Home Novel Thriller/Aksi The Lost World
Bab 7: Kumpulan Ajaran Sesat

Kapten Azrin sedang mengetuai ahli kumpulannya meredah hutan yang tinggi menyombong itu. Di tangan Kapten Azrin, kelihatan sebuah kapak batu yang merupakan senjata pertahanan diri jejaka itu meredah hutan yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan yang beriklim tropika.

Hutan itu dihuni oleh makhuk yang sekecil semut sehinggalah yang tinggi melangit. Semuanya sudah dihadapi oleh Kapten Azrin. Dia masih mengingati detik di mana seekor T-Rex mengejar ahli kumpulannya. 

“Kau nak bawak kita orang pergi mana lagi ni?” kata Hafeez bengang apabila terpaksa berjalan di bawah terik matahari.

Azrin tidak mengendahkansi kasanova itu sebaliknya terus berjalan. Selain daripada mencari Acha yang hilang, Azrin juga sebenarnya merindui buah hatinya iaitu Husna Mukhtar, pramugari yang sebenarnya bersamanya dalam penerbangan tempoh hari.

Namun, ketika pesawat yang dikendalikannya itu menyembah tanah, Husna Mukhtar antara manusia yang terpisah daripada bahagian depan pesawat yang terbelah dua kerana tidak mampu menahan impak terhempasnya pesawat. Azrin masih mengingati bagaimana pesawat itu meredah lantai hutan dalam masa yang agak lama sebelum akhirnya berhenti.

“Sikit lagi.” Azrin memujuk. Dia tahu anak muda seperti Hafeez dan Taufiq tidak akan bertahan lama di dalam hutan seperti itu. Tambahan pula lantai hutan itu dipenuhi oleh haiwan yang sangat menakutkan. Tiada di antara mereka yang mengimpikan untuk terhempas di sebuah pulau yang penuh dengan haiwan prasejarah.

Mereka akhirnya tiba di sebuah tanah lapang. Padang rumput yang menghijau sehingga ke hujung horizon menanti mereka. Kelihatan banyak dinosaur hervivor sedang meragut rumput.

“Piqah, jom ke sana?” ajak Yasmin sambil menarik tangan sahabatnya. Piqah mengangguk lalu mengekori langkah kaki Yasmin dari belakang. Mereka berdua kelihatan duduk dengan sangat hampir dengan kawanan dinosaur.

Kelihatan kawanan Stegosaurus, seekor dinosaur yang berkepala hanya sebesar saiz anjing, tetapi berbandan besar dengan tulang aneh yang tumbuh di belakang tubuhnya sedang meragut rumput. Ekor dinosaur itu pula mempunyai tanduk-tanduk tajam yang digunakan sebagai senjata mempertahanakan diri. Beberapa ekor dinosaur daripada spesis Pachycepalosaurus, seekor dinosaur yang mempunyai tulang di kepalanya yang bertindak sebagai perisai.Juga tidak ketinggalan seekor Barosaurus, sedang menjulurkan lehernya yang panjang mendekati Yasmin dan Piqah. Yasmin dan Piqah berundur ke belakang, beberapa langkah ketika kepala Barosaurus tunduk menghampiri mereka.

“Jangan takut,” gumam Piqah. Dia mengambil sebatang kayu mati yang terdapat daun yang masih lebat berhampiran dengannya, lalu menghulurkan untuk di makan oleh oleh Barosaurus.

Dinosaur itu memakan dahan pokok yang dihulurkan oleh Piqah. Yasmin tersenyum melihat telatah comel dinosaur itu lalu memberanikan diri memegang kepalanya. Barosaurus, dinosaur paling besar dalam sejarah dan mempunyai leher yang terpanjang itu tidak langsung menunjukkan respon ganas. Sangat jinak!

“Comel kan dia ni?” ucap Yasmin sambil tersenyum.

Piqah mengangguk setuju. Dua sahabat itu leka melayan karenah dinosaur yang menghampiri mereka. Di satu sudut lapangan, Hafeez dan Taufiq juga sedang berdua-duaan. Mereka berdua-duaan bukan atas nama persahabatan seperti Piqah dan Yasmin, tetapi kerana mempunyai motif tertentu.

