Kapten Azrin sedang mengetuai ahli
kumpulannya meredah hutan yang tinggi menyombong itu. Di tangan Kapten Azrin, kelihatan sebuah kapak batu
yang merupakan senjata pertahanan diri jejaka itu meredah hutan yang terdiri
daripada tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan yang beriklim tropika.
Hutan
itu dihuni oleh makhuk yang sekecil semut sehinggalah yang tinggi melangit.
Semuanya sudah dihadapi oleh Kapten Azrin. Dia masih mengingati detik di mana
seekor T-Rex mengejar ahli kumpulannya.
“Kau
nak bawak kita orang pergi mana lagi ni?” kata Hafeez bengang apabila terpaksa
berjalan di bawah terik matahari.
Azrin
tidak mengendahkansi
kasanova
itu sebaliknya terus berjalan. Selain daripada mencari Acha yang hilang, Azrin
juga sebenarnya merindui buah hatinya iaitu Husna Mukhtar, pramugari yang
sebenarnya bersamanya dalam penerbangan tempoh hari.
Namun,
ketika pesawat yang dikendalikannya itu menyembah tanah, Husna Mukhtar antara
manusia yang terpisah daripada bahagian depan pesawat yang terbelah dua kerana tidak mampu menahan impak terhempasnya
pesawat. Azrin masih mengingati bagaimana pesawat itu meredah lantai hutan
dalam masa yang agak lama sebelum akhirnya berhenti.
“Sikit
lagi.” Azrin memujuk. Dia tahu anak muda seperti Hafeez dan Taufiq tidak akan
bertahan lama di dalam hutan seperti itu. Tambahan pula lantai hutan itu
dipenuhi oleh haiwan yang sangat menakutkan. Tiada di antara mereka yang
mengimpikan untuk terhempas di sebuah pulau yang penuh dengan haiwan
prasejarah.
Mereka
akhirnya tiba di sebuah tanah lapang. Padang rumput yang menghijau sehingga ke
hujung horizon menanti mereka. Kelihatan banyak dinosaur hervivor sedang
meragut rumput.
“Piqah, jom ke sana?” ajak
Yasmin sambil menarik tangan sahabatnya. Piqah mengangguk lalu mengekori
langkah kaki Yasmin dari belakang. Mereka berdua kelihatan duduk dengan sangat
hampir dengan kawanan dinosaur.
Kelihatan
kawanan Stegosaurus, seekor
dinosaur yang berkepala hanya sebesar saiz anjing, tetapi berbandan besar
dengan tulang aneh yang tumbuh di belakang tubuhnya sedang meragut rumput. Ekor
dinosaur itu pula mempunyai tanduk-tanduk tajam yang digunakan sebagai senjata
mempertahanakan diri. Beberapa ekor dinosaur daripada spesis
Pachycepalosaurus, seekor dinosaur yang mempunyai tulang di kepalanya yang
bertindak sebagai perisai.Juga tidak ketinggalan
seekor Barosaurus,
sedang menjulurkan lehernya yang panjang mendekati Yasmin dan Piqah.
Yasmin dan Piqah berundur ke belakang, beberapa langkah ketika kepala
Barosaurus tunduk menghampiri mereka.
“Jangan
takut,” gumam Piqah. Dia mengambil sebatang kayu mati yang terdapat daun yang
masih lebat berhampiran dengannya, lalu menghulurkan untuk di makan oleh oleh
Barosaurus.
Dinosaur
itu memakan dahan pokok yang dihulurkan
oleh Piqah. Yasmin tersenyum melihat telatah comel dinosaur itu lalu
memberanikan diri memegang kepalanya. Barosaurus, dinosaur paling besar dalam
sejarah dan mempunyai leher yang terpanjang itu tidak langsung menunjukkan
respon ganas. Sangat jinak!
“Comel
kan dia ni?” ucap Yasmin sambil tersenyum.
Piqah
mengangguk setuju. Dua sahabat itu leka melayan karenah dinosaur yang
menghampiri mereka. Di satu sudut lapangan, Hafeez dan Taufiq juga sedang
berdua-duaan. Mereka berdua-duaan bukan atas nama persahabatan seperti Piqah
dan Yasmin, tetapi kerana mempunyai motif tertentu.
