Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
217,177
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 23

SUSANA membuka matanya perahan-lahan. Dia berada di bilik hotel. Weir kelihatan sedang bercakap-cakap dengan pekerja hotel terbabit. Dia memenjam semula matanya sebaik Weir merapati.

Susana berpura-pura sedarkan diri sambil memandang sekeliling. Kononnya tidak tahu di mana dia berada.

“You okay?”

Susana memenggang kepalanya.

“Kepala I pening sikit.”

“You rehat sekejap. I dah booking bilik ni untuk you.”

“You temankan I.” Susana merenggek manja.

Tidak manis dia berduaan dengan Susana. Susana itu isteri sudah berstatus seorang isteri. Weir tidak sedap hati.

“I keluar sekejap ambilkan you air.”

Susana tersenyum. Dia sedang cuba untuk memerangkap Weir. Kalau mereka kena tnagkap khalwat sudah tentu Weir akan bernikah dengan dia dan memutuskan pertunangan dengan Eleanor. Elman juga akan menceraikan dia.

Pintu bilik itu dikuak perlahan. Seorang gadis melangkah masuk membawa segelas jus. Barnagkali salah seorang pekerja hote di situ.

“Dik.. sekejap.” Susana menahan gadis itu dari beredar.

Dia menutup pintu bilik tersebut.

“Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu puan?”

“Emm.. lelaki yang bantu I tadi ke mana?”

“Oh, dia ada di bawah. Sebentar lagi dia datang jenguk puan semula.”

Susana menarik nafas lega. Weir masih belum beredar. Susana mengambil tas tangannya. Dia mengeluarkan sejumlah kepada gadis terbabit.

“Ini upah untuk you.”

Dahi gadis itu berkerut.

“Untuk apa ni puan.”

Susana berbisik pada telinga gadis itu. Gadis itu mengertap bibir sambil menrenung wang yang masih berada di tangan Susana.

“Tapi puan…”

“Jangan takut… you buat saja apa yang I suruh. Tak susah kan.”

Bibir Susana memngukir senyuman.

“Baiklah…” Gadis itu termakan juga dengan pujukan Susana.

“Ingatkan, pastikan tiada sesiapa yang tahu.” Susana mengingatkan gadis itu.

Gadis mengangguk.


WEIR menurunkan telefon bimbit dari telinga sebaik melihat kelibat Eleanor. Gadis itu masih bermasam muka dengannya.

“Cepatnya awak sampai.”

“Kalau saya lambat mesti awak tu dah bermesra-mesra dengan kakak ipar saya kan?” Dikerlingnya Weir tajam.

“Kalau saya nak ambil kesempatan tak perlu saya call awak ke sini dengan segera.” Ingin saja ditarik bibir Eleanor. Ada saja kata-kata tak baik keluar dari bibir itu.

Eleanor mencebik.

So, kenapa awak jumpa kakak ipar saya tu sampai kat hotel.”

“Boleh tak jangan jeling macam tu? gerun saya.”

“Mata saya. Suka hati sayalah nak jeling-jeling awak. Soalan saya tadi belum terjawab.”

“Hal personal. Tiada yang serius.”

Really?”

Eleanor membulatkan bola matanya.

“Hahaha… awak masih ragui saya.”

Of, course!”

“Kita naik ke atas tengok kakak ipar awak.”

“Ouch, bukan tengok ex-girlfriendawak ke?”

“El…”

Eleanor tertawa kecil. Seronok dapat menyakit hati Weir. Biar lelaki itu meluat dengan tingkahnya. Bila dah meluat lelaki itu sendiri akan memutuskan pertunangan mereka.

Eleanor mengekori langkah Weir masuk ke dalam perut lif. Rambut yang sebelum ini terurai melepasi bahu sudah ditocangkan ekor kuda. Eleanor mengesat peluh dingin yang masih bersisa di dahi dengan lengan kemeja lengan panjangnya.

“Sapu tangan.” Weir menghulurkan sapu tangannya kepada Eleanor.

Eleanor menarik muka. Berlagak. Tersenyum Weir.

“Awak buat apa pun, saya tetap takkan pututskan pertunangan kita. Saya tetap akan menikahi awak.” Weir keluar dari perut lif sebaik pintu lif terbuka.

Tercegat seketika Eleanor Lelaki itu seakan boleh membaca apa yang terkandung dalam fikirannya pula. Laju langkah diaturkan mengekori Weir menuju bilik yang menempatkan kakak iparnya itu.

Weir memulas tombol pintu. Susana sudah memasang angan. Rancangannya akan berjalan dengan lancar. Namun, senyuman Susana mati sebaik melihat Eleanor berada di belakang Weir.

Punah segala rancangan yang diatur. Susana merengus kecil. Panas hatinya melihat muka Eleanor.

“I dah sihat!” Dia menyandang tas tangannya lalu meluru keluar.

Weir dan Eleanor terpinga-pinga. Mereka saling berpandangan seketika sebelum turut melangkah keluar dari bilik tersebut.

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.