“Kita akan kaya nanti bila balik Malaysia,” tutur Hafeez teruja sambil membuka beg galasnya.

“Idea siapa?” Taufiq tidak mahu mengalah.

“Bila aku dah kaya, Ummu akan suka kat aku,” kata Hafeez pula yang kelihatan begitu teruja. Kalau Yasmin dan Piqah teruja kerana melihat telatah comel haiwan hervivor, Hafeez dan Taufiq pula berbeza.

“Tak-tak. Ummu harus jadi milik aku!” Taufiq tiba-tiba membantah.

Hafeez menatap wajah Taufiq, tidak percaya yang Taufiq sanggup membelakanginya dalam membuat keputusan.

“Tak-tak. Aku dah tunggu Ummu lama!”

Taufiq tiba-tiba bangkit.

“Aku tak akan benarkan Ummu jatuh ke lelaki macam kau. Lelaki yang playermacam kau nak perempuan paling cun kat kampus kita? Langkah mayat aku dulu. Aku akan pastikan kau tak akan dapat sentuh dia walau seinci pun!” Taufiq menghamburkan makian. Hafeez dengan rasa terbakar meletakkan begnya ke tepi lalu terus menerkam Taufiq.

“Muka selipar jepun macam kau ada hati nak rebut buah hati aku?” tutur Hafeez sinis lalu melepaskan tumbukan yang kemudian hinggap di pipi Taufiq.

Azrin yang sedang kusyuk memerhatikan Piqah dan Yasmin memberi makan terpaksa datang untuk meleraikan dua orang lelaki yang sebentar tadi lagaknya seperti sahabat dunia akhirat kini sedang bertumbuk seperti mereka musuh seumur hidup.

“Sekurang-kurangnya dia kenal aku sebagai seorangketua yang hebat!” Taufiq pula yang menumbuk wajah Hafeez.

“Jangan bergaduh!” kata Azrin yang cuba meleraikan Hafeez dan Taufiq.

Yasmin dan Piqah kelihatan menghampiri dua orang jejaka itu, cuba untuk meleraikan pergaduhan antara Hafeez dan Taufiq. Azrin seorang diri tidak mampu.

“Azrin, ke tepi,” gumam Yasmin tiba-tiba.

Tiba-tiba gadis itu memegang tangan Hafeez yang mahu menumbuk wajah Taufiq yang sudah lunyai dikerjakan itu. Hafeez tidak percaya apabila seorang gadis seperti Yasmin berani melakukan dirinya sedemkian rupa.

“Kau pula nak cari gaduh dengan aku?” tutur Hafeez tidak puas hati.

Yasmin menggelengkan kepalanya, namun masih tersenyum. Pergelengan tangan Hafeez masih belum dilepaskannya.

“Aku nak leraikan pergaduhan, bukan nak cari gaduh.” Tenang suara Yasmin berbicara. Hafeez kelihatan tidak puas hati pula dengan Yasmin. Dia bangkit dari atas Taufiq yang tidak bermaya sambil tangannya masih digengam erat.

“Kalau macam tu, lepaskan aku,” kata Hafeez.

“Boleh. Tapi, kau kena janji kat aku yang kau tak akan tumbuk dia lagi?” pinta Yasmin.

Hafeez merenung Taufiq yang sedang dipapah oleh Azrin untuk berdiri. Kemudian, dia tersenyum. Dia ada idea untuk membakar amarah Yasmin. Secara tiba-tiba, dia menendang perut Taufiq secara mengejut membuatkan Taufiq terlutut menahan kesakitan.

“Macam mana?” tanya Hafeez. Dia menghayunkan tangannya ke belakang, cuba untuk menumbuk Taufiq dan... penumbuknya sedang dipegang oleh Yasmin dari belakang. Satu tangan sahaja. Hafeez cuba menarik tangannya, tetapi kekuatan yang ditunjukkan oleh Yasmin sangat luar biasa.

“Macam mana sekarang?” tanya Yasmin sambil tersenyum. Hafeez cuba untuk melepaskan diri dan... dirinya dilemparkan ke tanah oleh Yasmin. Hafeez terlentang dan Yasmin sedang duduk bercangkung di sebelah Hafeez.

