Ummu hanya mampu menyandarkan belakang
tubuhnya di dinding ruangan yang dipercayai menyimpan patung-patung dinosaur
yang mungkin akan dijual kepada pengunjung muzium itu. Ummu tidak ingat bagaimana
dia boleh sampai ke situ, kerana dirinya dipengsankan oleh Echad.
Sedar-sedar
sahaja, dirinya dalam keadaan berikat tangan dan kaki. Mulutnya pula disumbat
dengan beberapa gumpalan kain bagi mengelakkan dirinya daripada mengeluarkan
sepatah suara pun.
Ingatan
Ummu ketika itu beralih pada Afiq dan Zaff, sahabat baiknya itu. Dua orang
lelaki yang menurut Echad sanggup bergadai nyawa demi melihat dirinya kekal
hidup di atas pulau itu. Benarkah kenyataan Echad itu?
Lantas,
Ummu tenggelam dalam memori lama.
Beberapa bulan lepas…
Cik
Mia sedang berceloteh mengenai subjek yang diajarnya, Introduction To
Psychology, satu-satunya kelas yang menggabungkan pelajar daripada jurusan yang
berbeza. Daripada tadi, Afiq tidak pernah berhenti melemparkan jelingan ke arah
Ummu yang sedang duduk di sebelahnya. Kemudian Afiq mengalihkan perhatiannya ke
arah Zaff.
“Esok
hari jadi Ummu,” bisik Afiq ketika Ummu sedang kusyuk menyalin nota yang
dikongsikan oleh Cik Mia melalui slideshow
powerpoint.
“Kau
dah sediakan hadiah ke?” tanya Zaff.
“Tak
perlu hadiah. Aku akan buat dia menangis,” balas Afiq sambil tersenyum.
“Menangis?”
tanya Zaff sambil terangkat keningnya.
“Kita
buat surprise untuk dia,” ujar Afiq.
“Kau
dah rancang segala-galanya ke?” tanya Zaff.
“Dah
tentu bro. Someone special liker her deserve more than this,” kata Afiq.
“Kelas
dah boleh bersurai,” tutur Cik Mia lalu menamatkan kuliahnya pada hari itu. Apa
lagi, seperti biasa, Afiq merupakan orang pertama yang mencapai beg lalu
tergesa-gesa meninggalkan kelas.
“Kenapa
dengan dia? Selalu dia akan tunggu kita,” tanya Ummu ketika menyimpan buku
notanya dan bekas alatan tulis ke dalam beg galas yang berlambang Dora The
Explorer.
“Entah,”
jawab Zaff sambil mengangkat bahunya, berpura-pura seperti tiada apa yang
berlaku.
***
Afiq
sedang berdiri sambil berpeluk tubuh. Dia sedang memerhatikan beberapa keping
kek yang mungkin akan dibelinya. Zaff sekadar menguap di sebelah Afiq, melihat
betapa tekunnya Afiq.
“Ummu
suka warna unggu dengan merah kan Zaff?” tanya Afiq. Zaff mengangguk.
“Ummu
suka tengok kartun Dora kan?” tanya Afiq lagi.
“Ya.
Dia selitkan gambar Dora The Explorer dalam beg duit dia. Dia pergi kelas pun
bawa beg Dora The Explorer,” kata Zaff lagi.
“Aku
ada idea,” tutur Afiq sambil tersenyum.
“Idea
apa?” tanya Zaff ingin tahu.
“Adalah.”
***
Kelas
Cik Mia pada hari itu penuh walaupun Cik Mia masih belum kelihatan. Aisyah
Mazyadi, wakil kelas berkenaan baru sahaja mendapat panggilan telefon daripada
Cik Mia bahawa dia terperangkap dalam kesesakan jalan raya di Pulau Eurasia.
Afiq tersenyum puas. Seakan-akan TUHAN sedang merestui segala tindakannya.
