Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
217,183
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22

WEIR memeriksa telefon bimbitnya. Kotak mesejnya hampir penuh. Salah satu mesej yang diterima adalah dari Susana. Apa lagi yang perempuan seorang ini mahu agaknya? mungkin ingin berdrama air mata di hadapannya lagi. Weir mengusap dagu. Gelagatnya diperhatikan oleh Eleanor dengan ekor mata.

“Ehem-ehem…” Eleanor berdehem kecil.

Weir menoleh Eleanor yang duduk di sebelahnya itu.

“Bermesej dengan kekasih gelap?” Eleanor terus menembak. Pasti mesej tersebut dari Susana.

Weir tertawa kecil. Terkaan Eleanor itu adalah tepat sekali.

“Kalau ya, awak nak buat apa?” Saja dia berkata demikian.

Eleanor merenung Weir tajam. Lelaki ini masih bermain-main kata dengan dia.

“Tidak wajar kita bertunang dan hidup bersama. Saya tak suka lelaki yang curang di belakang saya.” Dia bukan jenis perempuan yang mudah diperkotak-katikkan.

“Awak yakin saya ni lelaki yang curang?” Weir masih bermain dengan soalan.

Eleanor angguk laju. Seratus-peratus dia yakin.

“Sudah terang-terangan awak curang. Banyak skandal.” Desisnya.

“Kalau saya kata saya cuma cintakan awak?”

Nonsenses. Lelaki macam awak hanya tahu mempermainkan cinta wanita. Manis berbutiran dengan kata-kata. Habis madu sepah dibuang.”

“Awak nak kata saya playboy or kasanova?” Biasalah lelaki jika ada teman wanita keliling pinggang dikatakan ‘player’.

Terjongket-jongket kening Weir. Cepat benar Eleanor membuat tuduhan. Di sebalik skandal pasti ada ceritanya.

“Awak ni species segala bapak buaya.” Eleanor menjegilkan biji mata. Lagaknya seperti mahu membaham ‘buaya’ di depan matanya itu.

Tawa Weir meledak. Lama dia tidak tertawa begini. Sikap dinginnya mempengaruhi aura di sekelilingnya sebelum ini. Bertemu dengan gadis yang kuat melawan seperti Eleanor mengubah dirinya menjadi seorang yang banyak berkata-kata.

Kereta Weir berhenti di destinasi yang ditujui oleh Eleanor. Dia membukakan pintu buat gadis itu.

“Tak baik awak menuduh saya begitu. Sebagai dendanya, awak kena balik sendiri.”

Eleanor memandang Weir lama. Menyesal pula dia mengikut kehendak lelaki itu tadi. Lebih baik dia pergi ke tapak projek dengan keretanya sendiri. Mnyusahkan diri betul!

Fine!” Eleanor melangkah keluar. Pintu kereta Weir dihempaskan dengan kuat. Langkahnya diaturkan tanpa menoleh ke arah lelaki itu.

Weir hanya tersenyum. Sukae benar dia bikin hati Eleanor pnas membara. Dia melolos masuk ke dalam keretanya semula.


SUSANA menunggu dengan hati yang tidak tenang. Dia mahu mendengar dari mulut Weir. Dia percaya Weir masih mencintainya seperti dulu. Dia mahu Weir tidak menikahi Eleanor. Dia mahu bersamanya Weir semula. Dia akan usahakan agar Elman menceraikan dia dengan segera. Malah dia telah melakukan persediaan. Masakan dia akan biarkan dirinya berputih mata. Tidak boleh dibayangkan Weir menjadi iparnya.

Senyum Susana melihat Weir menghampiri mejanya. Sengaja dia adakan pertemuan di hotel ini.

“Weir…” Susana terus memengang lengan Weir.

Weir agak tersentak. Dia segera menarik tangan Susana. Tidak senang dengan tindakan Susana itu.

“Jaga tingkah-laku you,”

“Maaf…”

“You masih tahu I sukakan minuman panas seperti nescafe.” Weir merenung cawan nescafe di meja.

“I tak pernah lupa.”

“You kata ada hal penting nak bertemu dengan I?”

“Weir… I nak you tahu yang I cintakan you. I mahu berpisah dengan husband I. Tapi dia masih tak juga lepaskan I.”

Weir mahu ketawa mendengar kata-kata di bibir Susana. Perempuan ini memang manis dalam berbicara. Dia masih tidak melupakan janji setia palsu yang pernah Susana lafazkan dulu.

“You cintakan I?” Susana memandang tepat wajah Weir.

Weir seperti acuh tidak acuh dengan luahan perasaannya.

“Kenapa you nak bernikah dengan El?” Susana mula menyoal.

“Kenapa? sebabnya mudah. I sukakan dia.”

You’re liar. You masih cintakan I?” Jawapan Weir tidak menyenangkan hati Susana.

Terpalit senyuman sinis di hujung bibir Weir. Nyata, Susana sudah terperangkap dengan mainan perasaan sendiri. Dia sudah lama memadamkan perasaan cinta pada Susana. Sengaja dia mempermainkan wanita itu. Dia biarkan Elman melihat wajah sebenar di sebalik kejelitaan Susana itu.

“Cintakan you? cinta I sudah mati untuk you. Pada I you tak ubah seperti…” Weir tidak meneruskan kata.

“You nak cakap I ni cheap women!” Laju Susana memintas.

“Ya, baguslah you sedarinya sendiri. I tak sampai hati nak cakap di hadapan you aja.”

Berubah riak muka Susana.

“I tak tipu Weir. I masih sayangkan you. I tahu I silap dulu. Berikan I peluang kedua. Kita boleh kecapi bahagia bersama.” Susana tidak percaya Weir akan berubah hati. Weir sengaja mengujinya barangkali.

“Tiada peluang untuk kedua untuk you, Susana. You masih sama seperti dulu. Gilakan kemewahan. You pentingkan wang dan you takut pada kesusahan.”

“We.. We.. Weir… I sudah berubah. Percayalah pada I.”

Weir tersenyum sahaja. Dia menghirup minumannya.

“Susana… You takkan berubah.”

“Weir…”

Weir bingkas bangun.

“Permainan antara I dengan you sudah tamat.”

Susana mengigit bibir. Tidak semudah itu Weir. Susana turut bangun ingin mengekori langkah Weir.

“Weir… nanti dulu!”

Susana memangil. Beberapa langkah dia menapak, dia sudah terjelupuk atas lantai. Suara pelayan hotel itu menghentikan langkah kaki Weir. Dia berpaling dan segera menghampiri Susana yang jatuh pengsan.

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.