“Ada yang lebih kuat daripada kau, kawan,” tutur Yasmin lalu bangkit.

Belum sempat Hafeez mahu membalas apa yang dilakukan oleh Yasmin terhadapnya, tiba-tiba tanah di bawah mereka bergegar aneh. Hafeez pantas menoleh ke belakang dan kelihatan kawanan dinosaur hervivor yang sedang meragut rumput sedang deras berlari ke arah mereka.

“Tengok tu!” teriak Azrin apabila melihat dari jauh seekor T-Rex sedang berlari mengejar kawanan dinosaur hervivor di situ. Mana yang malang akan menjadi mangsa makanan tengah hari T-Rex.

“Cabut!” teriak Hafeez yang menjadi orang pertama yang cabut lari.Hafeezsempat mencapai beg galas yang mengandungiharta yang paling berhargauntuk dirinya itu.

***

Azrin menjadi orang pertama yang memasuki kawasan gua. Langkahnya terus mati apabila melihat penempatan manusia sedang bercambah di situ. Mereka yang sedang berehat menoleh ke arah Azrin yang kemudian disertai oleh beberapa orang ahli kumpulannya. T-Rex di belakang mereka mungkin sudah kehilangan jejak mereka.

“Juruterbang pesawat MAS yang terhempas dua minggu yang lepas?” tanya seorang lelaki yang tiba-tiba menegur mereka.

Azrin mengangguk apabila dirinya ditegur oleh seorang lelaki tua yang berkemeja lengan panjang yang dilipat, dan berseluar slack itu. Orangnya hampir botak.

“Saya Yusha. Salah seorang penumpang pesawat awak hari itu. Kita terpisah bila kawanan Velociraptor menyerang kita.” Yusha, lelaki tua itu memperkenalkan dirinya.

Namun belum sempat Azrin memperkenalkan dirinya, raungan T-Rex bergema dari luar gua. Jelas T-Rex tidak mampu untuk memuatkan diri ke dalam gua itu.

“Kamu kena kejar T-Rex ke?” tanya Yusha.

Azrin mengangguk sambil tersenyum. Yusha turut tersenyum.

“Tapi, jangan risau lagi. Saya beri jaminan yang gua ini adalah tempat yang paling selamat untuk kita semua. Kita tak jauh dari sumber air. Jauh di dalam gua ini terdapat kolam air yang sangat luas. Kalau nak makan, kita ada orang yang boleh keluar berburu di luar sana,” tutur Yusha.

Kemudian, Yusha selaku ketua manusia di penempatan itu membawa Azrin dan ahli kumpulannya meneroka gua tersebut. Mereka berkenalan dengan beberapa orang keluarga yang berjaya menyelamatkan diri daripada serangan kawanan Velociratpor.

“Memperkenalkan Kapten Azrin. Juruterbang pesawat kita tempoh hari,” tutur Yusha ketika mereka menghampiri seorang lelaki yang sedang memerika sebuah kotak, yang dimana dalam kotak tersebut mengandungi pelbagai jenis pisau yang bervariasi.

“Saya Amirul Hafeez,” tutur Hafeez acuh tak acuh.

Taufiq yang sedang dipapah oleh Piqah itu pula memperkenalkan dirinya.

“Taufiq Ariffin.”

“Nur Rafiqah. Panggil akuPiqah.”

“Yasmin Aishah. Panggil Yasmin.”

“Sunder. Aku jaga keselamatan mereka semua kat sini,” kata Sunder sambil bersalaman dengan Azrin. Kemudian. Yusha membawa mereka semua semakin dalam di kawasan gua itu.

Kelihatan seorang wanita sedang merawat beberapa orang lelaki. Antara mereka ada yang kehilangan kaki, putus. Ada yang cedera teruk di wajah. Kelihatan di tanganwanita itu beberapa herba yang entah dari mana dikutipnya.

“Doktor Isha. Ini kapten pesawat MAS. Dia akan sertai koloni kita di sini,” kata Yusha lagi.