Afiq
mencapai telefon bimbitnya, lalu menghubungi seseorang. Sambil itu, matanya
tidak pernah lekang dari menatap Ummu yang sedang asyik membelek nota-nota yang
diberi oleh Cik Mia. Ummu memang rajin. Masakan dia antara top 3 pelajar
terbaik Universiti Tun Dr Mahathir Mohammad, cuma ketinggalan di belakang si
genius Ahmad Naim dan Echad.
Selepas
memastikan segalanya berjalan lancar, Afiq menghadiahkan kenyitan pada Zaff,
menanti Zaff untuk menjalankan peranannya pula. Zaff pantas menghilang dari
pandangan Afiq. Selajur Afiq menepuk tangannya, mencuri perhatian seluruh
kelas.
“Kawan-kawan
semua,” suara Afiq bergema di hadapan kelas lantas membuatkan seisi kelas terus
senyap.
“Hari
ini ialah tanggal 13 March 2007, dan untuk pengetahuan kalian, detik ini
merupakan detik lahirnya seorang rakan saya yang sangat saya sayang. Sahabat
baik saya yang sentiasa ada di sisi saya. Ummu Habibah , selamat hari jadi,”
tutur Afiq tiba-tiba membuatkan Ummu benar-benar tergamam. Spontan gadis itu
bangkit dari tempat duduknya.
“Sama-sama
kita menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi Ummu’ dengan saya,” kata Zaff yang
muncul tiba-tiba dari luar sambil membawa sekeping kek yang diletakkan di atas
sebuah pinggan. Terdapat 18 batang lilin yang dipacakkan di atas kek tersebut,
menandakan detik itu, umur Ummu mencecah 18 tahun. Gambar kartun Dora The Explorer juga terlukis kemas di atas kek itu.
Tiba-tiba
sahaja Ummu terus meninggalkan kelas itu membuatkan Afiq dan Zaff terpingga-pingga.
Afiq dan Zaff saling berkongsi pandangan. Kemudian, tanpa disuruh, langkah kaki
mereka melangkah keluar dari kelas untuk mencari Ummu.
***
Kelihatan
Ummu sedang duduk berpeluk tubuh di tepi tangga. Gadis itu sedang menangis
teresak-esak. Lantas senyuman kelihatan menguntum di wajah Afiq dan Zaff sebaik
sahaja melihat Ummu.
“Ummu,”
tutur Afiq lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Ummu. Zaff pula duduk di
bahagian sisi Ummu yang lain. Kelihatan Afiq dan Zaff mengapit Ummu.
“Tinggalkan
aku seorang diri,” pinta Ummu sambil cuba melindungi wajahnya dengan rambut
lurusnya itu.
“Kenapa
kau nangis?” tanya Zaff yang tidak mengendahkan permintaan Ummu.
Ummu
tidak terus menjawab sebaliknya mengesat air matanya.
“Terima
kasih korang…” tutur Ummu. “Aku tak sangka yang korang sanggup buat macam ni
kat aku. Terima kasih banyak-banyak.”
“Ummu,
kalau demi kau, aku dengan Zaff sanggup mati.”
Ummu
tersenyum mendengarkan ungkapan daripada mulut Afiq itu.
“Ada-ada
ajelah kau ni Fiq.”
Hari ini...
Husna
sedang melangkah sambil matanya tajam memerhati keliling. Echad sekadar melangkah perlahan di
belakangnya. Tangan Echad
sedang mengusap-ngusap pisau yang disisip di bawah baju Echad. Bila- bila masa
sahaja pisau itu akan dibenamkan di dalam tubuh Husna.
“Echad…”
panggil Husna tiba-tiba membuatkan Echad tersentak. Tangannya lantas dilarikan
daripada memegang pisau yang telah meragut banyak nyawa di atas pulau itu.
“Ya?”
ujar Echad cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku.
“Echad
sayangkan Melur?” tanya Husna tiba-tiba.
Langkah
kaki Echad terus mati selepas mendengarkan pertanyaan Husna itu.
“Kenapa
tanya?”
Husna
tersenyum.
