SOFEAJane
mengibas-ngibas muka dengan tangan. Cuaca agak panas. Mukanya sudah sedikit
kemerahmerahan. Salah seorang jurufoto menghulurkan sebotol air mineral
kepadanya.
“Thanks,”
ucap Sofea Jane, pendek.
Lydia sedang
duduk bersolek di atas kerusi set. DilihatLydia sedang menyapu krim pelembap di
muka. Tidak pernah dia melihat jenama krim itu. Sofea Jane tertarik. Tambahan
pula kulit Lydia halus dan berseri.
Sofea Jane
merapati Lydia setelah melihat jurusolek Lydia beredar.
“You pakai krim
apa tu?” soal Sofea Jane dengan penuh berminat.
“Krim ni? Oh, ni
krim pelembap biasa aje. Pelembapni dibuat oleh keturunan moyang I, kemudian
diturunkanpada keluarga I.”
“Boleh I cuba?”
“Kalau you
minat, I boleh berikan satu pada you,” ujar Lydia sambil membuka beg tangan.
Dia menghulurkan satu lagi krim pelembap yang serupa kepada Sofea Jane.
“Thanks,Lydia”
“Most welcome,”
jawab Lydia, tersenyum.
“Lydia, giliran
you dah sampai!” laung juru foto yang bertugas.
Lydia bangun dan
menghampiri lokasi untuk gambarnya diambil. Sofea Jane melabuhkan punggung
sambil membuka penutup krim itu. Dia menyapukan krim itu pada pipinya. Sejuk.
Sofea Jane tersenyum. Noreen hanya memerhati dengan pandangan meluat. Semua
orang asyik memberikan perhatian kepada Sofea Jane. Wanita itu dilayan bagaikan
puteri raja.
“Lebih baik you
ceburi bidang lain aje, Noreen. You tak nak cuba berlakon?” Suara Haley, salah
seorang jurusolek di Agensi Model Elle.
“I tak minat
dengan pentas lakonan,” ujar Noreen sambil menguis-nguis anak rambut di dahi.
“You tak nak
cuba jadi duta produk kecantikan?”
“Hmm... mereka hanya
pandang kejelitaan Sofea, bukannya I,” keluh Noreen.
“Yalah, Sofea tu
bukan aje jelita tapi berbakat. You trylah berbaik dengan dia. Tak rugi
pun. Nampak aje gedik, tapi dia okey,” ujar Haley sambil menyimpan alat-alat soleknya.
“Hisy, tak kuasa
I!”
Noreen
menyilangkan tangan. Dia tidak akan boleh berkawan baik dengan Sofea Jane.
Pertama kali mereka bersua muka, Noreen sudah menganggap Sofea Jane sebagai
seterunya.
“Ikut suka
youlah. Jangan you bawa masalah sudah,” ujar Haley, sudah menyandang beg
soleknya.
Aku nak sangat
tengok wajah dia jadi hodoh. Waktu tu aku akan rampas segala-galanya daripada
kau termasuklah Damian, bisik hati kecil Noreen.
“SOFEA...”
Sofea Jane menoleh kiri dan kanan. Tiada sesiapa pun. Dia seperti terdengar ada
suara memanggilnya. Sofea menyapu solekan pada wajah sambil memandang ke arah
cermin tandas.
Cemberut sedikit
riak mukanya apabila mengesan seketul jerawat tubuh berselindung di dahinya.
Sofea Jane cukup menjaga kulitnya.
“Sofea...” Sofea
Jane menoleh ke belakang. Dia mengebam bibir.
“Siapa?”
Sofea Jane
menolak satu per satu pintu tandas itu.
“Jangan
main-mainkan I. I tak suka!” Gerutu Sofea Jane, geram.
Tiada sesiapa di
dalam tandas itu melainkan dia seorang. Sofea Jane segera mengemas alat
soleknya masuk ke dalam beg tangan. Dia memandang semula ke arah cermin. Sofea
Jane menjerit sebaik sahaja melihat wajah hodoh di depan cermin itu.
Damian segera
meluru masuk ke dalam tandas wanita sebaik sahaja mendengar jeritan kekasihnya.
Sofea menekup muka dengan tangan.
“Kenapa ni,
sayang?”
“Hantu. Ada
hantu dalam cermin tu!” jerit Sofea Jane, ketakutan. Dia masih tidak berani
untuk membuka mata.
“Mana ada
hantu?”
“Dalam cermin
tu.”
“Tak adalah,
sayang.”
Sofea Jane
menurunkan kedua-dua belah tangan. Tidak ada lagi wajah menyeramkan yang
dilihatnya tadi di dalam cermin itu.
“I tak tipu
you,” ujar Sofea Jane sambil mencengkam lengan Damian.
“Ilusi you aje
tu.”
Damian memeluk
bahu Sofea Jane.
“You kena banyak
rehat. Kebelakangan ni I tengok you lesu. Kuat sangat kerja.” Sofea Jane
mengangguk perlahan.
“I hantar you
balik. Malam ni cancel dinner.”
“Okey.” Suara
Sofea Jane lemah.
Damian memapah
tubuh Sofea Jane dan melangkah seiringan keluar dari tandas. Tidak lama kemudian,
wajah hodoh tiba-tiba muncul semula di dalam cermin dengan senyuman di bibir.