“Kita
akan kaya nanti bila balik Malaysia,” tutur Hafeez teruja sambil membuka beg
galasnya.
“Idea
siapa?” Taufiq tidak mahu mengalah.
“Bila
aku dah kaya, Ummu akan suka kat aku,” kata Hafeez pula yang kelihatan begitu
teruja. Kalau Yasmin dan Piqah teruja kerana melihat telatah comel haiwan
hervivor, Hafeez dan Taufiq pula berbeza.
“Tak-tak.
Ummu harus jadi milik aku!” Taufiq tiba-tiba membantah.
Hafeez
menatap wajah Taufiq, tidak percaya yang Taufiq sanggup membelakanginya dalam
membuat keputusan.
“Tak-tak.
Aku dah tunggu Ummu lama!”
Taufiq
tiba-tiba bangkit.
“Aku
tak akan benarkan Ummu jatuh ke lelaki macam kau. Lelaki yang playermacam kau nak perempuan paling
cun kat kampus kita? Langkah mayat aku dulu. Aku akan pastikan kau tak akan
dapat sentuh dia walau seinci pun!” Taufiq menghamburkan makian. Hafeez dengan
rasa terbakar meletakkan begnya ke tepi lalu terus menerkam Taufiq.
“Muka
selipar jepun macam kau ada hati nak rebut buah hati aku?” tutur Hafeez sinis
lalu melepaskan tumbukan yang kemudian hinggap di pipi Taufiq.
Azrin
yang sedang kusyuk memerhatikan Piqah dan Yasmin memberi makan terpaksa datang
untuk meleraikan dua orang lelaki yang sebentar tadi lagaknya seperti sahabat
dunia akhirat kini sedang bertumbuk seperti mereka musuh seumur hidup.
“Sekurang-kurangnya
dia kenal aku sebagai seorangketua
yang hebat!” Taufiq pula yang menumbuk wajah Hafeez.
“Jangan
bergaduh!” kata Azrin yang cuba meleraikan Hafeez dan Taufiq.
Yasmin
dan Piqah kelihatan menghampiri dua orang jejaka itu, cuba untuk meleraikan
pergaduhan antara Hafeez dan Taufiq. Azrin seorang diri tidak mampu.
“Azrin,
ke tepi,” gumam Yasmin tiba-tiba.
Tiba-tiba
gadis itu memegang tangan Hafeez yang mahu menumbuk wajah Taufiq yang sudah
lunyai dikerjakan itu. Hafeez tidak percaya apabila seorang gadis seperti
Yasmin berani melakukan dirinya sedemkian rupa.
“Kau
pula nak cari gaduh dengan aku?” tutur Hafeez tidak puas hati.
Yasmin
menggelengkan kepalanya, namun masih tersenyum. Pergelengan tangan Hafeez masih
belum dilepaskannya.
“Aku
nak leraikan pergaduhan, bukan nak cari gaduh.” Tenang suara Yasmin berbicara.
Hafeez kelihatan tidak puas hati pula dengan Yasmin. Dia bangkit dari atas
Taufiq yang tidak bermaya sambil tangannya masih digengam erat.
“Kalau
macam tu, lepaskan aku,” kata Hafeez.
“Boleh.
Tapi, kau kena janji kat aku yang kau tak akan tumbuk dia lagi?” pinta Yasmin.
Hafeez
merenung Taufiq yang sedang dipapah oleh Azrin untuk berdiri. Kemudian, dia
tersenyum. Dia ada idea untuk membakar amarah Yasmin. Secara tiba-tiba, dia
menendang perut Taufiq secara mengejut membuatkan Taufiq terlutut menahan
kesakitan.
“Macam
mana?” tanya Hafeez. Dia menghayunkan tangannya ke belakang, cuba untuk
menumbuk Taufiq dan... penumbuknya sedang dipegang oleh Yasmin dari belakang.
Satu tangan sahaja. Hafeez cuba menarik tangannya, tetapi kekuatan yang
ditunjukkan oleh Yasmin sangat luar biasa.
“Macam
mana sekarang?” tanya Yasmin sambil tersenyum. Hafeez cuba untuk melepaskan
diri dan... dirinya dilemparkan ke tanah oleh Yasmin. Hafeez terlentang dan
Yasmin sedang duduk bercangkung di sebelah Hafeez.
