“AKU rasa Dato’ Bakri yang upah orang
culik kau.”
“Tak
baik menuduh. Untuk apa dia nak culik aku?”
“Dia
kan tergila-gilakan kau. Dia nakkan kau.”
Seram
pula Eleanor mendengarnya. Kalau betul apa yang dikatakan oleh Aleeza itu
memang Dato’ Bakri sudah gila.
“Aku
takutlah.”
“Patutnya
kau resign 24 hour. Tak payah bagi
notis sebulan.” Eleaor baik hati sangat. Konon dalam tempoh tersebut Dato’
Bakri sempat mencari pengganti.
“Aku
tak tahulah pula akan jadi macam ni.”
“Kau
tak payah datang kerja lagi. Tak mati pun kalau kau tak kerja di situ.”
“Aku
fikir aku ingin duduk semula dengan family
aku. Kau tak kisahkan.”
“Kau
jangan risaukan aku. Aku pun bukan selalu melekat di rumah. Kau patut cari
seorang lelaki untuk melindungi kau.”
“Maksud
kau bodyguard.”
“Bukanlah.
Aku maksudkan suami.”
Aleeza
tersengih. Air muka Eleanor berubah.
“Aku
takder calon suami.”
“Aku
ada calon untuk kau?”
“Siapa?”
“Uncle aku.”
“Weir
Zafril?”
Aleeza
mengangguk laju. Dia mencerlung Aleeza. Tidak senang hatinya mendengar nama
lelaki itu diutarakan oleh Aleeza. Tiada calon lain kah?
“Dalam
dunia ni tiada lelaki lainkah boleh menjadi calon suami naku?”
“Aaron
Aziz dah berkahwin. Izzue Islam pun sudah ada isteri. Kalau Anuar Zain macam
dah berusia sangat. Senarai lelaki taste
kau memang dah takder.”
Eleanor
bersandar lesu. Dia cukup tidak berkenan dikenenkan dengan Weir. Weir telah
menyelamatkan dia tetapi itu tidak bermakna hatinya sudah terpaut dengan Weir.
Dia masih
tidak mempercayai lelaki itu.
“Kalau
uncle kau tu yang jadi calon suami
untuk aku, baik aku tak payah berkahwin.”
Perempuan
lain tergila-gilakan pakciknya itu, Eleanor langsung tidak pandanng sebelah
mata. Hairan…
“Aku
doa-doa jodoh kau melekat dengan pakcik aku.” Aleeza mendah kedua belah
tanggannya. Eleanor membalingkan bantal kusyen ke muka Aleeza.
“Sakitlah!”
Aleeza menyeringai.
“Padan
dengan muka kau.” Aleeza membalas serangan Eleanor
Saat
mereka saling bertepuk tampar dengan bantal kusyen, telefon bimbit Eleanor sudah
berdering lagu kesukaannya dari Liza Hanim. Aleeza terlebih dahulu emncapai
telefon bimbit Eleanor. Keningnya bercantum sebaik melihat nama pemanggil yang
tertera pada skrin telefon tersebut.
“Siapa?”
Aleeza
menayangkan skrin telefon bimbit ke arah Eleanor. Eleanor merampas telefon
bimbitnya dari Aleeza. Dia terus menekan butang off.
“Orang
tua tu betul-betul sudah angaukan kau.”
“Cantik
sangat ke aku ni?”
Aleeza
mula menilik raut wajah Eelanor.
“Cantik
tu memang canttik. Putih melepak.”
“Terima
kasih puji aku.”
Mereka
saling berbalas senyuman.
“Susah
juga jadi orang cantik ni. Nasiblah aku sedang-sedang molek lawa.”
Eleanor
memaut leher Aleeza. Pada Eleanor rupa bukan ukurannya. Kalau wajah cantik hati
tak cantik tiada gunyanya juga. Dalam banyak-banyak rakan yang dikenali hanya
Aleeza yang dia percayai. Hati budi Aleeza sudah cantik pada Eleanor.
KHIR mula perasan dengan perubahan Elena
Maria yang makin bersikap dingin dengan dia. Apabila dia membuka topik soal
majlis perkahwinan mereka, Elena Maria seperti acuh tidak acuh. Tunangnya itu
lebih banyak mengelak.
Elena
Maria sudah tidak seperti dulu. Sepatah dia bertanya maka sepatah tunangnya itu
menjawab. Senyuman dibibir Elena Maria pula seperti senyuman terpaksa. Adakah
tunangnya itu sudah berubah hati?
Khir
meletakkan album koleksi pakaian pengantin di dada meja. Dia hilang mood dengan
reaksi Elena Maria yang seperti mengendahkan bicaranya itu. Dia seperti
bercakap dengan patung bernyawa.
“Elena,
I sedang bercakap dengan you.”
“Emmm…”
Elena Maria masih menyelak majalah hiburan di tangannya.
“Elena…”
Baharu
gadis itu mengangkat wajahnya memandang muka Khir.
“You
dah habis pilih?”
