JOHENDRY tahu apa yang dia lakukan itu
adalah kerja gila. Tanpa pengetahuan dari Asmida, dia mengekori Faris dalam
diam. Faris nampak normal bersama keluarga kekasihnya itu. Tiada mencurigakan
Johendry setakat ini. Johendry masih berwaspada kerana dia yakin Faris masih
belum menunjukkan rupa sebenarnya.
“Ah,
mungkin dia sedang berlakon. Aku mesti menyingkap topeng yang dia pakai. Aku mesti
siasat mamat ni hingga ke akar umbinya,” Desis hati Johendry.
Johendry
masih tidak boleh memadam dari kotak ingatan apa yang dilihatnya malam itu. Dia
seperti tidak percaya apa yang dilihatnya itu adalah realiti dan bukannya
mimpi. Tapi matanya tidak salah pandang. Dia yakin lelaki itu adalah Faris. Johendry
perlu menyiasatnya sendiri. Benarkah Faris adalah manusia bertopengkan iblis?
Sekiranya
terbukti Faris adalah pembunuh kejam itu, dia perlu memberikan amaran kepada
Asmida. Dia tidak mahu Asmida menjadi mangsa. Kini, Johendry percaya pada
mimpi-mipi ngeri yang diceritakan oleh Asmida. Johendry tidak akan berhenti
selagi tiada bukti kukuh di dalam tangannya.
RUZANA menjerit-jerit dalam tidur. Dia
seakan dibayangi mimpi ngeri. Ruzana membuka mata. Tubuhnya dibasahi dengan
peluh dingin. Mata Ruzana meliar sekeliling bilik tidurnya. Nafasnya
tercungap-cungap. Tiada kepala Rais yang mengejar. Tiada tubuh Rais tanpa
kepala yang bergolek di atas jalan. Ruzana mengurut dada. Dia asyik bermimpi
yang sama saban malam. Apa salahnya pada Rais hingga lelaki itu mengganggu di
dalam mimpinya.
Ruzana
mencapai telefon bimbitnya. Dia cuba menghubungi Qarl. Panggilan tidak berbalas.Bibirnya
di ketap. Hatinya bertambah geram apabila Qarl mematikan telefon. Ruzana menyumpah
seranah. Telefon bimbit dicampakkan ke lantai. Berkecai. Ruzana sudah tidak
dapat bertahan lagi. Banglo Qarl juga sudah tidak selamat baginya
selagi gangguan itu tidak dihapuskan. Dia perlu paksa Qarl mencari bomoh untuk
memagar banglo ini.
Apabila
kakinya menjejak lantai, ada sebatang tangan menjulur keluar dari bawah katil
memaut pergelangan kaki kiri Ruzana. Ruzana menjerit. Ruzana cuba melepaskan
kakinya dari cengkaman tangan itu. Ruzana menendang tangan tersebut dengan kaki
kanannya.
Apabila
usahanya berhasil, Ruzana segera berlari ke arah pintu bilik. Tombol pintu
dipulas kali-kali. Ruzana sudah takut separuh mati.
“Tolongggg!”
Jeritnya.
Dia memalingkan kepalanya ke
belakang. Lembaga tidak berkepala merangkak keluar dari bawah katilnya itu.
Kali ini dia tidak bermimpi.
Ruzana
cuba memulas lagi tombol tetapi tidak berjaya. Dia mula memukul-mukul pintu
bilik itu dengan kuat.
“Tolonggg!”
“Ruzana…”
Namanya diseru-seru. Hantu Rais merangkak-rangkak menghampirinya. Bau busuk
sudah mencemari rongga hidung Ruzana. Ruzana hampir pitam dengan bau busuk itu.
Tekaknya juga mual.
“Tolongggg!”
Kali ini Ruzana menjerit dengan kuat. Ruzana sudah menangis. Tidak sanggup dia
berpaling lagi melihat Rais yang mengerikan. Tangan Rais yang sudah hampir
tidak berdaging dan berulat itu hampir-hampir memengang kaki Ruzana.
Pintu
bilik itu terkuak. Dua orang pegawal peribadi Qarl berdiri di muka pintu.
“Kenapa
Cik Ruzana?”
Ruzana
segera menyorok di belakang pengawal peribadi Qarl itu.
“Hantu!
Ada hantu!”
Kedua-dua
lelaki itu mengerutkan dahi. Tiada apa-apa yang dilihat di hadapan mereka.
Ruzana turut memanjangkan lehernya. Hantu Rais tanpa kepala sudah tidak
kelihatan lagi di dalam biliknya.
“Tiada
hantu pun dalam bilik Cik Ruzana.”
“You
fikir I tipu?” Ruzana berang. Dia tidak mungkin bermimpi. Dia namapk jelas
hantu Rais tanpa kepala itu merangkak-rangkak ke arahnya.
“Kami
tak kata cik menipu.”
“I
nampak dengan dua biji mata I hantu Rais tanpa kepala di belakang I. Buat apa I
menjerit minta tolong jika I tak nampak?”
Kedua-dua
lelaki itu saling berpandangan.
“Barangkali
cik bermimpi.”
“Mimpi
hotak you. Sudah! I tak nak tidur dalam bilik berhantu ni. I nak tidur di sofa
ruang tamu. You berdua kawal di luar!” Ruzana melenting. Dia mencapai bantal
dan selimut lalu turun memijak anak tangga.
Ruzana
menghenyak punggung atas sofa. Dia menekan remote
televisyen. Astro sahaja ada rancangan hingga ke pagi. Rancangan yang kerap
berulang-ulang dimainkan hingga penonton seperti berasa muak.
