SELAMAT hari lahir! Selamat hari lahir! Lagu
hari lahir dinyanyikan. Genap usianya 27 tahun. Teman-teman sepejabat bertepuk tangan sebaik lilin
ditiupkan. Ligat tangannya memotong kek menjadi beberapa potongan.
Natasya tersenyum manis menerima hadiah dari
pemberian teman-teman rapat. Tak sangka dia menerima kejutan dari mereka di
pejabat.
“Terharunya
saya.”
“Moga
kau cepat-cepat coupledengan Andy
Hakim.” Kak Sof Lin separuh berbisik.
Terjerit
kecil Natasya.
Muka
merah padam menahan malu. Satu pejabat tahu yang Natasya ada hati pada Andy
Hakim, akauntan syarikat tempat mereka bekerja itu. Cuma Natasya tidak berani
untuk meluah perasaan.
Sewaktu pulang dari kerja, Natasya
tersangkut dalam kesesakan lalu-lintas akibat kemalangan yang berlaku. Natasya
menarik nafas lega sebaik berjaya melepasi kawasan kemalangan itu. Namun,
nasibnya tidak baik. Tayar keretanya pancit di persimpangan jalan. Hujan pula
turun dengan lebatnya. Natasya keluar dari perut kereta memeriksa tayar kereta
yang pancit. Dia hanya mampu melepaskan keluhan berat. Tubuhnya sudah lencun
dibasahi hujan.
Sebuah
kereta kelihatan berhenti di bahu jalan. Natasya mengecilkan matanya. Seorang
lelaki keluar memakai payung menghala ke arahnya.
Bibir
Natasya mengulum senyuman. Andy Hakim!
“Kenapa
ni?” Lelaki itu bertanya.
“Tayar
pancit.” Natasya membalas lembut.
“Kalau
begitu, ikut sayalah. Hujan berhenti nanti saya betulkan tayar kereta awak.”
Natasya
mengangguk setuju. Andy Hakim segera memayungkan Natasya. Mereka beriringan
menuju ke kereta.
Andy Hakim membawa Natasya ke sebuah
rumah papan yang cantik reka bentuknya. Katanya rumah itu peninggalan orang
tuanya dulu tetapi tidak diduduki. Andy Hakim hanya melawatnya sekali sekala.
Ada seorang perempuan tua yang menjaganya. Perempuan tua itu diperkenalkan dengan panggilan Mak
Mah.
Sebuah
potret tergantung di dinding. Potret tersebut menarik perhatian Natasya. Lama
dia merenung potret itu.
“Potret
ibu dengan ayah saya. Ayah sayaorang
melayu. Ibu saya pula orang Inggeris. Ibu saya meninggal dunia ketika saya
berusia 3 tahun dalam satu kemalangan langgar lari. Ketika tu ibu saya baru
keluar dari kedai kek mengambil tempahan kek hari lahir saya. Sebuah lori
merempuhnya. Kedua-dua belah kakinya putus. Kek hari lahir saya bertaburan atas
jalan. Dia mengesot-ngesot di atas jalan sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Tak tahu apa yang dicarinya.” Andy Hakim bercerita.
“Maaf,
saya tumpang simpati pada ibu awak. Ayah awak pula? Dia masih ada?”
Andy
Hakim hanya tersenyum.
“Ayah
saya pun dah tiada.”
“Oh,
maaf…” Kepala Natasya sedikit menunduk.
“Ini
tuala dan pakaian. Awak salinlah dalam bilik.” Andy menunjukkan sebuah bilik
kepada Natasya. Bilik itu hanya mempunyai sebuah katil, almari dan meja
solek. Natasya menukar ganti pakaiannya.
Dia duduk di meja solek menyisir rambutnya yang sudah dikeringkan dengan tuala.
Natasya
membuka laci meja solek itu. Ada satu loket berbentuk bujur di dalamnya. Luar
loket tu berukiran. Natasya tertarik dengan loket tersebut. Hatinya
meronta-ronta untuk mengambil loket tersebut. Natasya terpaksa mengalah pada
kehendak hati. Segera loket itu dimasukkan ke dalam kocek seluar.
Natasya
bingkas bangun. Apabila dia berpaling berpaling dia hampir menjerit kerana Mak
Wan muncul mengejut di belakangnya. Perempuan itu memeranjatkan dia. Natasya
cuba berlagak selamba. Moga-moga perempuan tua itu tidak nampak dia mengambil
loket tersebut. Ala, loket lama saja pun bukannya intan berlian.
Natasya
tidak senang dengan renungan Mak Mah. Hujan semakin reda. Mak Mah menjemput
Natasya ke ruang tamu. Hidangan air panas sudah disediakan. Andy Hakim sudah
menantinya dengan senyuman.
“Selamat
hari lahir,” ucap lelaki itu.