Doktor Isha melambaikan tangan sambil mempamerkan senyumannya. Orangnya cantik, berambut ikal yang diikat sanggul. Mata Hafeez berpinar melihatwanita secantik doktor itu.

“Doktor... perut saya rasa sakit tiba-tiba,” tutur Hafeez tiba-tiba sambil memegang perutnya. Azrin tiba-tiba menarik Hafeez jauh dari situ sambil melemparkan sengihan kepada Doktor Isha.

“Budak gatal,” gumam Doktor Isha lalu kembali mencuci luka di kaki penghuni penempatan manusi di dalam gua itu.

Yusha membawa mereka meneroka lagi kawasan gua itu. Menurut Yusha, gua itu sangat dalam besar dan mereka tidak punya keberanian untuk meneroka habis kawasan itu. Azrin sekadar setia mendengar.

“Sini tempat kalian di dalam gua ini,” kata Yusha yang membawa mereka mendekati sebuah pondok yang dibina di dalam gua itu. Terdapat beberapa buah pondok di hadapan mereka.

“Wah, siap ada pondok untuk kami?” Azrin kelihatan begitu teruja.

“Ada banyak pondok yang kami sempat didirikan. Kami yakin masih ada banyak lagi penumpang pesawat kita yang terhempas berada di luar sana,” tutur Yusha itu. Kemudian dia meminta diri, untuk melakukan kerjanya.

Azrin melabuhkan punggungnya di sebuah pondok. Terdapat banyak rumput kering yang diikat bersama, dijadikan tilam untuk mereka tidur.

“Akhirnya... aku boleh tidur aman,” tutur Azrin lalu baring terlentang. Hafeez dan Taufiq yang turut menghuni pondok itu saling berkongsi pandangan.

“Maafkan aku...” tutur Hafeez sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Taufiq. Taufiq tidak terus membalas huluran salam itu, sebaliknya merenung wajah Hafeez, lama.

“Kau janji yang kau tak akan sentuh Ummu aku?”

Taufiq diam seribu bahasa. Dahinya berkerut seribu.

“Kita main BMW.”

Kening Hafeez terangkat di udara.

“Apa tu?” tanya Hafeez.

Best man wins.”

Sekali lagi kening Hafeez terangkat.

“Kau kena ingat pesaing kau bukan aku seorang aje. Fiq, Zaff...”

“Peduli apa aku. Apa-apa pun, jangan bercakap pasal perempuan kat sini. Kita ada benda lain yang kita kena buat,” kata Taufiq.

“Nasib baik aku sempat capai beg ni masa T-Rex tu kejar kita,” kata Hafeez lalu membuka beg galasnya. Dia merenung ke arah Azrin yang sudah berdengkur itu. Kemudian, Taufiq mendekatinya lalu mengintai di dalam beg galas Hafeez. Terus, sekuntum senyuman mekar di wajahnya.

“Kita berdua akan kaya...” gumam Taufiq pula.

***

Hafeez sudah terbongkang manakala Taufiq sudah mula memeluk tubuh Hafeez dalam tidur. Ketika itulah, seorang lelaki bangkit lalu mendekati Piqah yang sedang tidur. Kelihatan senyuman pada wajah lelaki itu.

Dia menghampiri Piqah yang sedang lena itu. Kemudian, dia mengeluarkan sesuatu dari seluar jeansnya. Kelihatan seperti tisu yang diletakkan sesuatu. Lelaki misteri itu kemudian menekapkan tisu itu di mulut dan hidung Piqah. Apa lagi, terbuntang luas mata gadis itu. Dia cuba melepaskan diri tetapi tidak berdaya. Mulutnya cuba menjerit namun tersekat dek tisu itu. Beberapa saat kemudian, matanya kembali layu.

Ketika itu, jasad Piqah diangkat seperti guni lalu dibawa masuk ke kawasan yang lebih dalam gua itu. Yasmin pula memusingkan tubuhnya, tangannya mencari jasad Piqah... tiada?

