“KAK Nona! Kak Nona!” Weir memekik
memanggil Kak Nona. Kak Nona yang sibuk menjemur kain di belakang rumahnya
bergegas ke halaman. Tersentak dia melihat Weir sedang mendukung seorang gadis
yangtidak sedarkan diri.
“Anak
dara sapakamu bawa balik ni, Encik Weir?”
“Anak
dara oranglah Kak Nona.”
“Kamu
jumpa di mana?”
“Saya
akan jawab semua pertanyaan Kak Nona, kemudian. Tolong buka pintu dulu.”
“Ba…
baik…”
Kak
Nona menolak pintu rumahnya. Weir membawa Eleanor ke dalam sebuah bilik. Bilik
tersebut memang kosong sejak anaknya tinggal di asrama. Weir meletakkan tubuh
Eleanor di atas tilam.
“Kak
Nona… ambilkan saya tuala dan semangkuk air.”
Tidak
lama kemudian Kak Nona kembali dengan tuala kecil dan semangkuk air.
Weir
membasahkan tuala tersebut dan dengan berhati-hati dia mengelap wajah Eleanor.
Kak Nona hanya memerhati.
“Saya
tinggal dia bersama Kak Nona. Kak Nona tolong jaga dia.”
Kak
Nona menganggukkan kepala.
“Kak
Nona jangan benarkan dia keluar dari rumah Kak Nona sampai saya balik.”
“Baiklah…”
Kak
Nona menghantar Weir hingga ke muka pintu. Tidak sempat dia bertanya nama gadis
itu pada Weir. Kak Nona menutup pintu sebaik kereta Weir sudah hilang dari
pandangan matanya.
Kak
Nona menatap raut wajah Eleanor. Cantik. Dia memuji dalam hati. Apa yang berlaku
pada gadis ini agaknya? Kak Nona menutup semula pintu bilik tersebut.
WEIR menghubungi Aleeza sebaik kakinya
memijak bilik pejabatnya. Aleeza begitu cemas apabila diberitahu tentang
kejadian yang menimpa sahabatnya itu. Siapa agaknya lelaki-lelaki
itu? Apa yang mereka mahukan dari Eleanor.
Wang tebusan? Aleeza membuat andaian sendiri.
“El
pinjam dengan along?” Seratus-peratus riak muka Aleeza berubah.
“Dia
pernah cakap dengan uncle. Masa tu
dia diekori oleh dua lelaki tidak dikenali.”
“Saya
tak tahu pula cerita ni. Dia tak pernah story
pada saya, uncle.”
“Dia
ada masalah kewangan?”
“Syarikat
arwah papa dia memang menanggung beban hutang-piutang yang tinggi tapi El tak
mungkin akan memintang duit pada along. Dia bekerja dan jenis yang berdikari. Mustahil!”
Weir
diam seketika. Gara-gara Eleanor, dia membatalkan temujanjinya dengan wakil
hartanah terbabit.
“Uncle kena tanya pada El sendiri.”
“Saya
nak jenguk El.”
“El
di rumah Kak Nona. Uncle tinggalkan
dia di sana. Dia masih pengsan.”
“Ah!”
Sakit
telinga Weir mendengar jeritan Aleeza di dalam talian telefon itu.
“Maybe orang tua tu yang cuba menculik
El.”
“Siapa?”
“Dato’
Bakri.”
Dato’
Bakri. Lelaki itu bosskepada
Eleanor. Apa motifnya?
“Aleeza…
kamu datang jumpa uncle sekarang!”
“BODOH!” Dato’ Bakri mengamuk kerana
rancangannya telah gagal. Gadis yang seorang itu pun orang-orang suruhannya
tidak mampu menjaga dengan baik. Tidak boleh diharap! Dato’ Bakri mundar-mandir
di mejanya. Dia tidak senang duduk. Impiannya untuk memiliki gadis itu sudah
berkecai.
“Kamu
nampak lelaki yang selamatkan dia?”
“Tidak
Dato’.”
“Plat
keretanya?”
“Kereta
jenis Mercedes Benz. Nombor plat…”
“Bagus.
Kamu siasat siapa yang tuan empunya kereta itu. Aku tahu segera.”
“Baik
Dato’.
“Pastikan
kali ini tidak gagal.”
“Baik
Dato’.”
Dato’
Bakri menamatkan perbualannya sebaik menyedari ada bayang-bayang manusia di
balik pintu bilik pejabatnya itu.
Dato’
Bakri memulas tombol pintu. Dia terkesima seketika.
“Daddy!”
“Rafael!”
“Surprise…”
“Kenapa
tak mention pada daddy dan mummyRaf nak
balik? Daddy boleh hantar driverjemput
Raf di airport.” Dato’ Bakri memeluk
tubuh anak lelakinya itu.
“Saja.
Lagi pun Raf sudah bosan duduk di sana.”
Rafael
tersenyum manis sambil memerhatikan sekeliling bilik pejabat daddynya itu. Suatu masa nanti bilik
pejabat ini akan menjadi miliknya.
