Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab108a

Suasana kehijauan padang rumput tempat haiwan ternak meragut, mampu membuatkan hatinya berasa lapang dan tenang. Kesegaran udara yang sejuk lagi nyaman, sentiasa dapat mengubat luka dihati yang sesekali datang menemani. Penat berdiri, Safi akhirnya duduk kerana dia masih belum puas lagi menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan llahi.

“Subhanallah…” pujinya pada tuhan pencipta alam sebelum ilham berzikirnya datang.

“Subhanallah, wabihamdihi,”

“Subhanallah…”

“Wabilhamdihi.”

“Adada khalqihi…wa rida nafsihi,”

“Adada khalqihi…wa rida nafsihi.”

“Wazinata arshihi. Wazinata arshihi…”

“Wa midada kalimatihi…”

“Subhanallah, subhanallah.”

“Subhanallah…”

“Subhanallah…” zikirnya ulang dan berulang tanda kasih sayang pada tuan empunya jiwanya.

 

“Safi, mintak nombor telefon kau.” tutur Rasman, pekerja di ladang feedlot berkenaan.

“Kau nak buat apa dengan nombor telefon aku?” soal Safi tak mudah nak melepaskan.

“Iyalah, nanti senang aku boleh bagi kredit. Lepastu nanti, bolehlah kita borak sama-sama.” mendengarnya Safi terus ketawa.

“Hailah Rasman. Buat apa kau nak telefon aku?”

“Siap nak bagi kredit lagi? Ni, aku nak tanya kau ni!”

“Kau dah telefon mak kau ke belum?” soal Safi berbalas soalan serentak itu Rasman mambalas dengan senyuman diikuti gelengan.

“Ha, daripada kau habiskan duit kau untuk aku, lebih baik kau telefon mak kau, dapat jugak pahala.”

“Mak kau apa cerita? Sihat ke dia?” soalnya lagi, berbahasa seadanya walaupun mereka berbeza warganegara.

“Dah lama aku tak telefon dia. Entah apalah yang dah jadi pada dia.”

“Ha, tahu takpa. Dah tu, tunggu apa lagi? Telefonlah.”

“Takpa, nanti malam aku telefon mak kita. Nanti aku cakap yang kau kirim salam ya.”

“Amboi! Amboi amboi! Pandainya mengarang. Sekejap!”

“Mak kita?” soal Safi tak percaya.

“Iyalah mak kita.” balas Rasman kekal bersahaja sampai ternampak barisan gigi putihnya.

“Ish! Kan aku dah cakap yang aku dah kahwin! Yang kau tak percaya kenapa?”

“Mana! Kalau sudah kahwin, mana cincinnya?”

“Tu, tengok tu! Mana ada lagi cincin ditangannya…” tutur Rasman selesai memeriksa.

“Buat apalah aku nak pakai cincin waktu kerja dekat kandang ni? Dibuatnya hilang, dekat mana pulak nak mencari.”

“Itulah sebabnya aku simpan dekat rumah. Nanti dah balik, barulah aku pakai semula.” balas Safi menerang dengan muka yang tenang.

“Iyalah tu! Kau tipu aku kan? Sebenarnya kau belum kahwin lagi. Masih single lagi.”

“Buat apa pulak aku nak menipu! Ha, lagi satu, perlu ke aku bagitahu semua benda tentang aku?”

“Takkan?” jawap Safi kekal dengan pegangan.

“Tapi…”

“Ha! Dah dah! Taknak bertapi-tapi dah! Cepat kerja, nanti kalau bos nampak kita lepak-lepak macam ni, marah pulak dia.” balas Safi yang sudah mula mahu masuk ke pejabatnya.

“Safi! Nanti nak ikut aku pergi potong rumput tak?” soal Rasman kekal tak mahu berjauhan.

“Boleh!”

“Nanti, kalau kau dah nak pergi bagitahu aku. Aku nak periksa ‘anak-anak’ aku dekat atas sana sekejap. Entah sihat ke tidak budak-budak tu.”

“Pinjam motor ya. Dah gian nak merempit.”

“Merempit? Merempit tu apa?” soal Rasman ingin tahu.

“Merempit tu maknanya racing, lumpa.”

“Oh, lumba…tapi kau jangan bawak laju-laju…” balas Rasman tak bersetuju.

“Kenapa pulak tak boleh?”

“Iyalah, nanti kau jatuh. Kalau kau jatuh, aku pun rasa sakitnya.”

“Hish! Gelilah! Malaslah aku nak layan kau ni Rasman. Memang dasar gatalkan?”

“Kalau begitu, tolonglah garukan.” balasnya sambil menyuakan tangan.

“Sepak nak?” jawap Safi sambil mengacah membuatkan Razman ketawa besar mendengarnya.

“Ha sudah! Tu, bos dah datang!” tambah Safi sambil bergegas menuju ke arah motosikal yang ada tak berapa jauh daripadanya.

“Mana mana? Mana boss?” soal Rasman kekalutan.

“Kena tipu…Ha, tahu takut!” jawap Safi sambil tersenyum, bangga dengan pencapaiannya.

“Bukan takut, cuma…” tak perlu menunggu lama, yang disebut-sebut tiba akhirnya.

“Wei, bos bos! Bos datang! Dahlah aku pergi sana dulu. Assalammualaikum.” bisik Safi sebelum segera beredar.

“Waalaikumussalam cinta…” balas Rasman masih belum mahu berhenti meluahkan perasaan dan Safi hanya mampu membalas dengan gelengan seperti kebiasaan.

“Karut!” bisiknya, tak mudah terpaut.

 

“Assalammualaikum cinta…” sapanya pada Safi yang sedang memeriksa keadaan lembu di kandang. Hud dan Eri yang ada di sebelahnya hanya mampu ketawa.

“Waalaikumussalam.”

“Hailah Razman…hai...” balas Safi beserta keluhan, dah tak ada kekuatan mahu melayan.

“Ini aku punya! Kau berdua jangan kacau!” tuturnya memberi amaran pada Hud dan Eri, rakan senegara sebagai peringatan.

“Eh eh eh! Sedap-sedap je nak memunya isteri orang! Tak takut kena belasah?” balas Safi sambil mencebik tak puas hati.

“Mana!”

“Bila kahwinnya?” soalnya, kekal tidak mahu mempercaya.

“Aku udah tanya sama Kak Mas. Kak Mas kasitahu sama aku, yang kau belum berpunya. ”

“Yang kau pergi tanya dengan dia buat apa? Tanya dengan aku dahlah. Eee, susahlah dengan kau ni. Orang cakap, bukan nak percaya.”

“Rasman, tadi bos ada pesan, petang ni kita kena timbang lembu. Tapi sebelum tu, bos suruh kau asingkan lembu yang dah sampai bulan tu.”

“Tu, yang tu!” tutur Safi menyampaikan arahan sambil menuding jari kearah lembu yang dimaksudkan.

“Ada dua ekor tau. Yang tu dengan yang tu!”

“La…kenapa pulak tu? Dah terkoyak dah, mesti gaduh. Jom kita ubatkan yang terluka tu dulu, lepastu baru kita asingkan ibu-ibu tu.” cadang Safi pada Rasman yang masih asyik memerhatikannya sejak tadi.

“Jomlah cepat!” arah Safi lagi.

“Pergi mana?”

“Pergi tolong lembu tulah! Dahtu nak pergi mana lagi?!” balas Safi yang sudah tumbuh taring di gigi namun Rasman kekal membalasnya dengan senyuman tanda kepuasan.

 

Previous: Bab 107
Next: Bab108b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.