WEIR melangkah penuh gaya keluar dari Brabus Mercedes-Benz SLS AMG miliknya.
Dia mendongakkan kepala memandang Mentari Construction yang sudah berada di
depan matanya itu. Bibir Weir mengukir senyuman nipis. Dia membuka langkah
masuk ke Mentari Construction.
Elman tersentak
apabila dimaklumkan tentang kehadiran Weir. Siapa yang tidak kenal dengan
jutawan muda itu. Apa tujuan Weir ke Mentari Construction. Persoalan itu
berlegar-legar di dalam kepala Elman. Weir sedang menunggu di ruang tamu yang
disediakan. Secawan kopi diletakkan di dada meja. Dahlia, setiausaha kepada
Elman melirikkan senyuman manisnya. Tiada niat serong pada senyuman manis
Dahlia. Dia sudah berkeluarga dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Weir membalas senyuman Dahlia.
“Terima
kasih.” ucapnya ramah.
Dahlia
melangkah keluar dari bilik tamu itu. Weir memerhati segenap ruang bilik tamu
itu. Lirikkan matanya mati pada gambar yang tergantung menghiasi dinding bilik
itu. Ada gadis idamannya di situ. Weir mengusap dagu dengan senyuman penuh
makna. Senyuman itu hanya seketika. Matanya mencerlung tajam pada wanita cantik
di sebelah lelaki dalam gambar itu.
Aku
sudah bergelar jutawan sekarang, Susana. Masa aku sudah tiba. Bisik hati
kecilnya.
Pintu
bilik tamu ditolak perlahan. Elman sudah berdiri di muka pintu dengan wajah
bersahaja. Weir memalingkan tubuhnya berhadapan dengan Elman, anak sulung
kepada arwah Dato’ Ariffin.
“Encik
Weir Zafril… Apa hajat ke Mentari Construction?”
“Sudah
tentu hajat yang cukup memberikan pulangan yang besar.”
Mereka
saling berjabat tangan.
“Silakan
duduk.”
“Terima
kasih.”
Pacific
Holdings sentiasa memenangi tender-tender besar termasuk projek di luar negara.
Elman cukup mengagumi lelaki di hadapan matanya itu. Dalam usia yang begitu muda
telah berjaya membina empayar perniagaannya sendiri.
“Saya
sungguh tidak menduga president dari
Pacific Holdings datang sendiri ke Mentari Construction.”
Weir
tersenyum lebar.
“Saya
berminat untuk bekerjasama dengan Mentari Construction.”
Elman
tersentak. Pacific Holdings berminat untuk bekerjsama dengan syarikatnya? Satu
peluang keemasan.
“Hahaha…
adakah ini satu gurauan Encik Weir Zafril?”
“Ini
bukan satu gurauan Encik Elman. Saya memang berminat untuk bekerjasama dengan
Mentari Construction. Dan saya yakin pilihan saya adalah tepat.”
Tawa
Elman mati.
“Saya
ingin menawarkan projek yang menelan belanja jutaan ringgit. Saya tahu yang
Mentari Construction sedang menghadapi masalah kewangan yang serius. So, saya rasa ini peluangnya untuk
Mentari Construction memperoleh kepercayaan. Saya tidak pernah buat begini pada
construction company yang lain.” Weir
menyambung kata.
Weir
tahu Elman akan merebut peluang tersebut. Elman sudah tiada jalan yang lain
untuk menyelamatkan syarikat arwah ayahnya itu.
“Mungkin
benar kata awak, ini peluang yang perlu saya rebut.”
“Jika
awak bersetuju, awak hanya perlu datang ke Pacific Holdings tepat pada pukul
2.00 petang. Kita boleh sign contract.
Saya tidak mahu awak lewat walau seminit dari masa yang saya berikan.” Weir
bangun sambil menyeluk kedua-dua belak kocek seluarnya.
“Jika
saya terlewat?”
“Maka
kontrak tersebut akan saya berikan kepada syarikat construction yang lain. Peluang hanya datang sekali Encik Elman.”
“Terima
kasih kerana memberikan peluang untuk Mentari Contruction.”