Dia
menyerahkan bungkusan kecil kepada Natasya. Hati Natasya berbunga-bunga. Tanpa
Natasya menyedari ada mata yang memerhati.
“Terima kasih,” ucap Natasya setelah
tayar keretanya diganti oleh Andy Hakim. Lega dapat pulang walau hari sudah gelap.
Lewat
malam, Natasya sampai di rumah sewanya. Selesai membersihkan diri, duduk di
birai katil. Natasya mengeluarkan loket dari kocek seluar yang dipakainya tadi.
Hadiah dari Andy Hakim hanya diletakkan pada meja soleknya. Loket itu dibelek
berkali-kali. Dia membuka loket tersebut. Di dalam tersimpan gambar orang tua
Andy Hakim. Gambar yang sama dengan potret yang tergantung di rumah peninggalan
orang tua lelaki itu. Keesokkan hari dia membawa loket itu ke kedai emas untuk
dijadikan rantai. Loket tersebut disarungkan pada lehernya. Natasya memandang
cermin. Cantik. Sesuai sekali dengan dia.
“Cantik
loket kau. Mana kau beli?” Tanya salah seorang rakan serumahnya.
“Adalah…”
“Boyfriend kasi ye.”
Natasya
hanya tersengih seraya menggelengkan kepalanya. Hadiah yang diberikan Andy Hakim langsung
tidak dipandang.
“Aku
nak keluar ke CM kejap. Ada yang ikut tak?” Natasya menyandang beg tangannya.
“Malaslah.
Aku nak lepak-lepak kat rumah.”
Natasya
menyarung kasut.
Natasya
merayau-rayau sendirian di Pasar Seni. Dia asyik membelek sehelai t-shirtberwarna putih. Tanpa sedari seorang
lelaki tua berpakaian compang-camping mendekati Natasya. Lelaki itu membawa
satu karung plastik hitam yang disandang pada bahunya. Bau lelaki itu busuk. Macam
bau sampah. Meloyakan tekak!
“Kau
ambil sesuatu yang bukan hak kau. Pulangkan semula.” Suara lelaki tua itu keras.
Dia menjegilkan matanya pada Natasya.
Semua
orang memandang ke arahnya.
“Orang tua gila!” Ambil
apa? Dia ambil apa? Natasya bertanya pada dirinya sendiri. Natasya mengundurkan
langkahnya lantas berpaling meninggalkan tempat itu.
“Pulangkan!
Benda itu bukan milik kau!” Pekik lelaki tua itu.
Langkah
Natasya semakin laju. Nafasnya turun naik. Dia segera melolos masuk ke dalam
kereta.
Natasya menggelisah di atas katil. Suara
seorang perempuan mengganggu tidurnya. Natasya membuka matanya. Suara perempuan
itu berada di dalam biliknya. Dia mula cuak. Ada rakan serumah yang mahu
menakutkan dia ke? Mereka gemar bercerita tentang hantu malam-malam.
Terutamanya malam jumaat. Natasya tidak beberapa gemar mendengarnya.
“Pulangkan… pulangkan
balik.” Merinding dia mendengar suara tersebut. Pintu biliknya tertutup rapat.
“Wei, korang jangan takut-takutkan aku!”
Natasya merengus.
Busuk satu biliknya
itu. Macam mana bau busuk itu masuk ke biliknya? Natasya menutup hidung.
“Pulangkan…”
Natasya
menyelak kain selimutnya. Suara itu seperti berada berhampiran dengan katilnya.
Dia menjenguk kepala ke lantai dari atas katilnya. Bola mata hitamnya membulat.
Seorang perempuan tanpa kedua belah kaki dan berlumuran darah mengapai-gapai
tangannya seperti meminta sesuatu. Sebelah mukanya yang terkopek itu
menampakkan isi dagingnya yang berulat.
“Aaaaa!”
Natasya menjerit ketakutan hingga
mengejutkan seisi penghuni rumah sewa itu.
Pintu
bilik terkuak. Suis lampu ditekan. Biliknya terang-benderang. Natasya kelihatan
menggigil di atas katil.
“Kenapa
ni?” Rakan serumahnya bertanya.
“Hantu.
Ada hantu!” Natasya meloncat dari katil lalu memaut kedua-dua belah bahu
rakan serumahnya itu.
“Kau
mengingaulah tu.” Desis rakan serumahnya itu.
Natasya
meraup muka. Dia nampak jelas wajah perempuan yang menakutkan itu.
Tidak tahu apa silapnya, Andy Hakim mula
dingin dengan dia. Bertegur sapa hanya melibatkan soal kerja. Natasya berkecil
hati dengan tingkah lelaki itu. Dia cuba mendapatkan penjelasan dari lelaki
itu.