“Acha
dah cerita semuanya kat Husna. Echad sangat mencintai Melur. Echad sanggup buat
apa sahaja untuk Melur. Dan Husna sangat berterima kasih yang Echad masih
hidup. Husna yakin yang Echad sangat merindui Melur. Kalau diizinkan tuhan,
Husna yakin yang Echad sanggup berkorban demi Melur,” tutur Husna tiba-tiba,
lalu mengukirkan senyuman menawannya.
Apa
yang dituturkan oleh Husna membuatkan Echad tergamam. Meski kata yang lahir
dari mulut Husna itu lembut untuk ditelan, tetapi buat Echad, ianya umpama
sebuah tamparan yang telah menarik dirinya ke dalam realiti.Ungkapan membuatkan
dirinya tersedar dari kegilaan yang tiba-tiba melanda. Lutut Echad terasa
begitu lemah untuk menampung berat badannya pada saat itu. Tiba-tiba sahaja
Echad melutut di lantai lalu menangis teresak-esak.
“Kenapa
ni Echad?” tanya Husna.
“Kau
dah salah sangka. Aku bukannya sebaik seperti mana yang kau cakapkan. Aku… aku
yang bunuh Melur!” Echad membuat pengakuan membuatkan riak wajah Husna berubah
serta-merta. Perlahan-lahan, langkah kaki Husna berundur ke belakang.
“Echad
tak bergurau kan?” soal Husna.
“Lebih
baik kau pergi selamatkan diri kau sebelum aku… jadi gila balik!” tempik Echad
sambil menghalau Husna.
“Tapi…”
gumam Husna.
“PERGI!”
Suara Echad bertambah kuat.
***
Naim
dan Dr Izwan sedang berdiri di hadapan sebuah kedai yang kelihatan lusuh dari
luar. Dari luar, kelihatan sebuah papan tanda yang hampir sahaja tercabut dari
tempat asalnya.
“Sourvenir
Shop…” gumam Naim sambil membaca tulisan di papan tanda tadi.
“Jadi,
kita dah jumpa tempat yang kita cari ya?” soal Dr Izwan. Naim mengangguk.
“Jadi,
terbuktilah tempat ini dahulu merupakan tempat kunjungan pelancong,” ujar Naim
yang masih mampu menyembunyikan perasaan terujanya di sebalik nada suara
tenangnya.
Naim
menjadi orang pertama yang memulas tombol pintu kedai cenderamata. Bunyi keriut
aneh memenuhi tempat itu ketika pintu tersebut di buka. Kelihatan meja juruwang
yang berhabuk berdekatan dengan pintu masuk.
Naim
memerhatikan keadaan kedai itu. Terdapat banyak rak yang dipenuhi oleh anak
patung daripada pelbagai species dinosaur. Terdapat juga ruangan yang
menempatkan baju-baju yang dibalut oleh plastik yang masih belum terusik.
“Tak
ada apa-apa pun,” kata Dr Izwan.
“Okey,”
jawab Naim yang mahu melangkah pergi dari situ. Namun, langkah kakinya mati
apabila mendengarkan bunyi sesuatu.
“Dengar
tak?” tanya Naim.
Dr
Izwan turut mendengar bunyi itu. Seperti bunyi sesuatu ditendang berulang kali.
Selepas beberapa ketika, Naim berlari ke arah punca bunyi itu. Kelihatan Ummu
sedang menendang dinding menggunakan kakinya.
“Bukak
cepat!” arah Naim.
Selepas
semua ikatan tali dan kain dileraikan oleh Naim, pantas Ummu bangkit. Namun
Ummu rebah kerana sakit pehanya ditikam oleh Echad masih berbekas. Dr Izwan
menyedari luka di peha Ummu.
“Parah
luka kau ni, Ummu. Siapa yang buat kau macam ni?”
“Echad!
Dia yang bunuh Melur dan semua yang lain. Dan, dia ugut nak tebas kepala Afiq
dengan Zaff!” kata Ummu dengan riak wajah yang penuh resah.“Dan Naim serta
Abang Izwan, terima kasih banyak-banyak sebab selamatkan Ummu.”
“Abang
Izwan?” tanya Dr Izwan ketika Ummu buat pertama kalinya membahaskan dirinya
sebagai abang.
