Nazira masih lagi di
dalam keadaan trauma apabila kebenaran tentang Runi Naqiu terbongkar
satu-persatu. Dia tidak menyangka sama sekali bahawa lelaki yang dipujanya itu
telah mempermainkan dia sebegitu rupa. Tiba-tiba dia rasa jijik sekali dengan
Runi Naqiu. Malahan mendengar nama lelaki itu pun dia tidak sudi.
Air mata Nazira
berjejeran jatuh ke dataran pipinya yang mulus. “Ya ALLAH, aku buta dengan
cinta palsunya selama ini. Bodohnya aku kerana mempercayai lelaki maya seperti
dirinya. Bodohnya aku kerana tidak mempercayai kata-kata Syar. Maafkan aku
Syar.” Nazira seakan-akan menyesal dengan apa yang terjadi terhadap dirinya.
Nazira menyapu air matanya
sambil mengimbas kembali ketika dia dibawa pergi oleh Nur Syarida dan
Faridadli.
---
---
---
---
---
“Kau nak bawa aku ke
mana ni Syar?” Tengking Nazira yang lemas diperlakukan oleh Nur Syarida
seumpama lembu ditarik ke sawah. Sebenarnya dia agak takut kalau-kalau Nur
Syarida memperlakukan tidak senonoh padanya kerana tempat yang dituju oleh
wanita itu agak terpencil.
“Kau duduk diam-diam
boleh tak? Bukankah kami dah cakap nak tunjukkan kebenaran tentang setan
bertopeng tu pada kau? Lagi-lagi tanya soalan yang sama.” Intonansi suara Nur
Syarida juga sudah naik ke oktaf tiga. Seksa betul hendak meyakinkan orang yang
mabuk cinta.
“Kalau aku tak mahu
tahu, tak boleh ke?” tanya Nazira lagi.
“Tak boleh sebab kami
semua sayangkan kau. Kami tak akan biarkan kau menjadi salah seorang dari
mangsanya. Sudah cukup dia mempermainkan banyak wanita. Sudah cukup dia
memanipulasi minda wanita yang jatuh cinta dengannya. Kami nak hentikan
permainannya. Tolonglah Naz, kau jangan banyak soal lagi.” Nur Syarida cuba
memujuk Nazira yang terlalu degil pada hari itu.
“Kita nak ke mana ni?”
Nazira menyoal lagi apabila melihat mereka sudah keluar dari kawasan yang dia
kenal.
“Aduh Naz .... syhh.”
Kali ini Faridadli terpaksa bersuara dek kerana rimas Nazira yang asyik
bertanya soalan yang sama berulang kali. Bukankah lebih baik kalau Nazira
merekodkan soalan itu. Senang sikit mereka hendak merekodkan jawapan yang
sedondon dengan soalan yang dikemukakan oleh wanita itu.
Seketika kemudian, Nur
Syarida mengajak Nazira masuk ke dalam sebuah bangunan yang jauh dari orang
ramai. Di situ kelihatan dua orang lelaki yang sudah sedia menanti kehadiran
mereka. Kedua-dua mereka melontarkan senyuman dan dibalas oleh Nur Syarida dan
Faridadli tetapi bukan Nazira.
“Saya Azaharil Anuar
suami kepada Ellis Elliza. Silakan duduk.” Azaharil Anuar memperkenalkan
dirinya.
“Ellis Elliza? Macam
pernah dengarlah.” Nazira cuba memutarkan memorinya namun, dia tidak dapat
mengingat langsung siapakah gerangan wanita yang disebutkan oleh lelaki
dihadapannya itu.
“Ellis Elliza adalah
salah seorang mangsa permainan lelaki parasit atau si setan bertopeng. Dan saya
Adryan Evan’s penyiasat persendirian yang profesional. Saya diupah oleh Encik
Azaharil untuk membongkarkan kegiatan lelaki maya itu.” Adryan Evan’s pula
memperkenalkan dirinya.
Nazira semakin
terpinga-pinga. Sesungguhnya dia tidak memahami apa-apa. Mulutnya juga terkunci
dengan rapat kerana dia tidak tahu apakah yang bakal berlaku pada hari itu.
