Afiq cuba
untuk menghidupkan jip itu namun gagal. Tangannya sudah menggigil apabila
melihat seekor Velociraptor sudah berjaya meloloskan diri daripada ruang
tingkap mereka melarikan diri.
“Fiq!
Cepatlah!” arah Ummu di sebelah Acha.
“Kenapa
jip ni buat hal pada waktu ini pulak!” Afiq membersut marah. Dia memusingkan
kunci itu berulang kali.
Bam!
Seekor Velociraptor menghempaskan tubuhnya mengenai tingkap jip Acha membuatkan
jeritan spontan keluar dari mulut Acha. Afiq sempat mengunci jip itu. Velociraptor
tadi berundur beberapa tapak ke belakang lalu menukar sasaran. Dia menyasarkan
cermin belakang.
“Fiq!
Dia datang dari belakang!” teriak Acha.
Prang!
Bunyi kaca pecah memenuhi suasana. Velociraptor tadi mengjulurkan kepalanya
masuk dari belakang. Afiq sedang menendang bertalu-talu kepala Velociraptor
yang sedang
“Hati-hati
Fiq!” teriak Ummu. Kedengaran bunyi gigi tajam Velociraptor berlaga sesama
sendiri, mungkin kerana sangat teruja untuk menjadikan Acha sebagai makanan
malamnya.
Tiba-tiba
daripada hadapan, lompat lagi seekor Velociraptor. Dinosaur setinggi bahu
manusia itu mendarat tepat di atas cermin kereta hadapan. Lalu kemudian,
Velociraptor tersebut menghentak-hentakkan kepalanya berulang kali untuk
memecahkan cermin jip.
“Jip ni
tak boleh nak dihidupkan ke?” teriak Ummu yang sudah ketakutan.
Ya
ALLAH, kau selamatkanlah kami, getus hati kecil Acha. Serentak itu, kedengaran
bunyi hon berulang kali tidak jauh dari mereka. Afiq mengintai melalui ekor
matanya dan kelihatan Dr Izwan sedang menjerit-jerit memanggil dua ekor
Velociraptor yang mengepung jip Afiq.
Dua
ekor Velociraptor itu menukar sasaran mereka. Dr Izwan sedang merenung tajam ke
arah dua ekor Velociraptor yang sedang berdiri di hadapan jip yang dipandunya.
Bunyi deruman enjin berkumandang, seolah-olah sedang memberi amaran bahawa Dr
Izwan sedang bersedia untuk bertarung dengan haiwan pemangsa itu.
“Cicak
hodoh… kau akan mati,” gumam Dr Izwan lalu menekan pedal. Jip itu menderum
panjang lalu melanggar seekor Velociraptor. Kedengaran bunyi raungan kesakitan
dinosaur itu.
Kemudian,
Velociraptor yang tidak dilanggar meraung seperti meminta pertolongan. Serentak
itu, Dr Izwan memusingkan jipnya lalu memecut laju meninggalkan perkarangan
muzium itu. Kumpulan Velociraptor tadi mengejar selaju yang mungkin jip yang
dipandu oleh Dr Izwan.
Selepas
perkarangan muzium itu sunyi daripada sebarang dinosaur, ketika itulah jip Afiq
berjaya dihidupkan. Apa lagi, menjerit puaslah Acha. Terus dia menekan pedal
brek itu berulang kali lalu bermain seketika dengan jip tersebut.
***
Ummu
membuka matanya. Kelihatan Afiq sedang tidur lena sambil mencodongkan sedikit
kerusinya ke belakang. Balutan yang membalut kepala Afiq pula sudah semakin
lusuh. Masuk malam itu, sudah dua minggu mereka terpisah dengan kumpulan Dr
Izwan. Kelihatan hujan lebat sedang mencurah-curah turun di luar sana. Mujurlah
kereta tersebut menjadi tempat perlindungan mereka.
“Kau
dah bangun?” tutur Acha tiba-tiba dari belakang.
Ummu
menoleh ke belakang.
