Amirul Hafeez sekadar berdiri sambil
memerhatikan sekumpulan anak muda yang seusia dengannya sedang mengangkat
beberapa batang kayu yang kemudian disusun kemas di sebuah kawasan yang sangat
dekat dengan batu-batu yang sudha lama bersemadi di tepi pantai itu.
Kelihatannya seperti sekumpulan manusia yang dikenali oleh Hafeez sebagai
mahasiswa Universiti Tun Mahathir itu sedang membina titi, untuk pergi dari
pulau itu. “Azrin!”
panggil Hafeez sambil menoleh
belakang.
Kelihatan ahli kumpulannya yang lain
masih belum tiba di pantai itu. Langkah kaki Hafeez lebih laju apabila bau laut
mula menusuk hidungnya saat dia dan ahli kumpulannya sedang meneroka setiap
inci pulau itu untuk mencari jalan pulang. Hafeez kelihatan teruja apabila bau
laut mula menusuk hidungnya. Hafeez sukakan laut!
“Laju sangat kau berjalan tadi,”
kata Azrin yang agak termengah-mengah keluar daripada semak hutan di belakang
mereka. Namun, seperti Hafeez, langkah kaki Azrin turut mati apabila
pemandangan beberapa orang manusia sedang membina rakit sedang terpapar di
hadapan matanya. Tidak lama kemudian, mereka disertai oleh Taufiq, Yasmin dan
Piqah.
“Apa
diaorang buat tu?” tanya Taufiq mengecilkan matanya, bagi mendapatkan pandangan
yang lebih jelas.
“Kena tanya diaorang kalau kita nak
tahu,” kata Yasmin.
“Jom?”
ajak Hafeez.
Azrin
mengangguk. Dia mengetuai yang lainnya. Mereka mendekati kumpulan manusia itu.
Ada empat orang di situ. 3 lelaki dan seorang perempuan kesemuanya. Kumpulan
tadi yang sedang berehat selepas lama berehat di bawah pokok kelapa yang
melindungi mereka dari cahaya matahari lantas berdiri.
“Assalamualaikum!”
laung Azrin dari jauh ketika
dia mengetuai kumpulannya mendekati sekumpulan mahasiswa Universiti Tun Dr
Mahathir itu. Salam yang dilontarkan oleh Azrin tidak berjawab, sebaliknya
mereka sekadar diperhatikan dari jauh, seolah-olah mereka adalah makhluk yang
menakutkan di mata kumpulan tadi.
“Kamu
siapa?” tanya seorang budak lelaki yang berbadan gempal di antara mereka.
“Kapten
Azrin Fakhri. Juruterbang pesawat yang terhempas bulan lepas tu,” tutur Azrin.
Jawapan yang keluar dari mulut Kapten Azrin mengundang
bisikan di antara mereka. Seketika, mereka sekadar melemparkan pandangan dan
jelingan sebelum lelaki gempal yang bertanyakan soalan kepada Azrin menghampiri
Azrin.
“Kenapa
pesawat kita terhempas?
Kenapa
kami tak nampak sebarang tanda pasukan
penyelamat akan tiba?” tanya lelaki gempal itu.
“Pasal
pesawat terhempas, aku tak ada jawapan yang benar-benar kukuh untuk
menjawabnya. Masa aku pandu, enjin tiba-tiba hilang kawalan masa melintasi
pulau ni. Mungkin kita melalui kawasan yang magnetiknya sangat tinggi macam
Bermuda Triangle,” jelas Azrin. “Tentang kenapa kita tak diselamatkan, aku pun
mencari jawapan yang sama dengan kau juga.”
Lelaki
gempal tadi terdiam sebelum tersenyum. Terus tapak tangan Azrin dicapainya.
“Panggil
aku Bob! Perempuan ni Idayu. Lelaki cina ni nama dia Hong dan lelaki india ni
pulak Siva namanya,” tutur Bob memperkenalkan ahli kumpulannya kepada Azrin.
“Kau
bukan budak UTDM ke?” tanya Hafeez yang membisu daripada tadi.
Bob
mengangguk.
“Kami
pelajar UTDM jugak,” jawab Bob. Kemudian, pandangan Bob melekat pada Taufiq
yang sedang berdiri di sebelah Hafeez.
“Sekejap…
aku kenal kau!” tutur Bob yang kelihatan teruja. Jari telunjuknya dihalakan ke
arah Taufiq yang sudah mula tersenyum itu.
Akhirnya
ada juga yang kenal aku, getus hati Taufiq.
“Macam
mana kau kenal aku?” tanya Taufiq, memancing Bob.
“Aku
undi kau masa PR Kampus tahun lepas. Aku cukup suka dengar ucapan kau. Serupa
macam Soekarno. Kau memang seorang pemidato yang hebat,” puji Bob jujur. Taufiq
sudah mula menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal menerima pujian yang dihamburkan ole Bob tanpa segan
silu.
“Dah
mula dah…” ujar Piqah tiba-tiba.
“Tak
boleh kena puji sikit,” tutur Yasmin mengejek.
