“Assalamualaikum.
Selamat pagi. Hari ni program ke mana?” tanya Ellis Elliza yang sudah menaip di
skrin telefon pintarnya di facebookRabiatul
Syafiqah.
Berkerut dahi Rabiatul
Syafiqah memandang skrin telefon pintarnya. “Ni apa hal pagi-pagi dah mesej
aku? Nak beramah mesra atau nak bagi warning?
Hmm .. layanlah kejap. Mungkin dia nak jadi sahabat aku kot.” Rabiatul Syafiqah
sendiri tidak tahu kenapa Ellis Elliza kerap menghantar mesej sedangkan dahulu
mereka tidaklah semesra mana.
“Waalaikumussalam.
Selamat pagi. Kami tengah bersiap untuk ke Muzium Perang. Mak dan Kak Fatin
teringin nak beriadah. Pagi-pagi macam ni eloklah beriadah di sana berbanding
petang.” Rabiatul Syafiqah membalas mesej Ellis Elliza.
“Kau bermesej dengan
siapa tu? Jejaka maya ke?” tanya Fatin Vavavoom ingin tahu.
Huh! Sibuk saja. Nak
kepoh la tu. Marah Rabiatul Syafiqah di dalam hati. “Taklah. Kawan baru
ni.” Balas Rabiatul Syafiqah
“Hmm .. ingatkan
lelaki tu.” Fatin Vavavoom mencebik.
“Tak kuasalah. Lagipun
kami kawan ajelah.” Sanggah Rabiatul Syafiqah.
“Hmm .. bilalah aku
nak bermenantu ni kalau asyik kawan biasa selalu.” Mak
Nana Vougue mula mencelah.
Aduh! Bergabung dah
pulak. Kena hentikan ni. “Jom mak kita kena cepat nanti orang terlalu ramai tak
seronok.” Rabiatul Syafiqah pantas mengajak mereka berdua ke destinasi yang
telah dirancang.
“Runi ada mesej Fiqa
hari ni?” Ellis Elliza ingin tahu.
“Tak ada pula. Sekejap
lagi kot.” Rabiatul Syafiqah membalas.
“Dalam pukul 10.30
nanti pasti dia akan mesej Fiqa. Masa tu masa senggang dia.” Ellis Elliza
memberitahu.
“Tahu saja jadual
dia?” Rabiatul Syafiqah seakan tidak puas hati.
“Percayalah pada saya,
saya tahu setiap gerak-gerinya. Jadualnya. Fiqa kena berhati-hati. Jangan
sampai jatuh cinta. Dia tak layak buat Fiqa.” Ellis Elliza memancing reaksi
Rabiatul Syafiqah.
“Nantilah saya
fikirkan hal itu. Lagipun, tak terlintas di hati saya untuk bercinta dengan dia.
Saya cuma seronok berbual dengan dia saja. Jangan bimbanglah.” Rabiatul
Syafiqah cuba menyangkal kenyataan Ellis Elliza bahawa dia akan jatuh cinta
dengan Runi Naqiu.
“Baiklah kalau begitu.
Saya cuma ingatkan saja sebab saya tahu segala-galanya tentang dia. Saya cukup
masak dengan cara dia memikat wanita. Dari seronok berbual itulah nanti, boleh
jatuh hati. Fiqa fikirlah banyak kali sebelum jatuh cinta dengan dia.” Pesan
Ellis Elliza lagi.
“Iyalah.” Hebat
sangatkah Runi Naqiu ni sehingga mampu buat aku jatuh cinta? Tapi memang pun,
aku dah mula terpikat pada dia. Walaupun begitu, sekarang aku agak sangsi.
Siapakah lelaki itu sebenarnya? Kenapa Ellis Elliza memberi amaran pada aku?
Tidak sukakah dia melihat sahabat baiknya mendirikan rumahtangga? Aduh! Pening
kepala aku. Go slow and steady Atul.
Rabiatul Syafiqah memberi motivasi kepada dirinya sendiri.
