Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab 96c

“Angah ingat lagi…masa tu angah baru darjah dua.”

“Waktu tu Safi lahir…”

“Safi lahir waktu subuh…”

“Bila balik sekolah, berlari-lari angah…”

“...nak cepat sampai, nak tengok Safi, sebab mak kata, nanti kalau balik sekolah dah boleh jumpa adik.”

“Angah punyalah seronok masa tu. Seronok nak dapat adik baru.”

“Angah ingat lagi, angah cakap…”

“Yey yey, dapat adik.” tutur angah menerangkan apa yang dia rasakan. Kegembiraan menyambut adik perempuan. Safi yang mendengar hanya mampu tersenyum sahaja kerana dia langsung tak dapat nak mengingatinya.

“Masa angah belajar dekat UM…”

“Abah buat hal pulak.”

“Mak cerita yang abah buat perangai, buat benda tak baik pada anak saudara akak yang bukak kedai makan…”

“Apa ke nama akak tu…”

“Ha, Kak Eee. Mak punyalah mengamuk bila tahu abah buat ilmu guna-guna pada budak tu.”

“Padanlah mak marah. Budak tu baru habis sekolah…” cerita angah lagi mengeluarkan apa yang telah disimpan selama ini.

“Iya? Safi tak tahu pun! Abah ada buat benda macam tu? Patutlah mak tak ada mood, nak mengamuk je kerjanya. Ingatkan menopous, rupanya sebab tu…”

“Siapa yang buat salah, habislah…sedang yang tak buat salah pun kena. Inikan yang sengaja cari maut. Memanglah.” jawap Safi setelah kenangan lama diingati.

“Abah…”

“Entahlah!”

“Nak ditegur, tapi siapalah kita. Tak layak kita nak menasihatnya. Silap haribulan, kita yang kena.” tambah Safi lagi, setelah sedar yang dia takkan mampu untuk mengubah cara abah.

“Angah ingat lagi, ada satu hari tu…”

“Mak baling angah dengan hampas kelapa…”

“...masa angah turun tangga.”

“Ha, masa tulah! Masa abah buat perangai.”

“Ingat lagi angah sampai sekarang…” tambahnya sambil tersenyum sendiri.

“Ha! Apa yang angah cakap pada mak?”

“Mesti angah melawan mak kan? Sebab tulah angah kena baling dengan hampas kelapa. Itu oklah lagi, dengan hampas dia, kalau tempurung, hai masak.” balas Safi sebelum kedua-duanya ketawa mengungkit kisah duka.

“Angah, angah tak nak halalkan ke semua hutang-hutang along pada angah?” soal Safi setelah berjaya mengingati.

“Tak nak! Angah tak nak!” balas angah sebelum mukanya bertukar marah dan Safi tahu dia tak seharusnya menambah.

 

“Along duit 300 yang along pinjam haritu macammana? Boleh along bayar? Sebab angah nak guna duit, nak pergi jemput Safi dekat Seri Iskandar.”

“Hujung minggu ni angah nak ke sana, nak ambik barang dia. Kalau along tak dapat bayar semua, separuh pun jadilah. Buat bayar tol.” tutur angah menuntut janji.

“Ha, iyalah, sehari dua ni along masukkan. Takpa, along kan ada no akaun angah, nanti along transfer duit tu.” jawap along.

“Ok.” balas angah, lega.

 

“Hish! Biar betul! Takkanlah along tak masukkan duit tu lagi? Tapi kan dia dah janji!” marah angah saat memeriksa baki akaun banknya yang langsung tak nampak bertambah.

“Menipu ke along ni?! Tapi, kalau tak tipu, mestilah ada! Kalau betul dah masuk, takkan pulak tak ada!” gerutunya semula sebelum mengambil kembali kadnya. Telifon yang ada ditangan didailkan sebelum dia menanti sehingga deringan berakhir, berkali-kali, lalu dia jadi pasti.

“Tengok! Call pun dah tak berani nak angkat! Along ni memanglah! Memang penipu! Tak berubah-ubah perangainya sejak dulu!” marah angah, bergerutu.

 

“Assalammualaikum…”

“Waalaikumussalam…”

“Siapa ya?” soal Safi pada pasangan yang baru datang mendekati. Berjubah dan berkopiah lengkap, lagak alim ulamak yang warak.

“Saya datang nak tolong ubatkan saudari. Ada yang suruh saya datang ke sini mengubatnya.” tutur lelaki awal 40’an itu, namun angah dan Safi hanya saling berpandangan.

“Takpa, sama-samalah kita ikhtiarkan. Moga-moga ada perubahannya nanti.”

“Adik, bagi saya air.” pintanya, dan serentak itu Safi mencapai botol mimuman yang baru diminum sebahagian.

“Belikan yang lain. Yang baru. Adik tolong pergi beli. Biar saya ikhtiarkan di sini.” arahnya pula. Safi pandang angah semula, dan dia tahu yang angah juga rasa kurang selesa.

“Pergi beli airnya!” arah lelaki itu semula.

 

“Hmm, sama-samalah kita berdoa pada Allah. Moga-moga, berkat limpah kurnianya, penyakit saudari akan segera diangkat pergi…” tutur ‘ustaz’ terbabit selesai membaca beberapa potong ayat suci al-Quran di kepala botol minuman yang terbuka. Safi memandang dengan dahi yang berkerutan, tak berapa berkenan.

“Betul ke tak orang ni?”

“Daripada mana datangnya sampai tiba-tiba boleh datang sini? Siapa yang memanggilnya? Betul ke ikhlas dia ni? Ke?” bisik Safi di dalam hati, masih mencurigai.

“Hmm, dah selesai dah. Bayarannya 700.” tuturnya bersahaja dan serta-merta Safi mengepal tangan, tak puas hati dengan apa yang baru diucapkan. Angah turut sama terkejut, tak menyangka akan kos yang perlu ditanggungnya.

“700? Kenapa boleh sampai banyak macam tu?”

“Siapa yang sebenarnya yang suruh kalian datang sini?” soal Safi berani.

“Kawan saudari. Dia yang suruh kami datang.”

“Tapi kalau ikutkan, 700 tu tak adalah banyak mana bila dikira minyak kereta kami dari utara ke sini, lepastu ditambah dengan kos hotel lagi.” balasnya selesai membuat ‘pengiraan’. Safi pandang angah, sebelum angah dilihat pasrah.

“Safi, ambik beg duit angah.” arah angah, segera ingin menyudah. Akhirnya, duit 700 yang baru dikeluarkan semalam terbang melayang dan hanya menjadi rezeki untuk dipandang.

 

Previous: Bab 96b
Next: Bab 97

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.