***
Seorang
lelaki yang rambutnya sudah hampir menutup telinganya, berjambang halus di
sekeliling dagu dan pipinya sedang berdiri di tepi batu-batuan yang mendiami
tepi pantai yang sangat luas itu. Kemeja yang sekadar disraung sepert kjaket di
tubuhnya yang sasa itu berkibar dimainkan oleh sang angin. Butang-butang yang
sepatutnya tersarung pada tubuhnya sekadar dibiarkan bebas. Dia sedang memegang
sebatang jorang yang dihasilkan menggunakan kayu dan segala alatan yang
dijumpai di dalam pesawat tempoh hari. Kelihatannya Siaful seperti sedang
bergelut untuk menaikkan jorannya.
“Saiful!” laung satu suara jauh di
belakang jejaka tinggi lampai itu. Kelihatannya rambut dan jambang lelaki itu
semakin panjang dan lebat sejak sebulan lepas mereka terperangkap di atas pulau
itu.
“Hakiman!” panggil Saiful ke arah
seorang lelaki yang sekadar duduk bersandarkan sebongkah batu besar sambil
membaca sebuah buku agama. Hakiman yang berkaca-mata dan berambut pendek yang
disikat tepi serta memakai baju hitam yang tertulis ‘I’am Muslim’ Mendongak
apabila namanya dipanggil oleh Saiful.
“Ya Saiful?” balas Hakiman.
“Aku rasa aku kena terjun ke dalam
air ni untuk dapatkan ikan ni. Kalau sesuatu terjadi pada aku, aku nak ak turun
dan selamatkan aku?” teriak Saiful dari jauh.
“Baik!” jawab Hakiman sepatah.
Serentak itu, Saiful mencampakkan
jorannya ke tepi lalu membuat terjunan ke dalam air laut yang agak dalam itu.
Bunyi air berkocak memenuhi pantai itu manakala tubuh Saiful terus tenggelam.
Cik Mia sekadar memerhati dengan perasaan resah. Lama juga Saiful berada di
dalam air laut sehinggakan Cik Mia sudah mula mengarahkan Hakiman untuk turut
terjun ke dalam air mencari Saiful. Namun, Hakiman sekadar tersenyum dan
memerhati dari atas batu. Seketika, tiada apa yang berlaku sehinggalah Saiful
muncul ke permukaan sambil memeluk seekor ikan yang saiznya separuh badan
Saiful. Kelihatan kesan gigitan di dada Saiful dan darah sedang membuak-buak
keluar dari luka gigitan itu lalu menukarkan air laut menjadi merah di sekitar
tubuh Saiful.
“Saiful!” panggil Cik Mia lalu
menyelimuti Saiful ketika jejaka itu sedang melangkah ke arah pantai.
Serentak itu, muncul dari kawasan hutan
tebal di belakang pantai itu, seorang gadis yang memakai seluar jeans ketat dan
baju singlet hijau yang menampakkan susuk tubuhnya yang persis seorang model
itu. Gadis itu sedang menggerutu sambil menggaru-garu lengan dan tangannya.
“Aku benci tempat ni! Banyak sangat
nyamuk!” gumam Nazura ketika melangkah ke arah Saiful.
“Kau pergi mana?” tanya Saiful lemah
tatkala dia mengheret ikan gergasi yang masih mengibas-ngibaskan ekornya itu.
“Kau lama sangat tangkap ikan tu.
Aku dah lapar, jadi aku pergi cari makanan dan aku jumpa pisang ni,” balas
Nazura sambil menunjukkan setandan buah pisang kepada Saiful.
***
Azrin mengerutkan dahinya tatkala Bob sedang kusyuk
menceritakan rancangannya untuk berambus dari pulau neraka itu. Taufiq di
sebelah Azrin pula sekadar berpeluk tubuh. Selepas Bob habis bercerita, Azrin
kelihatan membisikkan sesuatu di telinga Taufiq.
“Kenapa
Taufiq?” tanya Bob.
“Kau
betul ke nak buat rakit dan belayar keluar dari pulau ni?” tanya Taufiq.
Bob
menganguk penuh teruja.
“Aku
bukannya nak tunjuk pandai Bob. Tapi, dengar sini…”
Bob
mengangguk sambil memasang telinga.
“Rakit
yang kau buat ni tak akan mampu bertahan lama. Tambahan pula kita mungkin
terhempas di Laut Cina Selatan. Antara lautan yang bergelora di dunia.Tiada seorang pun antara
kita yang mempunyai ilmu pelayaran. Kita mungkin akan mati di tengah lautan
sana…”
Belum sempat Taufiq mahu menghabiskan buah fikirannya,
Bob tiba-tiba menggelengkan kepalanya.
“Dengar
sini… aku ingat kau ni pandai, tapi bodoh!”Nada suara Bob tiba-tiba bertukar tinggi sambil
bersulamkan bahasa kesat membuatkan Azrin dan Taufiq saling berkongsi
pandanganm
“Kayu
yang aku ambil adalah daripada jenis yang kalis air dan selalu akan digunakan
dalam proses membuat rakit. Akar kayu yang aku guna untuk mengikat kayu aku
pula merupakan daripada jenis yang paling kukuh di dunia. Dan… sampai bila kita
nak duduk dalam comfort zonekita?
Aku lebih rela mati lemas kat tengah laut sana daripada diri aku dibaham
dinosaur yang menghuni pulau ni!”
