SUSANA pulang lewat malam dalam keadaan
terhuyung-hayang. Seorang lelaki menghantarnya
hingga ke muka pintu. Susana melambai
mesra ke arah lelaki tersebut. Banglo mewah itu nampak sunyi seakan tiada
penghuninya. Susana memicit loceng bertalu-talu.
Mak
Pah menanggalkan telekung sembahyangnya. Siapa pula yang datang malam-malam
buta begini?
“Mak
Pah! Buka pintu ni!” Susana memekik dari luar.
Pekak
ke telinga orang gaji rumah ni. Susana mula berang. Dia mula mengetuk pintu
dengan kuat.
“Mak
Pah”
“Sekejap
puan.”
Mak
Pah tergesa-gesa membukakan pintu. Mengucap panjang Mak Pah melihat keadaan
Susana. Segera dipapah wanita itu masuk.
Tiga
hari wanita itu menghilangkan diri dari rumah, malam ini muncul dalam keadaan
sebegini. Elman dan Elena Maria pula tiada di rumah. kedua-dua lesap entah ke
mana.
Mak
Pah baringkan Susana atas sofa. Dia berlalu ke dapur dan kembali bersama
segelas air kosong.
“Mana
laki tak guna tu Mak Pah?”
“Encik
Elman keluar. Saya tahu dia ke mana.”
“Hm!
Keluar dengan betina lainlah tu.”
Susana
memusing-musingkan jari telunjuknya.
“Tak
baik menuduh begitu puan.”
“I
sedang sedih ni Mak Pah. Lelaki yang patut jadi milik I nikah dengan adik ipar
sendiri!” Susana menolak gelas minuman atas meja itu hingga tumpah.
Mak
Pah menggeleng perlahan. Mak Pah tahu lelaki yang dimaksudkan oleh Susana itu
adalah Weir.
“Mak
Pah papah puan masuk bilik.” Pujuk Mak Pah.
“Tak
payah!” Susana menolak kasar Mak Pah. Dikerling Mak Pah tajam. Wanita tua itu
cukup baik dengan Eleanor. “Berhambus you dari mata I!”
“Ikut
suka puanlah.” Keluh Mak Pah. Dibiarkan Susana berbaring atas sofa.
Biarlah
Elman yang mengangkat isterinya itu ke kamar tidur apabila lelaki itu pulang
nanti.
Mak
Pah perlahan-lahan menutup pintu biliknya. Dia mengeluar mencapai telefon
Bimbit pemberian Eleanor. Eleanor
memberikan telefon bimbit itu sebagai hadiah. Senang untuk Mak Pah memberikan
khabar berita di rumah itu. Mak Pah menekan nombor telefon Eleanor. Eleanor
yang mengajarnya menggunakan telefon berkenaan.
“Assalamualaikum
El…”
“Waalaikumusalam.
Mak Pah.” Syur, Eleanor menyahut di talian.
“Belum
tidur lagi?”
“Belum
lagi. El tengah tonton televisyen. Bosan.”
“Suami
El?”
“Dia
dah melingkar jadi ular sawa dalam bilik. Mak Pah tak tidur lagi? Dah lewat
malam ni.”
Mak
Pah tersenyum kecil.
“El…
kakak ipar El dah pulang.”
“Lima
hari lesap baru tahu cari jalan pulang. Abang Elman ada tak?”
“Elman
dan Elena tiada di rumah.”
“Mereka
ke mana?”
“Mak
Pah pun tak tahu.”
“Dia
frustmenonggeng ke Mak Pah? El kan
kahwin dengan buah hati pengarang jantung dia.”
“Dia
mabuk. Ada tidur di ruang tamu tu?”
“Mabuk?
Tak berubah lagi perangai perempuan seorang ni.”
“El…”
Ada
masanya mulut Eleanor lancang berkata-kata.
“Maaf
Mak Pah. Biarlah dia tidur di ruang tamu sampai pagi. Esok dia perlu hadap
Abang Elman untuk sesi soal jawab. Apa-apa Mak Pah maklum pada El. El risaukan
Abang El.”
“Baiklah
El.”
Eleanor
menutup telefon bimbitnya sebaik menamatkan perbualan dengan Mak Pah. Tanpa
Eleanor sedari Weir bersembunyi di sebalik dinding memasang telinga. Lelaki itu
mengukir senyuman.
WEIR kata tiada bulan madu untuk mereka.
Dia sudah masuk semula pejabat hari ini. Eleanor tidak kisah pasal bulan madu.
Tiada syarat pun yang syor selepas kahwin aja berbulan madu. Weir bangun pun
dia tidak sedar. Awal gila lelaki itu bangun pagi. Sarapan atas meja mungkin
disediakan oleh Weir. Sarapan ringkas. Roti bakar sapu mentega kacang. Budak
lapan tahun pun boleh buat.
Eleanor
menuangkan air kopi ke dalam cawan. Dia hirup perlahan kopi yang sudah
suam-suam itu. Dahinya berlapis. Mukanya berkerut. Eleanor bergegas berlari ke
arah sinki dapur. Diluahkan air kopi dalam mulut.
“Manis!”
Berapa
sudu gula yang Weir bubuh ke dalam kopinya atau memang dia sukakan kopi yang
manis.