Reaksi Ellis Elliza
yang bersungguh-sungguh memberi amaran padanya membuatkan Rabiatul Syafiqah
ingin mengorek siapakah Runi Naqiu Sebenarnya. Kenapa pelik sangat amaran Ellis
Elliza. Dia harus berprasangka baik. Itu janjinya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Rabiatul Syafiqah baru
sahaja selesai mendaki terowong Muzium Perang dan sedang berehat seketika
sambil berjalan dengan amat perlahan untuk melihat setiap pameran yang
dipamerkan di dalam Muzium Perang itu. Sungguh mencabar bagaikan mendaki Bukit
Bendera lagaknya. Penat usahlah dikata. Teramat sangat. Namun dia hairan
bagaimana emaknya Mak Nana Vougue dan Fatin Vavavoom begitu bertenaga sekali.
Mungkin ini daripada amalan memakan ulam-ulaman. Fikir Rabiatul Syafiqah lagi.
Seketika kemudian,
kedengaran telefon pintarnya berbunyi menandakan mesej dari aplikasi whatsapp masuk. Rasanya dia tahu siapakah
gerangan yang menghantar mesej kepadanya. Apabila dipandang pada jarum jam
sudah pun menunjukkan 10.45 pagi, senyuman Rabiatul Syafiqah sudah melebar.
Sudah pasti lelaki yang diberi amaran oleh Ellis Elliza melayangkan mesej
buatnya. Apabila dibuka laman whatsapp
itu, tekaannya benar sekali.
“Hai, tengah buat apa
tu? Dah jalan-jalan ke mana hari ni?” tanya si lelaki.
“Hai. Dalam Muzium
Perang. Menariklah di sini. Seronok dapat beriadah sambil melihat pameran yang
dipamerkan. Lain benar dengan muzium yang lain.” Beritahu Rabiatul Syafiqah
dengan laju.
“Baguslah macam tu.
Dapat menjamu mata serta menyihatkan tubuh badan. Eh, Ellis ada mesej Fiqa ke?”
tanya Runi Naqiu ingin tahu.
“Ada. Kenapa?” sengaja
Rabiatul Syafiqah melontarkan pertanyaan itu.
“Selalu ke dia mesej
Fiqa?” tanya Runi Naqiu lagi.
“Kenapa pula nak
tahu?” Rabiatul Syafiqah tidak mungkin mendedahkan sesuatu yang merupakan
perangkap.
“Dia bagi tahu Runi
yang dia selalu mesej Fiqa. Betulkan?” tekan Runi Naqiu.
“Dia bagi tahu?”
Rabiatul Syafiqah agak terkejut. Selama ini Ellis Elliza melaporkan
segala-galanya pada Runi Naqiu tentang perbualan mereka.
“Ya. Dia ada kata
apa-apa tak?” Runi Naqiu mengiakannya.
“Kata apa?” Rabiatul
Syafiqah mula tidak sedap hati.
“Kata apa-apa tentang
Runi. Well, kalau dia ada kata
apa-apa tolong jangan percaya dulu. Rujuk pada Runi. Fiqa kena percayakan
Runi.” Runi Naqiu meneruskan perbualannya.
Eh, pelik betul.
Kenapa pula ni? Hati Rabiatul Syafiqah mula dilanda resah.
“Kenapa pula? Runi dan
diakan bestfriend? Apa yang Runi
risau tentang Ellis? Pelik Runi ni.” Rabiatul Syafiqah inginkan kepastian.
“Fiqa tak tahu fiil
dia. Dia tu terlalu cemburukan Runi. Dia tak suka Runi rapat dengan orang lain
selain dia. Kalau dia tahu Runi mula rapat dengan seseorang, mulalah dia
menabur fitnah. Fiqa tahu tak yang dia tu amat cemburu. Sebab itulah Runi minta
Fiqa rujuk pada Runi terlebih dahulu.” Runi Naqiu mula menjelaskan sesuatu yang
palsu tentang Ellis Elliza untuk memperolehi kepercayaan Rabiatul Syafiqah.
Melepas nafas panjang
Rabiatul Syafiqah mendengarnya. Dia mula keliru. Kalau begitu situasinya,
kenapa Ellis Elliza beria memberi amaran keras padanya tentang Runi Naqiu.
Firasatnya menyatakan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dan dia
tersepit di antara Runi Naqiu dan juga Ellis Elliza.
“It is?” Rabiatul Syafiqah susah hendak menerima kenyataan ini.
