Home Novelet Seram/Misteri ILMU HITAM
ILMU HITAM
Illya Abdullah
30/9/2016 17:54:04
37,356
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 4

ZIRA tidak dapat duduk tenang. Dia mengambil cuti panjang tanpa gaji. Zira membawa adiknya Mira pergi berubat. Zira hampir berputus asa kerana tiada seorang dukun pun mahu mengubat Mira. Zira buntu mencari jalan. Mira semakin tenat.

Pernah dia menyerbu masuk ke bilik pejabat Datuk Zamry. Dia diheret keluar oleh pengawal keselamat syarikat lelaki itu. Sakit benar hati Zira. Jantan begitu tidak layak dibuat laki. Jantan pengecut. Dia tidak melupakan senyuman sinis Datin Datin yang turut berada di bilik Datuk Zamry itu. Renungan wanita itu bagaikan menghinanya.

Zira gigit bibir. Dia rasa seperti mahu menangis lagi. Rasa tabah itu seolah-olah sudah terbang keluar.

“Sabar…” Norma pun diasak rasa simpati melihat Mira sedemikian. Mira bagaikan mayat hidup. Zira pula akan berjuraian air mata bila bersama Mira. Zira begitu sayang adiknya. Mereka hanya dua beradik.

“Macam mana aku nak sabar lagi, Mira dah teruk sangat.” Zira tidak marahkan Norma. Sahabatnya itu telah banyak membantunya.

Norma menghela nafas panjang. Dia masih menunggu mesej terakhir masuk ke dalam telefon pintarnya itu. Apabila telefon pinta berbunyi, Norma segera memeriksa kotak mesej. Dia mengulum senyuman.

“Zira! Kawan aku dah balas. Dia bagi alamat seorang pak cik ni. Dia cakap pak cik tu mengubat orang yang kena santau.”

Wajah murung Zira kembali bercahaya.

“Kita bawa Mira pergi ke sana sekarang.”

Norma angguk. Bersetuju dengan Zira. Lagipun jika bertolak sekarang, mereka akan sampai malam di sana. Hari pula sudah lewat petang. Zira bersiap ala kadar. Dia meluru masuk ke bilik adiknya. Tubuh Mira dipapah berhati-hati. Norma turut membantu.

Mira terbaring lesu di tempat duduk belakang. Zira menghidupkan enjin kereta. Sempat

dia memalingkan kepalanya ke belakang.

“Mira akan sembuh. Kuatkan semangat ye, dik.” ucapnya.

Air mata Mira bergenang. Penyakit misteri yang dihadapi cukup menyeksanya. Zira mengatakan dia terkena santau. Mungkin ini balasan TUHAN kepada dia. Namun, Zira tidak pernah mengabaikan dia. Zira seorang kakak yang cukup bertanggungjawab.

Kereta Zira bergerak menyusuri jalan raya.


PAK Hassan yang dikatakan tahu selok-belok ilmu santau itu menggeleng perlahan. Dia serba salah. Tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara pada dua gadis di depan matanya itu. Keadaan Mira telah diperiksa. Jika santau itu masih diperingkat permulaan mungkin dia dapat menyembuhkan Mira tetapi santau dalam tubuh Mira sudah makan dalam.

Orang yang menghantar santau pada gadis bernama Mira itu bukan orang sebarangan. Ilmu hitamnya cukup tinggi. Dia tidak pasti sama ada dia boleh menangani ilmu orang itu atau tidak. Dia tidak meletakkan sebarang harapan.

“Macam mana tok? Adik kawan saya boleh sembuh tak, tok?” Norma bertanya setelah lama menunggu butir kata keluar dari mulut Pak Hassan.

“Pak cik cuba. Tapi...” Jawapan yang diberikan mati dipertengahan jalan.

“Tapi apanya pak cik?” Zira pula membuka mulut. Hati mula berdebar-debar. Matanya tepat memandang wajah Pak Hassan yang kian dimamah usia itu.

Pak Hassan menarik nafas panjang.

“Santau tu dah makan dalam. Pak cik cuba sedaya-upaya pak cik.”

Zira memaut lengan kawannya itu.

“Tolong pak cik. Sembuhkan adik saya.” Zira merayu.

Pak Hassan tidak membalas. Dia duduk bersila di hadapan tubuh Mira yang terbaring lemah. Gadis itu mengerang memengang lehernya. Derita yang ditanggung Mira jelas tidak mampu ditahan oleh gadis itu lagi. Orang yang menyantau itu mahu Mira mati secara perlaha-lahan dengan penuh seksa. Kesian. Gadis itu menjadi mangsa santau. Dia turut bersimpati.