Kemudian,
Bob memberi isyarat kepada Siva, Fong dan Idayu meninggalkan kumpulan Azrin di
situ.
“Dan
jangan harap nak tidur dalam pondok yang kami buat tu. Cari jer mana-mana
pokok…” Bob tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila Hafeez tiba
melayangkan sebuah penumbuk membuatkan Bob tersungkur di atas tanah.
“Kami
tak akan tolong kau kalau…”Belum
sempat Hafeez mahu menghabiskan kata-katanya, Yasmin terus meluru ke arah
Hafeez lalu memukul bahagian tertentu di leher Hafeez membuatkan jejaka
berambut perang itu pengsan.
“Maafkan
dia. Dia ni panas baran sikit,” tutur Yasmin sambil menundukkan kepalanya,
meminta maaf seperti orang Jepun dan Korea.
***
Saiful sedang bersandar pada bongkah
batu sambil memegang dadanya yang terasa sakit itu. Kelibata beberapa gigi
sebesar jari manusia sedang terbenam di dadanya, mujurlah tidak dalam. Cik Mia
sedang mencuci luka yang kelihatan pada dada Saiful. Peti kecemasan cemas yang
dibawa ke mana sahaja oleh Hakiman ke mana sahaja di dalam beg galas itu sedang
digunakan untuk mencuci luka Saiful. Berkerut dahi Saiful menahan kesakitan
tatkala kapas putih itu menyentuh luka yang masih belum berhenti mengalirkan
darah.
“Teruknya luka kamu ni Saiful,”
gumam Cik Mia sambil menggelengkan kepalanya. Nazura pula sekadar memerhati
dari jauh, konon ngeri dengan darah manakala Hakiman sekadar memapar wajah
kosong melihat adegan romantic antara pensyarahnya dan lelaki berwajah pucat
itu.
“Cik
Mia… sikit jer luka ni,” gumam Saiful sambil tersenyum.
Cik
Mia menggelengkan kepalanya. Ya, bagi Saiful memang luka itu tidak membawa
apa-apa makna. Tetapi lain buat mereka. Kalau darah yang mengalir itu tidak
dihentikan, kemungkinan sesuatu yang buruk akan berlaku jangkitan mungkin
berlaku pada luka di dada Saiful.
“Cik
Mia cabut gigi ikan tu… Saiful jangan menjerit ya?” tutur Cik Mia.
Saiful
menggelengkan kepalanya. Cik Mia menarik nafas dalam-dalam sambil memegang gigi
ikan tadi yang terbenam jauh dalam dada Saiful. Dengan kiraan angka satu sampai
tiga, Cik Mia mencabut gigi tadi.
“Arghhh!”
teriak Saiful kesakitan.
Suaranya
memenuhi pantai. Darah merah membuak-buak keluar dari lubang kecil yang
kelihatan akibat daripada gigi ikan tadi. Matanya terbuntang luas sebelum tiba-tiba bertukar
kuyu. Nazura memalingkan wajahnya serentak dengan jeritan Saiful bergema di
udara.
“Saiful!”
panggilHakiman yang
kelihatan risau dengan keadaan Saiful.
“Tak
apa. Dia nak berehat tu. Gigitan ikan tadi memangdalam,”gumam Cik Mia lalu
mencuci luka di dada Saiful dengan penuh setia. “Biarkan dia tidur…”
***
“Kita
kalau dah masuk tempat orang, kita kena buat macam tetamu,” gumam Yasmin tidak
puas hati dengan Hafeez.
“Itu
bukannya cara kita. Tak bertamadun kalau semua benda kita nak selesaikan dengan
penumbuk,”kataAzrin
pula.
Hafeez
muncung seribu apabila ditegur dari segenap arah. Bagi Hafeez, apa yang
dilakukannya tadi memang tak salah. Dia berharap dengan tumbukannya itu mampu
menyedarkan Bob. Tetapi, Hafeez tidak menyangka apa yang dilakukannya
mendatangkan perasaan kurang senang pada ahli kumpulannya.
“Hafeez…”
panggil Piqah tiba-tiba.
“Apa?”
jawab Hafeez dingin ketika mereka sedang menyusuri pantai yang kelihatan putih
dan tidak terusik. Air laut
yang sepatutnya menjadi biru itu bertukar menjadi jingga disuluh oleh matahari
yang sedang terbenam di hujung horizon. Mereka sekadar mengikuti langkah kaki
Azrin mencari tempat untuk bermalam.
“Orang
macam kaulah yang menjadi penyebab kepada peperangan. Kau fikir dengan
kekerasan, segalanya akan selesai walhal orang macam kau tak terfikir akibat
selepas kekerasan itu digunakan. Pasti akan ada sesuatu yang hilang,” gumam Piqah
tiba-tiba membuatkan Hafeez tersentak. Dia tidak terus berang tetapi merenung
tidak percaya wajah Piqah.
“Kau
memang suka berfalsafah ke?”
Piqah
tidak menjawab sebaliknya merengus kasar disindir oleh Hafeez.
“Arghhh!”
bunyi jeritan seseorangtiba-tiba
memenuhi pantai itu membuatkan perbualan ahli kumpullan itu terus
terhenti.
