“ALLAH!”
Datuk Rusdy terjelepok atas lantai hospital apabila dikhabarkan tentang
kematian Rizman. Doktor tidak dapat menyelamatkan nyawa Rizman. Rizman banyak
kehilangan darah malahan urat pada lehernya hampir putus. Mereka telah cuba sedaya upaya untuk berusaha.
Namun, ajal dan maut di tangan TUHAN.
Adam Raiqal yang baharu tiba bersama
James hanya mampu terpangku melihat keadaan Datuk Rusdy yang sedang meraung
itu. Doktor yang berselisihan dengannya itu sekadar sekejap memandangnya dengan
gelengan perlahan. Ada Raiqal bersandar pada dinding. Gelengan doktor dan
raungan Datuk Rusdy sudah cukup memberikan jawapan yang tidak perlu ada
pertanyaan itu.
Kenapa perlu berakhir begini? Dia
tidak sempat berbuat apa-apa untuk menghindarkan perkara buruk yang berlaku.
Ingin salahkan siapa? Adam Raiqal tidak mahu menunding jari ke muka Datuk
Rusdy.
“Aku tak faham? Kenapa Rizman sampai
bunuh diri?” James memandang tepat pada
wajah Adam Raiqal.
Adam
Raiqal mengalihkan pula pandangan ke arah Datuk Rusdy. Dia begerak dengan
langkah perlahan merapati lelaki itu. Adam Raiqal bercangkung di depan Datuk
Rusdy. Bahu lelaki itu disentuh. Tiada kata-kata mampu diungkapkan oleh Adam
Raiqal. Datuk Rusdy mengangkat kepala merenung wajah anak muda itu.
“Rizman
masih hidup. Uncle tahu dia masih
hidup.”
Datuk
Rusdy memaut kedua-dua belah lengan Adam Raiqal. Adam Raiqal sedikit
menundukkan kepalanya. Di tahu sukar untuk Datuk Rusdy menerima kematian
Rizman. Rizman anak tunggal Datuk Rusdy. Rizman adalah nadi dan nyawa lelaki
itu.
“Bersabar
uncle…” Ungkapan yang payah untuk
dituturkan. Hany itu kata-kata yang berjaya dikeluarkan. Adam Raiqal cuba membantu Datuk Rusdy untuk
bangun.
Kedua-duanya
melangkah masuk ke dalam wad terbabit. Tubuh Rizman yang berselimut putih itu
menambahkan lagi kesedihan pada hati Datuk Rusdy. Selimut putih kelihatan
dicemari dengan darah.
Wajah
Rizman yang terpejam yang masih berdarah itu direnung degan sayu. Seorang demi
seorang, orang yang disayangi meninggalkan dia. Datuk Rusdy mendakap
tubuh kaku Rizman.
“Unclekena redha dengan pemergian
Rizman.”
“Kamu
fikir uncle boleh menerima kematian
Rizman?” Datuk Rusdy bersuara.
“Uncle kena terima ketentuan Ilahi.”
Datuk
Rusdy diam. Namun, kata hatinya menidakkan kematian Rizman. Rizman tidak boleh
mati. Adam Raiqal tidak akan memahami perasaan hati seorang ayah sepertinya.
Jika diberikan pilihan dia lebih rela menggantikan nyawa untuk anaknya itu.
“Uncle mahu Rizman dikebumikan hari ini
juga.” Tubuh kaku Rizman dibaringkan semula. Selimut ditarik menutup semula
tubuh itu.
“Saya
akan bantu uncle semampu yang boleh.”
“Terima
kasih, Raiqal.” Datuk Rusdy memeluk tubuh Adam Raiqal. Erat. Untuk seketika.
Datuk
Rusdy berlalu meninggalkan Adam Raiqal sendirian di samping jasad sahabatnya
itu. Apa yang Adam Raiqal takuti, lelaki itu akan cuba menghidupkan Rizman
sepertimana yang dilakukan pada arwah ‘Dayana’ menjadi sebuah patung bernyawa.
Adam
Raiqal perlu mengawasi tindak tanduk lelaki itu. Dia tidak mahu jasad Rizman
dipergunakan dalam ilmu hitam.
SETELAH
menguruskan pengembumian di siang hari, malam itu Datuk Rusdy mengarah dua
orang upahannya mengorek semula kubur Rizman yang masih merah. Tindakan gilanya
itu mendapat tentangan dari Bakri. Bakti, pemandunya itu tidak mahu bersubahat
dengan perbuatan majikannya itu. Bakri kecewa kerana Datuk Rusdy termakan
dengan bisikan kata iblis. Malah dia diherdik
dan dihalau oleh majikannya itu. Bakri sudah menjalankan tanggaungjawabnya
sebaik mungkin. Selebihnya itu, terpulang pada pendirian Datu Rusdy.