“Mummy tentu happytengok Raf. Bertahun-tahun dia menanggung rindu dengan Raf.”
“Kejutan
ni sebagai hadiah buat Mummy. Daddy
lupa, today birthday mummy.”
“Daddy lupa. Daddysibuk dengan kerja.”
“Daddy kena jaga juga hati mummy. Jangan asyik jaga hati auntie Sally saja, okay!”
Rafael
melangkah keluar dari bilik pejabat daddynya.
Rafael berisul-siul sambil menyapa staf-staf daddynya. Dia mengenyitkan mata ke arah Yuhana. Boleh tahan juga
setiausaha baru daddynya itu.
Cun-melecun. Yuhana membalasnya dengan seyuman.
Ada
tindak-balas. Rafael segera mendekati meja Eleanor yang diduduk oleh Yuhana.
Masa inilah dia ingin bersuai kenal dengan setiausaha daddynya yang manis itu. Seksi siot. Rafael menelan air liurnya
berkali-kali.
“Hi
dear. Tadi tak sempat nak adakan sesi
usai kenal. Nama I Rafael Dato’ Bakri and
you?”
“Yuhana.”
“Nice name. Contact number you?”
“Sorry… contact numberI mahal harganya.
Hanya untuk lelaki-lelaki yang terpilih.”
Sombong.
Tidak berkudis di hati Rafael dengan kata-kata Yuhana itu. Rafael masih
tersenyum. Mungkin gayanya yang agak selekeh ini tidak mendapat perhatian
Yuhana yang cantik manis itu.
ELEANOR membuka kelopak matanya. Pandangan
yang kabur itu mula menjadi cerah. Bilik kecil itu agak asing pada dia.
Serta-merta dia bangun dari pembaringan. Dia berada di mana? Eleanor cuba
mengingati semula kejadian yang berlaku. Dia jatuh pengsan ketika meminta
tolong dari seorang lelaki. Jari-jemarinya menyentuh kepala.
“Weir!”
Nama itu keluar dari bibirnya.
Eleanor
bangun dari katil. Dia meluru ke arah pintu bilik itu. Puas dipulas tombol
pintu itu tetapi ianya berkunci dari luar. Eleanor seperti mahu menangis.
Janganlah nasibnya jadi seperti kata pepatah, keluar dari mulut buaya masuk ke
dalam harimau pula.
Eleanor
duduk di birai katil dengan air mata yang bergenang. Dia amat takut.
Entah-entah lelaki itu bukan Weir tetapi salah seorang ahli penculik itu. Apa yang mereka mahukan dari dia jika bukan
wang? Eleanor bingung memikirkannya. Ya Allah, jangan ada perkara tidka baik berlaku
ke atas dia.
Weir
keluar dari perut kereta bersama Aleeza. Aleeza membuntuti langkah Weir dari
belakang. Kak Nona muncul di muka pintu. Dia menjemput Weir dan Aleeza masuk.
“Dia
sudah sedar Kak Nona?” Wier bertanya lembut.
“Kak
Nona tak sempat nak menjenguk dia di bilik. Kak Nona sibuk di dapur.” Balas Kak
Nona. Dia menyediakan makan tengahari untuk anak-anaknya balik sekolah nanti.
“Saya
nak tengok dia.”
“Ini
kunci biliknya Encik Weir.”
“Kak
Nona kunci bilik tu?”
“Kak
Nona takut dia lari jika dia sedar nanti. Kak Nona kuncilah. Encik Wier
cakapkan jangan benarkan dia keluar dari rumah Kak Nona sampai Encik Weir balik
semula.”
Weir
tersenyum kecil. Aleeza sudah mengusap dagu. Dia mula pandang Weir semacam.
Weir tidak endahkan pandangan mata Aleeza.
Weir
menapak ke bilik Eleanor berada. Kak Nona dan Aleeza berdiri di
belakanngnya.Weir menyuakan hujung kunci ke lubang tombol pintu itu kemudian
memluas. Sebaik dia melangkah masuk, wajah sudah melekap sebiji bantal. Kak
Nona dan Aleeza menekup mulut.
“Awak?
Awak yang culik saya!”
Terkaku
seketika Weir dengan tuduhan melulu Eleanor.
“Saya
culik awak?”
“Awak
dengan penculik-penculik tu bersekutu kan?” Eleanor menundingkan jari telunjuknya
pada muka Weir.
“Tak
baik awak menuduh penyelamat awak ini bersekutu dengan lelaki-lelaki jahat tu.”
“Kalau
awak tak culik saya, kenapa awak kurung saya di sini?” Eleanor menyoal garang.
“Akak
yang kunci pintu bilik ni. Maafkan akak.” Suara Kak Nona di belakang Weir.
Eleanor langsung tidak perasaan pada Kak Nona dan Aleeza.
“Aleeza!
Jeritnya. Dia mendakap tubuh sahabatnya itu. Weir duduk di hujung katil sambil
menyilangkan kakinya.