Natasya
semakin bosan untuk menunggu di lobi. Batang hidung Andy Hakim masih tidak
kelihatan. Barangkali Andy Hakim ‘stayback’
di pejabat. Suasana bangunan itu semakin sunyi. Telinga Natasya menangkap bunyi
tangisan perempuan itu berdekatan dengannya. Sayup-sayup.
Huuuu…
Huuuu… Huuuuu…
Ada
teman sepejabat yang masih tidak pulang lagikah? Natasya mencari-cari suara
tangisan itu. Dia terlihat ada perempuan sedang terenjut-enjut di balik pasu
pokok bunga. Dia amati perempuan itu.
Bau
busuk menusuk hidung. Pengemiskah? Masakan pengemis boleh terlepas masuk? Apabila
mata terpaku pada kedua belah kaki perempuan itu, Natasya tidak jadi itu
menyapa.
“Pulangkan…
aku tahu kau nampak aku… pulangkan barang aku…”
Tahu-tahu perempuan itu
sudah berada di depan mata Natasya dengan wajah ngerinya. Natasya berlari
keluar dari bangunan. Dia menyorok di belakang badan keretanya. Nafasnya tidak
keruan.
Sebatang
tangan menyentuhnya dari belakang. Natasya menjerit sekuat-kuat hatinya.
“Arghhhhh!”
“Tasya…
Saya ni.”
Natasya
berhenti menjerit sebaik mendengar suara serak-serak basah itu. Dia memalingkan
tubuhnya.
“Andy…”
Nafas
lega ditarik perlahan-lahan. Natasya memandang sekeliling tempat letak kereta
itu. Tiada lagi perempuan tidak berkaki itu mengesot mengekori dia.
“What’s wrong with you?” Tanya lelaki
itu. Riak mukanya serius.
“Sa…sa…
saya naa… nampakk… hantuuu… perempuann tuu… takdee kakii… saya takutt…” ujar
Natasya tersekat-sekat. Jelas ketakutan terpamer pada wajahnya.
Andy
Hakim mengalihkan lirikan matanya pada loket yang dipakai oleh Natasya.
“Awak
dah ambil barang yang bukan hak awak. Awak patut pulangkan balik dan akui
kesalahan awak. Tak susah kan?”
“Sa…
sa… saya ambil apa?” Natasya buat-buat tidak mengerti.
“Saya
kecewa dengan awak. Jangan menyesal bila semuanya sudah terlambat.” Andy Hakim memberikan
peringatan.
Natasya
mengetap bibir. Andy Hakim berlalu. Natasya tahu barang yang dimaksudkan oleh
Andy Hakim adalah loket tersebut. Masakan hanya kerana dia mengambil loket ini
dihantui hantu perempuan tu? Tak mungkin? Loket tu tak nampak barnag berharga
pun. Pedulikan.
Gangguan tidak berhenti
setakat itu. Natasya sering terasa dirinya diekori dan diperhatikan. Malahan
wajah perempuan yang menakutkan itu seringkali muncul di depan matanya.
“Kamu
okey?” tegur Kak Sof Lin. Selalu juga dia melihat Natasya berwajah pucat lesi.
macam nampak sesuatu yang menakutkan.
“Sa…
saya okey kak.” Natasya berdalih.
Kata-kata
Andy Hakim sering berulang-ulang di telinganya. Natasya masih berkeras hati.
Dia tidak mengendahkan amaran yang diberikan oleh Andy Hakim itu. Hatinya berat
untuk memulangkan loket itu semula.
“Kau, kalau ada masalah cakap saja pada
akak. Lama-lama kau pendam boleh buat kau jatuh sakit.” Kak Sof Lin merapati
ketika melihat Natasya di pantri membancuh miuman.
“Saya
okey kak.” Natasya lebih suka mendiamkan diri. Lebih baik tiada sesiapa yang
tahu tentang masalahnya itu. Juga tentang loket tersebut yang diambil tanpa
keizinan.
“Akak
tak nampak kau okey.”
“Saya
nak sambung buat kerja saya kak.” Natasya bingkas keluar dari pantri. Kak Sof
Lin segera mengekori gadis itu dari belakang.
Kak
Sof Lin membeliakkan mata apabila melihat bayang seorang perempuan mengesot di
belakang Natasya. Dia menekup mulut.
“Tasya…”
Kak Sof Lin memanggil.
Natasya
memalingkan kepalanya.
“Apa
lagi ni kak?”
“Tak
ada apa-apa.”
Natasya
mendengus lalu meneruskan langkahnya. Kak Sof Lin menelan liur berkali-kali.
“Siapkan hari ini juga. Esok bos nak
tengok ada atas meja.” Satu fail projek diserahkan kepada Natasya.
Natasya merengus kecil. Tidak berkenan betul jika dapat kerja
saat-saat akhir. Kak Sof Lin ingin membantu tetapi dia keras menolak.