“Ya Fiqa. You have to trust me. Bila Runi rapat
dengan seseorang dikatakan Runi mencari mangsa dan ia amat sakit sekali bila
dituduh begitu. Sebab itu Runi katakan, rujuk pada Runi terlebih dahulu.” Runi
Naqiu terus menanam rasa ragu-ragu Rabiatul Syafiqah terhadap Ellis Elliza.
“Baiklah. Runi, Fiqa
kena off dulu ya. Kami nak pergi Toy
Museum pula. Nanti ada masa kita bual lagi. Assalamualaikum.” Rabiatul Syafiqah
sudah tidak tahan menerima sesuatu yang baru. Dia harus menenangkan diri dan
pertimbangkan dari segala segi. Tidak boleh percaya pada satu pihak sahaja.
“Baiklah. Jaga diri
ya.” Runi Naqiu menamatkan perbualannya dengan Rabiatul Syafiqah pada pagi itu.
Petang tidak tentu lagi kerana Runi Naqiu akan mesejnya tanpa mengira masa.
Bila-bila sahaja dia akan dapat mesej daripada Runi Naqiu.
---------------------------------------------------------------------------------------
“Assalamualaikum El
sayang.” Runi Naqiu mesej Ellis Elliza pula selepas berbual dengan Rabiatul
Syafiqah.
Ellis Elliza tidak
membalasnya melalui laman whatsapp
tetapi wanita itu terus menelefon Runi Naqiu. Dia ingin mengetahui sesuatu yang
tidak diperolehinya daripada Azaharil Anuar.
“El, rindukan abang ya
sampai telefon ni?” lunak merdu sungguh suara Runi Naqiu.
“El nak abang beritahu
sesuatu pada El dengan jujur. Boleh?” tanya Ellis Elliza.
“Boleh tapi beritahu
abang dulu kenapa El mesej Fiqa? El cemburu ya sayang?” Runi Naqiu ingin
mengetahui kebenarannya. Jika Ellis Elliza cemburu bermakna peluangnya untuk
mengumpul dana daripada wanita yang bermurah hati menghulurkan padanya cukup
tinggi.
“Tolonglah abang. El
nak cemburu buat apa? El ada suami. Ada anak-anak. Lainlah kalau El bujang
macam Fiqa, wajarlah El cemburu. Sajalah El mesej dia untuk meramaikan kawan,
tak boleh ke?” Ellis Elliza agak berang dengan Runi Naqiu yang masih ingin
mengawal setiap gerak-gerinya.
“El memang kaki chat. Perempuan yang chatdengan abang semuanya El nak chat. Memalukan abang. El nak kawal mereka ke agar jauhkan diri
dari abang? Oh, please don't do that.”
Runi Naqiu tegas memberi amaran.
“If I do?” duga Ellis Elliza.
“Kalau El lakukan
juga, abang akan beritahu mereka semua yang sebenarnya El sangat cemburu, El
yang tergila-gilakan abang. Mereka pasti akan percaya sebab wanita-wanita di
luar sana semua tergila-gilakan abang. So
abang dengan mudah boleh buat mereka percaya. Awas El, jangan lakukannya.
Jangan kata abang tak warning."
Runi Naqiu tersengih selepas dapat menggertak Ellis Elliza yang disangkakan
masih dapat dikawal.
Huh! Makhluk TUHAN
yang paling dahsyat. “El cuma hendak berkawan saja dengan Fiqa. Takkan itu pun
menjadi kesalahan. Abang pun tak ada hak nak halang El daripada berkawan dengan
sesiapa saja. Ingat El macam abang ke kaki chat?
El hanya chat dengan Fiqa saja.
Dengan Dhila pun El jarang chat tau.
Yang abang marah ni kenapa? Jadi betullah, abang sedang memikat Fiqa?"
Ellis Elliza agak berang dengan tingkah Runi Naqiu yang semakin lama semakin
kuat mengawalnya.
“Hmm .. lupakanlah
sayang. El nak tanya apa pada abang tadi?” Runi Naqiu segera menamatkan
persengketaan yang baru hendak berbunga diantara mereka.
