CINTA itu buta. Elman dibutakan oleh
cinta. Itu yang dilihat oleh Weir. Namun, tiada sesiapa yang tahu apa yang
terkandung dalam hati Elman. Apa yang Elman fikirkan. Weir bersandar
pada kerusi eksklusifnya. Interkom di
dada mejanya berbunyi.
“Ya,
Zurina…”
“Encik
Weir, ada tetamu sedang menunggu di bilik tamu.”
“Siapa?”
“Dato’
Bakri.”
Dato’
Bakri. Apa tujuan lelaki itu datang bertemu dengannya? Berkaitan dengan
Eleanor? Mungkin? Lelaki itu tergila-gilakan bakal isterinya.
Weir
mengenakan kotnya semula. Penuh gaya dia mengaturkan langkah ke biik tamu.
“Assalamualaikum
dato’…” sapanya lembut.
Dato’
Bakri memalingkan tubuhnya. Tiada segaris senyuman diberikan. Weir merasai
suasana tidak enak di bilik itu.
Salam
Weir tidak berbalas. Dato’ Bakri merenung tajam Weir. Apa cemburu jelas di riak
wajah Dato’ Bakti. Kenapa lelaki ini yang menjadi pilihan Eleanor? Dato’ Bakri
pandang Weir atas dan bawah. Dia tidak dapat menandingi kekacakan Weir? Barangkali?
Faktor usia memberikan kelebihan pada Weir. Dato’ Bakri merengus kecil. Ketika
dia sebaya Weir, dia juga berupa paras menawan.
“Dato’
ingin bertemu dengan saya atas urusan bisnes? orada something yang
lain?”
“Kau
kena Eleanor?”
Weir
sudah mengagak.
“Of course! My future wife.”
“Lebih
baik kau batalkan pernikahan kau dengan dia.”
“Sebab?”
“Dia
sepatutnya menjadi milik aku.”
Weir
ketawa kecil.
“Eleanor
tak pernah pula katakan yang dia dan dato’ ada hubungan. Bukankah dia resigndari syarikat dato’ kerana tidak
tahan dengan sikap buaya dato’.”
Terkedu
sejenak Dato’ Bakri.
“Dato’
tak perlu berangan untuk jadikan Eleanor isteri dato’ nombor tiga. Lebih baik
dato’ mengalah saja.” Weir melanjut kata.
“Huh,
kalau aku tetap nakkan dia?”
“Saya
boleh menjatuhkan dato’. Maksud saya perniagaan dato’.”
Wajah
Dato’ Bakri merah padam. Lelaki di hadapannya seakan cuba mencabarnya. Budak
mentah. Dia sudah berpuluh tahun dalam dunia perniagaan ini. Ada hati mahu
menjatuhkan dia.
“Weir
Zafril… kau terlalu berani.” Sinis kata-kata Dato’ Bakri.
“Well... that’s me. Hati-hati Dato’ dalam
permainan yang bakal dato’ caturkan. Jangan main golok sarang tebuan. ” Weir
membalas.
Dato’
Bakri ketawa.
“Kau
terlalu yakin Weir. Kau belum kenal aku lagi.”
Weir
tersenyum.
“Maybe… tapi saya cukup jelas dengan
aktiviti tidak sihat dato’ terutama terhadap perempuan.”
Tawa
yang meledak terus berhenti. Weir masih tersenyum memandang Dato’ Bakri. Mereka
saling bertentangan mata. Apa kemarahan terpancar dari sinar mata Dato’ Bakri.
“CANTIK warna ni. Sesuai dengan kau, El.”
Aleeza menayangkan baju kurung moden berwarna pink itu kepada Eleanor.
“Aku
tak minat pink.”
Aleeza
mengertap bibir. Semua pakaian di butik itu tidak kena dengan selera Eleanor.
Hairan. Eleanor tidak secerewet ini.
“Cantik
apa warna pink ni. Ada sulaman bunga lagi. Memang sesuai dengan kau.”
Eleanor
menggeleng.
“Tak
sesuai langsung dengan aku.”
“Haih,
kau ni peliklah. Takkan satu pun kau tak berkenan. Butik eksklusif ni, beb.”
“Kau
carikan aku butik ala kampung.” Eleanor
menjongketkan kening.
Aleeza
menepuk dahi berkali-kali. Eleanor memang sengaja. Majlis yang tak sampai tiga
hari pun dia boleh bermain-main macam ini.
“El…”
“Aku
takder hati langsung nak bernikah. Belum
bernikah ni pun aku sudah jadi super
womantau. Kena tahan dengan serangan skandal-skandal pakcik kau tu.”
“Takkan
Helana serang kau pulak. Setahu aku Helena bukan jenis perempuan macam kakak
ipar kau tu.”
“Not
Helena but sepupu kau yang perasan comel tu.” Bibir Eleanor memuncung ke
hadapan sedikit.
“What? You mean Fifi?”
“Yup,
Fifi.”
“Budak
tak cukup umur tu bukan skandal UncleWeir
akulah. IfFifi tu, kau tak payah
layan. Buang masa.”
Selamba
Aleeza berkata demikian. Dia pun bukannya sukakan sangat Fifi. Terlebih manja
sangat.
“Dia
ada warning nak stop majlis pernikahan aku dengan pakcik kau tu. Better jugak kalau menjadi.”
“El!”
Terbeliak mata Aleeza mendengarnya. “Aku pilih baju nikah warna pink ni untuk kau.
Aku nak kau nikah dengan Uncle
Weir. Takder calon pengantin lain
dah. Muktamad.” Aleeza mengusung baju tersebut kepada tuan punya butik.
Eleanor
jungkit bahu.