“Tak
nak minta maaf pada saya ke?”
Eleanor
memalingkan tubuhnya.
“Terima
kasih. Maafkan saya.” Lagaknya masih angkuh.
“Betterawak buat laporan polis. Saya
takut penculik-peculik tu mencari awak lagi.”
“Betul
kata uncleaku tu, El.” Aleeza
menyokong.
“Em…”
Eleanor melarikan anak matanya dari bertentangan dengan mata Weir. Jantungnya
berdengup kencang. Dia rasa semacam apabila matanya bersatu dengan mata lelaki
itu.
“Ini
rumah Kak Nona, pembantu di vila saya. Kak Nona yang tengok-tengok awak masa
pengsan.”
Eleanor
melirik segaris senyuman buat Kak Nona. Wanita bertubuh gempal yang dipaggil
Kak Nona itu nampak seperti seorang yang serius seperti tuannya juga.
Sebaik
membuat laporan polis, Weir menghantar Eleanor terus ke rumah sewanya. Aleeza
tidak ikut bersama. Sahabatnya itu perlu pulang semula ke tempat kerjanya.
Eleanor hanya membisu sepanjang perjalanan. Dia hanay mengucapkan terima kasih
sebaik turun dari kereta Weir.
Weir
memerhatikan langkah Eleanor sehingga gadis itu hilang dari pandangan matanya.
Weir mengenakan semula kaca mata hitamnya. Eleanor menutup semula kain
langsirnya sebaik melihat kereta Weir bergerak perlahan.
Weir
perasan Eleanor mengintainya tadi dari jendela dan dia mengukir senyuman. Gadis
itu sudah mencuri hatinya tanpa sedar.
“YOU ke mana? I puas call you. You tak jawab.” Helena terus
menyerbu ke arahnya. Jelas kebimbangan pada wajah Helena.
“I
ada urusan emergency tadi.”
“Sekurang-kurangnya
mesejlah I.”
“Sorry Helena.”
Weir
menghenyakkan punggung pada kerusinya. Hari ini seharian dia berada di luar
pejabat. Masuk pejabat pun seketika.
“I
takut benda tak baik berlaku pada you. Please,
jangan buat macam ini lagi.”
“Okay.”
“Promise!”
“I
promise.”
Helena
begitu mengambil berat akan dirinya. Dia perasan yang Helena sukakannya tetapi
dia tidak dapat membalas perasaan gadis di hadapannya itu. Helena sudah
dianggap sebagai seorang kawan. Sayangnya pada Helena hanya sayang seorang
kawan. Hubungan lelaki dan perempuan tidak semestinya hanya bercinta. Ada
sesetengah pihak yang salah anggap tentang hubungan antara bereka.
‘Weir...
join dinnerdengan I dan papa I tonight.”
“I…”
“Aa-aa…
kali ini you tidak boleh menolak. I tak mahu dengar perkataan ‘lain kali’
keluar dari mulut you.”
Nampaknya
Weir kena mengalah juga.
“Okay,
you menang.”
Helena
tersenyum lebar. Dia sudah preparesegala-galanya
untuk makan malam mereka. Malah dia turut menempah pakaian di sebuah butik yang
agak terkenal. Dia mahu sentiasa kelihatan
cantik di hadapan Weir.
“At last, I dapat juga dengar jawapan
positif dari you. Kalau tidak ada saja alasan yang you berikan untuk menolak.”
“I
bukan sengaja suka-suka menolak ajakkan you. I’m really busy. Lagi pun I suka makan di rumah.”
“Makan
di rumah?”
Siapa
pula yang masakkan untuk Weir di vila itu?
“Jangan
fikir yang bukan-bukan pula. Kak Nona selalu masakkan untuk I. I sukakan
masakan ala Thai dan kampung.”
Helena
terlupa yang Weir ada pembantu rumah. Weir ada darah kacukan. Arwah ayahnya
orang kaya yang berasal dari Thailand. Tidak hairanlah dia sukakan masakkan ala
Thai. Orang melayu juga sukakan masakkan masyarakat di sana. Contohnya Tom Yam.
“I
teringin nak berkenalan dengan Kak Nona. Kak Nona isteri driver you, Abang
Sudin kan?”
“Jika
ada kelapangan I ajak you dan family
dinner di rumah I tapi I tak janji bila.”
“You
patutnya ada seorang isteri menjaga you, Weir.”
“You
nak carikan untuk I?”
“Ada
orang minat pada you, tapi you buat-buat tidak nampak.” Helena memberikan
kiasan.
“Siapa
gadis tu? Boleh I tahu?”
Weir…
kenapa kau masih tidak sedar orang itu ada di hadapan mata kau.
“Itu
I tidak akan beritahu pada you. Rahsia.”
Jika
boleh Helena tidak mahulah seperti perigi mencari timba. Harapannya satu. Moga
Weir menyedari akan perasaan dia terhadap lelaki itu.
“I
belanja you minum petang.”
“Okay.”