“AWAK memandu boleh tahan juga lajunya.”
Weir mengomen.
“Bila
saya perlahan, awak cakap macam kura-kura. Bila saya laju, awak bising juga.”
Gerutu Eleanor.
“Awak
ni garang. Dalam menangis pun awak garang.”
Eleanor
tersentak. Weir pernah melihat Eleanor menangis di dalam kereta. Keretanya
betul-betul bersebelahan dengan kereta gadis itu. Siap kena tengking lagi. Dia
tidak menduga sama sekali yang pertemua antara mereka bukan setakat itu.
“Bila
saya menangis depan awak?”
“Saya
ulang ayat ni. ‘Tak pernah tengok perempuan menangis ke?’”
Bulat
mata Eleanor membulat besar. Mukanya memerah. Malu tak terkata. Rupanya
awal-awal lagi sudah ada bibit pertemuan antara mereka.
Eleanor
terus membisu sehingga sampai di vila milik Weir. Terpesona mata Eleanor
melihat vila yang indah itu. Sejuk mata memandang tumbuhan-tumbuhan hijau pada
persekitaran vila tersebut.
“Terima
kasih.”
“Sama-sama!”
“Eh,
nak ke mana tu?” Weir menyoal sebaik melilhat Eleanor sudah mengaturkan
langkahnya.
“Nak
baliklah. Masakan saya nak tidur rumah awak pulak. Tak pasal-pasal kena cekup
nanti.”
Weir
ketawa kecil.
“Awak
nak balik naik apa?”
“Teksilah!”
“Mana
ada teksi di kawasan ni. Awak tunggu di luar ni sebentar.” Weir melangkah
masuk.
Eleanor
mencebik. sambil memeluk tubuh. Seketika kemudian, Weir kembali bersama seorang
lelaki berusia dalam pertengahan 40-an. Siapa pula agaknya lelaki itu?
“Saya
dan Abang Sudin akan hantar awak pulang.”
“Tak
perlulah. Saya boleh cari teksi sendiri.”
“Keselamatan
awak lebih penting. Ingat, jenayah boleh berlaku di mana-mana saja walau
kawasan itu dikatakan kawasan selamat. Saya
bertanggungjawab pada keselamatan awak.” Suara Weir dengan nada yang agak
keras. Dia tidak akan membiarkan Eleanor pulang sendirian.
“Okay-okaylah.”
Sebenarnya
dia takut juga pulang bersendirian lewat malam begini. Egonya saja yang tinggi.
Dalam hati kecut. Pemandu teksi pun tidak boleh dipercayai. Lebih baik buang
ego dan mendengar nasihat.
Senang
hati Weir kerana Eleanor mahu mengalah. Perempuan seorang ini, boleh tahan juga
keras kepalanya.
“Awak
ada driver kenapa tak call driver ambik awak dan hantar awak
ke klinik?” Eleanor menjeling Weir tajam.
“I forget?”
“Forget? Awak sengaja nak buli saya kan?”
Abang
Sudin yang sedang memandu itu tersenyum-senyum mendengar Weir bertegang urat
dengan gadis yang duduk di belakang itu.
“Buli
awak?” Weir ketawa. “Tiada makna saya mahu membuli awak. Awak yang salah kerana
awak sepak kaki saya.”
“Saya
sepak kaki awak sebab saya geram.” Eleanor langsung tidak berselindung.
“Awak
ni bila diam, diam terus. Bila sudah buka mulut macam bertih jagung awak
bercakap.”
Raut
wajah Eleanor mula berubah. Dia bukan jenis perempuan yang pandai cover ayu. Ada ketikanya dia akan bercakap
lepas.
“Abang
Sudin… rumah saya nombor dua dari kiri.” Ujar Eleanor sebaik mereka sudah berada
di kawasan kediaman banglo-banglo mewah itu.
Abang
Sudin menurunkan Eleanor betul-betul di hadapan pintu pagar. Eleanor melangkah
keluar setelah mengucapkan terima kasih kepada Abang Sudin. Dia langsung tidak
mahu memandang wajah Weir.
Marah
benar Eleanor dengan dia. Eleanor memalingkan kepala sebaik melihat kereta
tersebut hilang dari pandangan matanya. Eleanor melepaskan keluhan berat.
Eleanor
masuk ke dalam bilik tidur. Dia mencapai foto keluarganya dan duduk di birai
katil. Dia merindui papa dan mamanya. Mama meninggal dunia ketika usianya
mencecah 15 tahun. Dia orang pertama yang membantah keras apabila pakcik dan
makciknya mahu papa mengahwini wanita lain sebagai pengganti mama. Fikirnya
waktu itu, papa akan mengikut saranan pakcik dan makcik. Nyata cinta papa
begitu setia pada arwah mama. Papa membesarkan mereka sendirian.