Pak Hassan memulakan dengan bacaan beberapa potongan ayat suci Al-Quran. Dia meminta Zira memberikan adiknya itu minum yang telah dibaca dengan ayat-ayatsuci itu. Mira memuntahkan sebahagian bisa-bisa racun di dalam tubuhnya. Norma yang melihat menekup mulut. Bau hanyir yang menular ke rongga hidung hampir buat dia terjeluak.

Di banglo milik Jamilah,

“Huh! Ada cuba mengubati perempuan itu,” Jamilah yang sedang berisirehat itu mula terganggu.

Jamilah pantas mengorak langkah masuk ke biliknya. Jamilah memenjamkan matanya. Bibirnya bergerak-gerak menyebut satu-persatu perkataan. Persekitaran rumah papan itu mula mengalami perubahan. Lampu kalimatan sekejap menyala, sekejap terpadam.

Pak Hassan masih berada di posisi duduk. Mira mula menggelepar. Bayangan Jamilah muncul di depan mata. Hanya mata Pak Hassan yang melihatnya.

“Kenapa kamu kacau urusan aku!” herdik Jamilah dengan mata mencerlang garang.

“Gadis ini tidak berdosa.”

“Tidak berdosa? Jika dia tidak berdosa masakan ada orang mahu dia mati dengan mengupah aku untuk menghapuskan dia!”

“Sekalipun dia berdosa, kamu tidak berhak menghukum dia.”

Jamilah memulakan serangan. Pak Hassan menepis dengan ayat-ayat suci. Mereka beradu tenaga batin. Zira yang tidak dapat melihat apa-apa merasakan suasana di situ ada yang tidak kena. Bulu romanya merinding. Dia merapati kawan baiknya. Liar matanya melihat sekeliling persekitaran ruang rumah Pak Hassan itu.

Beberapa jam kemudian tubuh Hassan terpelanting melanggar dinding. Ruang rumah itu kembali terang-benderang. Pak Hassan tidak mampu untuk bangkit. Bayang Jamilah menghilang dengan tawa yang bergema.

Dia tumpas kerana ketidakyakinannya. Pak Hassan memengang dada. Sakit di dada kian mencucuk-cucuk. Wajahnya memperlihatkan kelelahan. Dia memaku matanya pada tubuh Mira. Kesal kerana dia tidak berjaya menyelamatkan gadis malang itu.

Mira menggeletik seperti ayam yang disembelih. Zira meluru ke arah adiknya. Zira sudah meraung melihat keadaan Mira. Tubuh Mira didakap erat. Akhirnya Mira kaku dengan mata yang terbeliak. Lidahnya terjelir. Darah bercampur nanah mengalir dari mulutnya yang ternganga luas.

Pak Hassan menunduk.

“Maafkan pak cik nak,” suara Pak Hassan lemah.

Normah memaut bahu Zira. Dia berkongsi rasa duka. sahabatnya itu. ALLAH lebih sayangkan Mira. Mereka telah berusaha.


“HA! Ha! Ha!” Jamilah ketawa.

Ada hati orang tua itu mahu melawan. Mereka bagaikan langit dengan bumi. Puas. Dia puas melihat mangsa mati dengan dahsyat. Hajat Datin Aida telah ditunaikan.

“Kesian… gadis cantik seperti kamu terpaksa mati di tangan aku!” Jamilah membakar foto Mira pada tapak bekas kemenyan itu.

Dia keluar dari biliknya lalu berteriak memanggil orang suruhannya.

“Aku ada tugas untuk kamu malam ini. Kamu perlu ingat tugas kamu perlu disempurnakan tanpa ada sesiapa yang dapat mengesan perbuatan kamu. Aku mahu kamu dapatkan mayat perempuan itu untuk aku.”

Lelaki itu menggangguk-anggukkan kepalanya setelah menerima arahan dari Jamilah. Makhluk belaannya menjelma di belakag Jamilah. Sengihannya mempamerkan taring-taring runcing yang tajam. Warna matanya kemerah-merahan.

“Aku tahu kamu menunggu habuan kamu.”

Jamilah mengaturkan langkah. Makhluk itu mengekorinya dari belakang. Tidak sabar untuk meratah-ratah habuan yang bakal dihidangkan oleh tuannya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.