MUKANYAterasa panas
membahang. Sofea Jane tidak mampu melelapkan mata. Kulit muka seperti
gatal-gatal. Pada masa yang sama di tempat lain, seorang lelaki terus membaca
mantera pada anak patung yang berada di tangannya. Kemudian, dia mencucuk-cucuk
wajah anak
patung itu
dengan jarum.
Sofea Jane
meraba-raba wajahnya yang sakit bagaikan dicucuk beribu-ribu jarum. Tangannya
menggeletar apabila melihat kesan darah pada kedua-dua belah tangannya itu.
Bergegas dia bangun dan menghadap wajahnya pada cermin. Sofea Jane menjerit di
depan cermin. Jeritannya
itu menyebabkan
mama dan adiknya terjaga daripada tidur.
“Argh!”
“Sofea! Kenapa?”
Pintu biliknya
bertalu-talu diketuk oleh Puan Diana. Pintu bilik itu berkunci dari dalam.
Tiada jawapan.
Suara Sofea Jane masih kedengaran terjerit-jerit di dalam.
“Sofea!” panggil
Puan Diana lagi.
Tiada jawapan.
“Leeya,
panggilkan Majid, lekas!” arah Puan Diana sambil memandang anak bongsunya itu.
Pantas Sarah
Aleeya menuruni anak tangga. Beberapa minit kemudian, Majid muncul bersama Sarah
Aleeya.
“Majid, kamu
tendang pintu tu.”
“Tapi puan...”
“Aku kata
tendang! Tendang aje!” arah Puan Diana, cemas.
“Baik, puan.”
Pintu itu
ditendang sekuat-kuatnya oleh Majid. Pintu terbuka. Puan Diana dan Sarah Aleeya
menerpa masuk. Sofea Jane kelihatan sedang berbungkus di dalam selimut.
“Sofea...”
panggil Puan Diana. Sofea Jane mengeraskan diri. Puan Diana mengetap bibir. Dia
menarik kasar selimut yang menyelubungi tubuh anaknya itu. Sofea Jane segera menekup
muka dengan tangan.
“Jangan tengok
muka Sofea!” ujar Sofea Jane, melenting.
“Sofea, apa yang
berlaku?”
“Muka Sofea dah
hodoh, mama!”
“Apa yang kamu
merepek ni?” soal Puan Diana sambil merentap jari-jemari yang menekup muka
anaknya itu. Tiada cacat-cela pada wajah jelita Sofea Jane.
“Mama tak nampak
pun wajah Sofea hodoh.”
“Sofea tak tipu,
mama. Sofea nampak wajah Sofea hodoh kat depan cermin. Ada banyak darah kat
muka Sofea!”
“Sudah! Kamu
jangan nak merepek malam-malam macam ni!” marah Puan Diana, kemudian melangkah
keluar dari bilik anaknya itu.
Sofea Jane
bingkas bangun menghadap semula cermin solek. Dia meraba-raba wajahnya.
Wajahnya masih jelita. Sarah Aleeya merapati kakaknya itu.
“Kak Sofea mimpi
aje tu.”
Sofea Jane
menghela nafas panjang. Mungkin benar dia bermimpi. Sofea Jane duduk di birai
katil. Dia mengeluarkan cermin kesayangan dari bawah bantal.
“Cantiknya,”
puji Sarah Aleeya, terus saja melabuhkan punggung di sisi kakaknya.
“Ni hadiah birthday
Kak Sofea. Abang Damian yang bagi tau.”
“Untunglah Kak
Sofea ada boyfriendyang sayang akak macam Abang Damian tu. Dahlah anak
orang kaya, handsomepulak tu.” Sofea Jane tersenyum.
“Kak Sofea tak
kisah langsung dia anak orang kaya ke tak sebab Kak Sofea pun ada duit sendiri.
Kak Sofea suka dia sebab dia seorang yang caringdan romantik,” ujar
Sofea Jane, tidak memandang pada kekayaan milik Damian.
“Kak Sofea dengan
Abang Damian memang sepadan sangat. Okeylah, Leeya nak tidur,” ujar Sarah
Aleeya sambil menguap kecil.
“Leeya, jangan
beritahu pada mama fasal cermin ni, ya,” pinta Sofea Jane sambil menarik lengan
adik. Sarah Aleeya mengangguk. Pintu bilik Sofea Jane ditutup kembali. Sofea Jane
menatap semula wajahnya pada cermin.
“Kalau boleh,
aku nak kejelitaan aku kekal tak dimamah usia,” ujar Sofea Jane.
Dia mula
bercakap-cakap dengan cermin antik itu.
“Alangkah
bagusnya kalau cermin ni bernyawa dan ada kuasa yang boleh tunaikan permintaan
aku.”
Sofea Jane
meletakkan semula cermin itu di bawah bantal. Dia berbaring sambil memejamkan
rapat matanya.
“Sofea...”
Telinganya menangkap
suara memanggil namanya. Sofea Jane terjaga semula. Jendela di biliknya
terbuka. Angin menerpa masuk. Sofea Jane bingkas bangun menutup jendela.
Bagaimana jendela biliknya boleh terbuka? Sofea Jane menarik semula selimutnya.
Matanya kembali terpejam.