Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab 62

Selesai menyapu dan mengemas rumah, Safi mencapai baldi air yang masih kosong sebelum berkira-kira mahu ke sungai untuk mandi dan membersihkan diri kerana waktu Zohor baru sahaja masuk sebentar tadi.

“Safi nak pergi mana?” soal Man yang sedang memerhati.

“Sungai, mandi.” jawap Safi kerana itulah jadualnya.

“Nak ikut! Man pun nak mandi.” balas Man sebelum datang berlari.

 

Kesejukan air sungai berjaya mengusir haba pada badan setelah penat menguruskan semua kerja-kerja rumah. Mereka mengambil masa yang agak panjang untuk berendam, kerana bukan mandi namanya jika tak cukup setengah jam.

“Safi!” tutur Man yang sudah ada duduk berjuntai di batang kayu pada Safi yang baru turut sama duduk di sebelahnya.

“Hmm! Kenapa?” soal Safi sambil menoleh pada adik lelaki terkecilnya itu. Namun Man kekal membisu sebelum menggelengkan kepala. Seketika kemudian, dia menyelamkan semula badan.

“Hei budak ni!”

“Sepak sekali baru tahu!” tutur Safi yang sudah mula bergerutu melihat tindak-tanduk adiknya itu.

“Dahlah, Safi dah siap dah! Safi nak balik.” tambah Safi selesai mencebokkan beberapa kali air ke muka sebelum bertindak untuk beredar pulang.

“Safi, kejaplah! Nantilah! Nanti nanti!” tegah Man yang sudah duduk semula di tengah-tengah batang, menghadang.

“Eee, Man nilah!”

“Cepatlah! Safi tunggu sekejap je lagi! Lepastu nanti, tinggallah sendiri!” arah Safi sebelum duduk berjuntaian semula.

“La, cepatlah! Kata tadi nak mandi lagi! Pergilah cepat mandi!” arah Safi lagi, namun Man kekal mengeras di tepi.

“Safi…” tutur Man, bersedia mahu berkongsi masalah yang sedang dihadapi.

“Apa?” soal Safi seperti sudah dapat menangkapnya bila terpandangkan riak muka Man yang nampak berbeza. Pastinya ada sesuatu yang sedang Man rahsia.

“Safi boleh tolong Man tak?” soalnya pula, perlahan.

“Nak tolong apa?” jawap Safi berbalas soalan, tegas kerana mahu lekas.

“Cuba Safi pejam mata.” arah Man dengan wajah kekal bermasalah.

“Nak buat apa pejam mata?!” soal Safi tak percaya, marah pun ada.

“Pejam je lah. Pejam sekejap!” arahnya semula.

“Eee, Man ni. Entah apa-apa entah! Cepatlah! Ha, dah!” balas Safi, bertindak untuk memudah.

“Jangan buka mata selagi Man tak bagitahu.” tutur Man mengingatkan.

“Hmm.” jawap Safi yang masih memejamkan mata. Melihat keadaan itu, Man akhirnya jadi berani dan bertindak mencapai tangan Safi.

 

“Ha, sekarang dah boleh bukak mata.” tutur Man setelah ‘selesai’.

“Safi tahu tak apa tadi?” soalnya pula ketika Safi menoleh padanya.

“Apa?” soal Safi, benar-benar tak tahu.

“Ni.” balas Man sembil menunjukkan kawasan yang seharusnya ‘disembunyikan’. Serta-merta Safi meneguk air liurnya, tak menyangka apa yang dah terjadi.

“Kenapa…kenapa Man boleh jadi macam ni?! Man belajar daripada mana semua ni?!”

“Man nak jadi apa ha?!” soal Safi keras, masih tak mampu mempercayai, yang tangannya telah ‘dinodai’.

“Man…Man, dah tak tahu macam mana nak buat…” tuturnya sambil tertunduk, sudah menyesali diri barangkali.

“Eee, Man ni! Bodohlah!”

“Dah tu sebenarnya Man nak apa daripada Safi?!”