“El nak tahu apa
terjadi pada El selepas El cium bunga yang abang berikan? Sedar-sedar je El dah
ada kat rumah. Tolong jangan sembunyikan apa-apa pada El.” Ellis Elliza setia
menanti di hujung talian.
Runi Naqiu ketawa
jahat dengan bersungguh-sungguh sehingga menjengkelkan telinga Ellis Elliza
yang mendengarnya. Rasa sakit hati tiba-tiba datang membuak-buak menujah
dinding jiwanya. Bingit mendengar ketawa Runi Naqiu yang tidak serupa manusia
itu.
“El bukan nak dengar
abang ketawa. El nak abang beritahu El sekarang juga.” Tekan Ellis Elliza untuk
menghentikan ketawa jengkel Runi Naqiu.
“Suami El tak beritahu
ke apa yang terjadi pada kita? Hmmm?” Runi Naqiu ingin menduga. Dia pasti
Azaharil Anuar pasti tidak sudi untuk menyakiti hati isterinya yang curang itu.
“Kalau dia beritahu,
tak adalah El nak tanya pada abang. Dia seolah-olah menyembunyikan sesuatu. El
tak suka berteka-teki begini.” Nada suara Ellis Elliza masih tegang.
“Kalau El betul-betul
nak tahu, El datang jumpa abang. Abang akan beritahu El secara terperinci. Tapi
yang pasti, sesuatu yang manis telah berlaku antara kita. Abang takkan dapat
melupakan saat-saat manis itu.” Runi Naqiu masih ingin bertemu dengan Ellis
Eliza walaupun dia tahu Azaharil Anuar sudah menegah dirinya dari berjumpa
wanita itu. Namun, dia peduli apa? Kuasa cinta mampu merentasi segala halangan.
Dia sangat yakin dan pasti. Runi Naqiu melebarkan sengihannya. Manalah tahu
dapat menikmati tubuh Ellis Elliza kali kedua. Runi Naqiu sudah memasang
angan-angan yang cukup tinggi sekali.
"El sayang,
percaya pada abang. No one knows I'm
married. Abang janji, bila kita kahwin nanti, orang hanya akan tahu hanya
El isteri abang. Abang akan upload
gambar kita berdua di Facebook. Pasti
ramai yang cemburu! Bila kita dah kahwin nanti, abang akan bagi password Facebook abang pada El. El nak
komen pun abang benarkan. Abang sangat cintakan El, percayalah sayang. Jangan
tunggu lama-lama lagi, El tu bukannya semakin muda," Runi Naqiu masih
belum berputus asa memenangi hati Ellis Eliza.
“Abang ni betul-betul
jahat tau tak. Apa salahnya abang beritahu El sekarang?” Ellis Elliza terasa
benci dan meluat pula pada Runi Naqiu. Lain ditanya lain dijawabnya. Tak sudah
dengan janji manisnya. Kasihan sungguh isterinya dinafikan hak oleh suami
sendiri. Berhajat pula nak beristeri lagi.
Kalau aku yang menjadi
isterinya pasti aku kecil hati, terasa hati bila suami sendiri menyembunyikan
status aku sebagai isteri. Ellis Elliza berkata-kata dalam hati, kecewa
mendengar tiap butir bicara Runi Naqiu.
“El datang jumpa
dengan abang sekali and you will get what
ever you want.” Runi Naqiu masih memancing Ellis Elliza lagi.
“Nanti El fikirkan.
Assalamualaikum.” Ellis Elliza tidak mahu memanjangkan perbualannya dengan Runi
Naqiu yang hanya mengudang barah di dalam hatinya.
“Waalaikumussalam
sayang. I love you.” Goda Runi Naqiu
seperti biasa.
Cepat-cepat Ellis
Elliza menekan butang merah sebelum hatinya cair lagi dengan ayat kasih berbisa
Runi Naqiu. Kemudian, dia menangis teresak-esak. Ada sesuatu seakan bersarang
di dalam jiwanya membuatkan dia amat payah melupakan Runi Naqiu. Namun, dia
harus mencuba.
“Mama, kenapa ni?”
tanya Azaharil Anuar yang baru hendak pergi keluar semula setelah pulang
mengambil sesuatu yang tertinggal.
“Tak ada apa abang.”
