ESHAN menanggalkan kaca mata putihnya.
Hasil carian di google mengenai permainan ‘Baby
Blue’ di catit pada buku notanya. Eshan menongkat dagu membaca kisah yang
dianggap sebagai ‘urban legend’
itu. Kononnya permainan ‘Baby Blue’
ini berkait dengan mitos ‘Bloody Mary’.
Ada
kisah di sebaliknya. Kejadian berlaku di Indonesia. Seorang gadis bernama Laura
mencuba permainan permainan tersebut. Laura masuk ke kamar mandi, mematikan
lampu dan menutup pintu kamar mandi tersebut. Kemudian, Laura menyebut kalimat
‘Baby Blue’ sebanyak 13 kali. Di
akhir cerita Laura mati kerana tidak mengikut peraturan permainan itu dengan
betul. Bacaan Eshan terganggu apabila ketukan bertalu-talu di luar rumah
sewanya itu. Eshan bingkas bangun membuka
pintu.
Tiada
sesiapa di luar.
“Wargh!”
Sergah seorang lelaki dengan topeng muka hantu.
“Jom,
lepak kedai mamak. Tengok bola.” Riduan, rakan satu kolejnya itu mengajak.
“Kau
ni tak reti bagi salam ke datang rumah.”
“Sorry bro, aku lupa.” Riduan tersengih.
Tanpa
pamitan Riduan masuk ke rumah Eshan. Matanya melirik pada skrin komputer riba
milik Eshan di meja tamu yang sederhana besar itu.
“Kau
sedang buat research apa tu?”
“Aku
sedang research permainan seram yang
orang panggil urban legend. Baby blue. Kau mesti pernah dengar kan?
Selain permainan Oujia tu permainan seram ni pun antara yang popular.”
“Baby blue. Kelakarlah bunyilah. Aku tak
pernah dengar permainan ni. Yang aku tahu spirit
of coin tu.” Riduan ketawa kecil.
“Memang
kau tak pernah dengar sebab takde
orang bodoh yang main permainan ni dekat sini. Kau buka saja di internet. Kau
taip ‘permainan menyeru hantu’. Kau akan jumpa banyakk website tentangnya. Baby blue antara permainan menyeru hantu
yang popularlah.”
Riduan
mengusap dagu.
“Kau
dah cuba main ke?”
“Gila
kau. Tiada bala nak cari bala. Aku cuma buat research je permainan ni. Tak kuasa aku nak mainlah.”
“Eloklah.
Orang sekarang ini benda-benda macam inilah gatal nak cuba..” Riduan jongket
kening.
Eshan
tersenyum. Kata-kata Riduan itu ada benarnya.
--------------------------------------------------------------
LEKA Eshan menatap buku catatannya di
kafe hingga menarik perhatian Shana salah seorang gadis yang satu falkuti
dengannya. Shana bingkas duduk di depan Eshan. Khusyak benar Eshan mencatiti di
buku catatannya.
Ligat
tangannya Shana menarik buku catatan Eshan. Tindakannya itu mengejutkan Eshan
yang langsung tidak menyedari kehadiran Shana. Satu-persatu dia menyelak
helaian muka surat buku catatan terbabit.
“Baby blue?” Shana memandang wajah keruh
Eshan.
Shana
tertarik dengan catatan Eshan berkaitan permainan seram baby blue itu. Tidak pernah dia dengar permainan menyeru hantu
tersebut selain spirit of coin. Shana
pernah mencuba permainan ‘spirit of coin’
yang kononnya boleh menyeru hantu itu. Tiada apa-apa yang menarik pada
permainan tersebut. Hantu yang diseru tidak muncul. Kelakar pula rasanya. Agak
cerita mereka yang terkena dengan hantu permainan tersebut hanya omongan
kosong.
“Macam
best. Aku nak cuba,”
“Jangan
cari nahas.” Eshan menegah.
“Hey…
hanya satu permainan saja. Jangan serius sangat. Entah betul. entahkan tidak
cerita yang kau baca dalam websiteitu.”
“Aku
cakap tak boleh!”
“Come on Eshan. Aku pernah mainlah sprit of coin tulah. Takde apa-apa pun. Hantu pun tak keluar.
Tipu saja.”
