Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
217,177
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 28

ELEANOR masih duduk menongkat dagu di birai katil. Tak kuasa dia mahu turun makan bersama-sama dengan lelaki itu di bawah. Dia lebih rela ‘diet’ untuk malam ini. Untuk majlis resepsi akan diadakan pula di hotel. Semuanya diaturkan oleh lelaki itu. Dia tidak masuk campur. Malas untuk ambil tahu.

Tombol pintu biliknya dipulas. Serentak itu dia angkat punggung. Weir melangkah masuk ke bilik dengan senyuman. Tubuhnya rasa melekit. Seharian melayan tetamu yang hadir hingga ke malam. Weir mengibas-gibas baju melayunya. Panas. Pandangan matanya dihala pada Eleanor.Eleanor menjegil mata.

“Awak jangan rapat. kalau awak rapat saya tendang perut awak.” Keras bunyi ugutan dari bibir Eleanor.

Weir tidak endahkan ugutan Eleanor. Dia terus merapati dan menolak tubuh Eleanor ke tepi.

“Saya nak mandi okay.” Ujarnya. Dia masuk ke dalam bilik air.

Eleanor termalu sendiri. Dia lupa yang dia berdiri di hadapan pintu bilik air. Beberapa minit kemudian Weir keluar dari bilik air. Dia menyarungkan baju tidurnya. Eleanor sudah menutup mata. Dia menggelengkan kepala dengan gelagat Eleanor. Tuala digunakan untuk mengeringkan rambutnya yang basah.

“Saya dah berpakaian. Tak payah nak tutup-tutup mata dah.” Weir menghempaskan tubuhnya atas tilam. Empuk tilam milik isterinya itu.

Eleanor membuka matanya semula. Dia pandang wajah selamba Weir yang masih tidak lekang dengan senyuman itu.

Eleanor ingin menarik bantal dan selimut tetapi menragut pantas lengannya.

“Tak payah nak mengada-ngada. Ini bukan cerita dalam novel atau dalam drama tv. Awak dengan saya nak kena tidur berasingan. Isteri sedap tidur atas katil dan suami tidur atas lantai or isteri tidur di lantar suami atas katil. Awak kena tidur sekatil dengan saya. Sebelah ni tempat saya. Sebelah tu tempat awak.” Weir menepuk-nepuk tempat kosong di sebelahnya itu. Dia letakkan bantal golek sebagai sempadan antara mereka.

“Saya nak tidur atas lantai jugak!” Eleanor berkeras.

“Saya angkat awak naik atas katil.”

“Eeeiii…”

Eleanor bercekak pinggang.

“Tidur sini.” Weir senyum lebar sambil menepuk-nepuk tempat di sebelahnya lagi.

“Huh, saya tak nak tidur sampai pagi.”

Eleanor memuncung panjang.

“Terpulang. Selamat malam. Jangan lupa padam lampu.” Weir menarik selimut.

Eleanor mendengus kecil. Lelaki itu buat katilnya seperti katil dia pula.


“WEIR Zafril sudah selamat bernikah dan selamat menjadi adik ipar kamu. Makan hati berulam jantunglah kamu.”

Susana yang sedang sibuk mewarnakan kuku di kaki itu mengangkat kepala.

“Sue tak kisah. Sue ada plan sendiri.”

Datin Rokiah tersenyum.

“Plan pertama kamu tak menjadi. Ada plan kedua pulak.”

Mummy ingat dengan semudah itu Sue akan mengaah dengan El. No way!”

“Kalau kamu dapat Weir, masakan Elman akan lepaskan kamu. Kamu masih berstatus isteri orang.”

“Elman pasti akan lepaskan Sue.”

“Kamu yakin?”

“Untuk apa lagi dia pertahankan rumahtangga kami. Sah-sah Sue curang di belakang dia. Sanggup ke dia digelar lelaki dayus.”

“Walau pun kamu dengan dia bercerai kelak, kamu masih terikat ‘sesuatu’ dengan dia. Kamu jangan lupa.”

Susana mengebam bibir.

“Selagi rahsia boleh disimpan dia takkan tahu mummy. Dah lima tahun Sue sorokkan dari dia. Dia takkan tahu.”

Datin Rokiah memenanng bahu anaknya itu.

“Lambat-laun rahsia itu akan terbongkar sendiri juga kalau kamu tak berhati-hati.”

“Rahsia akan pecah jika mummy yang buka mulut sebab hanya mummyyang tahu tentang

itu.” Susana mengerling tajam mummynya.

Mummy bukan jenis manusia yang tidak tepati janji. Kamu kena ingat yang orang di sekeliling kamu ada yang memerhatikan kamu. Lagi-lagi jika kamu ada musuh.”

Susana ketawa kecil.

Mummy memang suka buat spekulasi sendiri.”

Mummy cuma ingatkan kamu saja.”

“Sue tahulah. Sekejap lagi Sue nak keluar maybe balik lewat malam.”

“Kamu nak ke mana?”

“Sue nak berhibur di luar. Bosan duduk di rumah.”

“Ikut suka kamulah.”

Datin Rokiah bangun meninggalkan Susana.

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.