“Man nak cakap apa sebenarnya ni?!” soal Safi yang masih belum mengerti tujuan sebenar adiknya itu meluahkan segalanya.

“Man…”

“Man…” tuturnya tersangkut-sangkut sebelum matanya terarah pada bidang dada Safi yang sedang terhidang membuatkan Safi hampir tersekat nafas, tak menduga itu jawapan adiknya. Serta-merta muka terus jadi panas.

“Usop tu lainlah, dia dah ada makwa…” jawapan Man yang lebih membuatkan Safi bertambah sakit hati kerana sekarang barulah dia tahu di mana datang pengaruhnya.

 

“Man dah sembahyang ke belum?” soal Safi pada Man yang sedang asyik membaiki lastik dan serentak dengan itu Man membalas dengan senyuman yang mempamerkan barisan gigi hadapan.

“Dah dah dah! Cukup-cukuplah dengan lastik tu. Pergi ambik air sembahyang, lepastu sembahyang. Lepas siap sembahyang, makan.” arah Safi yang sudah menyarung kain telekong.

“Ok!” balas Man patuh.

 

“Ha ha! Nak ke mana pulak tu? Man dah sembahyang ke belum?” soal Safi pada Man yang sudah turun ke tanah, mengekori jejak langkah Usop...yang bedebah!

“Man nak pergi cari ikan. Usop ajak teman pergi cari ikan.” balasnya yang sudah mula berlari.

“Sembahyang dulu! Bukan ke Man tak sembahyang lagi?” tutur Safi memberikan peringatan, lagi.

“Eee...nanti-nanti Man sembahyang laaa…”

“Nanti bila? Kang dah lepas asar baru nak balik! Dah? Bila nak sembahyang Zohornya?” soal Safi selesai menganalisa kebiasaannya.

“Sibuk la Safi ni!” rentus Man membuatkan Safi terus naik angin satu badan.

“Apa Man cakap? Cakap sekali lagi kalau berani!” balas Safi dengan nada tinggi.

“Yang sibuk sangat tu kenapa? Suka hati budak tu la, nak sembahyang ke, tak ke. Kisah apa? Kubur kan lain-lain!” bela Usop yang sedang menggulung jala, berteman senyuman lekehnya.

“Memang padan sangatlah tu. Berguru pada orang yang tak berguna! Bila sorang terjun longkang, yang sorang pun ikut terjun daripada belakang. ”

“Lantak kalianlah nak jadi apa. Tak kuasa nak buang masa.” balas Safi sebelum beralih pergi lalu disambut oleh kekehan daripada kedua-dua ‘gonjeng’ tanda kemenangan.

 

“Buat apa lagi tu? Daripada tadi sibuk dekat situ! Sampai bila nak digadek basikal tu?”

“Man tak tahu ke sekarang dah pukul berapa?! Asar dah sembahyang ke belum?” tutur Safi mempersoalkan segala tindak tanduk si adik.

“Dah.” balas Man sekadar mahu membuat Safi berhenti meleteri.

“Bilanya dah? Sejak darpada tadi duduk tertongok dekat situ. Berjam-jam menghabiskan masa dengan basikal tu je. Apa lagi yang tak betulnya?”

“Kalau dah basikal tu, basikal jugak! Bukannya boleh bertukar jadi motor.”

“Tak boleh ke berenti sekejap, lepastu sembahyang dulu. Bukannya lama pun nak sembahyang tu.” tutur Safi mengeluarkan segala yang terbuku dihati, namun Man hanya membalas dengan jelingan bersama muncungan.

“Apa jeling-jeling?! Tak puas hati?!” tambah Safi tak gembira dengan situasi, tapi dia sudah tak dapat nak mengawal diri. Man, memang tak boleh nak dibiarkan lagi kerana pengaruh perangai buruk Usop dilihat sudah semakin kuat menjebak diri.

“Sibuk la! Suka hati Manlah nak buat apa pun!” balasnya kekal tak mengendahkan. Safi apa lagi, terus naik meremang bulu pipi.

“Apa Man cakap! Cakap sekali lagi kalau berani!” tengking Safi menyemburkan segala kemarahan yang dipendam sejak tadi.