“Kita akan tunggu dua
orang lagi dan saya akan dedahkan siapakah Runi Naqiu yang sebenarnya. Lelaki
yang cukup bahaya di kala ini. Lelaki yang boleh menguasai minda kebanyakan
wanita yang mengenali dirinya. Lelaki yang mampu membuatkan wanita jatuh cinta
dengannya hanya dengan menjual ayat-ayat cinta.” Terang Adryan Evan’s dengan
panjang lebar.
Nazira menghela nafas
berat. Adakah dia mampu untuk mendengar kebenarannya atau dia harus melangkah
pergi dari sini sahaja? Namun, jika dia melangkah pergi, siapa pula mahu
menghantarnya pulang. Dia datang bersama-sama Nur Syarida dan Faridadli. Huh!
“Assalamualaikum.”
Kedengaran suara memberi salam. Semua mata berkalih arah menumpukan pada
kelibat mereka yang datang.
“Fadhila Imani?
Penulis novel tu, kan?” Nazira semakin terkejut dengan kemunculan kelibat
Fadhila Imani bersama seseorang. Dia yakin bahawa itulah suami Fadhila Imani.
“Ya. Ramai yang
terlibat dengan Runi Naqiu ni bukan saja orang biasa tetapi novelis juga salah
seorang daripada mangsanya. Inilah kebenaran yang harus kau tahu. Aku tak nak
kau terlalu jauh mencintai Runi sehingga boleh mencederakan diri kau sendiri.”
Nur Syarida memegang lembut tangan Nazira yang kelihatan amat terkejut.
“Maaf terlambat. Saya
Rozman suami kepada Fadhila Imani.” Rozman memperkenalkan dirinya kepada mereka
semua.
“Duduklah. Kita di
sini berkongsi pengalaman dan maklumat agar tiada siapa yang akan terjebak lagi
dengan lelaki maya ini. Trend lelaki sekarang memikat wanita-wanita dengan
ayat-ayat cinta sehingga mereka jatuh cinta dan kemudian, mempergunakan mereka
untuk kesenangan diri sendiri.” Adryan Evan’s menjelaskan bunga-bunga
situasinya.
“Hasil maklumat yang
saya dapat sepanjang penyiasatan, Runi Naqiu merupakan seorang suami kepada
seorang isteri dan bapa kepada dua orang anak. Ini kebenarannya.
Runi Naqiu Bin Ahmad
45 tahun
Beristeri
Tidak bekerja
Dulu penulis skrip & pernah menjadi pelakon
tambahan.. Sekarang sudah tidak aktif dalam seni
Isteri : Nurleela Bt Hisham
Anak : Rizky Nurhisham ( 16 thn ),
Sofea Farhana ( 13 thn)
Alamat : No 30 Blok D
Felda Hasal,
81000 Kulai,
Johor.
Pekerjaan isteri : Sales & Marketing
Department Legoland, Malaysia.
Adryan Evan’s
menunjukkan slide berkenaan diri Runi
Naqiu kepada mereka semua. “Jelas dia memikat wanita-wanita yang mengenali
dirinya untuk kesenangan diri sendiri. Dia sebenarnya kesunyian apabila
isterinya keluar bekerja sedangkan dia tidak mahu memikul tanggungjawab sebagai
seorang suami untuk mencari rezeki buat keluarga. Dia berimpian ingin hidup
goyang kaki di rumah sahaja dan dilimpahi harta kekayaan yang melimpah ruah
hasil pemberian wanita-wanita yang berjaya masuk ke dalam perangkapnya.” Adryan
Evan’s mula mendedahkan kegiatan Runi Naqiu kepada umum.
"Atau...mungkin
juga dia ada rencana sendiri. Memandangkan dia tidak bekerja jadi dia mahu
seseorang 'standby' untuk menyara dia
dan anak-anaknya andai sesuatu terjadi kepada isterinya. Meninggal dunia
misalnya." Adryan Evan's menyambung bicara.
"Runi Naqiu, dia
seorang yang berfikiran jauh ke hadapan. Jadi dia mempunyai perancangannya
tersendiri. Alangkah bagusnya kalau dia memikirkan bagaimana memajukan diri
sendiri. Tapi sayang dia lebih berfikiran songsang." Adryan Evan's
memandang seorang demi seorang yang berada di hadapannya.
“Mangsa-mangsanya
adalah mereka yang berduit. Wanita yang bekerjaya adalah mangsa yang cukup
disukainya. Dia tidak akan memikat gadis-gadis yang masih belajar kerana mereka
tidak dapat memberi sumber pendapatan buat dirinya. Selain itu, dia juga
mendambakan hubungan seks dengan wanita-wanita yang berjaya diperangkapnya.