“Hantu
ke yang menjerit tu?”
soal Hafeez celupar yang kemudiannya menerima hadiah cubitan keras di lengannya
daripada Yasmin.
“Kau
kalau tak cari pasal dan buat orang marah dalam sehari tak boleh ke ?” tanya
Yasmin bengang.
“Kenapa?”
soalHafeez
sambil memegang bahagian yang dicubit.
“Mulut
jangan celupar.Kita berada
di tempat orang Hafeez. Lagi-lagi kita sedang berada di pantai dan aku nak kau
jaga mulut kau,” ujar Yasmin lagi.
“Dah-dah korang semua. Aku nak kita
cari punca jeritan tadi. Aku yakin ada orang dalam bahaya,” jelas Azrin.
“Tapi aku takut hantu,” gumam Hafeez
sambil menundukkan wajahnya.
***
Saiful
Hawiz cuba bangkit namun Cik Mia menegah Saiful untuk bergerak.
“Saya
perlu siang ikan tu…”
“Aku
ada, boleh buat,” kata Hakiman malas sambil mengesat peluh yang mengalir di
kepalanya.Pda sata itu,
Nazura pula sedang cuba menghidupkan api daripada kayu api yang dikumpulkan
oleh Saiful dan Hakiman pada pagi tadi.
“Kiman!
Aku tak boleh nak hidupkan api!” kata Nazura sambil mencampakkan sebatang kayu kecil jauh
daripadanya.
“Kau
boleh siang ikan tak?” tanya Hakiman.
“Geli
aku,” tutur Nazura membuatkan Hakiman mengeluhberang.
Tiba-tiba sahaja jejaka itu bangkit
lalu meninggalkan mereka di situ. Sungguh, hidup di atas pulau itu dengan
perempuan yang menjengkelkan seperti Nazura lebih mencabar daripada diburu oleh
pemangsa hebat dari zaman silam seperti dinosaur.
“Hakiman, balik sini!” teriak Saiful
lemah tatkala Hakiman semakin jauh meninggalkannya.
Saiful
mahu bangkit tetapi Cik Miamenegah
jejaka itu yang baru sahaja dibalut dadanya akibat daripada luka digigit oleh
ikan gergasi itu.
“Tapi Hakiman…” gumam Saiful.
“Biar
Cik Mia yang pujuk dia,” tutur Cik Mia sambil menepuk belakang Saiful.
***
Langkah
kaki Hakiman yang sudah melangkah semakin jauh dengan tempat mereka bermalam
mula mati apabila sesuatu yang tidak dijangka sedang tersergam indah disinari
oleh cahaya matahari.Sebuah
banggunan setinggi dua tingkat sedang berdiri megah di hadapannya sambil
beberapa buah jip tertulis Dino Park sedang terdampar tanpa pemandu. Bangunan
itu dibina tepat pada laluan masuk antara muara sungai yang mengalir di pulau
misteri dan laut yang terbentang luas.
“Hakiman…
maafkan Nazura. Cik Mia tahu…” Seperti Hakiman, Cik Mia turut hilang kata-kata
selepas melihat sesuatu sedang tersergam di hadapan matanya.
“Macam
manajeti nini
boleh ada kat pulau yang macam ni?” tanya Cik Mia dengan mulut yang hampir
terlopong.
“Cik
Mia, apakah saya sedang bermimpi?” tanya Hakiman sambil menampar pipinya.
Kelihatan
Nazura muncul dari belakang sambil memapah Saiful. Seperti Cik Mia dan Hakiman,
mereka juga dilanda kejutan.
Jeti yang terbiar itu ditatap penuh minat oleh mereka. Terdapat beberapa buah
bot yang tidak digunakan sekadar terapung di tepi jeti.
“Kita
kena masuk dalam tempat ni!” kata Saiful membuatkan Hakiman menoleh tidak
percaya.
“Masuk?”
soal Hakiman dengan mata yang terbeliak.
Saiful
mengangguk.
“Aku
takut yang…”
“Kalau
kita takut, sampai bila pun kita akan terperangkap kat sini. Aku percaya ada
jawapan buat kita kenapa kita tak diselamatkan… kenapa pulau ini sangat pelik
dan… bagaimana untuk kita keluar dari
sini,” gumam Saiful.
“Tapi,
keadaan awak,” tanya Nazura yang sedang memegang lengan sasa Saiful.
“Aku
pernah kena lebih teruk daripada ni,” kata Saiful.
“Tapi,
perlu kita masuk pada waktu maghrib ni?” tanya Hakiman.
“Lebih
cepat lebih baik.”
***
Jeti Dino adalah sebuah jeti yang
dibina berdekatan dengan muara sungai, dan sangat berdekatan dengan pantai.
Terdapat lapangan kosong bertar yang dibina berhadapan debgan Jeti Dino.
Mungkin suatu masa dahulu, di situ pernah bersemadi kenderaaan yang akan
membawa para pengunjung pulau aneh itu ke tempat bermalam mereka. Terdapat
deretan kedai makanan ringan pelbagai jenama seperti McDonal, Nandos, KFC dan
Burger King mengapit pintu masuk ke dalam jeti itu.
“Ada jip,” gumam Saiful tatkala
menghampiri sebuah jip yang tersidai di sudut lapangan di hadapan jeti lama
itu.