“Baru
aje,” gumam Ummu pendek.
“Lama
dah ke kau kenal Fiq?” tanya Acha lagi.
Ummu
sekadar mengangguk. Suasana kelihatan kekok antara mereka berdua.
“Macam
mana kau kenal Fiq?”
5 tahun lepas…
Afiq
sedang berdiri di tepi stesen bas, menunggu bas yang akan membawanya ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Onn. Dia mengeluarkan sebatang rokok daripada
seluarnya lalu menyalakan rokok tersebut.
Sedang
dia asyik menunggu, mata Afiq tiba-tiba tertarik pada seorang gadis yang
lengkap dalam pakaian uniform sekolah – baju kurung dan kain biru. Di bahu
gadis tadi tergalas beg yang berlambang kartun ‘Dora The Explorer’. Afiq tersenyum melihat beg gadis itu.
“Macam
budak-budak,” gumam Afiq.
Wajah
gadi situ biasa. Serupa seperti perempuan Melayu yang lain, berkulit sawo
matang. Orangnya berambut lurus sampai paras pinggang. Afiq memerhatikan sahaja
tingkah gadis itu. Kemudian, kelihatan gadis tersebut mengeluarkan riben
berwarna hitam lalu diikat rambutnya ekor gantung.
“Boleh
tahan cantik juga dia ni,” tutur Afiq lagi.
Tiba-tiba
gadis tadi menoleh ke arah Afiq. Menyedari dirinya diperhatikan oleh Afiq
sedari tadi, maka seutus senyuman terkuntum di wajah gadis itu. Kelihatan
lesung pipit terukir di hujung senyum itu.
Afiq
benar-benar terpana pada lesung pipit itu. Dia terkaku untuk beberapa saat
sebelum menyedari bahawa matanya sudah cukup menjamah segala sudut di wajah
gadis itu. Pantas Afiq menundukkan wajahnya. Rokok tadi terus dihalakan ke arah
mulutnya, berpura-berpura seperti tiada apa yang berlaku.
Sebuah
bas berhenti di hadapan mereka. Afiq membiarkan gadis tadi untuk naik dahulu ke
dalam bas itu. Dan ketika itu, tangan Afiq sedang mencari duit untuk membayar
tiket bas dan… riak wajahnya lantas bertukar pucat.
Aku
terlupa nak bawa duit!
“Awak!”
panggil Afiq.
Gadis
tadi yang berkira-kira mahu mencari tempat duduk kembali merenung Afiq.
“Ya,
ada apa?” ucap gadis itu lembut.
“Saya
lupa bawa duit. Boleh tak saya pinjam duit awak dulu 50 sen?” pinta Afiq sambil
tersengih dan menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
Gadis
tadi tersenyum. Dia mencari sesuatu dalam poket baju kurungnya lalu
menghulurkan sekeping not RM1 kepada Afiq.
“Sekejap…”
tutur Afiq.
Wang
tadi dihulurkan kepada pemandu bas. Kemudian, baki 50 sen dipulangkan kepada
Afiq dan ketika itu, Afiq menghulurkan baki wang yang dipinjamkan kepada gadis
tadi. Gadis tadi menggelengkan kepalanya
sambil tersenyum.
“Simpan
jer duit tu untuk balik nanti. Awak kan tak bawak duit?” tutur gadis tadi
membuatkan Afiq tergamam. Ditatapnya wajah gadis tadi penuh makna.
Baiknya…
Afiq mengejar langkah gadis itu dari belakang lalu mengambil tempat duduk di
sebelahnya.
“Muhammad
Afiq bin Zaki. Kawan-kawan aku panggil aku Fiq,” tutur Afiq.
“Ummu
Habibah. Baru jer pindah kat kawasan sini. Sekolah sama dengan kau,” jawab
Ummu.
“Mana
kau tahu?” tanya Afiq.
“Lencana
kat baju kau. SMK Dato’ Onn.”
Hari Ini…
Mata
Afiq terbuntang luas. Serentak itu, perbualan Ummu dan Acha berhenti.