“Ada
yang lebih kuat daripada kau, kawan,” tutur Yasmin lalu bangkit.
Belum
sempat Hafeez mahu membalas apa yang dilakukan oleh Yasmin terhadapnya,
tiba-tiba tanah di bawah mereka bergegar aneh. Hafeez pantas menoleh ke
belakang dan kelihatan kawanan dinosaur hervivor yang sedang meragut rumput
sedang deras berlari ke arah mereka.
“Tengok
tu!” teriak Azrin apabila melihat dari jauh seekor T-Rex sedang berlari
mengejar kawanan dinosaur hervivor di situ. Mana yang malang akan menjadi
mangsa makanan tengah hari T-Rex.
“Cabut!”
teriak Hafeez yang menjadi orang pertama yang cabut lari.Hafeezsempat mencapai beg
galas yang mengandungiharta
yang paling berhargauntuk dirinya itu.
***
Azrin
menjadi orang pertama yang memasuki kawasan gua. Langkahnya terus mati apabila
melihat penempatan manusia sedang bercambah di situ. Mereka yang sedang berehat
menoleh ke arah Azrin yang kemudian disertai oleh beberapa orang ahli
kumpulannya. T-Rex di belakang mereka mungkin sudah kehilangan jejak mereka.
“Juruterbang
pesawat MAS yang terhempas dua minggu yang lepas?” tanya seorang lelaki yang
tiba-tiba menegur mereka.
Azrin
mengangguk apabila dirinya ditegur oleh seorang lelaki tua yang berkemeja
lengan panjang yang dilipat, dan berseluar slack itu. Orangnya hampir botak.
“Saya
Yusha. Salah seorang penumpang pesawat awak hari itu. Kita terpisah bila
kawanan Velociraptor menyerang kita.” Yusha, lelaki tua itu memperkenalkan
dirinya.
Namun
belum sempat Azrin memperkenalkan dirinya, raungan T-Rex bergema dari luar gua.
Jelas T-Rex tidak mampu untuk memuatkan diri ke dalam gua itu.
“Kamu
kena kejar T-Rex ke?” tanya Yusha.
Azrin
mengangguk sambil tersenyum. Yusha turut tersenyum.
“Tapi,
jangan risau lagi. Saya beri jaminan yang gua ini adalah tempat yang paling
selamat untuk kita semua. Kita tak jauh dari sumber air. Jauh di dalam gua ini
terdapat kolam air yang sangat luas. Kalau nak makan, kita ada orang yang boleh
keluar berburu di luar sana,” tutur Yusha.
Kemudian,
Yusha selaku ketua manusia di penempatan itu membawa Azrin dan ahli kumpulannya
meneroka gua tersebut. Mereka berkenalan dengan beberapa orang keluarga yang
berjaya menyelamatkan diri daripada serangan kawanan Velociratpor.
“Memperkenalkan
Kapten Azrin. Juruterbang pesawat kita tempoh hari,” tutur Yusha ketika mereka
menghampiri seorang lelaki yang sedang memerika sebuah kotak, yang dimana dalam
kotak tersebut mengandungi pelbagai jenis pisau yang bervariasi.
“Saya
Amirul Hafeez,” tutur Hafeez acuh tak acuh.
Taufiq
yang sedang dipapah oleh Piqah itu pula memperkenalkan dirinya.
“Taufiq
Ariffin.”
“Nur Rafiqah. Panggil akuPiqah.”
“Yasmin
Aishah.
Panggil
Yasmin.”
“Sunder.
Aku jaga keselamatan mereka semua kat sini,” kata Sunder sambil bersalaman
dengan Azrin. Kemudian. Yusha membawa mereka semua semakin dalam di kawasan gua
itu.
Kelihatan
seorang wanita sedang merawat beberapa orang lelaki. Antara
mereka ada yang kehilangan kaki, putus. Ada yang cedera teruk di wajah.
Kelihatan di tanganwanita itu beberapa herba yang entah dari mana
dikutipnya.
“Doktor
Isha. Ini
kapten pesawat MAS. Dia akan sertai koloni kita di sini,” kata Yusha lagi.