“Boleh hidup tak?” tanya Hakiman.
“Kunci tak ada kat aku,” balas
Saiful.
Hakiman mengeluh kecewa.
“Siapalah yang buat macam ni ya kat
dalam hutan yang dipenuhi makhluk pelik macam dinosaur ini?” kata Nazura sambil
memegang erat lengan Cik Mia, memerhati sahaja jeti yang separuh bahagian
berada di darat manakala hampir dua pertiga lagi dibina terapung di atas air.
“Aku rasa jawapan kita terperangkap
kat dalam ini terletak dalam jeti ini,” gumam Saiful tiba-tiba ketika turun
daripada jip yang tak dapat dihidupkan itu. “Jom semua. Lagi cepat kita masuk,
lagi cepat kita keluar. Entah benda apa yang ada kat dalam banggunan ni.”
Serentak itu, bulu roma Nazura
berdiri tiba-tiba. Dia terus belari mendekati Saiful yang sudah melangkah
dahulu antara mereka.
“Aku nak kau lindungi aku kalau ada
apa-apa terjadi kat aku,” kata Nazura.
Saiful sekadar meneruskan langkah
kakinya tanpa sedikitpun bersuara tatkala Nazura bertanya. Pintu kayu yang
kelihatan lusuh itu ditolak oleh Saiful perlahan, lantas menghasilkan bunyi
keriut yang memanjang.
“Seramnya…” gumam Nazura. Keadaan di
dalam jeti itu gelap gulita. Mujurlah lampu suluh yang dijumpai di bangkai
pesawat tempoh hari oleh Saiful menjadi penyuluh mereka.
“Bismilah…” gumam Saiful tatkala
tapak kakinya memasuki kawasan jeti itu yang kemudian diikuti oleh Hakiman dan
Cik Mia di belakang.
***
Suasana di dalam Jeti Dino sangat
sunyi sepi, tambah-tambah lagi ketika waktu senja seperti itu. Saiful kelihatan
berani melangkah dan menyuluh ke pelbagai arah di dalam Jeti Dino. Pelbagai
kedai cenderamata dan makan mengapit mereka dari arah kanan dan koridor. Saiful
sempat menyuluh papan tanda yang tergantung di siling jeti itu. Ada yang
mengarah ke arah tempat menunggu feri, dan ada papan tanda yang menunjuk arah
ke surau dan tandas.
Saiful kemudian melalukan pusingan,
mengikut gerak hati ke arah kawasan tempat jeti menunggu jeti. Barangkali ada
sesuatu yang boleh dijumpai oleh mereka di sana. Namun, sebaik sahaja mereka
tiba, tiada langsung kelibat feri seperti mana yang diharapkan. Sekadar tempat
duduk kosong manakala di kawasan air pula adalah beberapa bot yang sudah
terbalik.
Kemudian, Saiful membawa diri sambil
diekori oleh ahli kumpulannya ke arah tempat tadi. Dia membawa langkah kakinya
menyusuri koridor yang masih belum dijejak di balik kegelapan. Semakin jauh
mereka meneroka ke dalam kegelapan, hidung mereka dapat menangkap bau busuk
yang meloyakan tekak. Tiba-tiba langkah kaki Saiful berhenti membuatkan Nazura
terlanggar belakang tubuh Saiful. Kdengaran suara rungutan Nazura yang terjatuh
itu.
“Ada apa Saiful?” tanya Hakiman
menegur.
“Kesan darah…” gumam Saiful sambil
menyuluh ke arah kesan seperti manusia diheret oleh sesuatu. Panjang kesan
darah itu yang menghala ke arah kegelapan yang berleluasa di hadapan Saiful.
“Astagfirullah…” tutur Hakiman
sambil memalingkan wajahnya.
“Aku takutlah Saiful…” luah Nazura
tiba-tiba namun tak diendahkan oleh Saiful pun.
Saiful yang dari tadi melutut untuk
mengamati kesan darah di lantai itu bangkit tiba-tiba sambil mencari Hakiman.
“Kesan darah ni masih baru bro. Ada
seseorang bersama kita di dalam jeti ini. Aku nak ikut kesan darah ni,” kata
Saiful membuatkan riak wajah Hakiman bertukar pucat.
“Kau biar betul! Tapi benda ini
bukan sesuatu yang boleh dibuat main! Manalah tahu ada dinosaur ke?”
Saiful menggelengkan kepalanya.
“Ini kerja manusia, bukan dinosaur.
Mereka tak sebijak itu untuk mengheret seseorang,” kata Saiful.
Hakiman sekadar mengangkat bahunya.
Dengan berat hati, lelaki berkaca mata itu terpaksa mengatur langkah kakinya
mengekori Saiful dari belakang. Sempat juga Hakiman menoleh ke arah Cik Mia
untuk mendapatkan kepastian. Namun, Cik Mia yang mengerti renungan mata Hakiman
sekadar tersneyum seolah-olah mahu memberitahu sesuatu kepada Hakiman bahawa
dia sangat mempercayai Saiful Hawiz.
Seperti biasa, langkah kaki mereka
sekali lagi terhenti. Kali ini, ianya diiringi oleh jeritan kecil daripada
Nazura yang spontan menekapkan wajahnya di bahu Saiful tatkala sebuah jasad
yang berlumuran darah dengena leher yang hampir terkulai sedang tergantung di
hadapannya.