“Awak
dah bangun?” tanya Ummu.
Afiq
menoleh ke arah Ummu.
“Detik
pertama saya kenal awak ialah masa kat stesen bas kan?” tanya Afiq.
Ummu
mengangguk.
“Awak
dah ingat?”
Afiq
menggakukan kepalanya.
“Dr
Izwan ada cakap kalau awak mampu mengingat sedetik pun pasal kehidupan silam
awak, itu ialah petanda awak tak alami amnesia kekal,” kata Ummu yang kelihatan
sangat teruja.
“InsyaALLAH…”
ucap Afiq pula.
“Dr
Izwan suruh saya ceritakan pada awak tentang memori yang mungkin berharga buat
awak. Mungkin itu dapat kembalikan memori awak balik,” tutur Ummu lagi.
“Okey,
kalau macam tu, saya nak tahu siapa kawan baik saya,” ujar Afiq.
“Tengku
Nizarif!” pantas nama jejaka itu meluncur keluar dari mulut Ummu.
“Kenapa
dia kawan baik saya?” tanya Afiq.
Saat
itu, Ummu tersenyum.
“Ini
yang saya nak cerita kat awak.”
Afiq
lantas memasang telinga, mendengarkan kisah Ummu dengan wajah yang tersenyum.
Afiq yang hilang ingatan kelihatan sangat suka mengukirkan senyuman.
3 tahun yang lepas…
Afiq
sedang terkepung oleh 7 orang lelaki cina di tepi jalan. Tangan Afiq pula
sedang memegang sebatang kayu, menanti dirinya diserang. Seorang meluru ke
arahnya lalu menghayunkan penumbuk. Tetapi, Afiq sempat mengelak lalu membantai
belakang tubuh lelaki tadi. Apa lagi meraunglah jejaka itu sambil terlentang
kesakitan. Kemudian masuk dua orang lelaki yang cuba menyerang Afiq, dan
semuanya pantas dikerjakan oleh Afiq.
“Siapa
lagi nak makan kayu aku ni?” teriak Afiq bengis. 4 orang lelaki cina itu mula
kelihatan teragak-agak sambil melemparkan pandangan ke arah kawan mereka yang sudah
mengerang di atas lantai.
Serentak
itu, kelihatan sebuah kereta hitam meluncur laju dari hujung jalan dan berhenti
tepat di hadapan Afiq. Cermin kelihatan perlahan-lahan terbuka, kelihatan
seorang lelaki yang Afiq kenal merupakan seorang rakan kelas.
“Fiq!
Masuk kereta aku cepat!” arah Zaff. Kelihatan Ummu sedang duduk di sebelahnya.
“Ummu,
kau yang suruh dia datang selamatkan aku?” tanya Afiq.
“Siapa
lagi nak selamatkan kau. Kau yang cari pasal dengan kumpulan kongsi gelap cina
tu!” Ummu berkeras.
Afiq
merengus kasar. Dia sempat menghayunkan kayu itu beberapa kali di udara untuk
memberikan ruang untuknya melarikan diri. Kemudian, Afiq melompat ke dalam
kereta Zaff. Lantas Zaff memecut laju.
“Diaorang
kejar kita,” gumam Afiq sambil melihat belakang.
“Serahkan
kepada aku, Tengku Nizarif. Mereka panggil aku Schumacher Malaysia,” tutur Zaff
lalu menekan pedal keretanya. Apa lagi, pantas kereta tersebut mencelah di
celahan kereta.
Beberapa
kereta ahli kongsi gelap di belakang terpaksa berhenti kerana tidak mampu
mengejar dan menyaingi gaya pemanduan Zaff yang cepat, pantas dan sangat
berbahaya. Ummu beberapa kali menjerit melihatkan gaya pemanduan Zaff itu.
Selepas
yakin bahawa ahli kongsi gelap tadi tidak lagi mengejar mereka, barulah Zaff memberhentikan
keretanya. Ummu mengurut lega apabila akhirnya dia lepas daripada belenggu
resah melihat kereta yang dipandu oleh Zaff mencelah seperti pelesit di atas
jalan raya.
