Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
217,167
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 29

KHABARnya hotel bertaraf lima bintang itu adalah milik rakan baik kepada Weir. Eleanor tidak berasa teruja sedikit pun. Senyuman plastiknya sentiasa memekar di bibir. Pujian-pujian yang diterima tidak sedikit pun membanggakan hati Eleanor. Beruntung bersuamikan lelaki yang kaya raya. Ah, itu hanya kata mereka. Dia tidak memandang kekayaan yang dimiliki oleh Weir. Kekayaan tidak juga menjamin kebahagiaan.

Kek setinggi lima tingkat itu antara acara terakhir pada malam resepsi itu. Mereka saling bersuapan kek. Lensa kamera sentiasa memancarkan cahayanya. Cukup merimaskan Eleanor. Dia sudah letih menjadi sasaran lensa itu.

Ganteng sekali suami kau, El.” Weeda antara bekas teman sekampus yang sekadar menyakatnya.

“Kau terpikat. Aku boleh minta dia isi borang untuk tambah kuota di belakang.”

Terbeliak Aleeza mendengarnya.

“Esh, kau ni El. Kau marah aku bergurau dengan kau ke?” Weeda rasa bersalah pula.

“ Takdelah. Muka aku ada nampak macam marah tak?”

“Kalau perempuan lain mati-mati takkan bagi laki dia cari lain. Kau ni apesal? Ada masalah mental ke?” Karen bersuara.

Korang ni macamlah tak kenal dengan sikap loyar buruk kawan kita ni. Gilalah kalau dia nak husbanddia yang handsome tu kahwin lagi. Orang gila pun tak sanggup beb.” Aleeza mencelah. Sempat ‘ketam’nya menyinggah pada lengan Eleanor.

Eleanor menjerit kecil. Dia jeling Aleeza dengan pandangan tajam.

“Nampaknya antara kita, El yang kahwin dulu. So, jangan lupa awal bulan depan ada reunion tahu. Aku ada jemput special guest yang pasti buat mata korang terbuka luas-luas. Si El rasanya dah tak pandang dah sebab husband dia dah handsome.”

“Aku tahu sapa.”

“Sapa?”

“Shhhhh… Aleeza you tak boleh bongkarkan dulu sapa ‘special guest’ tu.”

“Kami nak minta diri dululah dulu El.”

Weeda dan Eleanor saling berdakapan.

Congrats sekali lagi my friend.” Giliran Karen pula berpelukan dengan Eleanor. “Aku dengar Hairie frust menonggeng.” Karen berbisik perlahan.

“Itu masalah dia bukan masalah aku. Aku tiada apa-apa perhubungan dengan dia.” Eleanor membalas.

“Kau betul dah serupa perempuan takder perasaan.”

“Dia yang curang di belakang aku. Tak percayakan aku. Dia patahkan cinta aku.”

“Aku faham perasaan. Cuma aku tak sangka sama sekali Hairie akan buat kau begitu.”

“Cinta aku bukan cinta murahan. Aku benci dikhianati”

“El…”

Karen meleraikan pelukan.

Thanks Karen sebab kau sudi hadir ke majlis aku.”

“Walau lama kita tak berhubungan, aku tetap ingat pada kau. Pete juga ucapan tahniah untuk aku.”

“Aku respect pada kau. Walau kau dengan Pete dah berpisah tapi kau orang masih boleh jadi friend.”

“Kami berpisah cara baik. Jodoh tak panjang.” Karen tersenyum.

Eleanor menghantar Karen, Weeda dan teman-teman yang lain hingga ke muka pintu dewan.

Weir merapati isterinya. Dia tidak sempat untuk bersuai-kenal dengan teman-teman Eleanor.

“Meriah nampaknya tadi?” Suara Weir perlahan. Bibirnya hampir menyentuh telinga Eleanor.

Eleanor terkejut kecil. Dia merengus.

“Sibuklah awak ni.”

“La… mestilah saya nak menyibuk sebab kawan-kawan isteri saya kawan saya jugak kan.”

“Bukan bakal-bakal affair awak kelak?”

Prejudis isterinya masih kuat lagi.

“Bukan bakal-bakal madu awak ke?” Sengaja Weir berkata sedemikian.

“Apa salahnya. Saya tak kisah pun awak nak tambah kuota.”

“Wah, peluang baik ni. Saya dapat green light.”

Weir ketawa. Eleanor mencebik.

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.