“Aa-aa…
masih belum boleh berterima kasih dengan lagi. Awak boleh ucapkan terima kasih
itu setelah kontrak ditandatangi.”
Elman
seakan tidak mengesyaki niat disebaliknya. Mungkin keadaan terdesak dia tidak
memikirkan apa-apa masalah berkerjasama dengan Pacific Holdings.
“Abang
Elman!” Pintu bilik tamu itu ditolak kasar.
Serentak
itu Weir dan Elman berpaling. Riak wajah Elman berubah. Dia tidak menyenangi
dengan sikap Elena Maria yang gemar menceroboh masuk tanpa pamitan. Sikap itu
biadap sekali.
“Em…
saya rasa saya perlu minta diri dulu.”
‘Silakan.
Terima kasih sekali atas tawaran dari Pacific Holdings.”
Sekali
lagi kedua-dua lelaki itu berjabat tangan. Weir melintasi Elena Maria. Dia
sempat mengerling gadis manis itu dengan ekor matanya.
“SHIT!
Kad kredit juga sudah dibekukan.” Susana sudah bermuka kelat di depan juruwang
itu. Lima pasang baju pilihannya tidak mampu dibayar dengan cash money. Dalam tangannya hanya ada RM
500.00 sahaja. Harga lima pasang baju itu mencecah hampir RM 2000.00 ringgit.
Susana menggigit bibir.
“Saya
bayarkan untuk dia.” Suara lelaki di belakangnya. Kad kredit berwarna gold itu
dihulurkan kepada juruwang tadi.
“Thanks.” Susana sedikit menunduk. Jatuh
air mukanya.
“Tak
perlu ucapkan terima kasih pada saya, Susana.”
Serta-merta
Susana mengangkat kepalanya. Dia terlopong.
“Weir!”
“Tak
sangka kita akan bertemu semula.”
Susana
mencapai beg-beg kertas yang sudah berisi dengan baju-bajunya. Susana mengukir
senyuman. Lelaki di hadapannya seperti bukan Weir lima tahun yang lalu. Memang
lain sekali. Weir yang ini, segak, bergaya dan yang penting lebih handsome. Kenapa dia tidak perasan semua
itu dulu?
Tiada
yang berubah pada Susana di depan mata Weir. Susana sama seperti dulu.
Perempuan cantik yang materialistik. Kesian, lelaki sebaik Elman mempunyai
isteri seperti Susana. Perempuan ini hanya tahu menghabiskan wang ringgit. Dia
akan menguji perempuan seorang ini sama ada cinta untuk untuk si suami atau
cintanya palsu semata-mata.
“Ya,
I juga tidak sangka bertemu semula dengan you.”
“Thanks again kerana you bayarkan
baju-baju I ini.”
“Small matter. Berapa sen sangat harganya
pada I”
“Iyalah,
berapa sen sangat bagi president
Pacific Holdings.” Sayang.. dia meninggalkan Weir dahulu. Bodohnya dia.
“Kita
berbual di tempat lain itu pun ifyou
sudi. Maklumlah you itu milik orang.”
Susana
tersenyum kecil. Dia tidak pernah kisah dengan statusnya ‘isteri orang’. Dia
bebas untuk berkawan dengan siapa yang dia suka. Elman tidak kuasa untuk
menghalangnya. Tambahan pula, dia bosan memerap di rumah. Elman sibuk
menguruskan syarikat yang bakal bankrupt itu.
“You
takut?”
“Kenapa
mesti I takut? I bukan nak buat apa-apa pada you. I just nak berbual dengan
you.”
Mereka
jalan beriringan keluar dari kedai pakaian itu tanpa menyedari ada sepasang
mata yang memandang mereka.
Eleanor
mengertap bibir. Lelaki seperti Weir memang species
bapak segala buaya agaknya. Selera lelaki itu bukan sahaja anak gadis tetapi
juga isteri orang. Eleanor tidak boleh mendiamkan hal tersebut jika sudah
melibatkan ahli keluarganya. Dia sering juga terserempak lelaki itu keluar
dengan gadis-gadis yang berlainan. Salah seorang gadis itu sepupu kepada
Aleeza.