Jangan terkejut jika isteri-isteri orang telah berjaya dibawa ke kamar peraduan
hanya dengan layangan cinta murah yang diberinya. Kalau berjaya dapat anak
dara, lagilah dia menggemarinya kerana mereka masih segar. Namun, bukan anak
dara yang masih belajar tetapi mereka yang mempunyai kerjaya tetap. Selepas
diperangkap, sudah pasti senang dia hendak mengawal mereka agar terus terikat
dengan dirinya.” Sambung Adryan Evan’s lagi. Kali ini agak panjang lebar.
Terlopong mulut Nazira
mendengar kenyataan itu. Air liur yang menuruni rengkungnya bagaikan berbatu.
Sakit sungguh jiwa raganya memandangkan dia juga salah seorang mangsa permainan
cinta lelaki dusta itu. Memang setan bertopeng. Air hangat sudah bergenang di
tubir mata Nazira. Hanya menanti waktu sahaja untuk gugur.
“Saya ingin menunjukkan
video yang telah saya rakam dalam diam-diam akan kegiatan Runi Naqiu.” Adryan
Evan’s mula menunjukkan video kecurangan Runi Naqiu dengan ramai wanita
termasuk Ellis Elliza dan Fadhila Imani.
Fadhila Imani rasa
bersalah lalu teresak di situ. “Abang, maafkan Dhila. Dhila tak tahu kenapa
Dhila tergila-gilakan dia sedangkan dia bukan taste Dhila. Sejak pertama kali Dhila bertemu dengannya, Dhila tak
boleh lupakan dia walau sesaat.” Fadhila Imani masih rasa bersalah terhadap
suaminya.
“Sebenarnya, dia telah
menggunakan sihir cinta pada semua wanita maya yang mahu diperangkapnya. Sihir
cinta dari kata-katanya. Sihir cinta apabila kita merenungi matanya sebab itu
dia mampu mengawal semua wanita untuk mendengar cakapnya.” Jelas Rozman kepada
mereka semua.
“Iya. Sihir cinta
salah satu ilmu sesat yang dipelajarinya. Ini video demi membuktikan kata-kata
saya.” Adryan Evan’s menunjukkan video di mana Runi Naqiu mengamalkan ilmu
sesat itu.
Nazira sudah tidak
dapat menahan air matanya lalu tumpah di kala itu juga. Darjat Runi Naqiu yang
sebelum ini cukup tinggi di matanya, kini jatuh merundum. Nazira mengambil
tindakan drastik untuk menyekat Runi Naqiu dari laman-laman aplikasi di dalam
telefon pintarnya. Bukan itu sahaja, dia juga telah menyekat Runi Naqiu di laman
sosial muka bukunya. Dia tidak mahu berhubungan lagi dengan lelaki parasit
seperti Runi Naqiu. Cukuplah dengan apa yang Runi Naqiu lakukan kepada dirinya.
Dia tidak akan memperbodohkan diri sendiri demi seorang jantan seperti Runi
Naqiu.
“Naz, aku tahu kau
kecewa. Aku tahu dia cinta pertama kau tapi dia tak layak untuk kau yang cukup
baik ni. Ada orang lain yang lebih layak untuk kau. Aku pun nyaris menjadi
mangsa rogolnya. Syukurlah tunang aku Faridadli datang tepat pada masanya
menyelematkan aku.” Nur Syarida membongkarkan kebenaran apa yang terjadi pada
dirinya.
“Ya Naz, saya juga
salah seorang mangsanya. Dia mengajak saya untuk mendustai suami sendiri dan
juga ingin memutuskan tali perkahwinan yang kami bina. Tapi saya tak faham
kenapa dia begitu tega untuk meruntuhkan masjid orang lain. Bukan saya saja,
ramai wanita yang berumahtangga mengalami benda yang sama. Diajarnya isteri
orang bagaimana menuntut fasakh." Jelas Fadhila Imani.
“Isteri saya juga
dipikatnya demi memenuhi tuntutan nafsunya. Dia berniat merobohkan masjid yang
kami bina agar isteri saya dapat bersama dengannya. Sedangkan saya tahu, dia
cuma mahukan duit Ellis saja untuk menyara diri sendiri. Dia ajar isteri saya
menuntut fasakh, dia tawarkan peguam yang dikenalinya untuk proses perceraian.