“Nasib
kau tak kena. Kau jangan nak seru benda yang tak patut kau seru.”
Ehsan
melarang keras Shana berbuat demikian.
“Jaga
mulut you!” Ehsan merampas buku nota dari tangan Shana.
Shana
mencebik. Eshan bangun meninggalkan segala bukunya di dada meja. Tiba-tiba saja
perut memulas. Shana tersenyum. Buku catatan Eshan diambil tanpa keizinan lalu
dimasukkan ke dalam beg galasnya. Shana segera beredar. Dia melintasi Riduan
yang baru tiba di kafe tersebut. Riduan melihat Shana mengambil sesuatu milik
Eshan.
Apabila
Eshan kembali semula, Shana tidak lagi kelihatan. Riduan menggantikan tempat
duduk Shana. Eshan merengus apabila mendapati buku catatan hilang. Shana telah
mengambilnya.
SHANA tersenyum-senyum membaca isi
kandungan buku catatan Eshan itu. Wanda yang baru pulang dari perpustakaan itu hanya
menggeleng melihat Shana yang tertiarap di atas katil khusyuk membaca buku. Shana
menayang buku catatan tersebut kepada Wanda yang merupakan rakan sebiliknya.
Terkebil-kebil rakannya itu.
“Baby blue? Apa tu?”
“Game seru hantu. Kau nak cuba tak?”
Shana sudah teruja untuk mencuba permainan tersebut. Dia sudah menghafal cara
permainan itu di dalam kotak fikirannya. Tidak susah mana. Masuk bilik air,
kunci, berdiri depan cermin, dan buat tangan seperti sedang menimang bayi.
Kemudian seru baby blue 13 kali.
Mudah sangat.
“Gila
kau ni!” Wanda siap mendengus. Pelik dengan hobi Shana yang mengarut itu. Hantu
yang hendak diseru. Macam tiada hobi lain.
“Game macam ni tipu je. Aku dah pernahlah
main game seru-seru hantu ni. Takde keluar hantu pun. Cerita-cerita dalam
internet tu saja nak bikin takut orang.” Shana cakap besar.
“Kau
tak kena lagi. Kalau dah main kau tak boleh undur lagi jika apa yang kau seru
tu betul-betul keluar depan mata kau.” Wanda memberikan amaran.
“Kau
ni sama saja dengan Eshan tu. Serius sangat dengan game acah-acah seru hantu ni. Bosanlah aku.” cebik Shana. Dia
bangkit.
Shana
membawa buku catatan Eshan keluar dari bilik. Wanda menggeleng-gelengkan
kepala. Shana pastinya mencari Umaira. Dua gadis itu memang satu kepala. Apa
yang Shana suka, itu juga yang Umaira suka.
-----------------------------------------------------------
SHANA mencari Umaira di perpustakaan.
Senang hatinya kerana Umaira berada di situ. Lekas-lekas dia menunjukkan buku
catatan Eshan kepada gadis itu. Umaira turut berasa teruja membaca permianan baby blue yang ditunjukkan oleh Shana.
“Aku
salin kejap,” ujar Umaira.
“Kau
cubalah buat dulu. Jadi ke tak?”
“Malam
ini jugak aku cuba. Kau datang bilik aku.” Umaira tersenyum kecil. Shana dan
Umaira lebih suka bermain ‘permainan’ sebegini dari menyertai kumpulan
paranormal menjejak makhluk-makhluk halus itu. Meletihkan. Hantu belum tentu
tunjuk muka.
“Kalau
kau ikut rule dalam gametu senang saja kau nak ingat. Tak
susah mana. Tak macam spirit of coin nak
kena cari geng untuk main. Cuma kita seru perkataan yang sama berulang
kali.”
“Mana
kau tahu game ni? Kau google ke?”
“Kau
tengoklah buku catatan tu atas nama siapa.”
Umaira
membelek muka depan buku tersebut.
“Eshan.
Kau curi buku catatan Eshan.”
Sengihan
melebar pada bibir Shana. Dia mengangguk. Lelaki itu sudah tentu sedang bengang
dengannya.
MALAM itu Shana menemani Umaira untuk
mencuba permainan tersebut. Umaira sudah berada di dalam bilik air menghadap ke
arah cemin. Umaira sudah sedia untuk memulakan permainan.
