Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab121a

Selesai mengemas meja kerja, Epol dilihat tergesa-gesa mencapai beg sandangnya pula.

“Balik Li! Dah pukul berapa dah ni!” tuturnya pada Gazali yang kelihatan masih leka.

“Takpa, kau baliklah dulu. Aku nak siapkan sikit lagi ni.” balas Ghazali, masih mahu bekerja.

“Ok, kalau macam tu aku cau dulu. See you later.” tutur Epol bercampur- baur dengan loghat negeri, membuatkan Li tersenyum mendengarnya. Seorang demi seorang pekerja pulang, namun dia masih di situ, kekal menyudahkan tugasan.

 

Suasana tak banyak berubah sejak lebih 10 tahun berlalu. Keadaan stesyen yang sunyi lagi sepi membuatkan hatinya rasa terpanggil untuk mencari hari-hari yang telah dibawa pergi. Daripada berdiri, dia terus berjalan menuju ke arah deretan kerusi panjang, tempat menunggu yang ada disediakan di situ. Kedatangan bayu petang yang damai berjaya menerbitkan sedikit rasa ketenangan di hati.

“Awak…” tuturnya perlahan sambil mata diarahkan pada kerusi kosong yang tak bertuan. Tempat hatinya dicuri seorang gadis, sebelum dia ditinggalkan sendiri.

“Andai waktu dapat diputar…” tambahnya sebelum kepala terus jadi tertunduk.

“...pasti takkan ku lepaskan saat itu…”

“Bersemadilah dengan aman di sana, duhai bungaku…”

“Dan aku berjanji…”

“Aku berjanji, akan terus setia menanti, saat kita dapat bersua lagi…”  bisiknya mencurahkan isi hati pada yang telah lama pergi. Cinta yang tak sempat untuk dimiliki.

 

Tanah tumpah darahnya, tanah tempat segalanya bermula. Tanah yang menjadi saksi segala-gala yang pernah dilaluinya, baik manis mahupun pahit dan demi tanah yang sama itu juga, walaupun berat kaki diangkat, dia tetap nekad. Titisan air mata yang laju menyusuri lekuk pipi segera diseka, supaya keadaannya tidak menarik perhatian sesiapa.  

“Safi dah boleh gerak dah. Jom!” ucap Wan sambil menghulurkan tangan. Hilang semua kenangan yang menyesakkan fikiran sebelum huluran tangan Wan di sambut dengan senyuman.

“Abang tahu Safi rindu nak jumpa dengan mak kan? Safi jangan risau, lepasni, kalau Safi nak, hari-hari Safi boleh datang lawat mak.” tuturnya lembut sambil menggenggam tangan isterinya erat. Safi menarik tangan Wan untuk mengarahkannya duduk di sisi dan suaminya itu hanya menurut apa yang dihajati isteri.

“Safi nak ucapkan terima kasih pada abang. Terima kasih untuk segala yang abang dah lakukan untuk Safi, dan terima kasih juga kerana faham Safi.” balasnya.

“Takkan terima kasih je. Nak kiss.” permohonan pantas dibalas dengan cubitan di lengan.

“Aduh! Sakitnya!” tuturnya terkejut sebelum ketawa riang.

“Jangan nak mengarut. Malu kalau didengar dek orang.” balas Safi geram.

“Alah, abang gurau je pun, tak boleh? Dah buang tabiat nak buat aksi terlarang tu kat tempat macam ni? Kita kan orang timur, kenalah jaga adab.” jawapnya. Safi lega. Ridzwan banyak mengajarnya erti kehidupan. Mengajar dan mendidiknya ke arah kebaikan, sama macam mak, juga angah. Lelaki pertama yang berjaya mengubah tanggapan negetifnya pada lelaki-lelaki lain. Lelaki yang kini sudah mula bertakhta di hati, dan tampanya di sisi, mungkin kehidupannya akan sunyi kembali.

“Abang lupa. Safi la ni, tengok abang dah lupa apa yang abang nak cakap tadi. Sekejap ya, bagi abang fikir sekejap.”

