Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
217,195
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15
"KALAU sesuatu berlaku pada Abang Elman, maka kau orang pertama yang aku tuduh.” Eleanor menundingkan jari telunjuknya tepat pada wajah Susana. Eleanor sudah hilang rasa hormatnya pada Susana.

“Dia sudah besar bukannya budak kecil yang akan bertindak bodoh.” Balas Susana.

Nampaknya Susana langsung tidak mempedulikan tentang keselamatan suami sendiri. Isteri jenis apa perempuan ini? Orang dewasa lebih berfikiran tidak waras dari budak kecil. Bertindak mengikut perasaan.

“Kau ni memang tiada perasaan. Kau sedar tak apa yang kau cakapkan.”

“El… urusan rumah tangga aku dan abang kau, kau tak perlu masuk campur. Sekali pun kami akan berpisah kelak itu bukan masalah kau.” Susana meningkah.

“Oh, kau dah ada niat nak tinggalkan abang aku. Abang aku punya gila sayangkan kau, tapi ini balasan kau.”

“Dia sayangkan aku tapi hati aku sudah tiada pada dia.”

Eleanor menjegilkan mata sebaik mendengarnya.

“Jadi betulah kau sudah ada lelaki lain di belakang abang aku?” Eleanor terus memerangkap Susana. Dia melihat reaksi wajah Susana yang mula berubah.

“Jangan campuri urusan aku!”

“Jadi betullah apa yang aku nampak?”

“Kalau betul pun, kau boleh buat apa?”

“Kau isteri yang curang. Kau patut sedar status kau. Aku malu ada kakak ipar yang tidak tahu bersyukur macam kau.”

“Hm! Kau fikir kau baik sangat. Cermin diri kau dulu, El?”

“Aku memang tak baik sangat macam kau.”

Mak Tun mula risau melihat Eleanor bertekak dengan Susana. Jika boleh dia tidak mahu hubungan dalam keluarga ini kacau bilau. Jika diikutkan rasa hati, dia juga tidak sukakan Susana. Perasaan benci itu tidak patut tersimpan di hatinya. Dia cuba bersangka baik pada Susana. Manusia ni perilaku adakala boleh berubah. Bukan boleh dijangka. Yang penting pada hati manusia itu sendiri itu memilih.

“El… sudahlah.” Mak Tun tidak mahu suasana menjadi semakin tegang.

Susana merengus kasar lalu memijak semula anak tanggga masuk ke bilik. Jika berlawam kata dengan Eleanor sampai ke esok pun tidak habis. Eleanor yang kuat melawan itu memang menyusahkan. Kalau tiada undang-undang memang dia siat-siat mulut gadis itu.

Susana memeriksa telefon bimbit. Ada beberapa mesej darimummy yang masuk.Mummy pula hanya tahu meminta wang. Patutlahdaddy darimummy. Tak tahan. Dia pun apa kurangnya. Sikapnya sama juga macammummy. Ke mana kuah kalau tidak tumpah pada nasi. Susana menekan-nekan nombor pada telefon bimbitnya. Entah siapa yang dihubunginya?

Eleanor menghenyak punggung atas sofa. Rancangan televisyen yang beriaran langsung tidak menarik perhatian Eleanor. Mak Tun mengusap-usap belakang gadis itu. Dia tahu gadis itu sedang menahan amarahnya. Eleanor begitu sayangkan Elaman. Dari kecil dia sudah hiang perhubungan yang rapat antara adik-beradik itu berbanding Elena Maria yang lebih suka menyendiri.

“Saya ingin tampar saja muka angkuh dia. Kenapalah saya ada kakak ipar macam Kak Sue tu. Abang Elman pun satu. Sayang sangat pada dia. Entah jampi serapah yang dia pakai.”

Maraha benar Eleanor kali ini.

“Sudah-sudahlah. Bawa bersabar. El kena kawal baran El tu. Adakalanya kita kena bersabar dengan orang sebegini.”

“Orang macam Kak Sue tu tak boleh berlembut, Mak Tun. Makin naik tocang dia.”