“Kau
hebat,” puji Afiq. “Kau buat adrenalin aku tak senang duduk!”
Zaff tersenyum
mendengarkan pujian Afiq.
“Dia
buat jantung aku nak tercabut aje!” bantah Ummu. Afiq tidak mempedulikan Ummu
sebaliknya menghulurkan tangannya.
“Kenapa
aku tak jadi kawan kau lebih awal?” tanya Afiq yang menanti tangannya untuk
disambut oleh Zaff.
“Takdir
menentukannya bro. Sahabat?”
Afiq
mengangguk.
“Kita
sahabat!”
Hari Ini…
“Macam
itu jer kita orang jadi kawan?” tanya Afiq sambil mengerutkan dahinya.
“A’a.
Awak cakap yang Zaff ni sekepala dengan awak. Mempunyai otak yang gila-gila,”
cerita Ummu lagi.
“Saya
tak sabar nak jumpa Tengku Nizarif,” ujar Afiq lagi.
Acha
yang dari tadi memilih untuk diam tiba-tiba menyampuk.
“Betul
ke awak tak ingat siapa saya?” tanya Acha tiba-tiba.
Afiq
mengangguk. Wajah Acha bertukar masam tiba-tiba.
“Tak
ingat satu apa pun?” tanya Acha.
“Tak.
Awak, saya minta maaf tau. Tapi, kalau awak ceritakan kat saya pasal awak,
mungkin saya boleh ingat siapa saya,” tutur Afiq.
Acha
mengeluh kecewa.
3 Tahun Yang Lalu…
Acha
sedang berdiri seorang diri sambil melihat gelagat manusia yang mahu mendaftar
pada hari pertama minggu orientasi yang diberi nama Minggu Tekad Siswa. Ada
pelbagai ragam manusia yang boleh dilihat oleh Acha.
Seorang
lelaki tiba-tiba berhenti di sebelah Acha.
“Awak
sorang ke?” tanya lelaki itu. Acha sekadar mengangguk.
“Anak
yatim?” tanya lelaki itu.
Acha
menggelengkan kepalanya.
“Ayah
saya kat luar negara. Sibuk. Pemandu saya yang hantar saya,” tutur Acha
tergagap-gagap. Dia tidak biasa berbual dengan lelaki.
“Ohh…
mak saya baru jer balik tadi. Saya Afiq. Panggil saya Fiq,” tutur Afiq sambil
menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Acha.
“Maaf,
awak bukan muhrim dan saya tak salam dengan mereka yang bukan muhrim,” tutur
Acha meninggalkan Afiq yang kelihatan terpingga-pingga.
Namun,
ketika Acha meninggalkan Afiq, hati kecil Acha bergetus kecil. Boleh tahan
comel mamat tadi. Kemudian, senyuman terukir di wajah Acha. Dadanya berdebar
aneh tiba-tiba.
***
Kelihatan
fasilator yang terdiri daripada para pelajar senior Universiti Tun Dr Mahathir
sedang membahagikan kumpulan. Para pelajar diminta menutup mata sementara
fasilator yang bertugas akan menampal kertas yang tertulis 7 angka daripada 1
hingga tujuh nombor.
“Okey,
semua pelajar boleh buka mata sekarang.” Kedengaran suara Abang Alaq yang
merupakan ketua fasilator bergema di seluruh dewan. “Semua boleh ambil kertas
yang tertampal di badan masing-masing. Dalam masa lima minit, saya mahu setiap
orang daripada kamu cari mereka yang bernombor sama dengan kamu dan buat satu
lingkaran. Kumpulan yang paling cepat akan mendapat markah tertinggi!”
Ketika
itu, suasana Dewan 2020, dewan yang menempatkan para siswa dan siswa Universiti
Tun Dr Mahathir untuk batch 2006 begitu hiruk pikuk. Masing-masing bergerak ke
serata sudut untuk mencari mereka yang senombor dengan mereka.