“Ya,
Abang Izwan. Abang boleh tolong Ummu cari Fiq? Budak lelaki tu tak boleh
diharap walaupun seminit pun,” tutur Ummu.
“Okey-okey.
Abang janji yang abang akan cari dia dengan Ummu,” tutur Dr Izwan sambil
mengukirkan sebuah senyuman. “Tapi sebelum tu, kita kena cari jalan untuk
hentikan pendarahan kat peha Ummu ni.”
***
Afiq
dan Acha memilih sebuah koridor yang kelihatan paling gelap antara semua. Acha
menegah Afiq tetapi Afiq telah berkeras kerana menurut Afiq, pemikiran Ummu
agak sukar untuk dibaca. Kemungkinan besar, Ummu telah memilih laluan yang
paling terpemcil dan tersembunyi di dalam muzium itu.
“Awak
tak kenal Ummu ni macam mana. Kadang-kadang, benda yang kita tak terfikirkan,
benda itulah yang di buat. Mungkin dia nak bersendirian, tanpa kita
menjumpainya.”
Afiq
kelihatan begitu bersungguh-sungguh menerangkan perihal Ummu kepada Acha. Wajah
Acha yang pada asalnya ceria dapat menemani Afiq mencari Ummu dan Melur
bertukar muram apabila daripada tadi, mulut Afiq asyik petah menceritakan semua
kisah mengenai Ummu.
“Saya
ingat lagi masa dia menyorok daripada Zaff. Merajuk sebab apa entah… dan dia…”
Afiq terus menceritakan pasal si Ummu. Ummu yang lembut, tetapi boleh jadi
garang pada satu masa. Ummu yang sempurna… Ummu yang mempunyai raut wajah yang
tenang dan Ummu yang segalanya-galanya buat Afiq, yang pada hawa telinga Acha,
sudah cukup untuk membakar cemburu.
“Boleh
tak kalau kita tak cakap pasal Ummu?” pinta Acha tiba-tiba.
Afiq
terdiam. Kemudian, Afiq kembali tersenyum.
“Habis
tu kita nak cakap pasal apa?” tanya Afiq.
“Pasal
awak… atau saya?” tutur Acha sambil menundukkan wajahnya. Segan apabila meminta
dirinya menjadi topik perbualan antara dia dan Afiq.
“Nak
cakap pasal Aisyah Mazyadi ya?”
Acha
mengangguk sambil tersenyum.
“Hmmm…
betul jugak. Yalah, kita bukannya banyak bercakap kat kampus dulu. Acha sombong
sangat dengan Fiq,” ujar Afiq.
“Acha
tak sombonglah!” bantah Acha sambil bercekak pinggang.
“Habis
tu, kenapa Acha asyik marah Fiq jer dulu?”
Acha
terdiam. Sekali lagi dia tertunduk, cuba melindungi wajahnya yang sedang merona
merah itu. Sungguh, dia seringkali mencari gaduh dengan Afiq kerana acap kali
jejaka yang berambut kusut itu berdiri di hadapannya, dia akan rasa tak keruan.
Untuk menghalang perasaan itu daripada terus menghantuinya, dia akan menjadikan
Afiq mangsa herdikan, sindirian dan perliannya. Maafkan Acha, getus hati Acha
tatkala memori lama kembali mengulit.
Bunyi
tepukan berbunyi dari belakang. Pantas Afiq dan Acha menoleh belakang.
Kelihatan seorang lelaki yang berpakaian kemeja berbunga-bunga, dengan seluar
jeans lusuh sedang melangkah ke arah mereka.
“Husna!”
panggil Afiq dan Acha serentak.
Lelaki
tadi dikenali oleh mereka sebagai Khairin. Seorang siswa yang menuntut di
universiti yang sama dengan mereka. Dan yang paling mengejutkan ialah, Khairin
sedang mengheret Husna yang tidak sedarkan diri di atas lantai, seolah-olah
Husna itu hanyalah anak patung.
“Khairin!
Apa yang kau buat?” teriak Acha tidak percaya melihat Khairin melakukan perkara
itu.
