Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab114b

Naz masih tercegat sambil memikirkan alasan untuk mendekat. Puas menanti dia akhirnya membuat keputusan untuk maju ke hadapan.

“Assalammualaikum…”

“Waalaikumussalam.” jawap Safi yang masih lagi tercari-cari kunci sebelum dia mengeluh sendiri, tak berapa gembira melihat gerangan tetamu yang datang melawatnya.

“Kenapa?” soalnya lancar ingin penyelesaian segera.

“Awak, saya…”

“Saya minta maaf.” tutur Naz ikhlas. Sebelum meneguk air liur tanda menginsafi kesalahan sendiri.

“Tadi saya baru dapat tahu yang awak demam biasa je kan, bukannya denggi. Maaf sebab dah tuduh awak.”

“Tak perlulah susah-susah awak datang sini semata-mata nak minta maaf. Lagipun sebenarnya tak ada apa pun yang perlu dimaafkan. Hal awak tanggungjawap awak dan hal saya tanggungjawap saya.” balas Safi sebelum mengorek-ngorek kocek seluarnya pula.

“Untuk pengetahuan awak, setiap minggu saya akan pastikan semua tempat air simpanan yang ada dicuci dan dibersihkan, tanpa gagal. Rasanya dah cukup untuk saya tahu sebanyak tu, supaya saya tak jadi orang yang akan membuatkan orang lain sakit.”

“Ish! Kemana pulaklah hilangnya? Tercicir dekat mana? Takkan?!” bisiknya di hati sebelum teringatkan kebiasaan. Serentak itu, dia terus membuka langkah meninggalkan Naz yang masih memerhatikannya sejak tadi.

“Awak…” tuturnya, namun Safi telah pergi.

 

“Laillahaillallah…memang ada dekat sini! Kenapa boleh sampai lupa bawak keluar kunci?”

“Ya-Allah. Dah tu nak buat macam mana sekarang ni?” soalnya pada diri sendiri setelah memastikan keadaan kunci yang masih ada tergantung di lubangnya, daripada bahagian luar tingkap selesai menghendap.

“Kunci pendua ada pada mak…”

“Memang tak adalah, alamatnya kena naik teksi balik rumah dulu. Lepastu baru datang semula ambik kereta.”

“Abang Is, tinggal ya. Akak, minta maaf…”

“Akak lupa keluarkan kunci semalam…tapi…”

“Kenapa Abang Is tak bagitahu…” tuturnya pada si Saga, kereta kesayangan…juga angah. Sekali lagi dia mendekatkan kepala ke arah cermin dan memastikannya, sebelum dia jadi pasti, tiada apa yang mampu dilakukannya lagi.

“Kenapa? Ada masalah ke?” soal Naz yang sudah berada hampir dengan kepalanya. Melihat keadaan itu Safi terus menekan dada.

“Ya-Allah! Awak ni kenapa?! Tiba-tiba je ada dekat sini!”

“Jauh sikit boleh tak?!” marah Safi tak puas hati dan serentak itu Naz menjarakkan diri.

“Maaf maaf. Bukan sengaja, tapi…”

“Tapi apa?!”

“Tak tersedar. Maaflah ya, maaf.”

“Tapi kenapa?”

“Awak ada masalah apa? Kereta awak kenapa? Kereta awak kan?” soal Naz cuba menghulurkan bantuan, tapi Safi kekal sunyi tak nak berkongsi. Keadaan itu telah membuat Naz memeriksanya sendiri. Bila diperhati, barulah dia tahu dia mana masalahnya.

“Ooo, kunci awak tertinggal dekat dalam kereta. Kunci keduanya mana? Tak ada?” soalnya pula, serentak itu Safi menggeleng kepala, perlahan sahaja, sekadar berbahasa.

“Eh! Awak nak ke mana?” soal Naz pula setelah melihat Safi sudah mula angkat kaki.

“Balik.” jawap Safi sepatah.