Doktor
Isha melambaikan tangan sambil mempamerkan senyumannya. Orangnya cantik,
berambut ikal yang diikat sanggul. Mata Hafeez berpinar melihatwanita secantik doktor
itu.
“Doktor...
perut saya rasa sakit tiba-tiba,” tutur Hafeez tiba-tiba sambil memegang
perutnya. Azrin tiba-tiba menarik Hafeez jauh dari situ sambil melemparkan
sengihan kepada Doktor Isha.
“Budak
gatal,” gumam Doktor Isha lalu kembali mencuci luka di kaki penghuni penempatan
manusi di dalam gua itu.
Yusha
membawa mereka meneroka lagi kawasan gua itu. Menurut Yusha, gua itu sangat
dalam besar dan mereka tidak punya keberanian untuk meneroka habis kawasan itu.
Azrin sekadar setia mendengar.
“Sini
tempat kalian di dalam gua ini,” kata Yusha yang membawa mereka mendekati
sebuah pondok yang dibina di dalam gua itu. Terdapat beberapa buah pondok di
hadapan mereka.
“Wah,
siap ada pondok untuk kami?” Azrin kelihatan begitu teruja.
“Ada
banyak pondok yang kami sempat didirikan. Kami yakin masih ada banyak lagi
penumpang pesawat kita yang terhempas berada di luar sana,” tutur Yusha itu.
Kemudian dia meminta diri, untuk melakukan kerjanya.
Azrin
melabuhkan punggungnya di sebuah pondok. Terdapat banyak rumput kering yang
diikat bersama, dijadikan tilam untuk mereka tidur.
“Akhirnya...
aku boleh tidur aman,” tutur Azrin lalu baring terlentang. Hafeez dan Taufiq
yang turut menghuni pondok itu saling berkongsi pandangan.
“Maafkan
aku...” tutur Hafeez sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan
Taufiq. Taufiq tidak terus membalas huluran salam itu, sebaliknya merenung
wajah Hafeez,
lama.
“Kau
janji yang kau tak akan sentuh Ummu aku?”
Taufiq
diam seribu bahasa. Dahinya berkerut seribu.
“Kita
main BMW.”
Kening
Hafeez terangkat di udara.
“Apa
tu?” tanya Hafeez.
“Best man wins.”
Sekali
lagi kening Hafeez terangkat.
“Kau
kena ingat pesaing kau bukan aku seorang aje. Fiq, Zaff...”
“Peduli
apa aku. Apa-apa pun, jangan bercakap pasal perempuan kat sini. Kita ada benda
lain yang kita kena buat,” kata Taufiq.
“Nasib
baik aku sempat capai beg ni masa T-Rex tu kejar kita,” kata Hafeez lalu
membuka beg galasnya. Dia merenung ke arah Azrin yang sudah berdengkur itu.
Kemudian, Taufiq mendekatinya lalu mengintai di dalam beg galas Hafeez. Terus,
sekuntum senyuman mekar di wajahnya.
“Kita
berdua akan kaya...” gumam Taufiq
pula.
***
Hafeez
sudah terbongkang manakala Taufiq sudah mula memeluk tubuh Hafeez dalam tidur.
Ketika itulah, seorang lelaki bangkit lalu mendekati Piqah yang sedang tidur.
Kelihatan senyuman pada wajah lelaki itu.
Dia
menghampiri Piqah yang sedang lena itu. Kemudian, dia mengeluarkan sesuatu dari
seluar jeansnya. Kelihatan seperti tisu yang diletakkan sesuatu. Lelaki misteri
itu kemudian menekapkan tisu itu di mulut dan hidung Piqah. Apa lagi,
terbuntang luas mata gadis itu. Dia cuba melepaskan diri tetapi tidak berdaya.
Mulutnya cuba menjerit namun tersekat dek tisu itu. Beberapa saat kemudian,
matanya kembali layu.
Ketika
itu, jasad Piqah diangkat seperti guni lalu dibawa masuk ke kawasan yang lebih
dalam gua itu. Yasmin pula memusingkan tubuhnya, tangannya mencari jasad Piqah...
tiada?