“Nombor
7 dekat sini! Nombor 7 dekat sini!” teriak satu suara. Acha melihat kertasnya,
tertulis nombor 7 dan lelaki yang berteriakkan nombor itu merupakan Afiq,
jejaka yang menegurnya pagi tadi. Dengan senyuman terukir di wajahnya, Acha
melangkah penuh semangat ke arah Afiq.
“Kau
pun sama kumpulan dengan aku ke singa?” tanya Afiq tiba-tiba.
Sebaik
sahaja nama singa hinggap di telinga Acha, terus merah muka gadis bertudung
itu. Afiq kelihatan puas dapat mengenakan gadis itu. Afiq berjaya memulangkan
paku buah keras yang dilemparkan oleh Acha kepadanya pagi tadi.
Selepas
beberapa minit, kelihatan ahli kumpulan 7 sudah lengkap. Antara ahli yang
dikenali ialah Ummu, Melur Juwita, Amirul Hafeez, Taufiq Ariffin, Saiful Hawiz
dan Acha sendiri.
“Setiap
kumpulan harus melantik seorang menjadi ketua. Dan ketua, pastikan selepas 30
minit, kamu akan siap dengan logo, motto dan wawasan kalian di universiti. Kamu
diminta membentangkan hasil kerja kamu nanti di hadapan. Setiap kumpulan akan
dibekalkan dengan sehelai kertas kajang dan kamu akan mencorakkan kertas kajang
itu menurut kreativiti kamu masing-masing,” tutur Abang Alaq memberikan
penjelasan.
“Err…
siapa nak jadi ketua?” tanya Taufiq tiba-tiba.
Ahli
kumpulan 7 yang seramai 15 orang itu memandang antara satu sama lain.
“Jangan
ambil aku jadi ketua. Aku berkecuali dan tak nak ambil tahu,” gumam Saiful
tiba-tiba.
Mereka
sedang duduk bersila di dalam satu lingkaran. Masing-masing memakai sehelai baju
yang diberi pecuma ketika pendaftaran pagi tadi.
“Ada
cadangan?” Melur bersuara.
“Fiq!”
tutur Ummu sambil menundingkan jarinya ke arah Afiq. Wajah Taufiq berkerut
mendengarkan nama Afiq dibangkitkan.
“Aku?”
tutur Afiq sambil terlopong memandang Ummu.
Ummu
mengangguk.
“Cadangan
lain?” tanya Taufiq.
Namun,
suasana di situ membisu dan tiada nama lain yang dibangkitkan. Taufiq kelihatan
monyok. Amirul Hafeez tiba-tiba mengangkat tangannya ke udara. Dia mengukirkan
senyuman menawannya.
“Kalau perempuan…
“Panggil
saya Ummu,” celah Ummu.
“Kalau
perempuan yang secomel Ummu boleh setuju Fiq jadi ketua, saya tak ada masalah,”
ujar Hafeez. Beberapa orang gadis di dalam kumpulan 7 berbisik antara satu sama
lain melihat senyuman yang terukir di wajah Hafeez. Jejaka itu memang sangat
tampan. Ummu pula kelihatan tidak selesa menjadi mangsa ayat cinta kasanova
itu.
“Saya
bercadang nak jadi ketua,” kata Taufiq yang kemudian membuatkan Saiful
Hawiz yang diam tiba-tiba ketawa.
“Kenapa
kau gelak?” tanya Taufiq bengang.
“Saja.
Kali pertama aku tengok orang yang gila kuasa segila kau,” ujar Saiful selamba.
Taufiq sekadar menggengam penumbuk. Dia tidak berani mencari gaduh dengan
Saiful yang tinggi lampai dan berbadan tegap itu. Sekali hayunan tumbuk sahaja,
Taufiq akan kalah.
“Siapa
setuju Fiq jadi ketua?” tanya Ummu.
Kebanyakan
tangan di situ terangkat ke udara kecuali tangan Saiful dan Taufiq.
“Jadi,
semua setuju Fiq jadi ketua?” tanya Ummu lagi.
