Home Novel Komedi/Romantik Komedi 10 PERKARA SAYA BENCI AWAK!
10 PERKARA SAYA BENCI AWAK!
Illya Abdullah
7/4/2015 12:20:18
29,779
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 8

THANKS Kak Rose kasi pinjam kereta.”

“Takper. Janji minyak penuh.”

No problem. Tu jangan risau gerenti tangki penuh punyalah.”

Awin menyandang tas tangan di bahu. Hujung minggu begini seronok kalau keluar bershopping. Aktiviti kegemaran Awin Aweena.

Awin menatap jam di pergelangan tangan. Dia perlu mengambil Mint sekali. Mereka dah berjanji keluar bersama.

Awin menyarung sneaker di kaki. Senang bergerak bila berjalan. kalau kasut bertumit ni mudah terpelecok. Lainlah bila bekerja. Awin bergaya santai dengan jeans dan t-shirt. Rambut panjangnya ditocang satu.

Mint sudah menghantar mesej. Perempuan sorang ni tak reti bersabar betullah.

“Kak Rose… Awin pergi dulu!” Awin melolos masuk ke dalam kereta.

Sedap juga bawa kereta Myvi milik Kak Rose ni. Kalau Satria Neo dah uzur nanti bolehlah tukar pada Myvi pulak.



“BILA laki kesayangan kau balik?” Tanya Awin sebaik memarkirkan Myvi milik Kak Rose.

“Lusa. Bosan giler aku duk sorang di rumah.”

Takper aku kan ada. Call je aku datang.” Awin memeluk bahu sahabat baiknya itu.

“Tulah. Mujur aku ada kau kat sini.”

Awin dan Mint melangkah masuk ke Mid Valley. Awin nak shopping sakan. Nak beli baju kerja baharu dan kasut yang baharu. Tas tangan pun kena tukar yang baharu.

“Cantik tak?” Awin menayangkan blaus pink itu kepada Mint.

“Esh, takderlengan. Carilah yang berlengan.” Mint mengomen.

“Ala, boleh pakai dengan blazer nanti.”

“Yang ni lagi okay.” Mint menarik satu blaus pattern yang sama dipegang oleh Awin tetapi blaus tersebut berlengan panjang.

“Okay jugak.” Awin membelek-belek blaus tersebut dari tangan Mint.

“Kau ambik aja yang ni, Awin.”

“Aku ambikdua helai. Pink satu and maroon satu.”

Nice choice.”

Awin membayar kedua-duanya di kaunter.

“Kau tak nak beli?”

Mint geleng.

“Baju aku banyak lagi. Kalau aku nak beli, aku nak beli baju pregnant je.”

“Macam bagi hint je kat aku.”

“Belum ada rezeki lagilah. Kalau ada sah-sah aku khabarkan pada kau. Tapi my husband dulu first kena tahu.”

“Aku doakan kau dengan laki kau cepat-cepat dapat baby. Aku pun tak sabar nak dapat title auntieni.”

Awin menarik Mint kedai kasut. Mint mengikut saja langkah Awin. Rambang mata melihat pelbagai jenis kasut.

“Awin, rehat kejap. lenguh kaki dah.”

“Kita cari port untuk melepak dan makan.”

“Awin…”

Tiba-tiba Mint menyiku lengan Awin.

“Nape?”

“Aiman dan Rania.”

Mint memuncungkan bibir ke arah pasangan merpati dua sejoli itu. Kali ni betul-betul depan mata. Awin tak boleh mengelak lagi.

Sakit pula hati Awin tengok pasangan depan matanya itu. Boleh pula mereka bertemu empat mata di Mid Valley ini. Spoilkan moodbershopping Awin. Aiman Hakim dan Rania. Pasangan bahagia konon-kononnya. Awin mengertap bibir melihat gelagat manja Rania. Gelilah manja-manja tempat awam ni. Takder coverlangsung.

Lantaklah dia nak over romantik ke, hapa ke, Dah laki dia, Awin oii!

“Awin! Tak sangka jumpa kau kat sini.” Terpekik Rania.

Hati Awin dipalu kencang. Kakinya bagai dipaku dekat situ. Argh! Kenapalah kaki tak boleh melangkah dah. Mint pula sekadar senyum nipis.

“Lama aku tak jumpa kau.”

Rania merapati. Terkaku Awin dalam pelukan tiba-tiba. Lemas pun ada dengan bau minyak wangi yang kuat menusuk ke lubang hidung.

“Apa khabar, Awin.” Aiman Hakim menyapa. Senyuman yang pernah bikin hai Awin cair dulu terhias di bibir lelaki itu.

“A... aa… aku baik.” Awin senyum dalam terpaksa.

Esh, kenapa kau tergagap-gagap pulak ni Awin.

“Tak tanya khabar aku sekali ke?” Mint mencelah. Aiman dan Rania seperti tidak perasan dia berada di situ ke?

“Hi Mint. Aku tak perasan kau tadi. Sorry…” Rania tersenyum-senyum. Dia memaut semula lengan Aiman Hakim.

“Oh, yeke?” Tak perasan atau buat-buat tak perasaan. Faham sangat dah dia dengan fiil minah sorang ni.

Shopping ke?”

“Taklah. Sedang cari calon suami.” Mint membalas selamba. Sudah nampak beg-beg plastik/kertas di tangan mereka boleh pulak si Rania ni bertanya.

Rania ketawa kecil. Getik pula Mint melihat tawa rania. Tawa manjalah konon.

“Pandai kau melawak Mint. Aku dengan Aiman sedang cari present weddinguntuk cousin Aiman. Tak jumpa-jumpa lagi.”

“Ouch, kami pun nak cepat ni. Kami pun cari present wedding officemate.” Mint berdalih dan mula memaut lengan Awin yang seakan macam menjadi batu bila bersua dengan Aiman Hakim.

“Tak nak join kami sekali. Nanti boleh makan sama-sama. Lama tak jumpa mesti ada banyak cerita nak dibualkan.” Rania mempelawa.

Takperlah. Next time okay.”

Mint terus menarik Awin.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Illya Abdullah