“Cik
Ruzana…”
“You
berdua kawal di luar tu sampai pagi. Jangan tidur!” Arahnya.
Kedua
lelaki itu sekadar menjongket bahu. Panas hati betul perempuan seorang itu.
Mereka terpaksa menurut kata-kata Ruzana kerana tugas yang telah diberikan oleh
bos mereka.
Nafas
Ruzana turun-naik. Tubuhnya masih menggigil.
Bukan kerana kesejukan dari penghawa dingin tetapi rasa takutnya itu.
Kenapa
hantu Rais mengganggui dia? apa salahnya pada Rais? dia tiada sebarang hubungan
istimewa dengan Rais. Patutnya Rais ganggu tunangnya itu bukannya dia. Apartmen
yang dibelikan oleh Qarl sudah dijual. Pasangan suami isteri yang membelinya.
Tidak pula pasangan itu diganggu. Hairan?
QARL ketawa berdekah mendengar cerita
dari mulut Ruzana. Jika hantu Rais menganggu Ruzana, sudah tentu dia juga akan
diganggu sekali. Ruzana hanya bermimpi ngeri sampai terbawa-bawa ke alam
realiti.
“You
ketawakan I?’
“Cerita
you tu tak masuk di akallah sayang.”
“I
serius Qarl!” Marah Ruzana. Qarl tidak mengalaminya tentulah boleh bercakap
besar.
“Kalau
dia kacau you, I pun dia kacau sekali. Khayalan you aja.”
Tawa
Qarl masih bersisa. Qarl memperlekehkan cerita dari mulut Ruzana. Ruzana takut
tidak menentu sampai berkhalyal sejauh itu.
“I
tak nak duduk di banglo itu lagi!” Tidak kuasa dia tinggal dalam banglo yang
sudah berhantu itu. Saban malam dia akan dikacau nanti.
Qarl
memaut bahu Ruzana. Dia sudah bersedia untuk memujuk kekasih gelapnya itu.
“I
akan cari bomoh untuk halau hantu tu.”
“You
masih nak main-mainkan I!”
“I
serius ni sayang. I akan minta bomoh tu pagarkan sekali banglo tu. Lepas ni
tidak ada hantu akan kacau you.”
“So, you kena cari bomoh tu sekarang.”
“Sekarang?”
“Ya,
sekarang!” Desak Ruzana. Dia tidak boleh melelapkan mata jika hantu Rais terus
menagganggu.
“Okay,
I akan uruskan semuanya…” Qarl menurut sahaja kehendak Ruzana. “Senyumlah
sikt.” Qarl memaut dagu Ruzana.
“I
tak boleh nak senyum selagi semuanya belum selesai.”
“Okay-okay.”
Sebaik
Ruzana keluar dari bilik pejabatnya, Qarl menongkat dagu di meja. Dia memang
tidak percayakan sangat pada cerita Ruzana. Masakan Rais yang sudah dimamah tanah
itu bangkit untuk mengacau mereka. Mengarut! Kalau Rais jadi hantu, kenapa
mereka yang perlu dikacau. Dia tidak membunuh Rais. Rais patut mencari
pembunuhnya!
Sampai
sekarang kes pembunuhan Rais masih tidak terungkai. Susah sangat agaknya pihak
polis mencari bukti. Seperti kata Ruzana, dia juga perlu berjaga-jaga. Apa yang
dia takutkan adalah musuh dalam selimut.
“ITULAH orangnya.” Johendry menundingkan
jari ke arah Ruzana yang sedang berpegangan tangan dengan seorang lelaki.
“Cantik.”
Puji Asmida.
“Aku
rasa kau lagi cantik,” Komen Johendry.
“Jangan
mengarutlah.”
“Aku
nak puji pun salah,” Keluh Johendry. Saja dia menayangkan muka seposennya.
“Tak
payah nak buat muka dengan aku. Ingat aku akan simpati ke?”
“Bila
kau jadi kejam ni? Ini mesti kau stress
dengan manuskrip kau.”
“Joe…
tutup muka cepat!” Asmida memberikan isyarat.
Johendry
dan Asmida segera mengangkat menu masing-masing. Ruzana melintasi meja mereka
bersama Qarl.
“Seksa
aku tengok. Aku ingat orang miskin yang tak cukup kain rupanya orang kaya lagi
tak cukup kain.” Johendry mengomen penampilan Ruzana. Tergeleng-geleng
kepalanya.
Ketawa
kecil Asmida.
“Aku
pula ingatkan kau nampak perempuan cantik ni, tertonjol keluar biji mata kau.”
“Aku
bukan bangsa lelaki mata keranjang.”
“Okaylah
kau jenis lelaki yang baik-baik. Kategori lelaki melayu terkahir.”
Sengih
Johendry dengan kata-kata Asmida. Seorang pelayan lelaki menghampiri meja
mereka untuk mengambil pesanan. Johendry menelan air liur melihat harga makanan
di dalam menu terbabit. Sempat dia mengerling Asmida yang selamba membuat
pesanan kepada pelayan lelaki itu.
“Emmm…”
Johendry masih membelek menu di tangan.
“Pesanlah.
Aku belanja kau.”
Terjongket
sebelah kening Johendry.
“Kau
nak belanja aku?”
“Yeap.”
Laju
Johendry membuat pesanan. Tengah-tengah bulan begini biasalah duit sedang
kering. Tambahan pu;la dia
“Tak
kisah ke ni?”
“Sekali-sekala.”
Senyum
lebar Johendry. Bolehlah dia kikis sikit duit Asmida untuk makan di sini.
Untung ada kawan baik macam Asmida.