TANAH yang berhutan rimba di pangkor laut
itu menarik perhatian Dato’ Reza mendirikan pusat peranginan baru. Tambahan
pula tempat itu mempunyai kawasan perhutanan yang menghijau dan damai di mata
Dato’ Reza. Sungguh menenangkan buat mereka yang ingin suasana sebegitu. Dato’
Reza mengerahkan orang-orangnya untuk menguruskan segala rancangan yang telah
diaturkan sekian lama. Beruntung sekali kerana tempat itu sudah menjadi
miliknya.
Sudah beratus ribu ditaburkan untuk memiliki tanah tersebut. Namun, itu bukan
masalah bagi Dato’ Reza asalkan segala impiannya tercapai. Tambahan pula projek
resort yang diusulkan sudah mendapat kelulusan.
Kerja-kerja
pembinaan mula dijalankan. Dato’ Reza akan hadir sekali-sekala untuk melihat
projeknya berjalan dengan lancar. Dia bercadang ingin mendirikan sebuah chalet
mewah miliknya untuk memudahkan dia berulang-alik kelak.
Hari
ini, dia datang semula ke tapak projek bersama orang kanannya Meor. Bibirnya
mengulum senyuman melihat rangka-rangka chalet yang telah didirikan.
“Malam
ni saya mahu bermalam di sini.”
“Dato
tak kisah ke? Lagipun chalet khas untuk dato’ masih dalam proses pembinaan.
Kita bermalam sahaja di chalet Pangkor.”
Dato’
Reza menggeleng-geleng kepalanya.
“Saya
akan bermalam di sini. Saya tidak kisah tidur bersama pekerja-pekerja saya.”
Tegasnya. Meor sudah maklum dengan sikap mesra Dato’ Reza. Lelaki itu seorang
yang tidak membeza-bezakan kedudukan. Sikap yang cukup disenangi oleh
orang-orang disekelilingnya.
Sepasang
mata berwarna kemerahan seakan sedang memerhatikan mereka di balik pokok
sebesar dua pemeluk manusia itu.
Suara
kecoh di tempat kerja mengejutkan Dato’ Reza dan Meor. Seorang lelaki tua
sedang mengarahkan pekerja-pekerjanya keluar dari tempat itu.
“Apa
hal ni, Ghazali?” Dato’ Reza menghampiri salah seorang pekerjanya.
“Orang
tua ni dah kali beberapa kacau kerja kami, dato’.”
“Kenapa
saya tak tahu hal ni?” Desis Dato’ Reza. Katanya kami kacau tempat dia. Dia
bagi amaran jika kami tak pergi dari tempat ni, kami akan terima bala.”
“Kami
ingat kami boleh settle sendiri tanpa
dato’. Tak sangka pula boleh jadi rumit.” Ghazali menggaru-garu kepala yang
tidak gatal.
Dato’
Reza menarik nafas panjang.
“Nyah
aku kata! Kalau tidak kamu semua akan terima padanya.” Lelaki tua itu
menghayun-hayunkan parang ditangannya.
Dato’
Reza dengan berani tampil ke hadapan.
“Maaf…
apa salah kami? Kami sudah mendapat kelulusan dari saluran yang betul untuk
mengusahakan tanah ini menjadi tempat peranginan.” Suara Dato’ Reza.
“Kau
ketuanya!” Lelaki itu menghalakan jari telunjuknya pada muka Dato’ Reza.
“Kita
boleh berbincang baik-baik.” Dato’ Reza memujuk. Kalau boleh dia tidak mahu
terjadinya pertelingkahan yang tiada kesudahan.
Lelaki
tua itu merengus.
“Aku
kata nyah dari maka nyahlah. Kalau kamu semua tak mahu mati! Ini amaran aku
yang terakhir.” Bunyinya seperti ugutan.
Wajah
lelaki tua itu nampak begitu serius. Dia meninggalkan tapak pembinaan itu.
Dato’ Reza menghela nafas panjang.
DATO’ Reza tidak dapat tidur dengan
lena. Sekejap tubuhnya dialihkan ke kiri dan sekejap ke kanan. Mungkin dia
tidak selesa tidur beralas tikar. Matanya terbuka apabila menangkap bunyi
menderam seekor binatang. Dia bangun dan melangkah keluar dari rumah kayu yang
dibina secara rawak oleh pekerja-pekerja untuk tempat berteduh.
Dia
memijak anak tangga yang dibina dari kayu itu. Beria-ia dia mahu tidur di
pondok kayu sendirian dan ajak jauh dari pekerja-pekerjanya yang lain
termasuklah Meor.
Bunyi
seakan bintang berlari di balik semak-samun berdekatan pondok kayu itu menarik
perhatian Dato’ Reza. Dato’Reza masuk ke dalam semak. Daun-daun pokok
berguguran dari atas. Dato’ Reza mendongkkan kepalanya.
Makhluk
yang berada di atas dahan pokok itu bukannya binatang. Makhluk itu menyeringai
ke arahnya.
“ALLAH!” jerit Dato’ Reza lantang.
CAHAYA matahari menyapa wajah Dato’
Reza. Dia bangkit perlahan-lahan memengang kepala mengingati apa yang telah
berlaku kepadanya. Ingatannya agak kabur sedikit. Dato’ Reza bangun
perlahan-lahan. Dengan langkah agak terhoyong-hayang dia melangkah keluar dari
kawasan semak samun itu.
Bau
hanyir sudah menusuk ke lubang hidung Dato’ Reza. Dia mempercepatkan langkahnya
menuju ke arah tapak projek. Matanya terbuntang luas melihat mayat-mayat bergelimpangan
bermandikan dengan darah. Tubuhnya menggeletar melihat mayat-mata di depan
matanya itu.
Kedua-dua
belah lutut Dato’ Reza sudah menyembah ke tanah. Apa yang sudah berlaku? Siapa
yang membunuh pekerja-pekerjanya itu? Dan juga Meor? Dato’ Reza meraup
wajahnya.
Bayangan
susuk seorang lelaki muncul di belakang Dato’ Reza.
“Aku
dah cakap, kamu semua akan ditimpa bala. Kamu semua berdegil!”
Dato’ Reza mengetap bibir. Apa yang
tidak kena pada kawasan itu? Siapa lelaki tua itu?