“Acha…
kau masih hidup?” tanya Khairin tidak percaya melihat gadis yang sedang kusyuk
berbual dengan Afiq merupakan Acha.
“Aku
masih bernafas lagi Khairin. Dan apa yang kau buat dengan Kak Husna?” tanya
Acha. Afiq di sebelahnya sudah menggengam penumbuk melihatkan Husna
diperlakukan seperti binatang oleh Khairin.
Khairin
kemudian menggelengkan kepalanya. Lalu senyuman sinis kelihatan terukir pada
seraut wajah tampannya itu.
“Hutang
nyawa… aku berhutang nyawa dengan seseorang…”
“Khairin.
Mana Melur?” tanya Acha.
“Dia
dah lama mati…”
Acha
tidak percaya mendengarkan jawapan daripada Khairin itu. Spontan dia melutut di
atas lantai. Air matanya bercucuran jatuh membasahi pipinya. Tidak mungkin
Melur mati, kata Acha cuba menyakinkan dirinya.
“Kau
tipu aku kan Khairin?’
Khairin
menggelengkan kepalanya, serius.
“Kau
yang bunuh dia kan?” teriak Acha tiba-tiba, naik gila apabila diberitahu bahawa
Melur sudah lama pergi, meninggalkannya di atas dunia.
“Bukan
aku! Tapi, aku terpaksa bunuh korang. Macam yang aku buat pada Husna…” tutur
Khairin tiba-tiba.
Namun,
pengakuan terbaru daripada Khairin membuatkan riak wajah Afiq lantas berubah.
Afiq yang daripada tadi sedang menahan amarahnya, cuba menyuntik sabar di dalam
hatinya sudah hilang kawalan. Pantas dia melayangkan tumbukan lalu hinggap di
pipi Khairin. Apa lagi, Khairin jatuh terperosok di atas lantai.
Afiq
tidak berhenti di situ, dia melangkah ke arah Khairin yang sedang mengerang
kesakitan di atas lantai. Dia duduk di atas tubuh Khairin lalu menghadiahkan
beberapa tumbukan lagi namun Khairin hanya tersenyum menerima semua tumbukan
Afiq, seolah-olah tiada rasa sakit pun dirasainya. Tingkah Khairin itu
benar-benar telah membakar baran Afiq.
“Lepas
ni, aku akan sentuh Ummu pulak!”
“Kau…
akan aku… bunuh!” tutur Afiq setiap patah perkataan sambil tangannya tidak
habis-habis dihayunkan ke arah wajah Khairin. Dalam beberapa minit sahaja,
beberapa batang gigi Khairin sudah tercabut. Darah meleleh dari hidung dan
mulut manakala mata kiri Khairin sudah layu dan lebam akibat dimamah penumbuk
Afiq.
“Fiq!
Hentikan!” tutur Husna yang tiba-tiba membuka matanya.
Penumbuk
yang mahu dihayunkan oleh Afiq terhenti tatkala suara Husna menyapa cuping
telinganya.
“Jangan
apa-apakan dia. Dia tak salah. Dia cuma tersepit dalam masalah. Bukan dia yang
bunuh Melur dan dia cuma pengsankan Husna. Yang bunuh Melur ialah Echad!”
“Echad
paksa aku apa-apakan korang!” tutur Khairin tiba-tiba membuatkan penumbuk Afiq
layu.
“Jadi…
Echad ialah dalangnya?” tutur Acha yang masih terlutut itu.
“Ya,”
jawab Khairin
pendek. “Bukan Melur seorang sahaja yang menjadi mangsa. Razan juga mati di
tangan dia.”
“Tapi
kenapa Echad sanggup bunuh Melur? Bukan ke Echad terlalu memuja Melur?” tanya
Acha.
Ketika
Afiq sedang leka merenung
Husna, tangan Khairin mencapaisebatang kayuyang
tidak jauh dari tangannya lalu memukul kepala Afiq dengankayuitu. Pandangan mata
Afiq mula berpinar. Dunia di keliling Afiq terasa berpusing buat seketika dan…
Afiq rebah di atas lantai. Cuping telinga Afiq sempat menangkap jeritan Acha
dan Husna.