Ellis Elliza menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Mama masih
menghubungi dia?” tanya Azaharil Anuar.
Ellis Elliza
mengangguk lesu. “Mama nak tahu sesuatu yang abang sembunyikan dari mama. Dia
tak nak bagitau apa yang terjadi pada kami hari tu. Dia minta mama jumpa
dengannya jika mama nak tahu apa yang dah berlaku. Boleh mama pergi jumpa dia,
abang?” Kali ini Ellis Elliza meminta izin pada Azaharil Anuar.
“No. Mama tak boleh pergi jumpa dia. Abang tak izinkan sebab bila
mama pergi jumpa dia, semuanya akan kembali berlaku semula. Hanya mama dapat
mengubah diri mama. Bukan abang, bukan sesiapa. Mama kena cuba lupakan dia.
Lupakan apa yang telah berlaku antara mama dan dia. Percaya pada abang.
Semuanya akan kembali seperti biasa jika mama berhenti dari berjumpa dengan
dia. Ingat mama, syurga seorang isteri di telapak kaki suami.” Azaharil Anuar
menasihati Ellis Elliza dengan cukup lembut sekali..
Teresak Ellis Elliza
mendengarnya. Cukup sabar sekali Azaharil Anuar melayani kerenahnya selama ini.
Dia pasti tidak akan mengingkari kata-kata suaminya kali ini.
“In Sha ALLAH abang,
mama akan cuba. Itu janji mama pada abang.” Lafaz Ellis Elliza membuatkan
Azaharil Anuar senyum lega. Akal sihat Ellis Eliza memberitahu dia perlu mula
melupakan Runi Naqiu dan kembalikan sepenuh cinta dan jiwanya kepada yang lebih
berhak. Lelaki yang tidak pernah menyakitinya. Lelaki yang sentiasa memberikan
kasih dan sayangnya. Lelaki yang mencurahkan cintanya tanpa syarat. Kenapa
harus dia menduakan cinta yang suci anugerah Illahi?
---------------------------------------------------------------------------------------
“Kau lagi? Buat apa
kau datang bertandang rumah aku hari-hari?” Nazira cukup berang apabila melihat
kelibat Nur Syarida di rumahnya pada hari itu.
“Hari ni bacaan tahlil
hari yang kedua? Salah ke aku datang untuk menyumbang bacaan aku?” tanya Nur
Syarida. Dia sememangnya faham dengan kemarahan Nazira terhadap dirinya.
“Kau baca di rumah
saja tak boleh ke?” nada Nazira masih kasar.
“Aku datang dengan
ikhlas.” Nur Syarida masih boleh berlembut dengan Nazira.
“Aku tak mahu dengar
kau halang hubungan aku dengan Runi. Aku tetap nak berkawan dengan dia.” Nazira
putuskan akhirnya.
“Aku akan sentiasa
menjadi penghalang jika dia yang kau inginkan. Percayalah cakap aku sekali, dia
tak sesuai untuk kau. Dia tu umpama serangga perosak yang mampu merenggangkan
kau dari kawan-kawan dan juga keluarga kau. Dia mampu memecah belahkan hidup
kau. Percayalah pada aku.” Nur Syarida masih berusaha menanam kepercayaan
Nazira terhadap dirinya.
“Apa yang terjadi pada
kau sehingga kau menghalang aku begini sekali?” tanya Nazira ingin tahu dan
sekali gus mendapatkan kepastian.
“Teruk dan kau tak
mungkin akan percaya pada aku selagi kau masih tanam ragu-ragu pada aku.
Percaya pada aku sekali dan semuanya akan terbongkar.” Nur Syarida tidak
berputus asa untuk meraih kepercayaan Nazira.
“Kalau begitu, tak perlu
buat aku percaya. Aku tak mahu tahu.” Nazira masih berkeras dan tiba-tiba
telefon pintar Nazira berbunyi menandakan mesej dari laman whatsappnya berbunyi.
Hati Nur Syarida
bergetar hebat. Dia pasti mesej itu sudah semestinya daripada Runi Naqiu. Dia ingin
mengekori Nazira tetapi Nazira terlebih dahulu mengunci pintu biliknya.
