Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab 82

Mat tersenyum senang hati kerana tugasnya hanya tinggal ini. Selepas itu, dapatlah dia melepak dengan kawan-kawan di tempat biasa, tempat persembunyian mereka. Upah yang diperolehi daripada bekerja dengan abah, digunakan untuk mendapatkan bekalan barang terlarang. Sia-sia usaha yang dicurah selama ini, bila Mat seperti sudah tidak dapat nak diubah. Dia dan dadah, memang tak dapat nak dipisahkan dah.

“Assalammualaikum…”

“Assalammualaikum! Mak Long!” panggilnya di mata tangga.

“Waalaikummussalam…”

“Dah sampai dah ayamnya? Ha, letak. Mat letak kat dalam besen ni.” arah Mak Long. Esok kenduri cukur jambul cucunya akan diadakan, tapi, dia terlupa untuk menjemput mak, kebetulan Mat dah datang, jadi bolehlah dia menyampaikan pesanan.

“Maknya apa khabar? Dah lama Mak Long tak nampak dia. Sihat ke dia?”

“Baru Mak Long teringat, Mak Long lupa nak mengajaknya. Nanti Mat tolong sampaikan pesan Mak Long pada mak ya.”

“Kata, yang Mak Long ajak datang kenduri esok.” tutur Mak Long. Riak wajah Mat berubah dengan sendirinya kerana hatinya tak senang bila membincangkan hal itu.

“Orang tua kutuk tu?!”

“Tak kuasalah saya nak ambil tahu halnya!”

“Mat! Kenapa cakap macam tu?!”

“Ingat! Mak, tu Mat! Berdosa kita bercakap macam tu!” nasihat Mak Long, terkejut, tak disangka Mat sanggup membalas dengan bahasa sekasar itu.

“Malaslah nak cakap Mak Long! Orang tua tu elok disepak je! Isteri derhaka! Bukannya nak dengar cakap abah!” marahnya, kekal tak terganjak. Mak Long segera beristigfar setelah mendengarnya.

“Astargfirullah hal adzim! Bawak mengucap Mat, bawak mengucap! Berdosa besar mencaci ibu macam tu. Derhaka!” balas Mak Long yang masih terkejut. Tidak disangka anak yang dilihat membesar di hadapan matanya itu berubah menjadi sebegitu rupa. Memaki dan memarahi mak sendiri tanpa ada rasa simpati. Sudah banyak Timah bekorban, tapi, kenapa itu yang dibalas. Bisik hati, masih sukar untuk mempercayai.

“Tak ada mak-maknya dah Mak Long! Dah menyampah Mat tengok!”

“Apa nak jadipun, jadilah! Mat balik dulu! Assalammualaikum.” ucapnya geram sambil segera bergerak ke kereta.

“Duitnya Mat!” teriak Mak Long yang sedang mengorek beg duit.

“Mak Long kira jelah dengan abah nanti!” balasnya sebelum laju memecut, meninggalkan Mak Long yang masih tergamam berteman keadaan yang tak pernah terjangka.

“Mah, apa yang dah jadi ni?” bisiknya sendiri.

 

Mat hanyut dalam dunianya. Dunia yang dia cipta untuk menggembirakan hati. Leka menikmati keindahan warna pelangi yang mempersona, hanya dipandangan mata, namun tidak pada hakikatnya. Selesai memasukkan barang ‘terlarang’ itu ke dalam tubuh, dia mula khayal dan terus khayal menikmati ‘ketenangan’ yang berjaya untuk direka.

Bunyi rempuhan pada pintu depan rumah pusaka Malik, sahabat rapatnya itu membuatkan Mat pantas tersedar daripada mimpi. Melihat keadaan itu, dia dan beberapa orang rakan segera lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri melalui pintu belakang, namun kegagalan yang menanti, bila beberapa orang pegawai dilihat sudah ada tercegat berdiri.

Mat cepat sedar dan pandangannya kini tertumpu pada arah daun tingkap tinggi yang terbuka lebar dan dengan satu lompatan kakinya dah mencecah ke tanah. Malik yang melihat turut mengambil tindakan yang sama demi untuk melepaskan dirinya. Langkahan kaki dibuka seluasnya kerana apa yang ada di kepala saat itu hanyalah untuk melepaskan diri sahaja.

 

Remang malam akhirnya datang. Mat dan Malik masih kekal berada di tempat persembunyian biasa mereka, dahan pokok mangga besar yang dinayungi dengan daun-daun padat. Setelah lelah berjam-jam menanti, mereka akhirnya pasti yang mereka sudah tidak dicari lagi.

“Lik…jomlah, kita turun. Dah tak ada dah ni…” tutur Mat yang sudah mula meregangkan otot pinggang dengan suara yang masih kedengaran kurang ketepatan pada sebutan akibat kecanduan.