Hubungan
dia dengan papa semakin bergolak apabila usianya meningkat dewasa. Dia kuat
memberontak dan mahu papa menghormati keputusannya. Rajuk hatinya berpanjangan
hingga dia tidak mahu pulang ke Malaysia setelah tamat pelajaran di UK. Jauh di
sudut hati, dia amat menyayangi papanya. Hanya kata rindu dan sayang itu tidak
terucap di bibir seperti papa.
ELEANOR masuk semula ke pejabat seperti
biasa. Notis sebulan yang diberikan bukannya lama. Pejam celik, pejam celik
sudah cukup satu bulan. Hati Eleanor panas melihat mejanya yang berselerak. Dia
tahu kerja siapa. Jelingannya di halakan pada meja Yuhana. Yuhana tersenyum
sinis. Yuhana memang selalu perasaan dirinya cantik dan bagus sangat. Kenapalah
Hairie boleh terjebak dengan perempuan seorang ini. Kalau perempuan yang
baik-baik tidaklah Eleanor ambil kisah. Yuhana pun ada hati dengan Dato’ Bakri.
Rosaklah sistem rumah tangga Dato’ Bakri jika Dato’ Bakri mengahwini perempuan
sewel tu.
Orang
lelaki ni, cakap saja cinta separuh mati, cinta setulus hati tetapi buat
skandal di belakang juga. Dato’ Bakri dan Hairie sama saja. Jenis lelaki tak
boleh dipercayai. Belum panas punggung lagi, interkom di mejanya sudah
berbunyi. iapa lagi yang menaggil jika bukan Dato’ Bakri. Malas-malas Eleanor
bangun dari tempat duduknya.
Pintu
bilik Dato’ Bakri diketuk perlahan. Kemudian Eleanor memulas tombol pintu
sebaik diarahkan masuk. Dia yakin Dato’ Bakri ingin berjumpa dengannya kerana
surat perletakkan jawatan tersebut.
“Duduk,
El..”
Dato’
Bakri bangun dari tempat duduknya. Dia merapati Eleanor. Gadis itu ditenung
lama. Terubat sedikit rindunya di hati. Eleanor tidak selesa dengan renung mata
Dato’ Bakri. Dato’ Bakri masih berharap agaknya yang lamarannya itu akan
diterima.
“I
tak boleh terima surat perletakkan jawatan you. I rasa you tiada masalah dengan
kerja you itu.” Dato’ Bakri memulakan bicara setelah Eleanor hanya membatukan
diri.
“Maaf
Dato’ Keputusan I adalah nekad. I harap Dato’ faham.”
“El…
jangan campurkan urusan kerja dengan urusan peribadi.”
“I
rasa Dato’ yang mencampuri urusan kerja dengan urusan peribadi dan perasaan
Dato’. Dato’ berikan I harta segunung everest pun I tetap tidak akan menerima
lamaran Dato’. I ke sini untuk bekerja bukan untuk menggatal. Tidak terlintas
soal hati dan perasaan dengan Dato’. I hormati Dato’ sebagai majikan I.”
Eleanor menjelaskan dengan panjang lebar.
“But, hati I sudah jatuh cinta pada you
El. I berjanji yang I akan berlaku pada you dan isteri-isteri I.” Dato’ Bakri
seakan tidak mahu berputus asa.
Lelah
Eleanor dengan lelaki yang tidak faham bahasa ini. Kalau dia sudah tidak
mahu kenapa perlu dipaksa-paksa. Dan dia
cukup benci dengan orang yang suka memaksa begini.
“I
tidak akan berganjak dari keputusan I.”
“Jangan
sampai I gunakan cara kasar pada you, El. I sudah cukup berlembut dengan you!”
Dato’
Bakri sudah makin melampau. Hilang rasa hormat Eleanor pada majikannya itu. Orang
hanya mengata tanpa mengetahui cerita yang sebenar. Wajahnya cantik itu
anugerah dari Tuhan. Dia bangga dengan kecantikan wajahnya tetapi dia tidak
bongkak dan tidak mempergunakan kecantikan untuk menarik perhatian lelaki
seperti Dato’ Bakri.
“Maaf
Dato’… I rasa Dato’ yang bertepuk sebelah tangan. I tidak pernah memberikan
apa-apa harapan pada Dato’. I tidak teragak-agak mengambil tindakan sekiranya
Dato’ melakukan ‘sesuatu’ pada I. Anda jangan merendah-rendahkan martabat kaum
perempuan seperti I. Bukan semua perempuan akan cair dengan duit Dato’.”