“Naik apa? Teksi ke? Takpa, awak naik sekali dengan saya.”

“Rumah awak dekat Taman Muhibah kan?”

“Dah?” soal Safi, juga sepatah.

“Rumah saya dekat Taman Sentosa. Kan satu jalan tu. Takpa, biar saya hantar awak. Sini-sini, kereta saya park dekat sini.” pelawa Naz sebelum bergegas mendahului. Namun, bila sampai ke kereta, Safi hanya melintasi.

“Awak! Sini! Kereta saya dekat sini!” gamitnya yang sudah mula membuka pintu kereta.

“Takpa, saya nak balik naik teksi.”

“Buat apa nak naik teksi? Dahlah, mari sini! Saya tahu rumah awak dekat mana, biar saya yang hantarkan.”

“Entah-entah orang bawak teksi tu baik ke tak. Awak mana tahu?” soalnya membutirkan kebimbangan.

“Dah tu, awak tu baik sangat?”

“Eh! Mestilah baik!”

“Tak nampak? Ni dekat muka ni? Tak nampak? Kan bersinar je ni?” balasnya bersunggh-sungguh, membuatkan Safi tersenyum sendiri.

“Ha, barulah manis macam tu. Dahlah, jom! Biar saya tumpangkan.” pujuk Naz lagi membuatkan Safi terus berfikir dua kali.  

“Jom-jom jom! Jom cepat!” tambah Naz lagi sebelum bertindak melebarkan pintu untuk Safi. Melihat keikhlasan itu, Safi mula kendur hati.

 

“Ni kan rumah awak? Betul kan ini rumahnya?” soal Naz yang sudah mula memberhentikan kereta.

“Hmm. Terima kasih.” balas Safi sambil membuka ikatan tali pinggang.

“Sama-sama…”

“Eh! Takkan terima kasih je?”

“Dah tu awak nak apa?” soal Safi ‘sedikit’ berapi.

“Saya nak awak maafkan saya, boleh? Maaf, saya dah salah sangka pada awak dengan kebun awak.” tuturnya sambil menuding jari pada balkoni, tempat Safi bertani.

“Hmm. Ok. Terima kasih sebab sudi tumpangkan saya. Assalammualaikum.” ucap Safi yang sudah mencecahkan kaki ke tanah.

“Waalaikumussalam…” balas Naz senada.

“Awak kejap!”

“Apa lagi?” balas Safi tak dapat nak mengerti.

“Kirim salam saya pada mak awak…” jawap Naz sebelum beredar dengan senyuman semanis madu membuat Safi terus terkedu.

 

“La…Safi! Mak ingat siapalah tadi! Kenapa balik dengan kereta lain? Kereta mana?” soal mak tak percaya.

“Kunci tertinggal dalam kereta. Lupa…”

“Laillahaillallah…Safi ni! Kan mak dah ingatkan banyak kali. Kalau keluar jangan lupa kunci.” tutur mak kecewa, namun Safi malas mak berbahas. Melihat riak muka Safi yang begitu, mak turut sama bertindak tak nak menambah.

“Takpalah. Nanti boleh guna kunci pendua yang ada pada mak tu. Pergilah masuk mandi, lepastu rehat.”

“Macam mana rasanya sekarang? Safi dah rasa elok sikit?” soal mak memfokus pada apa yang lebih diperlukan.

“Dah, dah elok sikit.” jawap Safi sebelum membuka langkah.

“Ha, terlupa mak nak tanya. Yang hantar Safi balik tadi tu siapa?”

“Ha? Ha…”

“Doktor nyamuk!”

“Ha??? Doktor nyamuk?!” balas mak tak percaya dengan apa yang baru didengarnya.

“Takpalah mak, Safi nak naik mandi dulu. Nanti-nantilah Safi cerita.” pintanya.

“Iyalah-iyalah. Pergilah mandi.” balas mak mempersetujui.

 

Previous: Bab114a
Next: Bab115a

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.