“Echad…” gumam Cik Mia tidak percaya
melihat apa yang berlaku di hadapan matanya. Air matanya menitik tanpa sedar
manakala Hakiman pula sudah muntah-muntah di satu sudut ruangan di dalam jeti
itu.
“Hakiman, tolong aku turunkan mayat
Echad!” arah Saiful.
“Tapi… aku fobia dengan darah,” gumam
Hakiman yang masih belum berhenti muntah. Saiful menggelengkan kepalanya
mendengarkan jawapan daripada Hakiman itu. Mayat Echad yang kepalanya hampir
terkulai dari leher, dengan lubang kecil di tempurung kepalanya diturunkan
dengan susah payah oleh Saiful seorang. Habis kemeja hitam Saidul penuh dengan
kesan darah Echad.
“Siapalah yang buat macam ni kat kau
Echad?” tutur Saiful sendirian tatkala tapak tangannya cuba menutup biji mata
Echad yang terbuntang luas itu.
“Echad yang buat diri dia macam tu,”
kata satu suara yang tiba-tiba muncul di belakang mereka. Saiful lantas menoleh
belakang dan kelihatan seorang lelaki yang bertopeng putih, berseluar jeans
hitam lusuh sedang melangkah sambil memegang sesuatu di dalam genggaman.
“Siapa kau?” tanya Saiful.
“Sahabat lama kau…” balas Qarin
pendek.
Saiful lantas berdiri sambil
merenung tajam ke arah susuk tubuh Qarin yang setinggi bahunya itu.
“Apa yang kau nak daripada kami?”
soal Saiful lagi.
“Sekadar berjumpa dengan sahabat
lama aku,” kata Qarin.
“Sahabat lama?” tanya Saiful dengan
kening yang terangkat di udara.
Qarin sekadar mengangguk. Dia
kemudian berundur beberapa tapak ke belakang dan tiba-tiba, Qarin melemparkan
sesuatu yang sudah digenggamnya sejak tadi. Saiful berundur beberapa tapak ke
belakang apabila sesuatu yang menyerupai bom tangan itu bergolek di tapak
kakinya sebelum mengeluarkan asap tebal yang memenuhi keadaan di sekeliling
Saiful.
“Benda apa ni?” Kedengaran suara
Nazura merungut sambil mengipas-ngipaskan tangannya menghalau asap itu.
“Bom tangan yang digunakan oleh
Soviet dahulu untuk menyeksa tawanan perang mereka dengan mengembalikan ingatan
paling ngeri manusia. Selamat tinggal sahabat,” ucap Qarin. Serentak itu juga,
Saiful, Cik Mia, Hakiman dan Nazura rebah di lantai.
***
Saiful Hawiz terpisat-pisat membuka
matanya. Dia tidak lagi berada di dalam Jeti Dino, sebaliknya dia sedang berada
di sebuah bilik yang bersepah dengan barang permainan. Jejaka tinggi lampai itu
cuba bangun, namun kepalanya masih tersisa rasa pening. Seketika, Saiful
sekadar melemparkan pandanganya mengamati keadaan bilik itu. Terdapat sebuah
katil bayi yang dibarisi dengan kayu-kayu yang menghalang sang bayi dari jatuh.
Terdapat patung Ultraman yang dibuat daripada plastic tertenggek di sudut katil
bayi itu.
Pintu bilik itu tiba-tiba berkuak
membuatkan Saiful terkejut. Sepasang suami isteri sedang berdiri di muka pintu,
merenung kosong ke arah susuk tubuh Saiful yang sedang terbaring lemah di atas
lantai. Kemunculan pasangan itu membuatkan Saiful ditarik semula ke dalam
realiti.
“Saya boleh jelaskan macam mana saya
boleh berada di sini…” ujar Saiful yang tergagap-gagap. Namun, pasangan suami
isteri itu tidak langsung mengendahkan kehadiran Saiful di situ sebaliknya si
isteri yang sedang mendukubng bayi comel di tangannya membaringkan bayi yang
sedang nyenyak tidur itu di dalam katil.
“Comelkan dia ni sayang?” tanya si
isteri sambil menatap penuh sayang bayi comel yang dipakaikan baju dan seluar
putih. Puting merah jambu yang mempunyai lukisan gajah sedang kusyuk dihisapnya
dalam lena.
“Tengoklah anak siapa. Saiful anak
ayahkan?”
Sebaik sahaja ucapan itu terbit dari
mulut si lelaki, jari-jemarinya terus menggigil aneh. Dia tidak percaya
menyaksikan peristiwa yang sedang dipamerkan di hadapan matanya. Pasangan suami
isteri yang sedang bermain dengan bayi kecil itu adalah ibu dan ayahnya, yang
telah lama meninggalkan dunia yang fana ini. Perlahan-lahan, Saiful mengatur
langkahnya cuba mendekati pasangan suami isteri itu.
“Mak
dan ayah… macam mana mak dan ayah boleh…”
Saiful cuba menyentuh kedua orang
tuanya namun semuanya telus. Seperti biasa, susuk tubuh Saiful langsung tidak
kelihatan di pandangan mata kedua-dua orang tua Saiful, dan Saiful pula seperti
sednag hidup dalam memorinya.