Jangan
Dato’ Bakri fikir semua perempuan akan terpesona dengan wang ringgit. Eleanor
tidak ‘batak’ dengan kekayaan Dato’
Bakri itu. Dan dia bukan jenis perempuan yang kebulurkan suami orang. Dia masih
rasa simpati pada isteri-isteri Dato’ Bakri.
“Lebih
baik Dato’ mencari janda anak yang ramai yang susah di luar sana untuk
dijadikan isteri. Lagi afdal Dato’ menolong kaum perempuan yang kesusahan.”
Eleanor menambah.
Terkedu
Dato’ Bakri. Hilang bicaranya untuk membidas.
ELEANOR masih tidak boleh menarik nafas
lega. Dia tahu Dato’ Bakri tidak akan berputus asa dengan mudah. Kata-kata
tidak cukup mematikan niat Dato’ Bakri Eleanor perlu lebih berhati-hati. Jika
tersalah langkah dia akan terjerat dengan lelaki itu.
“Hari
itu, you tiada di pejabat. Hari ini I datang baharu nampak muka you.”
Kus
semangat! Eleanor mengurut dada. Dia cukup terkejut disergah sebegitu rupa.
“Mr. Cheng… you mengejutkan I.”
Lelaki
cina itu ketawa. Dia memang gemar menyergah gadis cantik itu.
“I miss you.” Ucapnya seperti biasa.
“Banyak
mana rindu you pada I?”
“Sebanyak
bintang di langit.”
“Mr.
Cheng… sekarang waktu siang mana ada bintang.” Eleanor tersenyum manis. Lelaki
cina ini selalu menyenangkan hati dia.
“Hahaha…”
“You
nak jumpa dengan my boss?”
Cheng
menganggukkan kepalanya.
“Sebentar,
I mentionpada dia dulu.” Eleanor menekan butang intercom.
“El…
jika you free lunch nanti I nak ajak
keluar bersama. Ajak teman you, Aleeza sekali.”
Bisik Cheng perlahan.
“I
akan message you.”
Cheng
berlalu sebaik Eleanor mengatakan Dato’ Bakri sudah sedia menunggu di bilik
mesyuarat.
Yuhana
mengerling Eleanor dengan pandangan tidak puas hati.
ELMAN perasan lirikan mata Elena Maria
tidak lagi dari menatap raut lelaki yang berada di hadapan mereka itu. Hatinya
kurang enak dengan tingkah adik bongsunya itu. Elena Maria sudah bertunang. Tidak
manis jika Elena Maria terpikat dengan lelaki lain sedangkan usia
pertunangannya dengan Khir sudah menjangkau 2 tahun. Khir ingin mempercepatkan
perkahwinan mereka tetapi adiknya itu yang asyik bertangguh-tangguh. Elman
tidak mahu kehadiran Weir akan merosakkan perhubunngan Elena Maria dengan Khir.
Seboleh-bolehnya diacuba menyekat Elena Maria dari merapati
Weir.
Weir
pula seakan menunjukkan reaksi positif pada Elena Maria. Itu yang menambah
kebimbangan dalam hati Elman. Weir tidak tahu yang adiknya itu sudah bertunang.
“El
akan bekerja di Mentari Construction awal bulan depan.”
“Apa
mimpi Kak El nak bekerja di Mentari Construction? Bukan ke dia happydengan life dia sekarang?”
“Dia
mencari pengalam di luar sana.Lagi pun jika di masuk bekerja ke syarikat, dia
lebih banyak membantu abang nanti.”
“Huh,
membantu or
bakal menimbulkan masalah.”
“And you… membantu sangat ke?”
“Sekurang-kurangnya
Elena masih juga ada membantu abang di sini.”
Elman
melirik senyuman sinis di hujung bibir. Masuk lewat pulang awal. Datang pejabat
sekadar duduk dan buat bising pada staf.
“Satu
lagi, abang tak suka Elena terlalu rapat dengan Weir. Jaga perhubungan Elena.
Jangan pasal Weir hubungan Elena dan Khir ada masalah. Ingat sikit yang awak tu
sudah bertunang.” Peringatan diberikan kepada Elena Maria.
“Kalau
Elena terjatuh cinta pun apa salahnya? Bertunang saja pun. Jadi tak salah jika
Elena terpikat dengan orang lain.”
“Elena!”
Khir
seorang lelaki yang baik. Elena Maria patut menghargainya. Dulu, bukan main
Elena Maria mendesak arwah papa menerima lamaran Khir.Arwah papa menurut kehendak adiknya itu.
Apa pun yang terjadi dia tidak akan mempersetujui pertunangan antara Khir dan
adiknya itu diputuskan. Dia tidak mahu Elena Maria menyesal.