Mak Tun mengulum senyuman. Beza benar Eleanor dari sikap arwah mamanya. Arwah mama Eleanor seorang wanita yang lemah lembut. Jika abangnya itu berpisah dengan Susana ada baiknya jua. Abangnya itu layak memiliki seorang wanita yang jauh lebih baik dari Susana. Bukannya dia mahu mendoakan rumah tangga abangnya itu runtuh. Sudah terang lagi bersuluh, Susana curang di belakang abangnya.

Si lelaki pula, seperti tiada wanita yang belum berkahwin dalam dunia ini. Isteri orang juga yang dikacau. Rupa ada, harta ada, Weir Zafril itu boleh memiliki wanita yang setaraf dengannya. Perbuatan Weir itu tidak dapat dimaafkan oleh Eleanor. Eleanor sudah mengambil keputusan untuk bersemuka dengan lelaki itu.

Eleanor mengeluh panjang. Dia menunggu Elman hingga larut malam. Hatinya berasa lega sebaik mendengar deruman kereta Elman di luar. Elman tidak banyak bercakap.

Awal pagi itu Elman sudah keluar ke pejabat. Eleanor perasan yang abangnya itu tidur di

sofa maam itu. Dia tidak banyak bertanya kerana dia tahu Elman akan berdalih dengannya. Elena Maria langsung tidak pulang. Entah di mana adiknya itu tidur. Barangkali tidur di rumah kawannya.

Eleanor bersarapan sendirian di meja makan. Dia sudah berjanji akan bekerja dengan abangnya. Hari ini adalah hari pertama dia bekerja di Mentari Construction. Dia sudah memaklumkan kepada Elman agar melayannya sama seperti pekerja-pekerja yang lain. Dia mahu bermula dari bawah.

Walau pun dia sudah berhenti kerja di syarikat miik Dato Bakri, orang tua itu masih juga mahu mengganggunya. Entah dari mana orang tua dapat nombor telefonnya yang baru itu. Pasti ada yang membocorkan nombornya pada orang tua itu.



MAAF kerana saya tidak dapat hadir dalam majlis malam tadi.” Ujar Elman sewaktu makan tengahari bersama Weir. Lelaki itu beria-ia mengajak keluar makan bersama. Elman tidak dapat memberikan alasan untuk menolak.

“Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya adik bongsu you hadir mewakili you.”

Elman senyum hambar.

“Saya ada sesuatu hajat besar ingin sampaikan pada you.”

Weir bermain-main dengan gelas yang sudah kosong di hadapannya itu. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Dia tidak mahu menangguh lagi niat di hatinya itu.

“Hajat?”

“Ya, hajat.”

Lain bunyinya. Tidak sedap hati pula Elman mendengarnya.

“Boleh saya tahu hajat you itu?”

“I mahu menyunting bunga di taman larangan.”

Weir yakin yang Elman mengerti akan maksud kata-katanya itu.

Tandan dahi Elman berkerut. Adakah Weir maksud ‘bunga di taman larangan’ itu Elena Maria? Dia tidak akan bersetuju jika gadis tersebut adaah adik bongsunya itu. Elena Maria sudah ada tunang. Rata-rata sahabat dan saudara terdekat mereka sudah maklum yang Elena Maria dan Khir bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini. Elena Maria dan Khir juga sudah menempah baju nikah mereka.

“Weir Zafril… adik saya itu sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan Tidak wajar rasanya awak melamar tunangan orang.” Serius bicara Elman.

Nampaknya Elman sudah tersalah sangka. Mungkin Elman tidak tahu yang dia mengenali Eleanor, adik keduanya itu?

“Saya tidak maksudkan Elena Maria. Saya tahu dia sudah bertunang. Masakan saya mahu mengacau tunangan orang pula. Saya sekadar bekawan dengan dia.” Weir meleret senyuman panjang. Dia tidak punya sebarang perasaan terhadap adik bongsu Elman itu.

“Jadi siapa?”

Hati Elman semakin berdebar.

“You ada seorang lagi adik bukan?”

Elman tersentak. Adakah Weir maksudkan Eleanor?

Weir hanya tersenyum melihat reaksi wajah Elman. Dia tahu Elman terkejut.

“You maksudkan adik saya, Eleanor.”

“Tepat sekali.”

Elman terdiam seketika. Dia pandang wajah Weir lama. Dia tidak nampak kejujuran pada wajah itu.