“Ikut suka hati orang la, nak sembahyang ke tak ke! Yang Safi…” serta-merta tangannya ditelangkupkan pada hidung setelah satu hentakan dapat dirasakan. Safi terpacak macam tombak, tak menyangka tempurung kelapa yang ingin dibaling pada tanah awalnya telah mengenai bakul ayam yang ada di situ sebelum melantul dan mengenai batang hidung Man lalu berdarah.

“Laillahaillallah…! Apa yang dah jadi ni?” soal mak yang baru pulang daripada sungai.

“Safi! Apa yang Safi dah buat pada Man?!” marah mak pula sebelum segera datang memeriksa. Selesai memeriksa, mak bergegas menuju ke arah pokok sembung dan mematahkan beberapa helai daun separa matangnya lalu diputar-putarkan pada telapak tangan sebelum disumbatkan ke dalam lubang hidung Man yang masih lagi mengeluarkan cairan merah.

“Safi! Kan mak tanya ni! Kenapa boleh jadi macam ni?” soal mak lagi, namun, Safi dan Man kekal juga membisukan diri.

“Ya-Allah…apalah nak jadi dengan kalian ni. Nasib baiklah abah kalian tak ada, kalau tak, tak tahulah mak apa yang jadi.”

“Dah Man dah. Naik, baring atas rumah.” arah mak pada Man sambil membantunya mendaki anak tangga dengan kepala yang diangkat sedikit tinggi, meninggalkan Safi sendiri.

 

Dalam samar-samar malam, di pondok dapur, kawasan luar rumah, Safi masih leka menjalankan kerja memanggangnya. Sambil bekerja dia memasang telinga untuk mengetahui butir perbualan kedua-dua orang tua. Mujur! Hal berkaitan Man tidak dibangkitkan, kerana abah tak perasan akan perbezaan.

“Macam manalah boleh kena pulak dekat bakul tu tadi…” bisiknya sebelum mengeluh, tanda menginsafi diri.

 

“Safi, makan!” arah mak pada Safi yang sudah mula baring di tempat tidur.

“Takpalah, nanti-nanti Safi makan.” jawap Safi sambil menarik selimut menutupi hingga ke paras kepala.

“Huh! Kalau tak nak makan sudah. Tak payah makan!” balas mak sebelum meninggalkan Safi.

“Safinya mana?” soal abah pada mak yang sudah duduk diatas bangku kayu rendah.

“Tak nak makan lagi katanya. Biarjelah! Kalau dah tak nak makan biar. Kita habiskan je semua lauk-lauk ni!” balas mak sebelum mencapai pinggan dan menyendukkan nasi untuk abah dan yang lain-lainnya. Safi dah tak tertahan lagi bila mendengar apa yang mak bicara. Serta-merta dia mengalirkan airmata dengan lebatnya.

 

Sudu hati rasa dihisap-hisap lagi, untuk yang keberapa kali, dia sendiri sudah tidak pasti. Gegelangnya juga turut semakin kerap mengeluarkan bunyi. Sambil mengusap-usap perut dia bangun, itupun setelah semua lama terlena. Perlahan-lahan Safi melangkah ke dapur dan memeriksa baki-baki makanan yang masih bersisa. Ayam panggang dan nasi masih ada ditinggalkan, walaupun sudah kesejukan. Begitu jugalah dengan lauk-lauk sampingan yang lainnya, sayur goreng serta sambal.

Berhati-hati dia memuatkan isi, dalam usaha untuk menyembunyikan kelakuan. Selesai di situ dia beralih pula ke bahagian pintu dapur sebelum duduk bersandar dan membuat tempat. Suapan demi suapan di ambil sambil ditemani dengan nyanyian reriang, tak lama sebelum kedamaiannya tamat saat terpandang kelibat mak yang baru datang untuk menjalankan ‘urusannya’. Mak sempat menjeling pada Safi sebelum dia akhirnya tersenyum tanda kelegaan.

Previous: Bab 61
Next: Bab 63

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.