***
Kelihatan
seorang lelaki yang memakai baju-T berwarna biru, sesuai dengan pakaian formal
peserta orientasi yang lain yang disarung dengan kemeja kotak-kotak tanpa
berbutang sedang berdiri sambil menerangkan logo, motto dan wawasan kumpulan 6
di universiti. Afiq memerhatikan penuh minat gaya lelaki itu bercakap. Petah
dan cukup tenang.
“Kami
menggunakan logo ibu jari yang disertakan dengan lingkaran bintang. Apa yang
dimaksudkan dengan ibu jari ini? Saya rasa ianya merupakan simbolik untuk
symbol thumb up. Tetapi, mengikut kumpulan kami, lambang ibu jari juga membawa
maksud bahawa kami akan buat sehabis baik untuk minggu orientasi nanti!” tutur
lelaki itu sambil mengenyitkan matanya. Beberapa orang pelajar perempuan
menjerit histeria lantas mengundang teguran daripada fasilator.
“Lambang
bintang ini pula membawa maksud bahawa kami ini akan menyinar seperti
bintang-bintang di angkasa,” tutur lelaki itu lagi. Ucapannya kali itu
menundang tepukan gemuruh daripada seisi dewan.
“Motto
kumpulan kami ialah Ikatan Paling Mampan Itu Persahabatan. Kami percaya,
persahabatan antara ikatan yang paling kuat pernah ALLAH cipta di bumi selain
daripada benang sutera. Sebuah pesawat pun belum tentu dapat memisahkan ikatan
ini.
Bercakap
mengenai wawasan, semestinya kami mengambil idola kami, Tun Dr Mahathir sebagai
idola. Kita orang Malaysia terutama orang melayu jangan takut untuk memasang
angan-angan. Persetankan kisah Jenin itu. Pada hemat saya, Jenin hanyalah kisah
yang dibawa oleh penjajah untuk menakut-nakutkan orang kita untuk berwawasan.
Tak salah untuk memasang angan-angan tetapi ianya mestilah disertakan dengan
usaha. Tanya setiap orang berjaya pada hari ini, mereka pastinya mempunyai
angan-angan.
Wawasan
kami? Senang sahaja. Kami bertekad untuk menjadi produk terbaik untuk
Universiti Tun Dr Mahathir dan memastikan universiti ini terus unggul sebagai
salah satu daripada 5 universiti terbaik di Malaysia. Kami tekad untuk menjadi
yang terbaik!”
“Terima
kasih diucapkan kepada Tengku Nizarif,” gumam Abang Alaq. “Pidato yang sungguh
berapi-api. Lepas ni bolehlah join MPP ya, Zaff?”
“Maaf,
saya tak minat politik,” seloroh Zaff yang kemudiannya mengundang tawa dari
seluruh isi dewan.
Kemudian,
nombor dicabut buat sekian kali.
“Kumpulan
yang kena membentangkan hasil kerja mereka ialah kumpulan… 5!” suara Abang Alaq
memenuhi seisi dewan.
Kelihatan
seorang lelaki yang sederhana tinggi naik ke atas pentas. Lelaki itu memakai
kaca mata, berbaju kemeja kelabu yang kemas berserta dengan tali leher putih.
Seluar slack hitam tersarung kemas di kakinya.
“Assalamualaikum
semua. Nama saya Ahmad Naim bin Ahmad Rosdi. Saya seorang lelaki yang genius
dan ujian IQ yang diambil oleh saya menunjukkan bahawa IQ saya mencecah 200.
Kiranya saya ni orang melayu terpandai di kalangan kalian,” gumam Naim
memulakan pembentangannya.
“Poyo
gila…” gumam Ummu. Dia memerhatikan sahaja kertas kajang yang dipegang oleh
ahli kumpulan Naim.
“Orang
macam tu pun hidup ke kat atas dunia ni?” gumam Saiful tiba-tiba membuatkan
semua ahli kumpulan 7 merenung ke arah jejaka misteri itu. Kemudian, Saiful
kembali menekapkan telinganya dengan fon telinga, melayan perasaannya dengan
alunan lagu Heavy Metal.