Yasmin
terus membuka matanya. Dia melihat Piqah tiada di sebelahnya membuatkan Yasmin bangun.Mungkin
Piqah ke tandas, fikir Yasmin.Yasmin
duduk menunggu sahabatnya itu kembali, namun tidak
kesampaian. Beberapa ketika
berlalu,, Yasmin mengambil keputusan untuk
mengejutkan Azrin yang sedang tidur.
“Awak...”
panggil Yasmin sambil menggerakkan tubuh Azrin. Namun tiada respon membuatkan
Yasmin terpaksa naik ke atas pondok itu, lalu duduk di sebelah Azrin.
“Awak...
bangun.Piqah
hilang...” gumam Yasmin lagi.
Tanpa
dijangka, tangan Yasmin itu dicapai oleh Azrin lalu jejaka itu menggumam dalam
tidur.
“Husna...
terima kasih sebab datang tengokkan saya,” tutur Azrin lalu cuba untuk mencium
tapak tangan Yasmin. Apa lagi, sebelum sempat bibir Azrin hinggap, tapak tangan
Yasmin terlebih dahulu menampar jejaka itu. Pantas Azrin bangkit dalam keadaan
yang menggelabah. Dia melihat kiri dan kanan sebelum matanya merenung Yasmin.
“Apa
dia?” tanya Azrin sambil menggosok kedua-dua biji matanya.
“Piqah hilang...” gumam
Yasmin.
“Pergi
tandas lah tu...” kata Azrin malas.
“Dah
20 minit kita tunggu dia,” tambah Yasmin lagi.
“20
minit?” tanya Azrin. Yasmin mengangguk.
“Kau
ikut aku. Kita pergi jumpa Yusha jom?” kata Azrin.
Yasmin
mengangguk lagi. Azrin turun dari pondok itu, lalu berjalan ke pondok Yusha.
Yasmin sekadar mengekori
dari belakang manakala Hafeez dan Taufiq masih diulit lena. Ketika Azrin
menghampiri kawasan kebanyakan para penghuni penempatan itu tidur, dia berasa
pelik.
“Kenapa
kosong aje?” tanya Azrin.
Aneh,
kawasan di hadapan mereka kelihatan seperti baru sahaja ditinggalkan orang.
Tiada langsung kelibat manusia yang sepatutnya sedanglena diulit mimpi
indah.
“Mana
mereka?” gumam Azrin.
“Kita
kena cari Piqah. Aku syak ada sesuatu berlaku pada dia,” tutur Azrin.
“Kejutkan
Hafeez dengan Taufiq dulu,” ujar Yasmin pula. Azrin mengangguk.
***
Hafeez
dan Taufiq berkerut dahi mendengarkan kisah Yasmin. Mereka masih mamai diulit
rasa mengantuk.
“Kau
yakin ke budak tu tak buang air besar ke?” tanya Taufiq.
“Ya,
aku yakin. Aku dah pergi ke tandas tadi. Kosong!”
Taufiq
kembali berfikir. Namun, belum sempat dia bersuara, jeritan Piqah memenuhi
kawasan gua itu. Lantas, Taufiq dan Hafeez saling berpandangan. Kemudian, Azrin
dan Yasmin memecut laju ke arah punca bunyi jeritan itu, meninggalkan Taufiq
dan Hafeez yang terpingga-pingga.
Kemudian,
langkah kaki Hafeez dan Yasmin terhenti apabila melihat Piqah yang diikat
tangan dan kakinya serta mulut yang disumbat kain itu sedang dikeilingi oleh
penghuni penempatan itu. Yusha kelihatan berdiri di tengah bulatan manusia itu.
“Tolong
selamatkan dia...” gumam Doktor Isha yang sedang diikat tidak jauh daripada
tempat Piqah sedang diikat. Doktor Isha sedang terbaring lemah dengan wajah
cantiknya habis dikerjakan.
Azrin
pantas berlari mendapatkan Doktor Isha. Dia cuba membantu wanita itu berdiri.
“Apa
semua ni?” tanya Azrin.
“Ajaran
sesat si Yusha tu!” kata Doktor Isha geram, sambil melemparkan renungan tajam
ke arah Yusha yang masih membaca mantera aneh.
Yasmin
cuba mendapatkan Piqah yang sedang melutut, tetapi Sunder muncul entah dari
mana menghulurkan pisaunya
tepat di leher Yasmin, tidak membenarkan
langsung Yasmin untuk bergerak. Kalau tidak, Yasmin akan dihiris oleh pisaunya
yang penuh bisa itu.