Yasmin terus membuka matanya. Dia melihat Piqah tiada di sebelahnya membuatkan Yasmin bangun.Mungkin Piqah ke tandas, fikir Yasmin.Yasmin duduk menunggu sahabatnya itu kembali, namun tidak kesampaian. Beberapa ketika berlalu,, Yasmin mengambil keputusan untuk mengejutkan Azrin yang sedang tidur.

“Awak...” panggil Yasmin sambil menggerakkan tubuh Azrin. Namun tiada respon membuatkan Yasmin terpaksa naik ke atas pondok itu, lalu duduk di sebelah Azrin.

“Awak... bangun.Piqah hilang...” gumam Yasmin lagi.

Tanpa dijangka, tangan Yasmin itu dicapai oleh Azrin lalu jejaka itu menggumam dalam tidur.

“Husna... terima kasih sebab datang tengokkan saya,” tutur Azrin lalu cuba untuk mencium tapak tangan Yasmin. Apa lagi, sebelum sempat bibir Azrin hinggap, tapak tangan Yasmin terlebih dahulu menampar jejaka itu. Pantas Azrin bangkit dalam keadaan yang menggelabah. Dia melihat kiri dan kanan sebelum matanya merenung Yasmin.

“Apa dia?” tanya Azrin sambil menggosok kedua-dua biji matanya.

“Piqah hilang...” gumam Yasmin.

“Pergi tandas lah tu...” kata Azrin malas.

“Dah 20 minit kita tunggu dia,” tambah Yasmin lagi.

“20 minit?” tanya Azrin. Yasmin mengangguk.

“Kau ikut aku. Kita pergi jumpa Yusha jom?” kata Azrin.

Yasmin mengangguk lagi. Azrin turun dari pondok itu, lalu berjalan ke pondok Yusha. Yasmin sekadar mengekori dari belakang manakala Hafeez dan Taufiq masih diulit lena. Ketika Azrin menghampiri kawasan kebanyakan para penghuni penempatan itu tidur, dia berasa pelik.

“Kenapa kosong aje?” tanya Azrin.

Aneh, kawasan di hadapan mereka kelihatan seperti baru sahaja ditinggalkan orang. Tiada langsung kelibat manusia yang sepatutnya sedanglena diulit mimpi indah.

“Mana mereka?” gumam Azrin.

“Kita kena cari Piqah. Aku syak ada sesuatu berlaku pada dia,” tutur Azrin.

“Kejutkan Hafeez dengan Taufiq dulu,” ujar Yasmin pula. Azrin mengangguk.

***

Hafeez dan Taufiq berkerut dahi mendengarkan kisah Yasmin. Mereka masih mamai diulit rasa mengantuk.

“Kau yakin ke budak tu tak buang air besar ke?” tanya Taufiq.

“Ya, aku yakin. Aku dah pergi ke tandas tadi. Kosong!”

Taufiq kembali berfikir. Namun, belum sempat dia bersuara, jeritan Piqah memenuhi kawasan gua itu. Lantas, Taufiq dan Hafeez saling berpandangan. Kemudian, Azrin dan Yasmin memecut laju ke arah punca bunyi jeritan itu, meninggalkan Taufiq dan Hafeez yang terpingga-pingga.

Kemudian, langkah kaki Hafeez dan Yasmin terhenti apabila melihat Piqah yang diikat tangan dan kakinya serta mulut yang disumbat kain itu sedang dikeilingi oleh penghuni penempatan itu. Yusha kelihatan berdiri di tengah bulatan manusia itu.

“Tolong selamatkan dia...” gumam Doktor Isha yang sedang diikat tidak jauh daripada tempat Piqah sedang diikat. Doktor Isha sedang terbaring lemah dengan wajah cantiknya habis dikerjakan.

Azrin pantas berlari mendapatkan Doktor Isha. Dia cuba membantu wanita itu berdiri.

“Apa semua ni?” tanya Azrin.

“Ajaran sesat si Yusha tu!” kata Doktor Isha geram, sambil melemparkan renungan tajam ke arah Yusha yang masih membaca mantera aneh.

Yasmin cuba mendapatkan Piqah yang sedang melutut, tetapi Sunder muncul entah dari mana menghulurkan pisaunya tepat di leher Yasmin, tidak membenarkan langsung Yasmin untuk bergerak. Kalau tidak, Yasmin akan dihiris oleh pisaunya yang penuh bisa itu.