“Lambang
otak ini melambangkan bahawa ahli kumpulan kami terdiri daripada mereka yang
genius. Walaupun pada hakikatnya, hanya aku seorang sahaja yang melebihi paras
IQ yang dilabelkan sebagai genius,” gumam Naim tanpa sebarang perasaan.
Renungan bakal siswa dan siswa Universiti Tun Dr Mahathir melekat pada Naim.
“Motto kami ialah, ‘We’re Genius.’ Tetapi hakikatnya…”
Pembentangan
Naim banyak berkisah mengenai dirinya. Seboleh-bolehnya, dia mahu mengaitkan
semua yang ada di situ dengan dirinya. Sampai satu tahap, Abang Alaq terpaksa
mencelah.
“Masa
dah suntuk dah ni Naim. Kita kena bagi giliran kumpulan lain,” kata Abang Alaq
membuatkan wajah Naim bertukar monyok.
“So
childish…” Suara Naim menggumam tidak puas hati kedengaran sampai ke seluruh
isi dewan. Namun, kelihatan Abang Alaq masih mampu mengawal perasaannya dengan
tersenyum lebar walaupun disindir oleh Naim.
Sungguh,
bagi Abang Alaq, batch 2005 itu memang sangat berbeza. Mereka terdiri daripada
pelbagai ragam manusia. Melalui pemerhatiannya, banyak manusia yang pelik pada
pandangan matanya. Tadi, dia tersempak dengan Hazira Gaddafi, pelajar perempuan
yang lebih suka menumpukan masanya dengan berbicara dengan anak patung
kesayangannya itu. Bahkan, ketika kumpulan lain sedang membuat persembahan,
Hazira tidak memberikan tumpuan langsung sehingga terpaksa ditegur oleh
fasilator yang bertugas.
“Tiba
giliran kumpulan kita,” gumam Hafeez yang kelihatan sangat teruja.
Afiq
bangkit sambil membimbing kertas kajang yang penuh dengan lakaran logo, motto
serta wawasan kumpulan mereka seperti mana yang diarahkan oleh ketua fasilator,
Abang Alaq.
Namun,
ketika Afiq sedang memanjat tangga pentas, Hafeez tiba-tiba menyilangkan
kakinya membuatkan Afiq jatuh tersembam. Taufiq ketawa kecil melihat apa yang
berlaku manakala Afiq yang baru sahaja terjatuh bangkit dengan muka yang merah
padam.
“Kau
yang cari pasal dengan aku kan? Sebab tak dapat jadi ketua?” ujar Afiq
tiba-tiba sambil menundingkan jarinya ke arah Taufiq. Ketawa kecil lelaki itu
terus tamat di situ.
“Ya
Fiq. Aku nampak tadi dia yang silangkan kaki dia,” kata Hafeez pula membuatkan
Taufiq terlopong tidak percaya.
Afiq
tiba-tiba menerkam batang tubuh Taufiq membuatkan Taufiq terlentang di atas
lantai. Kemudian, sebuah tumbukan dilayangkan tepat membaham pipi Taufiq.
“Ini
balasannya bila kau cari gaduh dengan aku,” tutur Afiq geram.
“Sial
kau! Bila masa aku cari gaduh dengan kau! Budak Hafeez tu yang buat,” tempik
Taufiq bengang. Afiq pantas menoleh ke arah Hafeez yang berlagak seperti tiada
apa yang berlaku.
Beberapa
orang fasilator berlari ke arah mereka bertiga cuba meleraikan pergelutan
antara Afiq dan Taufiq. Afiq bangkit sambil membetulkan bajunya. Matanya tajam
merenung Hafeez. Dia tidak mempedulikan kertas kajang yang koyak itu.
“Trouble
maker…” tutur Saiful Hawiz dari jauh sambil tersenyum. Gelaran itu kemudian
melekat dengan Afiq sehingga ke hari ini.