“Baby blue… baby blue…” Umaira mula
menyebut perkataan ‘baby blue’
sebanyak 13 kali.
Shana
yang di luar pintu bilik itu menanti dengan sabar. Shana menekap telinganya ke
pintu. Bunti suara tangisan bayi kedengaran. Jadi permainan itu menjadi.
“Shana…” Umaira
berteriak dari dalam. Tangannya menggeletar dalam posisi menimang bayi yang
sekejap muncul sekejap menghilang. Umaira menjadi kaget dan takut. Dengupan
jantung pantas berombak laju.
“Buang bayi tu dalam
mangkuk tandas!” suara Shana di luar pintu.
“Aku tak boleh. Aku tak boleh!” Umaira sudah mula menangis.
“Shana! Shana!”
Shana tidak tahu apa
yang berlaku di dalam. Shana mengetuk pintu bilik memanggil nama Umaira. Umaira
tidak tidak menyahut. Jeritan Umaira membuatkan Shana kecut perut. Shana
bertindak meninggalkan bilik tersebut. Tidak diendah lagi jerit pekik Umaira
yang meminta tolong.
“Tolong aku!”
--------------------------------------------------------
KEESOKAN hari kecoh satu kolej musibah
yang menimpa Umaira. Umaira bagaikan hsiteria ketika di bawa ke hospital. Itu
yang diceritakan oleh rakan sebilik Umaira. Umaira dikatakan jadi begitu kerana
menyeru hantu di dalam bilik air. Shana hanya membisu. Tidak menyampuk bila
rakan-rakannya bercerita. Tiada sesiapa yang tahu yang dia turut berada bersama
Umaira.
Shana
ditahan oleh Eshan ketika gadis itu tergesa-gesa mahu beredar dari dewan
kuliah. Eshan bertemu dua mata dengan Shana. Tangannya dihulurkan kepada Shana.
Wajah Eshan begitu serius.
“Bagi
balik buku catatan aku tu?” pinta Eshan.
Shana
membuka beg galasnya lalu menyerahkan semula buku catatan milik Eshan.
“Kau
tahu apa jadi Umaira kan?” Eshan menyoal. Eshan boleh mengagak yang Umaira mencuba
permainan tersebut. Shana sudah tentu bersama dengan Umaira ketika kejadian
itu.
“Tiada
kaitan dengan aku,” balas Shana.
“Aku
tahu kau dengan dia rapat. Kau dengan dia minat perkara yang sama. Taksub
dengan benda-benda yang boleh seru hantu. Dia main game‘baby blue’ tu kan?”
Eshan menjegilkan matanya.
Shana
masih mahu berdolak-dalih lagi.
“Aku
tak tahulah!” desis Shana. Dia menolak tubuh Eshan. Shana berlalu dengan rasa
bersalah.
WANDA sudah keluar menyertai ‘study group’ di rumah sewarakan
sekuliahnya. Mungkin rakannya tidak pulang malam ini dan tidur di sana. Shana
mengambil peluang untuk mencuba permainan tersebut. Dia mahu mersainya sendiri.
Dia mahu lihat dengan kedua-dua matanya apa yang Umaira nampak hingga rakannya
itu menjadi sasau.
Shana
masuk ke bilik air, mematikan lampu dan kemudian mengunci pintu bilik air
tersebut. Shana mengetap bibir. Dia memandang ke arah cermin di dalam bilik air
itu. Dia melakukan posisi tangannya seperti posisi menimang bayi. Bibir Shana
mula menyebut ‘baby blue’ berulang-ulang.
“Baby blue… baby blue…” Shana
mengucapkannya sebanyak 13 kali.
Sebaik
sebutan cukup 13 kali, bibir Shana
terkatup rapat. Hatinya berdebar menunggu saat itu tiba. Seketika kemudian
bagaikan ada angin menderu masuk ke dalam bilik air tersebut. Shana merasakan
tangan seperti menimpang seorang bayi. Tidak kelihatan susuk bayi ditangannya
itu. Bunyi esakan bayi bergema. Semakin lama bayi itu menjadi semakin berat.