Rambut panjang menjalar
keluar dari ruang lubang-lubang airconddengan
lelehan darah. Natasya khusyuk menghadap skrin komputer. Dia hanya tinggal sendirian
di pejabat itu. Rakan-rakannya yang lain sudah pulang.
“Kenapa panas pulak
ni?” Natasya mula pelik. Tangan kanannya mengipas-ngipas muka. Dia bingkas
bangun dari tempat duduk untuk memeriksa aircond
berdekatannya itu.
Terbelalak mata Natasya
melihat rambut yang menjalar panjang keluar dari lubang-lubang aircond dengan lelahan darah. Natasya
menjerit. Pen terlepas dari tangan Natasya. Lampu seluruh pejabat itu terpadam
sendiri. Natasya mula panik.
Dia teraba-raba mencari
mejanya. Segala barang di atas meja itu jatuh ke lantai. Dia berjaya mencapai
telefon bimbitnya. Lantas dia menyalakan lampu dari telefonnya itu.
“Pulangkan…
pulangkan balik!”
Suara hantu perempuan
itu lagi. Natasya menghalakan cahaya pada lantai. Perempuan itu berada kakinya.
Ulat-ulat pada pipi perempuan yang terkopek itu mula jatuh ke atas kasutnya.
Mata warna putih itu merenung ke arahnya.
“Apa
kau nak dari aku? Kau nak loket ni? aku takkan bagi pada kau!” Natasya tak tahu
mengapa dia boleh berkata sedemikian.
Natasya
membuka langkah. Dia tidak menoleh ke belakang lagi.
“Pulangkan…
pulangkan balik!!” Lembaga perempuan itu mengesot laju mengejar langkah Natasya.
Merintih-rintih perempuan itu meminta Natasya memulangkan barangnya.
Natasya
menyorok di dalam pantri. Natasya sudah takut separuh mati. Lembaga perempuan
yang mengerikan itu asyik mengejarkan. Lembaga perempuan itu muncul di
mana-mana.
“Jangan
kacau aku! Jangan kacau aku!” Natasya menjerit. Dia menekup kedua-dua belah
telinganya.
“Pulangkan…
pulangkan…”
Perempuan
itu muncul di muka pintu pantri. Natasya menjerit. Dia segera melangkah keluar
dari pantri tersebut. Kakinya tersandung pada tubuh perempuan itu. Natasya
tersungkur. Perempuan itu memaut kakinya.
“Pulangkan…
pulangkan…” suaranya merayu-rayu. Suara tangisannya bergema.
“Lepaskan
kaki aku! Lepaskan!” Natasya menendang-nendang muka perempuan itu. Perempuan
menyeringai ke arahnya. Sebaik berjaya melepaskan kakinya dari pautan perempuan
itu, Natasya segera berlari meninggalkan pantri. Dia cuba keluar dari bangunan
tetapi perempuan yang menakutkan itu muncul di setiap pintu keluar. Natasya memanjat tangga kecemasan.
Natasya sudah berada di atas bumbung
bangunan. Seluruhnya tubuhnya menggeletar. Mata tidak lepas pandang dari
memerhati pintu yang terbuka. Perempuan itu mengesot laju sekali.
“Pulangkan…
pulangkan balik hak aku!” Perempuan itu masih meminta.
Loket
yang tergantung pada lehernya itu digenggam dengan erat. Dia masih enggan
memulangkan loket itu.
“Loket
ini aku takkan bagi pada kau! Aku takkan bagi kau!” Natasya seperti kerasukan.
Dia ketawa lalu terjun dari bumbung bangunan itu. Tubuh Natasya melayang-layang
lalu terhempas di atas jalan. Kepala Natasya pecah hingga menampakkan sebahagian
otaknya. Mata Natasya terbelalak memandang ke atas.
Tap!
Tap! Tap!
Seorang
lelaki berdiri di samping Natasya yang sudah kaku tidak bernyawa itu. Kepalanya
digelengkan perlahan. Lelaki itu menggeleng perlahan.
“Loket
ni ibu saya punya. Awak ambil yang bukan hak awak. So, itu balasan yang harus awak terima kerana mengambilnya.” Andy
Hakim merentap loket di leher Natasya.
Tubuh
Natasya yang tidak bernyawa dipandang dengan wajah tanpa perasaan. Dia tertarik
pada Natasya tetapi gadis itu mengambil barang berharga milik ibunya. Lembaga
perempuan itu muncul lalu memaut pada kaki Andy Hakim.
Andy
Hakim mengalihkan pandangan ke arah perempuan itu. Loket itu amat berharga buat
ibunya. Natasya bukan orang pertama yang mencuri loket tersebut. Sesiapa yang
melihat loket itu seakan terpukau dan mengambilnya.
“Ibu, mari kita
pulang.” Andy Hakim melangkah pergi bersama loket di tangannya.
TAMAT