***
Bunyi bingit muzik yang berkumandang
dengan suara ketawa manusia itu terus membuatkan mata Hakiman terbuntang luas.
Kepalanya terasa pening-pening lalat, sebelum dia mendapatkan keseimbangan.
Seketika, dia melihat sekelilingnya sebelum menyaksikan bahawa dirinya sedang
berdiri di tengah-tengah lautan manusia yang sedang terkinja-kinja melompat,
sambil membiarkan diri larut dalam bunyi muzik yang melalaikan. Sungguh, lelaki
dan perempuan bercampur tanpa batasan di dalam kelab malam itu.
“Astagfirullah…” gumam Hakiman
sambil melarikan pandangannya apabila seorang gadis cina yang berpakaian
sekadar berbikini bunga-bunga dan berseluar jeans pendek atas paras lutut
melintas di hadapannya.
Ya, Hakiman harus meninggalkan
kawasan itu. Tempat itu juga bukan tempat yang kena dengan jiwanya. Muzik yang
melalaikan, tariannya yang memalukan, pergaulan tanpa batasan dan yang paling
penting, tempat itu juga pastinya menghidangkan air kencing syaitan sebagai
minuman utama membasahkan tekak. Nauzubilahiminzalik…
Baru sahaja Hakiman mahu mengatur
langkah meninggalkan kelab malam itu, tiba-tiba suara seseorang melaungkan
namanya membuatkan langkah kakinya itu terus mati. Hakiman mendongak dan
kelihatan lautan manusia di dalam kelab malam itu teralih perhatian pada sebuah
susuk yang sedang melangkah sambil diapit oleh seorang gadis yang berpakian
baju lengan panjang yang sangat ketat dan seluar jeans pendek di atas paras
lutut. Lelaki itu ula lengkap berpakaian seluar jeans hitam, baju T putih yang
disarungkan jaket kulit hitam dan rambut panjang yang diikat ke belakang.
Beberapa orang manusia juga mengiringi langkah kaki lelaki berjaket hitam itu.
“Hakiman… diaorang semua nantikan
kehadiran kau,” bisik seorang lelaki pada lelaki yang berjaket hitam itu.
“Mestilah, setan paling besar kat
sini sangat diperlukan untuk parti kita malam ni,” ucap lelaki itu sambil
mengetatkan pelukan pada gadis itu. “Suhaila, malam ini kita berseronok lagi.”
Serentak itu, Hakiman terlutut
sambil menatap tidak percaya apa yang sedang dipaparkan di hadapan matanya itu.
Tanpa disedari oleh Hakiman, air matanya tumpah tiba-tiba menyaksikan memori
lama dalam hidupnya yang seboleh-bolehnya mahu dipadamkan oleh Hakiman.
***
Gadis yang berambut lurus hitam
sehingga paras pinggang itu sedang terpingga-pingga memerhatikan keadaan di
rumah teres dua tingkat itu. Amani Nazura tidak mengetahui entah bagaimana dia
boleh berada di situ, dan ruang tamu di dalam rumah itu entah kenapa begitu
dekat dengan dirinya meski ingatannya tak dap mengecam keadaan di situ.
Amani Nazura sekadar memerhati
bagaimana perabot antic yang tersusun banyak di kawasan ruang tamu itu. Cantik
dan pastinya mahal. Keadaan di ruang tamu itu agak sunyi, seolah-olah penghuni
rumah teres itu sudahpun meninggalkan kawasan itu dalam tempoh yang agak lama.
Tiba-tiba, kesunyian itu dicemari
oleh tangisan seorang anak kecil. Nazura yang baru sahaja mahu duduk di atas
sebuah sofa yang tersedia di ruang tam uterus mematikan niatnya sambil memasang
telinga.
“Kamu ni tak boleh duduk diam ke
hah? Sama menyusahkan macam bapa kamu!”
Suara seorang wanita menengking
seseorang bergema di sekeliling rumah itu membuatkan riak wajah Nazura berubah.
Dia kenal benar suara wanita itu.
“Nazura! Kau ini saling tak tumpah
macam ayah kau! Selalu menyusahkan mama!”
Ya Mama… nama itu memang sangat
meninggalkan kesan di hati gadis itu. Air matanya terus tumpah mendengarkan
tengkingan demi tengkingan yang sedang dihamburkan oleh manusia bernama mama
itu.
Bukan
salah aku mama bila papa pergi…
***
Cik Mia, seorang wanita yang mempunyai ketinggian
sederhana itu kelihatan bingung apabila dia tiba-tiba boleh berdiri di sebuah
bilik yang agak bersepah keadaanya itu. Terdapat sebuah alat sembahyang cina
yang sedang tergantung di atas dinding di sebelah sebuah katil yang bersepah
cadar dan selimutnya. Sepasang pedang samurai yang tergantung kemas di satu
sudut dinding yang lain pula sudah cukup menaikkan bulu roma Cik Mia.