Shana harus mencampakkan bayi itu ke dalam lubang tandas namun dia seperti
sukar untuk berbuat demikian. Lagnkah seakan berat. Tubuhnya bagaikan disekat
untuk berbuat demikian. Shana mula cemas dan gelabah. Fikirannya serabut. Tiada
sesiapa yang dapat membantu ketika ini. Seorang perempuan muncul di dalam
cermin bilik air dengan mata yang berdarah.
“Aaaa!”
Shana
tidak menamatkan permainan itu mengikut peraturan. Dia campakkan bayi yang
kelihatan di tangannya itu atas lantai. Shana meluru ke muka pintu. Terketar-ketarnya
tangannya memulas tombol pintu bilik air. Sebaik pintu bilik air di muka, wajah
Wanda menerpa di depan mata Shana.
Shana
terus berlari keluar. Wanda tersentak dengan tingkah Shana. Muka Shana begitu
pucat sekali. Dia masuk ke bilik air. Tiada apa-apa yang pelik dilihat. Namun,
Wanda tidak sedap hati. Apa yang Shana buat di dalam bilik?
-------------------------------------------------------
SHANA menekup telinga. Tangisan bayi dan
seorang perempuan dengan mata berdarah sering menghantuinya. Shana sentiasa
berada dalam ketakutan. Pantang ditegur secara mengejut dia mula menjerit dan
wajahnya menjadi pucat.
Ketika
kuliah sedang berlangsung, Shana tidak mampu menumpukan perhatian sepenuhnya.
Liar matanya memerhati sekeliling dewan kuliah itu. Kelibat perempuan mendukung
bayi membuatkan Shana tidak keruan. Suara tangisan bayi itu semakin nyaring di telinganya.
“Jangan
ganggu aku!” Shana berteriak. Suaranya menarik perhatian pensyarah dan
pelajar-pelajar lain di dewan kuliah itu
Shana
memungut buku-bukunya lalu melangkah keluar dari dewan kuliah. Dia tidak boleh
meneruskan sesi kuliahnya pagi itu. Shana terus balik ke bilik. Shana berbaring
di atas katil dan cuba melelapkan matanya. Akahirnya dia terlelap.
Shana
terjaga dari tidurnya menjelang maghrib. Wanda tidak kelihatan di dalam bilik.
Shana keresahan. Shana menjerit melihat perempuan yang mendukung bayi itu
berada di hujung katilnya. Perempuan itu
menyeringai dengan wajah yang menakutkan. Dia berlari masuk ke bilik air lalu
mengunci pintu dari dalam.
“Aku
tak nak mati! Aku tak nak mati! Lepaskan aku! Lepaskan aku!”
Perempuan
itu muncul di depan matanya merenung dengan ke riak kemarahan. Bunyi cermin
pecah berderai di dalam bilik air tersebut. Wanda yang baru pulang meluru ke
pintu bilik air. Dia pasti Shana berada di dalam kerana Shana ponteng kuliah.
“Shana!
Shana!”
Senyap.
Wanda keluar dan meminta bantuan. Kebetulan dia terserempak dengan Eshan dan
Riduan dikoridor. Bergegas mereka mengikuti langkah Wanda.
Darah mengalir keluar
dari bawah pintu bilik air. Eshan dan Riduan saling berpandangan.
Eshan tiada cara lain. Pintu kamar mandi
itu diteranjang sekuatnya bersama Riduan. Apabila pintu terbuka, Wanda menjerit
lantang lalu jatuh pengsan. Keadaan Shana sungguh mengayat hati. Shana sudah
kaku dengan kedua belah matanya yang tertusuk dengan kaca cermin. Kulit muka
Shana pucat membiru. Air pacuran terus membasahi tubuh Shana yang terdampar di
lantai bilik air itu.
Mata
Eshan terpaku pada bayangan wanita yang sedang menimang bayi di dalam cermin
bilik mandi tersebut. Eshan menelan liur. Dia percaya Riduan juga melihatnya.
Apa yang berlaku pada Shana dijadikan satu iktibar. Padah mengundang ‘mereka’
yang tidak sepatutnya diseru. Shana kehilangan nyawa dalam keadaan tragis.
Umaira pula mengalami masalah mental dan kini menjadi penghuni rumah sakit
jiwa.