“Aku
akan bayar hutang nyawa aku dengan Echad. Aku akan bawa mereka berdua jumpa
Echad. Selamat tinggal Afiq.”
***
Echad
masih sedang duduk sambil memeluk tubuhnya. Dia memilih untuk bersendirian di dalam
Kedai Cenderamata yang pernah menempatkan Ummu yang diculiknya. Air mata jelas
sedang bergulung dari kelopak matanya.
“Betul
ke apa yang aku lakukan?” gumam Echad, sendirian.
Tiba-tiba,
kedengaran derap tapak kaki sedang menghampiri Echad. Pantas Echad mengesat air
mata yang sedang mengalir dan… lelaki bertopeng yang bernama Qarin itu
menghampiri Echad lalu duduk bercangkung di hadapan Echad.
“Selamat
bertemu kembali sahabat,” tutur Qarin sambil menghulurkan tangannya untuk
bersalaman dengan Echad, namun Echad sekadar merenung tapak tangan Qarin.
“Apa
lagi yang kau nak daripada aku?” tanya Echad.
“Tak
nak apa-apa. Sekadar jumpa sahabat lama,” tutur Qarin lalu duduk di sebelah
Echad.
“Bila
kau jadi sahabat aku?” tanya Echad.
“Sejak
kau buat perbuatan terkutuk itu. Siapa yang melakukan perbuatan syaitan itu,
adalah sahabat aku,” tutur Qarin.
“Aku
terpaksa…”
“Terpaksa
atau tidak, matlamat tidak pernah menghalalkan cara, sahabat. Kau tetap
melakukan salah satu daripada dosa besar! Kau cuba jadi malaikat maut, cuba
jadi tuhan. Apa hak kau untuk mencabut nyawa manusia?” Echad terdiam.
“Sekarang,
aku nak buat apa?” tanya Echad.
“Jangan
berhenti daripada membunuh mereka yang tahu rahsia kau. Kalau mereka mampu
keluar daripada
pulau ini, cuba kau fikirkan apa yang akan mereka lakukan? Pastinya memastikan
kau diheret ke tali gantung!” Qarin terus menyuntik hasutan, cuba menarik Echad
kembali ke dalam kegilaan.
“Tapi
bagaimana ? Aku tak sekuat yang mereka…”
“Nah,
ambil ni,” tutur Qarin lalu menghulurkan sepucuk pistol yang daripada jenis
M1911.
“Pistol?”
tanya Echad.
Qarin
mengangguk.
“Mana
kau dapat benda ni?” tanya Echad.
“Kau
tak perlu tahu. Yang penting, kau boleh gunakan benda ini untuk hapuskan
mereka,” ujar Qarin lagi. Echad terdiam, seakan-akan sedang memikirkan sesuatu.
Kemudian, senyuman terukir di wajah Echad.
“Sekali
kau membunuh, kau kena terus membunuh,” bisik Qarin lagi.
Echad
pantas bangkit. Pistol
tadi erat digenggam oleh Echad.. Pandangannya ditala
ke arah tingkap. Kata-kata hasutan Qarin tadi mula menyelinap masuk ke dalamsaraf dan uratnya, lalu
terpasuk kejahatan.
“Afiq,
ujian seterusnya sedang menanti kau,” gumam Qarin. Di sebalik topeng putihnya
itu, terukir sebuah senyuman yang mengandungi seribu sinis. “Aku mahu lihat bagaimana kau menangani benda ini.”
***
“Fiq!
Bangun!” panggil satu suara yang menyapa cuping telinga Afiq. Pipi Afiq pula
ditepuk oleh tangan halus dan lembut itu.
Maka,
terpisat-pisat Afiq membuka matanya. Pandangan pertama yang menjamah matanya
satu wajah yang sangat ayu. Kelihatan senyuman terukir di wajah ayu itu.
Terserlah lesung pipit yang membuatkan dada Afiq tiba-tiba menggila.Nmaun, Afiq mula menyedari sesuatu.
“Siapa
awak?” tanya Afiq sambil memegang kepalanya yang masih terasa pening.
