakan Raf jumpa perempuan
yang baik.” Tersenyum-senyum Rafael. Dia teringatkan pada gadis manis yang
ditemui beberapa hari yang lalu. Gadis itu agak sombong baginya tetapi cantik.
Bukan
dia sengaja mahu berebut buku dengan gadis itu? Buku tersebut memang ingin
dimilikinya. Hanya tinggal sebuah. mencuka gadis manis itu kerana buku tersebut
menjadi miliknya. Dia memang mencari novel Malice sebuah karya dari Keigo Higashino.
Gadis itu kemudiannya memilih novel lain untuk dibei. Dia menyedari gadis itu
tertinggal rantai kunci di kaunter pembayaran kedai buku terbabit. Puas dia
mencari untuk memulangkan rantai kunci gadis tersebut tetapi tidak ke temu
sampai sudah. Ada nama berukiran kayu pada rantai kunci itu. Nama gadis
terbabit.
“Eleanor…”
“Apa
dia Raf? mummy dengar Raf sebut nama
seseorang tadi.”
Rafael
tersedar dari lamunan.
“Eh,
takderlah mummy. Raf tak sebut nama
sesiapa pun.”
“Raf…”
Datin Ruhaya mengerling anaknya.
“Betullah
mummy. Raf nak gerak sekarang. Takut
terlambat pula jumpa kawan-kawan Raf.”
Rafael
bangun dengan kunci motorsikal di tangan. Kedua-dua pipi ibunya itu dikucup.
Datin Ruhaya hanya menggeleng. Dia tidak
pekak. Dia dengar Rafael menyebut nama seseorang. Nama seorang perempuan.
ELEANOR masih tidak mahu bercakap dengan
abangnya. Dia masih mengunci mulut walau berada di dalam bilik mesyuarat
bersama Elman. Rajuknya masih panjang. Elman sudah nampak kelainan. Bicaranya
sentiasa tegas. Mana yang silap akan ditegur secara terang-terangan. Pejabat
seakan rumah nombor satu pada Elman. Baliknya lewat malam.
“Cik
El nak keluar.”
“Ya,
Azali. Saya nak melawat tapak projek.”
“Kalau
begitu, saya ikut Cik El sekali.”
“Maaf
Azali. Saya tak dapat bawa awak sekali sebab saya hanya melawat sebentar dan
kemudian saya ada appointment dengan
klien.”
“Kalau
begitu, tidak mengapa.”
Mereka
berbalas senyuman. Azali senang bekerja di bawah Eleanor berbanding Elena
Maria. Eleanor tidak cerewet seperti adiknya. Ramah dan mudah dibawa berbicara.
“Nak
kemana?”
Eleanor
tersentak sebaik keluar dari lif. Dia berpaling.
“Oh,
Encik Weir…”
“Busy nampak?”
“Ya,
saya memang busy.”
Mata
Weir memaku pada cincin di jari manis Eleanor. Dia tersenyum. Gadis angkuh itu
sudah menjadi tunangan dan tidak lama lagi mereka akan diijabkabulkan.
“Awak
tak nampak teruja dengan majlis pernikahan yang baka
berlangsung seperti majlis pertunangan kita kelmarin.”
“So, awak nampak bukan saya tak sukakan
awak. Saya benci awak!” Eleanor mendengus. Dia sentiasa menyibukkan diri kerana
dia tidak mahu memikirkan majis pernikahan yang akan tiba.
“Benci
boleh bertukar menjadi sayang, El.”
“Jangan
bazirkan masa saya di sini. Abang Elman ada di kamar pejabatnya. Awak nak jumpa
dia kan?” Kaki Eleanor meneruskan langkah.
Weir
terus mempercepatkan langkah dari belakang. Pantas dia menghalang lalau di
hadapan Eleanor.
Eleanor
mengertap bibir.
“Saya
ada banyak masa. Saya temankan awak.”
Semakin
Eleanor kelihatan senyuman yang terukir di bibir Weir.
“Tak
payah!” Suaranya keras.
“El…
saya terus terpacak di depan awak selagi awak berdegil.” Weir menyilangkan tangan. Dia turut berwajah
serius. Wajah merah yang sedang merah menggeletek hatinya. Dia suka membakar hati
gadis itu.
“Suka
hati awaklah!” Eleanor mengalah.
Tidak
kuasa dia mahu bertegang urat lebih panjang dengan Weir. Dia tidak akan menang.
“Kan
bagus dengar cakap begini.”
“Hm!”
Eleanor
memaling kepala dari terus memandang wajah Weir. Dia menyampah. Dia meluat
dengan lelaki itu. Semua rasa prejudis itu ada.