“Bacaan tahlil dah
habis ke Naz?” Runi Naqiu begitu ambil berat terhadap Nazira. Bagaimana hati
wanita itu tidak cair.
“Belum lagi. Sedang
berlangsung. Runi, Naz nak tanya sikit boleh?” tanya Nazira menenangkan
hatinya.
“Naz nak tanya apa?”
seperti biasa cara Runi Naqiu melayani mana-mana perempuan pasti penuh dengan
godaan.
“Syarida. Runi kenal
dia?” tanya Nazira polos.
“Oh, dia kawan Naz
ke?” Tanya Runi Naqiu pula inginkan penjelasan.
“Ya. Runi rapat dengan
dia?” Hati Nazira sudah tidak dapat menahan dari membuak-buak ingin tahu.
“Dulu ya tapi sekarang
dah putus. Dia tu suka mengawal Runi. Dia tak suka jika Runi rapat dengan
sesiapa macam Ellis juga. Dia tu penipu. Kalau dia kata apa-apa pada Naz,
tolonglah jangan percaya. Naz percayakan Runi, kan?” Runi Naqiu sudah mula
memasang perisai untuk melindungi dirinya dengan mendapat kepercayaan Nazira
pula sebagaimana dia ingin mendapat kepercayaan Rabiatul Syafiqah sebentar
tadi.
“Ye ke? Dia kawal
hidup Runi?” tanya Nazira sedikit terkejut.
“Ya Naz, dia sangat
teruk. Bila Runi tak mahu dengan dia dan mula menjauhkan diri dari dia,
macam-macam dia kata Runi. Dia tak mahu perempuan lain mendekati Runi. Dalam
perkataan yang sangat mudah teorinya begini 'jika aku tak dapat miliki dia,
maka orang lain juga tidak boleh memilikinya'. Ada ke patut? Tak adil untuk
Runi, kan? Runi berhak memilih perempuan yang Runi suka. Jadi, kalau ada
apa-apa rujuk pada Runi dulu. Jangan percaya melulu.” Runi Naqiu memang hebat
di dalam gelanggang romeonya.
“Baiklah. Tulah hati
Naz macam berat saja nak percayakan dia. Naz lebih percayakan Runi lagi. Naz,
nak turun ni. Bacaan tahlil hampir habis. Naz berhenti dulu ya.” Nazira meminta
diri.
“Baiklah. Ingat, Runi
sentiasa di sisi Naz walau apa jua keadaan pun.” Runi Naqiu memasang jerat
kasih dan dia pasti Nazira pasti terkulai di dalam dakapan cintanya.
“Baik.
Assalamualaikum.” Akhiri Nazira.
“Waalaikumussalam.”
Balas Runi Naqiu.
Sebaik sahaja Nazira
keluar dari biliknya, Nur Syarida sudah tercongok di hadapannya sambil
memandang tepat ke wajahnya. “Runi mesej kau, kan?” tanya Nur Syarida.
“Kau tak ada hak untuk
tahu. Aku ada kerja. Jangan kacau aku.” Nazira terus berlalu dengan hati yang
cukup sebal. Marahnya pada Nur Syarida masih ada kerana cuba mengawal hidupnya
dan Runi Naqiu.
“Aku tahu, dah pasti
dia mengata aku untuk tutup rahsia dia. Percaya pada aku Naz, aku tak seteruk
seperti dia cakap. Aku sayangkan kau.” Nur Syarida cuba memujuk hati Nazira
yang sedang membengkak itu. Dia tahu kerana dia amat pasti Runi Naqiu sudah pun
memburuk-burukkannya pada Nazira disebabkan apa yang lelaki itu hajati tidak
diperolehi. Begitulah cara Runi Naqiu setelah dia selidik daripada
wanita-wanita lain yang menjadi mangsa Runi Naqiu.
“Aku bukan lesbian
untuk pengetahuan kau.” Nazira terus berlalu. Muak sungguh dia menghadap wajah
Nur Syarida lama-lama.
“Saat semuanya
terbongkar, kau akan menyesal Naz kerana tidak mempercayai aku. Namun, aku akan
tetap cuba selamatkan kau daripada buaya tembaga itu. Aku janji.” Lafaz janji
Nur Syarida pada dirinya sendiri.