Ketika
itu, Hafeez dan Taufiq tiba di tempat kejadian.
“Kenapa
korang buat semua ni?” tanya Azrin sambil menundingkan jarinya ke arah Piqah.
Yusha sekadar tersenyum, lalu kembali membaca manteranya.
“Tak
guna...” gumam Azrin.
“Jangan
bergerak atau Yasmin akan mati!” Sunder memberi amaran kepada Hafeez dan
Taufiq.
Selepas
beberapa minit masing-masing kaku, Yusha tiba-tiba bersuara.
“Kamu
mahu sertai kami? Apa yang aku ramalkan selama ini, menjadi kenyataan. Di dalam
pesawat itu terdapat mereka yang berdosa, dan antaranya ialah budak ni. Sebab
mereka yang berdosa inilah, kita semua terperangkap di neraka. Neraka yang
penuh dengan makhluk yang dah pupus. Dia banyak dosa dan satu-satunya cara
untuk hapuskan dosanya, ialah darahnya harus ditumpahkan oleh aku. Dia harus
disembelih hidup-hidup!”
“Kesesatan
apakah?” tutur Azrin.
“Jangan
panggil aku sesat!” Yusha naik berang.
Azrin
mengarahkan Hafeez menjaga Doktor Isha yang sedang sakit itu. Apa lagi, jejaka
itu seperti orang mengantuk disorongkan bantal sementara Azrin menghampiri
kelompok manusia yang mengelilingi Piqah.
“Ceritakan
kat aku... ajaran korang... mungkin berminat?” kata Azrin sambil mengangkat
kedua-dua tangannya di udara.
“Kamu
semua tak sedar ke apa yang berlaku? Kenapa kita boleh tiba-tiba terhempas di
pulau ni? Kamu semua tak terfikir kita dah lama mati? Tapi, kita merasakan kita
hidup kerana kita sebenarnya dah berada di neraka? Dinosaur-dinosaur dan haiwan
prasejarah itu ialah bukti sebenarnya TUHAN sedang menghukum kita. Dan,
seminggu yang lepas, aku mendapat mimpi yang mengatakan ada manusia yang
berdosa, di dalam pesawat yang harus kita korbankan kalau kita nak balik!”
Ketika
Yusha sedang kusyuk bercerita, tiba-tiba sahaja Yasmin bertindak. Yasmin
menggunakan ilmu silat yang dipelajarinya. Sunder yang leka mendengarkan
ceramah Yusha itu tiba-tiba dicapai tangannya dari belakang oleh Yasmin lalu
dilemparkan ke atas tanah. Pisau Sunder yang terdampar di atas tanah itu
dicapai oleh Yasmin dan ketika Sunder kembali berdiri, pisau tersebut hanya
seinci sahaja daripada membelah leher Sunder.
Azrin
tersenyum simpul.
“Lepaskan
dia atau orang kau akan mati!”
Yusha
berdehem geram. Dia mengarahkan beberapa orang anak buahnya meleraikan ikatan Piqah.
Ketika itu Piqah berlari, mendekati mereka. Lengan Azrin dipegang oleh Piqah.
Kelihatan bibir gadis itu luka, mungkin dikerjakan oleh orang-orang Yusha.
“Kami
akan pergi dari sini dan cari orang lain yang kamu mahu korbankan...” tutur
Azrin.
Yusha
dan anak buahnya hanya membisu. Ketika Azrin melangkah ke arah pintu keluar,
muncul dua orang lelaki yang mungkin baru balik daripada berburu. Yusha
berteriak menyuruh dua orang lelaki yang berbadan sasa itu menghentikan Azrin
dan ahli kumpulannya. Maka, terjadilah pergelutan di situ, dan Azrin tewas.
***
Azrin
sedang melutut sambil kaki dan tangannya terikat. Begitu juga dengan anak-anak
buahnya yang lain, yang turut menjadi mangsa.
“Nampaknya
bukan seorang yang berdosa di sini. Tapi, kamu semua!” kata Yusha sambil
menjilat pisaunya. Dia melontarkan renungan ke arah mayat Doktor Isha yang
sudah tidak bernyawa. Darah merah dipisau itu masih segar, milik Doktor Yusha.