“Ini
aku Ummu!”
Afiq
mengerutkan dahinya. Afiq
tidak pernah mengenali mana-mana wanita yang bernama
Ummu. Kepalanya terasa
sakit tiba-tiba membuatkan tangan Afiq naik spontan lalu menyentuh dahinya.
“Siapa
saya? Awak kenal siapa saya?”
Ketika
itu, Afiq mula menyedari bahawa dirinya tidak mengingati walau secebis memori. Minda Afiq terasa
kosong saat itu. Pandangannya kemudian ditalakan ke
arah seorang lelaki yang berambut putih dan berwajah cengkung, yang berada di
sebelah Ummu. Afiq juga merenung seorang lelaki yang berambut pendek dan
berkaca mata, yang kelihatan lebih tua daripada Ummu dan lelaki berambut putih
itu.
“Kamu
berdua ni siapa?” tanya Afiq.
Ummu
hampir menangis melihat perubahan mendadak daripada Afiq. Masakan Afiq tidak
mengenali dirinya? Mustahil! Dia ialah Ummu Habibah sahabat yang tidak pernah renggang daripada
Afiq. Dia juga mengenali Afiq sejak kecil lagi. Ummu Habibah ialah sahabat yang
menjadi tempat Afiq berkongsi suka dan duga. Dan… pertanyaan Afiq mengenai
siapakah dirinya betul-betul mengguris hatinya.
“Sampai
hati kau… kalau nak bergurau pun..” Ummu tidak dapat menahan sebak. Tangan Ummu
kelihatan menggigil. Lantas, Ummu cuba untuk bangkit dan serta-merta tangan
Afiq mencapai pergelengan tangan Ummu.
“Serius…
saya tak ingat siapa awak… saya tak ingat siapa diri saya. Tapi, saya tak tahu
kenapa bila saya lihat wajah awak tadi, ada sesuatu yang luar biasa mengalir
dalam diri saya. Saya tak tahu apa tu.. dan awak… maafkan saya sebab tak ingat
siapa awak… dan diri saya,” gumam Afiq sambil mengukirkan senyumannya.
Naim
kelihatan membisikkan sesuatu di telinga Dr Izwan. Kemudian, Naim menghampiri
Ummu lalu membisikkan benda yang sama. Riak wajah Ummu benar-benar berubah
mendengarkan bisikan Naim.
“Dia
amnesia,” ujar Dr Izwan.
“Aku
hilang ingatan?” tanya Afiq sambil memegang dahinya.
Dr Izwan kelihatan mengeluarkan lampu suluh dari beg
galasnya lalu menyuluh ke arah mata Afiq. Seketika, Dr Izwan memeriksa luka di
kepala Afiq yang sudah berhenti berdarah itu dan berbalut itu. Kemudian, Dr
Izwan mengangguk.
“Kepala dia tak teruk sangat, melalui pengamatan aku.
Mungkin gegaran yang berlaku menyebabkan Afiq mengalami amnesia. Aku harap dan
yakin bahawa ianya bukan amnesia kekal.”
“Siapa nama saya?”
tanya Afiq selepas mendengarkan penjelasan daripada Dr Izwan.
“Nama
awak ialah Muhammad Afiq bin Zaki. Tapi kita
panggil awak Fiq,” kata Ummu sambil mengalirkan air matanya.
“Nama
awak pulak?” tanya Afiq.
“Ummu
Habibah. Awak panggil saya Ummu. Konon saya ni perempuan melayu terakhir yang awak kenal,” tutur Ummu yang sudah
mula teresak-esak menangis melihat keadaan Afiq.
“Boleh tak perempuan melayu terakhir saya tak
menangis?” tutur Afiq lalu mengesat air mata Ummu tiba-tiba.
“Fiq…”
“Selamat
berkenalan cik Ummu. Senyumlah sikit.”
Ummu
mengangguk sambil mengukirkan senyumannya. Dia masih tersedu-sedan tetapi
tangisannya sudah berjaya dikawalnya. Air mata pula masih mengalir dari kelopak mata itu.