Ketika itu, Hafeez dan Taufiq tiba di tempat kejadian.

“Kenapa korang buat semua ni?” tanya Azrin sambil menundingkan jarinya ke arah Piqah. Yusha sekadar tersenyum, lalu kembali membaca manteranya.

“Tak guna...” gumam Azrin.

“Jangan bergerak atau Yasmin akan mati!” Sunder memberi amaran kepada Hafeez dan Taufiq.

Selepas beberapa minit masing-masing kaku, Yusha tiba-tiba bersuara.

“Kamu mahu sertai kami? Apa yang aku ramalkan selama ini, menjadi kenyataan. Di dalam pesawat itu terdapat mereka yang berdosa, dan antaranya ialah budak ni. Sebab mereka yang berdosa inilah, kita semua terperangkap di neraka. Neraka yang penuh dengan makhluk yang dah pupus. Dia banyak dosa dan satu-satunya cara untuk hapuskan dosanya, ialah darahnya harus ditumpahkan oleh aku. Dia harus disembelih hidup-hidup!”

“Kesesatan apakah?” tutur Azrin.

“Jangan panggil aku sesat!” Yusha naik berang.

Azrin mengarahkan Hafeez menjaga Doktor Isha yang sedang sakit itu. Apa lagi, jejaka itu seperti orang mengantuk disorongkan bantal sementara Azrin menghampiri kelompok manusia yang mengelilingi Piqah.

“Ceritakan kat aku... ajaran korang... mungkin berminat?” kata Azrin sambil mengangkat kedua-dua tangannya di udara.

“Kamu semua tak sedar ke apa yang berlaku? Kenapa kita boleh tiba-tiba terhempas di pulau ni? Kamu semua tak terfikir kita dah lama mati? Tapi, kita merasakan kita hidup kerana kita sebenarnya dah berada di neraka? Dinosaur-dinosaur dan haiwan prasejarah itu ialah bukti sebenarnya TUHAN sedang menghukum kita. Dan, seminggu yang lepas, aku mendapat mimpi yang mengatakan ada manusia yang berdosa, di dalam pesawat yang harus kita korbankan kalau kita nak balik!”

Ketika Yusha sedang kusyuk bercerita, tiba-tiba sahaja Yasmin bertindak. Yasmin menggunakan ilmu silat yang dipelajarinya. Sunder yang leka mendengarkan ceramah Yusha itu tiba-tiba dicapai tangannya dari belakang oleh Yasmin lalu dilemparkan ke atas tanah. Pisau Sunder yang terdampar di atas tanah itu dicapai oleh Yasmin dan ketika Sunder kembali berdiri, pisau tersebut hanya seinci sahaja daripada membelah leher Sunder.

Azrin tersenyum simpul.

“Lepaskan dia atau orang kau akan mati!”

Yusha berdehem geram. Dia mengarahkan beberapa orang anak buahnya meleraikan ikatan Piqah. Ketika itu Piqah berlari, mendekati mereka. Lengan Azrin dipegang oleh Piqah. Kelihatan bibir gadis itu luka, mungkin dikerjakan oleh orang-orang Yusha.

“Kami akan pergi dari sini dan cari orang lain yang kamu mahu korbankan...” tutur Azrin.

Yusha dan anak buahnya hanya membisu. Ketika Azrin melangkah ke arah pintu keluar, muncul dua orang lelaki yang mungkin baru balik daripada berburu. Yusha berteriak menyuruh dua orang lelaki yang berbadan sasa itu menghentikan Azrin dan ahli kumpulannya. Maka, terjadilah pergelutan di situ, dan Azrin tewas.

***

Azrin sedang melutut sambil kaki dan tangannya terikat. Begitu juga dengan anak-anak buahnya yang lain, yang turut menjadi mangsa.

“Nampaknya bukan seorang yang berdosa di sini. Tapi, kamu semua!” kata Yusha sambil menjilat pisaunya. Dia melontarkan renungan ke arah mayat Doktor Isha yang sudah tidak bernyawa. Darah merah dipisau itu masih segar, milik Doktor Yusha.