“Hmmm…Okey dah ingat!” tuturnya serius sebelum kedua-dua belah tangan Safi digenggam erat.

“Abang pun sama. Abang pun nak ucapkan terima kasih pada isteri abang yang sorang ni.” Safi kehairanan. Alisya dikerutkan. Selama ini suaminya yang banyak memberi, dan dia sememangnya tidak layak untuk menerima ungkapan sebegitu.

“Terima kasih sebab terima cinta abang, dan terima kasih kerana sudi jadi peneman hidup abang. Abang sayang Safi.” ucapnya lembut. Safi tersentuh. Setitis air mata yang jatuh di pipi si isteri segera diseka dengan jari.

“Sebenarnya dah lama abang pasang harapan untuk tinggal di sana. Tapi, abang tak pernah bagitahu sesiapa, termasuklah ibu.”

“Dulu masa ibu ada, abang buat keputusan untuk pendamkan. Tak sampai hati nak tinggalkan ibu sorang-sorang dekat sini.”

“Abang ingat nak cabar diri, tapi pergi sorang-sorang rasa sunyi. Abang sampai dah siap ambil kursus bahasa arab pun sebagai persediaan untuk abang ke sana.”

“Dah tu sekarang ni tak sunyi?” soal Safi.

“Selagi Safi ada, InsyaAllah, abang takkan sunyi.” jawapnya sebelum menyentuh pipi Safi.

“Tapi sekarang, bila ibu dah tak ada, abang rasa mungkin inilah jalannya. Lagipun dah lama Mizi ajak abang berhijrah ke sana. Teroka tanah arab bersama-sama. Tempat yang dilimpahi dengan berkat, juga dipenuhi dengan jejak tapak kaki nabi kesayangan kita.”

“Mungkin di zaman yang berbeza, tapi tetap di bumi yang sama. Mak betul-betul beruntung kerana dipilih untuk tinggal di sana.”

“Janji dengan abang boleh?”

“Janji apa?” soal Safi kembali.

“Abang nak Safi janji, lepas ni Safi takkan sedih-sedih lagi. Safi ingat abang tak tahu, setiap kali solat Safi nangis? Safi ingatkan mak kan? Dari cerita Safi, abang yakin mak seorang yang baik. Orang baik memang tak lekang dengan ujian, tujuannya cuma satu, iaitu untuk memberikannya ganjaran.”

“Abang nak Safi tahu yang abang pun sayangkan mak, sama macam Safi sayangkannya. Abang bersyukur, mak didik Safi dengan baik, dan abang bangga dengan mak.” tuturnya ikhlas.

“Janji dengan abang, walaupun apa yang terjadi, kita akan terus usaha sama-sama.” wajah Safi di hadapannya ditatap serius sambil hati berdebar-debar menantikan jawapan daripada Safi.

“InsyaAllah…Safi janji!”

“Berkat izin Dia, insyaAllah, kita akan bahagia.” balas Safi. Wan tersenyum bahagia mendengarnya. Dia lega, akhirnya hati Safi dapat dimiliki.

“InsyaAllah. Amin.” balasnya sebelum pengunguman pelepasan pesawat kuat kedengaran.

“Jom. Dah sampai masa!” ucapnya sambil menggenggam erat tangan Safi lalu beriringan menuju ke terminal yang dimaklumkan.

Fasa rumahtangga yang tak banyak berbeza dan pernikahan bukan atas dasar cinta, perlukan masa juga kerjasama. Toleransi perlu ada untuk mewujudkan keserasian dan dengan kepercayaan, maka timbullah kejayaan.

“Mak…tunggu Safi ya.” bisiknya dalam hati. Kerinduan pada mak tidak tergambar kerana sudah bertahun mereka tak bersua bila mak dijemput llahi, di tempat yang paling suci. Tanggal 21 Zulhijjah telah menjadi sejarah yang takkan pernah padam dalam ingatan.

Previous: Bab120b
Next: Bab121b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.