“Kau
gila!” tempik Hafeez dan Sunder lantas menendang pipinya membuatkan Hafeez tersungkur di atas tanah.
“Yusha!
Tak cukup ke kau perbodohkan mereka yang ada di sini?” teriak Azrin.
“Kau
yang bodoh! Kau tak nampak apa yang berlaku di sini!” kata Yusha lalu dia
menghiris bahu Azrin. Apa lagi, Azrin menjerit kesakitan. Darah mengalir
membasahi bajunya.
“Aku
nampak. Aku nampak kebodohan kau!”
Sunder
hilang sabar lalu menendang pipi Azrin. Namun, jejaka itu tetap gagah melutut,
tidak seperti Hafeez yang kini sedang terbaring kesakitan selepas dikerjakan
oleh lelaki india itu.
“Bersedia
untuk mati Azrin!” tutur Yusha lalu memegang leher Azrin dari belakang. Pisau
sudah terhunus di leher Azrin. Jejaka itu memejamkan matanya, menerima maut
dengan maruah yang terjunjung tinggi.
“Kasi
aku mengucap dulu,” gumam Azrin.
“Silakan...”
“Aku
naik saksi bahawa tiada TUHAN yang wajib disembah melainkan ALLAH dan aku naik
saksi bahawa nabi MUHAMMAD itu adalah pesuruh ALLAH.”
Serentak
ucapan itu diucapkan oleh Azrin, kedengaran raungan dari luar gua. Perhatian
Yusha lantas teralih lalu dia mengetuai beberapa orang untuk ke sana. Lantas,
Yusha menghilang bersama orang suruhannya dan beberapa saat kemudian,
kedengaran jeritan mereka. Yusha muncul sambil berlari deras.
“Velociraptor!
Mereka dah bunuh dua orang aku!” teriak Yusha.
Velociraptor
ialah sejenis dinosaur setinggi bahu manusia. Digelar antara bijak yang pernah
dunia kenal. Haiwan itu mempunyai kuku sebesar penumbuk manusia di kakinya,
menjadikan senjata paling efektif Velociraptor.
Azrin
mengesot menghampiri pisau Sunder yang terjatuh tidak jauh darinya. Derngan
susah payah, dia melepaskan diri dengan memotong ikatan tali Yusha itu.
Kemudian, dia menggunakan pisau yang sama memotong ikatan yang membelenggu ahli
kumpulannya yang lain.
“Arghh!”
Kedengaran suara Sunder menjerit kesakitan apabila kuku tajam Velociraptor yang
tersisip kemas seperti taji di kakinya menikam belakang tubuh Sunder. Beberapa
orang penghuni penempatan itu cuba melarikan diri.
“Cepat
lari lebih jauh ke dalam gua!” teriak Azrin.
Piqah
dan Yasmin mengangguk. Tetapi tidak Hafeez dan Taufiq. Mereka berdua mencari di
mana letaknya beg yang mengandungi benda paling berharga bagi mereka di atas
pulau itu.
“Itu!”
teriak Taufiq kala kekalutan melanda. Mereka berdua berlari ke arah tempat beg galas
itu. Berdekatan dengan mayat Doktor Isha. Taufiq mencapai beg galas itu dan...
mereka berdua terkepung oleh dua ekor Velociraptor yang sedang berdesis sambil
merenung mereka.
“Alamak...”
gumam Hafeez.
“Mati
kita!” ujar Taufiq pula.
“Kau
rasa mereka datang ke sini sebab telur ini ke?” kata Taufiq.
Hafeez
mengangkat kedua-dua bahunya. Ketika Velociraptor mengangkat satu kakinya di
udara, Hafeez pantas mencapai sebongkah batu besar dan kuku tajam Velociraptor
itu mengenai batu dan patah.
Bunyi raungan kesakitan kedengaran. Hafeez
mengambil peluang itu dengan menarik tangan Taufiq dan menggunakan peluang
untuk kabur.
Kelihatan
beberapa ekor Velociraptor mengejar mereka dari belakang.
“Tunggu
kita orang!” teriak Hafeez dari jauh ketika Azrin, Piqah dan Yasmin sudah jauh
meninggalkan mereka.