“Elena….
kenapa dengan you ni? You macam tak kisah dengan majlis perkahwinan kita. You
sudah ada yang lain?” Khir menarik majalah dari tangan Elena Maria.
“Apa
yang you merepek. I tak kisah you suka color
apa. I ikut saja.” Rengus Elena Maria.
“I
mahu you pilih sama warna tema majlis kita. You pernah janji dengan I.”
“You
ni macam budak-budaklah. I kata tak kisah, tak kisah sangat. Kalau you nak
batalkan majlis kita pun I sudah tidak ambil kisah.” Begitu sekali jawapan yang
Elena Maria berikan. Khir rasa terkilan.
“You
sudah tidak cintakan I. Tidak sayangkan I?”
“Rimaslah
I dengan you ni!”
Elena
Marina tidak pernah kasar begini dengan dia. Nyata Elena Maria benar-benar
sudah berubah.
“Elena…”
Khir mengejar tunangannya itu.
Elena
Maria sudah melolos masuk ke dalam teksi yang ditahan. Khir melepaskan keluhan
kecil. Dia mesti mencari punca perubahan sikap tunangnya itu.
Elena
Maria rasa serba salah melayan Khir sedemikian rupa. Dia terlalu mengikut
perasaan yang bermaharajalela di hatinya. Dia sukakan Weir tetapilelaki itu
belum tentu menaruh minat dengannya. Pada masa yang sama dia juga tidak sampai
hati mahu melepaskan ikatan perhubungannya denngan Khir. Entah kenapa dia mula
menjadi tamak. Khir mungkin akan terasa dengan sikapnya itu.
“Uncle, berhenti di sini.”
Pemandu
teksi itu hanya menurut.
Elena
Maria menghulurkan not RM 10.00 kepada pemandu teksi itu.
“Bakinya
cik…”
Elena
Maria sudah melangkah keluar dari teksi terbabit. Dia kembali mendapatkan
semula Khir yang berdiri tidak jauh darinya. Khir mengulum senyuman. Gadis itu
masih menyayangi dirinya.
“I’m so sorry.” Ucap Khir perlahan.
Biarlah dia yang mengalah.
SUSANA sudah seperti cacing kepanasan.
Tidak senang duduk. Sesekali dia mengintai jam di tanngan. Orang yang
ditunggu-tunggu masih tidak tunjukkan muka. Susana keresahan. Dia taku jika
Elman perasan dia berada di sini. Baru sebentar tadi dia terserempak dengan
Elman yang sedang berurusan dengan kliennya. Sedangkan di dalam talian telefon
dia mengatakan dia berada di rumah. Lagi parah jika Elman dapat menangkap dia
bersama Weir.
Susana
hampir menjerit apabila bahu disentuh dari belakang. Wajahnya pucat bermandikan
peluh dingin. Weir hanya tersenyum melihat gelagatnya.
“Kenapa
lambat.”
“Maaf
I pun sedang kejar masa. Ini cek untuk you.”
Kembang
kucup hati Susana melihat cek di tangan Weir itu.
“Untuk
I.”
“Ya,
untuk you.”
“Thanks.”
Jumlah
kosong di dalam cek itu sudah cukup merambangkan mata Susana.
“I
akan uruskan tentang sport car you
nanti. Andduit tu terpulang you nak
gunakan untuk apa.”
“You
cukup baik hati, Weir.”
Weir
merapati Susana. Hati Susana berdebar hebat. Bibirnya hampir menyentuh cuping
telinga Susana. Weir mengukir senyuman.
“I
masih sayangkan you.” Suara separuh berbisik.
Susana
kaget seketika. Mukanya sudah membahang. Reaksi Susana
sudah cukup
menyenangkan hati Weir. Susana tidak
tahu agaknya dirinya itu sedang dipermainkan. Sengaja dia memberikan harapan
pada perempuan itu. Dia akan membiarkan Susana terus dengan angan-angan
kosongnya.
“Jahatlah
you ni.” Susana menolak manja tubuh Weir.
“I
tak dapat temankan you. I ada special
dinner.”
Senyuman
manis Susana terus mati.
“Dengan
siapa?”
“Just with my friend bukan girlfriend.”
“Weir…”
“Next timekita dinner bersama.”
Hati
Susana melonjak gembira. Dia tidak akan melepaskan Weir. Apa jua cara dia nekad
untuk berpisah dengan Elman. Elman sudah tidak mampu memenuhi kehendaknya. Hatinya
sudah kembali bertaut pada Weir, kekasih lamanya itu.
“Pastikan hubungan kita tidak dapat
dihidu oleh sesiapa termasuk husband
I.” “You
tak perlu risau. Pandai makan, pandailah simpan.”
“Thanks again
sayang.” Susana ingin mengucup pipi Weir, pantas lelaki itu mengelak. Weir
masih bersikap seperti dulu.
“I
perasan husband you ada di sini. Berhati-hati.”
Pesan Weir sebelum meninggalkan Susana.
Weir,
kau betul-betul sudah buat aku gilakan kau semula.