Bila isteri saya tidak menurut kehendaknya, dikatanya isteri saya lembab, 'weak', 'liar' dan macam-macam lagi.
Bila Ellis tidak juga menurut kemahuannya, dia bertindak berani menghantar
mesej kepada saya, menyuruh saya menceraikan Ellis. Mungkin dia fikir dengan
cara itu saya akan marah dan terus melepaskan Ellis."Azaharil Anuar
menarik nafas berat sambil menggeleng kepala. Tidak disangka sama sekali akan
berlaku dalam rumahtangganya.
“Terima kasih kerana
menyedarkan saya tentang hal ini. Saya terlalu naif tentang cinta sehingga
boleh terjebak dengan lelaki maya sebagaimana dirinya. Bodohnya saya kerana
mempercayai kata-katanya sehingga mengabaikan kawan sekerja saya sendiri. Syar,
maafkan aku ya. Terima kasih kerana sedarkan aku.” Nazira memeluk Nur Syarida
dengan esakan kecil yang sukar untuk berhenti.
“Aku maafkan kau Naz.
Dah menjadi tanggungjawab aku untuk menyedarkan kau tentang bahaya bercinta
dengan si setan bertopeng tu. Aku sayangkan kau Naz.” Nur Syarida mengurut-urut
belakang Nazira untuk meredakan tangisannya.
"Runi Naqiu ni
mudah memancing kepercayaan wanita berbekalkan sejarahnya dahulu. Dulu dia
pernah menjadi pelakon tambahan beberapa scene
dalam drama. Tetapi itu dulu, hanya beberapa. Dia gunakan itu sebagai passport memikat wanita. ditunjuknya
keratan akhbar yang ada berita tentang watak tempelannya. Gambar-gambar dalam facebook pun gambar dia di 'make up' semasa sesi fotografi. Jadi
sudah tentu nampak kacak, kan!" Adryan Evans melepaskan tawa sambil
menggeleng kepala.
"Hmmmm.. Dan
wanita-wanita yang tidak berfikir panjang ni mudah sahaja percaya dengan
ceritanya. Dia tu sebenarnya artis tak jadi. Konon banyak menghasilkan skrip,
beratus-ratus skrip disimpannya. Mangsanya pula percaya dia ni kononnya artis.
Kalau betul apa yang dia kata, tidak celikkah mangsa-mangsanya, di mana skrip
yang dihasilkannya? Apa bukti yang dia artis dan penulis skrip? Lebih dahsyat
katanya pengarah terkenal pun mahukan skripnya. Yang wanita-wanita ni pun
percaya. Kalau betul, bodohlah dia lepaskan peluang rezeki depan mata."
Adryan Evans menyambung lagi.
Kelihatan yang
lain-lain kusyuk mendengar kata-kata Adryan Evans sambil mengangguk kepala.
Baru terfikir agaknya akan permainan si Setan Bertopeng.
“Sebenarnya dia
melakukan ajaran songsang itu untuk memperkukuhkan ilmu yang dipelajarinya.
Meruntuhkan rumahtangga orang dan melakukan hubungan seks dengan wanita-wanita
yang jatuh cinta dengannya adalah benda yang sangat dipinta dalam mengamalkan
ilmu syirik ini. Menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal
adalah pegangannya kini. Cuma pesan saya, berhati-hatilah jika mengenali dengan
mereka yang berada di maya kerana kita tidak tahu siapakah mereka yang
sebenarnya. Jangan terlalu mudah percaya dengan keikhlasan yang ditunjukkan
oleh mereka. Mungkin sahaja ada udang di sebalik batu yang kita tidak
tahu." Pesan Adryan Evan’s sebelum mengkahiri pertemuan mereka pada
hari itu.
-----
-----
-------
------
------
“Alhamdulillah aku
telah diselamatkan dari cengkaman dan genggaman si setan bertopeng itu. Apa
yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Aku telah bertemu dengan cinta hati aku
selama ini. Dia adalah Adryan Evan’s. Tak sangka sungguh dalam diam dia menaruh
hati pada aku. Cinta pandang pertama yang tidak aku percayai selama ini. Terima
kasih ya ALLAH kerana berikan aku permata yang berharga.” Nazira mengesat air
matanya untuk kesekian kali sebelum melayari mimpi-mimpi indahnya bersama
Adryan Evan’s.