Terkocoh-kocoh
Aleeza mendapatkan Eleanor. Laju betul langkah perempuan seorang ini berjalan.
Entah apa yang dikejarnya tadi. Di ajuh ketinggalan di belakang. Naik semput
nafas Aleeza.
“Kau
ni kejar siapa?” Aleeza menyoal dengan nafas tercungap-cungap.
“Uncle Weir kau.”
“What?”
“Jom,
ikut aku.” Eleanor menarik pergelangan tangan Aleeza.
“For what? Biarlah nak keluar bersama
siapa pun. Dia bujang.”
“Problemnya dia keluar bersama kakak ipar
aku.” Eleanor menjegilkan matanya.
“What?”
“Aku
macam tak percaya kau ada pakcik species
buaya. Kategori buaya emas sebab dia banyak duit.”
“Buaya
pun ada kategori dah.”
“Jangan
banyak mulut. Ikut saja aku.”
Aleeza
menjongket bahu.
“REALLY?
you masih single.”
Weir
mengangguk.
“I
menunggu puteri dari alam bunian.”
Ayat
mengayat memang mengancam. Eleanor dan Aleeza berada di belakang meja Weir dan
kakak iparnya Susana. Bukan main mesra Susana melayan Weir. Apa perhubungan
mereka dulu kerana Susana seakan mengenali Weir.
“Aku
tak tahu UncleWeir mengenali kakak
ipar kau.” Suara Aleeza separuh berbisik.
“Itu
yang aku nak sisat. AKu takut merkea ada perhubungan sulit.”
“Perhubungan
sulit. Ini sudah kes serius, El.”
Manja
betul Susana. Kalau abangnya nampak mesti kecewa. Abangnya cukup sayang dan
cintakan Susana. Mereka berkahwin atas dasar cinta. Susana ditatang bagaikan
minyak yang penuh. Eleanor tidak akan membiarkan rumah tangga abangnya runtuh.
Dia mesti bersemuka terus dengan lelaki bernama Weir Zafril itu.
“Ini
kad I, jika you perlukan apa-apa pertolongan, you boleh contact I.” Weir
menghulurkan kadnya kepada Susana.
“I
akian simpan kad you baik-baik.”
“Sorry,
I tak dapat hantar you balik. I ada appointment lain.”
“Well, it’s okay. Bye…”
Eleanor
rasa meluat. Lagi-lagi apabila dia melihat cara Susana berjalan. Bukan main
lagi lenggok di bahagian punggunya itu. Skirt
yang dipakai Susana juga nampak ketat. Mahunya mata Weir tertonjol keluar
melihat punggung Susana.
“Sudah
biasa buat kerja stalker ni?”
Weir
berdiri sambil meyilangkan tangan ke dada dengan sengihan di bibir. Tertelan
air liur Eleanor. Aleeza meletakkan menu di meja. Dia turut tersengih. Kantoi!
“Saya
bukan stalker okay!” Eleanor angkat
punggung dan bertentang mata dengan Weir.
“So, nak jadi detektif conan lah ni.”
“Lebih
kurang.” Eleanor membalas.
Weir
pecah tawa. Geli hati dengan jawapan Eleanor itu. Boleh tahan juga perempuan
seorang ini loyar buruk dengan dia. Tawanya terhenti apabila melihat wajah
Eleanor yang semakin serius itu.
“Awak
cantik bila marah begini.”
“Ayat-ayat
manis awak tidak berkensa pada saya.”
“Ada
saya cakap saya ingin mengayat awak?”
“Jangan
kacau family saya.” Jari telunjuuknya
di hunuskan pada muka Weir.
“Si
jelitawan tadi kakak awak?”
“Kakak
ipar saya! Awak usik familysaya,
nahas awak!” Kata-kata Eleanor berbaur amaran. “Mari kita beredar dari sini.”
Pandangan matanya berkalih pada Aleeza yang hanya membatu diri.
“Amaran
awak tak berkesan dengan saya, cik...”
“Eleanor.”
Aleeza laju menyebut nama sahabatnya itu.
“Tepilah!”
Eleanor menolak tubuh sasa Weir.
“Bye-bye
Uncle Weir.” Sempat Aleeza
melambaikan tangan pada Weir.