“Kau gila!” tempik Hafeez dan Sunder lantas menendang pipinya membuatkan Hafeez tersungkur di atas tanah.

“Yusha! Tak cukup ke kau perbodohkan mereka yang ada di sini?” teriak Azrin.

“Kau yang bodoh! Kau tak nampak apa yang berlaku di sini!” kata Yusha lalu dia menghiris bahu Azrin. Apa lagi, Azrin menjerit kesakitan. Darah mengalir membasahi bajunya.

“Aku nampak. Aku nampak kebodohan kau!”

Sunder hilang sabar lalu menendang pipi Azrin. Namun, jejaka itu tetap gagah melutut, tidak seperti Hafeez yang kini sedang terbaring kesakitan selepas dikerjakan oleh lelaki india itu.

“Bersedia untuk mati Azrin!” tutur Yusha lalu memegang leher Azrin dari belakang. Pisau sudah terhunus di leher Azrin. Jejaka itu memejamkan matanya, menerima maut dengan maruah yang terjunjung tinggi.

“Kasi aku mengucap dulu,” gumam Azrin.

“Silakan...”

“Aku naik saksi bahawa tiada TUHAN yang wajib disembah melainkan ALLAH dan aku naik saksi bahawa nabi MUHAMMAD itu adalah pesuruh ALLAH.”

Serentak ucapan itu diucapkan oleh Azrin, kedengaran raungan dari luar gua. Perhatian Yusha lantas teralih lalu dia mengetuai beberapa orang untuk ke sana. Lantas, Yusha menghilang bersama orang suruhannya dan beberapa saat kemudian, kedengaran jeritan mereka. Yusha muncul sambil berlari deras.

“Velociraptor! Mereka dah bunuh dua orang aku!” teriak Yusha.

Velociraptor ialah sejenis dinosaur setinggi bahu manusia. Digelar antara bijak yang pernah dunia kenal. Haiwan itu mempunyai kuku sebesar penumbuk manusia di kakinya, menjadikan senjata paling efektif Velociraptor.

Azrin mengesot menghampiri pisau Sunder yang terjatuh tidak jauh darinya. Derngan susah payah, dia melepaskan diri dengan memotong ikatan tali Yusha itu. Kemudian, dia menggunakan pisau yang sama memotong ikatan yang membelenggu ahli kumpulannya yang lain.

“Arghh!” Kedengaran suara Sunder menjerit kesakitan apabila kuku tajam Velociraptor yang tersisip kemas seperti taji di kakinya menikam belakang tubuh Sunder. Beberapa orang penghuni penempatan itu cuba melarikan diri.

“Cepat lari lebih jauh ke dalam gua!” teriak Azrin.

Piqah dan Yasmin mengangguk. Tetapi tidak Hafeez dan Taufiq. Mereka berdua mencari di mana letaknya beg yang mengandungi benda paling berharga bagi mereka di atas pulau itu.

“Itu!” teriak Taufiq kala kekalutan melanda. Mereka berdua berlari ke arah tempat beg galas itu. Berdekatan dengan mayat Doktor Isha. Taufiq mencapai beg galas itu dan... mereka berdua terkepung oleh dua ekor Velociraptor yang sedang berdesis sambil merenung mereka.

“Alamak...” gumam Hafeez.

“Mati kita!” ujar Taufiq pula.

“Kau rasa mereka datang ke sini sebab telur ini ke?” kata Taufiq.

Hafeez mengangkat kedua-dua bahunya. Ketika Velociraptor mengangkat satu kakinya di udara, Hafeez pantas mencapai sebongkah batu besar dan kuku tajam Velociraptor itu mengenai batu dan patah. Bunyi raungan kesakitan kedengaran. Hafeez mengambil peluang itu dengan menarik tangan Taufiq dan menggunakan peluang untuk kabur.

Kelihatan beberapa ekor Velociraptor mengejar mereka dari belakang.

“Tunggu kita orang!” teriak Hafeez dari jauh ketika Azrin, Piqah dan Yasmin sudah jauh meninggalkan mereka.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.