“Tak..nak lah aku! Kalaupun kita turun, kita, nak menyorok dekat mana? Nak balik rumah ke?…

“Entah-entah, ada lagi yang menunggu kita kat situ…”

“Kita…kita, tidur sini jelah, malam ni…” cadang Malik pula dengan bahasa lidah ‘pendeknya’, bukan kerana disebabkan hakiki kejadian, tapi akibat pilihan. Tak bertangguh, Malik mula menyandarkan belakang pada bahagian dahan, mencari posisi terbaik untuk melelapkan mata.

“Kira…okah, kalau macam tu! Tidur kat sini pun jadi!..” jawap Mat memberikan persetujuan sebelum turut sama mengemaskan dirinya agar jadi lebih selesa.

“Mujurlah, sempat kita lari tadi.”

“Kalau tak, dah kedalam dah kita.” tambahnya sambil ketawa menyatakan kelegaan.

“Nasibah, aku sempat terjun tingkap tu, sekali, dengan ko tadi, kalau tak?!…” balas Malik pula berteman rasa gembira sebelum membetul-betulkan kepala.

“Gila! Ko tak ingat tadi?”

“Berapa banyak yang datang kejar kita? Dia, cari kita kat bawah, tapi, kita…tengok dia daripada atas. He..he..he…” jawap Mat, juga gembira.

“Kalau, kalau tak sebab ada pokok ni, alamatnya…dah makan free dah kita…” tutur Malik pula sampai kerkekeh-kekeh ketawanya.

“Woi! Janganlah, kuat sangat! Kang, entah-entah,..ada lagi yang tengah menunggu kita kat bawah.” balas Mat pula sedikit berbisik, mula mengendurkan rasa keterujaan dan serentak dengan itu Malik menekup mulut dengan tangan.

“Kau tahu, ayah aku, dia suruh aku kahwin. Dia kata, dia dah carikan aku pasangan.” tutur Malik menyampaikan apa yang sudah dirancangkan.

“Wah! Bertuah la ko, Lik. Ada, jugak yang nak!”

“Siapa? Siap dia perempuan yang bertuah tu?” soal Mat semula, berkongsi teruja.

“Sepupu jauh aku…sepupu saudara belah mak yang duduk dekat Perak.”

“Cantik ak?” soal Mat lagi, memintas.

“Cannn..tik!” jawapnya memuji dengan nada rendah tinggi, masih ‘lalok’ lagi.

“Bilanya…bilanya kau nak kahwin?!”

“Kalau kahwin nanti, janganah lupa…ajakah aku!” balas Mat dengan kepala yang masih ‘berair’.

“Mestiah…mana boleh lupa! Ko kan kawan baik aku!” jawapnya sambil tersenyum suka pada Mat yang baru bersandar.

“Nama dia sapa?”

“Nurul, Aini…”

“Nurul Aini!” balas Malik mengesahkan.

“Ooo…Nurul Aini…tapi…dia tahu ke ko macam ni? Ke dia ingat yang ko sama macam dia?”.

“Entahlah, tak tahu pulak aku…”

“Entah bapak aku bagitahu ke tak dengan dia…”

“Takpun takpa, nanti, bila dah kahwin, aku bagitahulah pada dia…”

“...yang aku sebenarnya macam ni…” jawapnya sambil ketawa dan Mat turut serta bersama.

“Woi, ko! Relek gila! Tabiklah aku dengan ko.”

“Respact! Respact!” tutur Mat memuji membuatkan Malik ketawa dengan lebih besar lagi. Terkekeh-kekeh mereka berdua buat satu jangka masa sebelum kedua-duanya jadi sunyi-sepi tak berbunyi, juga pada kadar yang serupa.

“Lik,…ko tak ada ke fikir nak berhenti buat kerja ni?”

“Nanti kalau ko dah ada bini, tak kesian ke ko pada dia nanti?”

“Lepastu…nanti, kalau ko dah ada anak, nanti, macammana?” soal Mat menyatakan buah fikirannya.

“Ituuu…aku ada jugak fikir tentang tu…tapi…”

“Woi, kau pun, agak-agakah, aku tak kahwin pun lagi, tapi, ko dah cite pasal anak!”

“Bukan, bukan kau tak tahu…ni, tulang aku ni…semua, semuanya dah reput!” balasnya sambil ketawa membuatkan Mat bertindak serupa. Berdekah-dekah gelak tawa keduanya memecah hening malam yang makin lama-makin kuat terasa.

 

Mat meraba-raba poket beg pinggang yang masih diselimpang sebelum mengeluarkan beg duitnya. Dalam terang cahaya lampu telefon bimbit, gambar kenangan cinta hatinya itu ditatap penuh syahdu. Wajah wanita yang pernah menjadi kekasih pertamanya…Ernie yang tak pernah dilupa, walaupun sedetik jaraknya.

“Ernie…” bisiknya sayu, dan tanpa sedar, airmata sudah mula datang bertandang lalu bergenang.  

 

Previous: Bab 81
Next: Bab 83

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.