“Weir, dalam soal ini saya tidak suka mahu memaksa. You sendiri tidak mengenali Eleanor. Adakah you serius. You sendiri soal kahwin ini bukan perkara main-main dan boleh dipandang enteng.”

Weir ketawa kecil.

Of course, I’m seriously. Lagi pula kami sudah saling mengenali. Tiada masalah di situ. Kata orang cinta sebelum kahwin itu lebih indah.”

Elman kelihatan menarik nafas panjang.

“Saya kena tanya tuan yang empunya badan. Perlu ada persetujuan dari dia.”

“Saya tidak mahu dengar jawapan yang negatif. Ingat Elman, nasib Mentari Construction ada di dalam genggaman saya. Jika saya menarik semula kontrak tersebut you sendiri tahu apa yang akan berlaku pada Mentari Construction.So, fikirkannya…”

Kata-kata Weir itu berbaur ugutan. Elman mungkin tiada cara selain memaksa Eleanor menerima lamaran lelaki ini.

“Weir Zafril… you benar-benar buat saya tersepit.”

“Elman, hal ini hanya you yang dapathandle dan pujuk dia. Saya akan hantar rombongan

meminang dalam masa terdekat ini.”

Kali ini Elman terus terdiam panjang. Weir benar-benar serius. Masalah satu persatu-satu datang bertandang.

“Bagi saya masa.”

“Tiga hari. Saya bagi dalam masa tiga hari saja.”

Parah! Memang parah! Bukannya mudah untuk memujuk adiknya yang baran dank eras kepala itu.



WHAT? Kahwin dengan Weir Zafril.” Riak muka Eleanor jelas nampak terkejut di situ. Eleanor seakan tidak percaya apa yang dikatakan oleh abangnya itu. Weir mahu meminangnya. Lelaki itu sudah gila agaknya. Fikirknya kata-kata Weir hari itu hanya main-main.

Elman duduk memicit kepalanya. Jika Eleanor menolak pinangan Weir maka Mentari Construction akan jatuh muflis terus sebaik kontrak tersebut dibatalkan.

“El… I’m so sorry.”

“Abang mahu El terima pinangan Weir Zafril itu?”

Elman mengangguk kepalanya.

No!”

Elman sudah dapat agak jawapan yang Eleanor berikan.

“El…”

“Abang… kita boleh cari jalan lain untuk selamatkan Mentari Construction.”

“Jalan mati adalah.”

“Pasti ada jalan.”

Eleanor berjalan mundar-mandir di hadapan meja Elman. Dia tidak berfikir dengan tenang ketika ini. Apa pula motif lelaki seorang melamar dia. Bukankah lelaki itu ada hubungan sulit dengan banyak perempuan di luar sana termasukah hubungan sulit dengan kakak iparnya itu.

“El… syarikat kita sudah berada dalam masalah yang cukup runcing. Abang buntu dengan masalah yang bertimpa-timpa. Cubalah El mengalah sedikit.”

“El tak mahu berkahwin dengan lelaki tu. Abang nak memperjudikan masa depan El pula. Dulu abang pernah cakap yang abang tidak akan memaksa El?” Perkara yang sama

berulang lagi. Dulu, Puan Marlia. Kini, Weir Zafril pula.

Eleanor sudah mula menunjukkan tentangan hebat. Elman mula jadi serba salah. Dia tidak suka bertegas dengan Eleanor. Namun, kalau kontrak itu dibatalkan, mereka akan menghadapi masalah berat.

“Fikirkan El, demi Mentari Construction. Kali ini abang merayu pada El.”

Eleanor merengus kecil. Dia melangkah keluar dari bilik pejabat abangnya itu. Langkah terus diaturkan keluar dari Mentari Construction. Wajah masam Eleanor menimbulkan tanda tanya pada Elena Maria yang terserempaknya di parkir kerreta. Kakaknya itu langsung tidak menyapa seperti kebiasaan. Datang bulan agaknya?

Eleanor melolos masuk ke dalam kereta miliknya. Destinasi Eleanor tiada tempat ain selain ke Pacific Holdings. Dia akan terus bersemuka dengan lelaki itu di pejabatnya tidak perlu untuk bertangguh lagi.


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.