Bab
24
Fir juga
berwajah sayu saat mahu melepaskan aku pergi. Tidak sudah dia mengingatkan
agar aku menjaga diri. Keprihatinannya sangat aku hargai. Pastinya aku akan teringatkannya
nanti. Tidak sangka, dalam beberapa hari saja, kami sudah menjadi begitu rapat
dan serasi. Terlalu banyak budinya untukku dalam beberapa hari ini. Sehinggakan
percutiannya dipenuhi dengan agenda melayani dan menemaniku saja. Semakin hampir
waktu untuk berpisah, semakin Fir mengelak dari memandangku. Aku mula dapat
mengesan perubahan itu.
“Fir
sedih ya sebab Zaira nak balik?” Tegurku.
“Takkanlah
tidak. Tapi, mana Zaira tahu?” Balasnya.
“Iyalah,
Fir Asyik tak nak pandang Zaira aje. Selalu tu sikit-sikit pandang. Asyik-asyik
jeling.” Ujarku meluahkan apa yang aku rasa sambil tersenyum tawar. Sengaja aku
mengulang tentang hal ‘pandang’ dan ‘jeling’ itu untuk mengusiknya.
Fir
tersenyum kecil mendengarnya. Tanpa menafikan kata-kataku Fir menunduk saja.
“Tengoklah
tu, tak nak pandang Zaira lagi. Pandanglah sini.” Bidasku sambil memaksanya
memandangku.
Bila
bersamanya, aku rasa sangat selesa untuk menjadi diriku yang sebenar. Fir menggeleng
sambil memandang ke arah lain.
“Kenapa?”
Soalku.
“Takde
apa.” Balasnya masih tidak mahu memandangku sambil menggeleng.
“Kenapa?”
Aku terus memaksa dia memberitahu sebabnya.
Dia
memandangku sekilas sebelum memberitahu sebabnya.
“Abang
takut, abang akan lebih jatuh cinta kalau abang terus pandang wajah Zaira.” Ujarnya
perlahan.
Terdiam
aku mendengarnya. Jatuh cinta denganku? Sedikit berubah wajahku menerimanya.
Reaksiku yang terdiam membuatkan Fir kembali memandangku.
“Gelabahlah
tu.” Usiknya pula.
Usikannya
langsung tidak mendapat perhatianku.
“Takdelah.”
Pujuknya untuk melunakkan hatiku sambil tergelak kecil.
Tentulah
gelak itu sebagai tanda dia benar-benar bergurau dengan kata-katanya sebelum
ini. Aku lega. Janganlah di saat akhir ini ada perkara yang bisa merosakkan
persahabatan kami. Aku tidak mahu itu terjadi.
“Abang
takut abang menangis nanti kalau asyik pandang Zaira sebab sedih nak lepaskan Zaira
balik.” Katanya memberitahu hal sebenar sambil memandangku tenang dengan
senyuman manisnya.
Aku
tersenyum padanya sambil mengucapkan terima kasih dan rasa berbesar hatiku
kerana ditemani olehnya dalam kebanyakan masa aku di sini.
“Bila-bila
Fir datang KL nanti, Zaira belanja Fir ya.” Janjiku sebagai tanda berterima
kasih kepadanya.
Fir
sekadar tersenyum tawar mendengar janjiku. Reaksinya bagaikan semua itu adalah
sangat tidak perlu.
LIMA jam dalam perjalanan pulang, akhirnya aku sampai
di tempat tumpah darahku. Sepanjang perjalanan aku menghabiskan masa dengan melelapkan
mata. Aku mahu rasa segar tatkala bertemu dengan cinta hati dan buah hatiku
nanti. Aku menarik nafas pajang sebelum keluar dari perut kapal terbang. Aku
bertekad mahu menjalani hidup yang sudah ditakdirkan untukku sebaik mungkin.
Semangat yang Fir dan Azrai bekalkan menjadi penguat untukku. Sepanjang jalan
menuju ke balai ketibaan, wajahku penuh dengan keceriaan. Dalam fikiran sudah
terbayang wajah-wajah kesayangan. Mengikut janjinya, Ikmal dan anak-anak akan
datang menjemputku. Namun kelibatnya tidak kelihatan. Bayang anak-anak yang
sangat aku rindui juga tidak kunjung tiba. Berulang kali aku cuba
menghubunginya. Namun ianya terus gagal untuk dihubungi. Panggilanku yang
berulang kali juga tidak mendapat balasan darinya. Setelah hampir dua jam aku menunggu, barulah
ada panggilan masuk darinya.
“Awak
dah sampai ke? Sorry awak, saya lupa
sangat-sangat yang awak nak balik hari ni. Saya masih di kampung Sufi lagi ni.
Awak balik rumah naik teksi dululah ya. Nak tunggu saya nanti berapa jam pulak
saya nak sampai sana. Lagipun kat sini adik beradik Sufi sedang berkumpul.
Takkan saya nak hilangkan diri pulak. Esoklah saya balik dan jumpa awak.”
Bagaikan
mahu menitik air mataku mendengar kata-katanya. Kelmarin aku sudah
mengingatkannya. Semalam aku tidak mengingatkannya lagi kerana tidak menyangka
yang Ikmal akan terlupa mengenainya. Rinduku padanya bukan kepalang. Tidak
sabar untuk aku bertemu dengannya. Tapi.. boleh pula dia terlupa akan
kepulanganku hari ini. Bagaikan kepulanganku tidak diharapkan. Nampak sangat
yang kepulanganku bukan sesuatu yang dinantikan olehnya. Sampainya hati Ikmal. Belum
pun apa-apa, keluarga yang di sana sudah dilebihkan. Kecil betul hatiku
dibuatnya. Tekad yang aku pasang serta semangat yang aku kumpul tadi terasa
mula mengendur saat ini. Mulutku terasa mahu membebel memarahinya. Tapi mujur
aku cepat-cepat sedar. Aku sudah ada saingan sekarang. Bukanlah langkah yang
bijak untuk aku buatkan Ikmal terus mual dengan sikapku yang sememangnya tidak disenangi
olehnya. Oleh sebab itu, sebelum mulutku mengeluarkan kata-kata yang tidak
disenanginya, cepat saja aku menamatkan perbualan yang membosankan dan
benar-benar mendera perasaanku.