Datuk Rusdy keraskan hati. Apa juga
halangan tidak sedikit pun mematahkan keinginan melihat Rizman ‘hidup’ semula.
Tidak dipeduli pada nasihat yang berdesing menusuk ke corong telinga.
Datuk
Rusdy ke liang lahad sebaik selesai dikorek. Jasad Rizman yang berbungkus itu
ditarik keluar berhati-hati. Dia sendiri mencepung mayat anakya itu naik ke
atas.
“Papa
takkan biarkan kamu bersendirian dalam tu. ‘Dayana’ masih menanti kamu di
rumah. Kita akan berkumpul semula.” Wajah Rizman yang masih belum dimamah tanah
itu diusap-usap dengan penuh kasih sayang.
Tanah
kubur itu dikambus semula. Kubur itu berbatu nisan tanpa jasad di dalamnya. Datuk
Rusdy seakan tidak takut duduk bersama jasad Rizman di belakang. Keretanya yang baharu bergerak tidka sampai
suku jalan itu berhenti secara mengejut. Ada lembaga manusia yang menghadang di
hadapan.
Datuk
Rusdy mengecilkan bola matanya. Dia mengamati wajah lembaga manusia itu yang
sudah diternagi dengan cahaya lampu.
“Raiqal!”
Datuk Rusdy menolak pintu kereta. Dua orang upahannya turut keluar untuk
berdepan segala kemungkinan yang berlaku nanti.
“Uncle… apa uncle buat ni? “
“Ketepi
Raiqal. Uncle tak mahu orang-orang uncleberkasar dengan kamu!”
“Mengucap
uncle. Mengucap. Jangan buat kerja
gila ni!”
“TUHAN
tak pernah kasihani aku. Dia mabil nyawa anak aku. Rizman tak patut mati!”
“Uncle…” Adam Raiqal tidak sempat
menghabiskan kata-kata. Kepala Adam Raiqal dipukul dengan kayu dari belakang.
Dia rebah menyembam tanah. Orang upahan Datuk Rusdy membuang kayu ke bawah.
Di
pertengahan jalan, kereta Datuk Rsudy mula tersekat-sekat dan kemudian berhenti. Orang upahanya yang memandu itu cuba
menghidupkan semula kereta tetapi tidak berjaya.
“Kereta
rosak datuk.” Ujar lelaki yang menjadi pemandunya itu. Dia melolos keluar dari
kereta untuk memeriksa kerosakan. Rakannya turut melangkah keluar.
“Tunggu
apa lagi, betulkan saja.” Datuk Rusdy muncul mengejut di belakang mereka.
Kedua-duanya mengurut dada.
“Ambil
masa ni datuk.”
Datuk
Rusdy merengus kecil. Lewat malam begini kereta pula buat hal. Dia bercekak
pinggang memandang bahagian enjin kereta yang berasap.
Tiada pilihan. Pintu kereta belakangnya
ditarik. Dia meletakkan jasad Rizman pada bahunya. Perbuatannya itu mengejutkan
orang-orang bawahannya. Mereka ingin membantu tetapi ditegah oleh lelaki itu. Datuk
Rusdy memikul jasad Rizman mendaki jalan seperti mendaki bukit itu.
Kelitihan terpancar pada wajah tua Datuk
Rusdy namun tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengorak langkah. Langkah
itu sepatutnya menjejaki masjid. Berzikir dan bersujud kepadaNYA. Menerima
dengan redha qada dan qadar ALLAH.
Ulas bibirnya mengukir segaris senyuman
sebaik melihat rumah agam yang dicari. Kehadiran seperti dirasai oleh penghui
rumah agam itu. Maria yang membuka pintu tersentak melihat jasad berkapan putih
yang dipikul oleh Datuk Rusdy itu.
“Terima kasih,” ucap Datuk Rusdy pendek.
Zaitun sudah sedia menunggu di ruang tamu.
Datuk Rusdy meletakkan mayat Rizman di depan mata Zaitun. Terbelalak mata
wanita itu.
“Rusdy… apa kamu mahu lagi?”
“Aku mahu kau hidupkan anak aku!”
“Apa yang berlaku?” Sengaja Zaitun
bertanya sedangkan dia tahu apa yang berlaku pada Rizman. Bibir yang tersalut
dengan warna merah itu melirik senyuman.
Datuk Rusdy kelihatan menguru-urut
dadanya. Nafasnya jelas tercungap-cungap. Tangannya menggeletar mengeluarkan
sebotol pil dari kocek seluar.
*Saya behentikan dulu untuk entry MANNEQUIN pada bab ini. Saya sedang menyiapkan manuskrip ini sepenuhnya untuk penilaian penerbit nanti. Doakan untuk saya. Doakan MANNEQUIN menjadi naskah novel yang dicetak
Terima kasih pembaca semua,