Muda-muda
sudah minum manis begini. Bahaya. Boleh kena diabetes jika tidak dicegah lebih
awal. Eleanor memasak air yang lain. Tak sanggup dia minum air kopi semanis
satu balang gula itu.
Eleanor
tidak duduk diam di vila mewah itu. Ada saja kerja yang dilakukan. Weir sudah
memberikan syarat agar dia tidak lagi bekerja. Tugasnya menjadi suri rumah
sepenuh masa. Bibir Eleanor mengulum senyuman bilik bacaan Weir yang sudah
seakan sebuah perpustakaan kecil itu. Pelbagai buku tersusun rapi. Eleanor
mencapai senaskah novel thrillerberbahasa
Inggeris. Tak sangka lelaki sesibuk Weir ada masa juga membaca novel-novel
begini.
Eleanor
duduk di kerusi empuk dalam bilik bacaan itu. Dia mengoyang-goyangkan kerusi
itu. Seronok ke jadi seorang bos? Rasanya otak bos lebih banyak berfikir dari
pekerja. Bos nak kena fikirkan cara cari duit membayar gaji pekerja lagi.
Macam-macamlah. Mujur saja rambut Weir tidak gugur memikirkan itu dan ini.
“El…
I really-really love you. Terima saya
seadanya. Insya-Allah saya akan bahagiakan awak.” Kata-kata Weir itu masih berlegar-legar
bermain di kotak ingatan Eleanor.
“Kenapa
aku prejudis sangat pada dia? Mungkin sebab aku tak boleh terima perhubungan
dia dengan perempuan tu dulu. Sedangkan dia sudah terangkan keadaan sebenar.
Aku takut dia bermuslihat membantu syarikat arwah papa. Aku risau dia
mempergunakan abang aku.” Eleanor berkata sendiri.
“Aku
tak pernah cuba berbaik sangka dengan dia. Teruk juga aku ni. Tapi… betul ke
dia cintakan aku? Tak boleh! Tak boleh! Aku masih kena berhati-hati.” Eleanor
menggeleng-geleng kepala.
Arghh…
kalau berangan begini banyak kerja tidak akan dibereskan dengan segera. Pakaian
kotor yang berlonggok dalam bakul masih belum dicuci.
Rumah
besar tetapi mesin basuh pun tiada. Hairan sungguh. Eleanor sudah bercekak
pinggang mengerling pakaian di dalam bakul. Setakat sental dua-tiga helai boleh
tahan lagi. Ini satu bakul besar.
Segan
pula dia mahu meminjam mesin basuh di rumah Kak Nona. Satu hal pula dia perlu
mengangkut bakul pakaian kotor itu ke rumah Kak Nona.
RIAK muka Weir berubah sebaik memulas
tombol pintu. Pintu tidak berkunci. Dia terpaksa berpatah balik kerana
tertinggal beberapa fail dokumen di bilik bacaannya. Weir melangkah masuk.
Tiada kelibat Eleanor kelihatan. Isterinya itu tidak pula menelefon atau
menghantar pesanan ringkas untuk meminta izin keluar dari rumah.
“El…”
Weir memanggil isterinya.
Tiada
sahutan.
Dia
memijak anak tangga memeriksa bilik tidur. Eleanor tiada. Weir bercekak
pinggang. Ke mana pula Eleanor menghilang? Barnagkali isterinya itu ke rumah
Kak Nona? Weir menggeleng perlahan. Eleanor cukup cuai meninggalkan rumah
dengan pintu tidak berkunci.
Weir
menuruni anak tanggga. Telinganya menangkap bunyi suara mengomel di bilik air
berdekatan ruang dapur itu.
“El…”
Weir mengaturkan langkah panjang.
Bulat
bola matanya melihat Eleanor yang sedang duduk bertinggung menyental pakaian
ditangan. Satu bilik air itu berbuih dengan sabun.
“Apa yang awak buat
sampai berbuih satu bilik air ni?” Weir menyoal kehairanan.
Eleanor
mengesat tangan yang berbuih pada dahi. Ketawa kecil Weir melihat isterinya
itu.
“Tak
nampak saya sedang cuci pakaian ni semua?” Bibir Eleanor memuncung panjang pada
bakul pakaian yang baru terusik sedikit.
“Kenapa
tak pakai washing machine?”
“Saya
tak nampak pun washing machine dalam
rumah awak ni?”
Tiba-tiba
Weir menepuk dahi.
“I forget. Washing machine saya rosak. Saya ada order yang baharu maybe
belum sampai lagi. I’m sorry lupa nak
mention pada awak pasal ni. Selalu
Kak Nona yang tolong cucikan atau saya hantar ke kedai dobi.” Weir ketawa
kecil.
Eleanor
menjegil biji matanya.
“What?”
Eleanor
merapati Weir dengan wajah merah padam. Dia lumurkan muka Weir dengan buih
sabun di tangan.
“Pedih
mata saya.” Pejam celik-pejam celik mata Weir.
Eleanor
segera menyimbah muka Weir dengan satu gayung air.
“Tak
pedih lagi kan?” Ujarnya dengan senyuman.
“El…”
Pakaian
Weir sudah basah.
“Ops!”
Eleanor menekup mulut.