“Bilik ini…” gumam Cik Mia apabila
ingatannya mula kembali. Ya, wanita itu pernah suatu masa dahulu berada dalam
bilik ini, terperangkap kerana menjadi mangsa seseorang yang pernah dicintainya
sepenuh hatinya. Sungguh, rasa kepercayaan dibalas dengan sebuah pengkhiantan
merupakan rasa yang sangat sakit sekali.
Tak
akanlah…
Bam! Pintu masuk ke bilik itu
terbuka tiba-tiba, memunculkan satu susuk tubuh manusia yang sangat dikenali
oleh Cik Mia. Seorang lelaki buncit, berkemeja yang terdapat lukisan naga dan
berambut botak tengah sedang tersengih bodoh. Pantas tapak tangan Cik Mia memeluk
tubuhnya. Memori hitamnya terus terbang kembali.
“Jangan buat apa-apa kat aku!” Cik
Mia memberi amaran, namun kehadiran Cik Mia disitu seolah-olah tidak disedari
langsung oleh lelaki buncit itu.
Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang
sedang memegang erat tangan seorang wanita yang kelihatan bingung dan
takut-takut apabila di bawa lelaki yang tidak kurang tampan itu ke tempat yang
agak asing dengan dirinya.
“Ada apa ni awak?” tanya wanita yang
berambut lurus yang diikat ekor kuda itu. Baju kurung hijau yang bercorak batik
moden membaluti tubuh kurus dan langsingnya itu.
“Mia diam boleh tak? Awak ikut aje
saya. Saya ada benda nak selesaikan kat sini,” balas lelaki yang bermisai itu.
Cik Mia yang sedang menatap adegan
di hadapan matanya benar-benar terpempan dengan apa yang sedang dihidangkan
itu. Dia berundur beberapa tapak ke belakang kerana babak itu pernah berlaku
suatu masa dahulu dalam lipatan hidupnya.
“Ya ALLAH, benda apa yang sedang
berlaku ni?” gumam Cik Mia tidak percaya.
Cik Mia sedang melihat dirinya
berdiri di satu sudut bilik itu sementara seorang lelaki yang Cik Mia kenal
sebagai bekas tunangnya sedang berurusan dengan lelaki cina buncit. Selepas
berbual untuk beberapa ketika, lelaki bermisai itu mengangguk setuju sambil
sempat membisikkan sesuatu di telinga lelaki cina buncit itu.
“Awak… dah habis ke?” tanya Cik Mia.
Bekas tunang Cik Mia mengangguk.
Ketika Cik Mia mahu mengekori tunangnya meninggalkan bilik itu, tiba-tiba
seseorang merangkul tubuhnya dari belakang membuatkan Cik Mia spontan menjerit.
“Apa ni?” teriak Cik Mia sekuat
hatinya. “Joe! Tolong saya!”
Joe yang sedang meninggalkan rumah
itu sekadar tersenyum tatkala menyaksikan Cik Mia sedang bergelut dengan lelaki
cina itu. Tunangnya yang sedang diapa-apakan itu tidak langsung eindahkan. Cik
Mia pula ketika sekadar menyaksikan dengan hati yang berkecai.
“Amoi, youpunya tunang sudah jual you
sama saya. Youtak boleh buat
apa-apa pun,” kata lelaki tua itu lalu menolak tubuh Cik Mia ke atas katil.
“Tolong jangan apa-apa kan saya!”
teriak Cik Mia sambil berundur merapati dinding tatkala lelaki cina gemuk itu
sedang membuka seluar baju kemeja hitamnya. Air mata sudah basah menuruni pipi
Cik Mia.
“Amoi, you duduk diam-diam sudahlah.
You tak dapat lari punya. Anak buah saya semua sedang berjaga di tempat ini.
Ini petaling street. Sarang saya amoi… tiada siapa yang berani datang sini,”
kata lelaki tua itu lalu mencampakkan kemeja hitamnya ke arah wajah Cik Mia.
Serentak itu juga, pintu bilik itu
terbuka membuatkan lelaki cina gemuk tu menoleh belakang. Seorang lelaki tinggi
lampai sedang berdiri dalam keadaan tangan yang berlumuran darah. Beberapa
orang anak buah lelaki cina buncit itu terbaring lemah di ruang tamu habis
dikerjakan oleh lelaki tinggi.
Saiful
Hawiz…
“Chan, tolong lepaskan dia.” Tenang
sahaja suara Saiful.
“Macam mana kau masuk sini?” gumam
Chan tergagap-gagap melihat Saiful sedang berdiri di hadapan matanya. Wajah
Saiful lebam sambil beberapa kesan calar kelihatan pada badannya yang tak
berbaju itu. Kelihatan tubuh sasanya yang berotot itu. Cuma tapak tangan Saiful
berlumuran darah.
“Aku Saiful Hawiz. Anak buah kau
bukan lawan aku, Chan,” gumam Saiful.
“Kurang ajar kau!” teriak Chan cuba
untuk melayangkan tumbukan ke arah wajah Saiful namun sekadar dielak dengan
senang oleh Saiful. Kemudian, sekali hayunan kaki sahaja membuatkan Chan
terpelanting ke sudut bilik itu tidak sedarkan diri.
“Saiful Hawiz. Tangan awak cedera,”
kata Cik Mia tatkala Saiful sedang menghampiri dirinya.
“Demi Cik Mia, saya sanggup mati.”